The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SELAMAT DATANG KEPADA ANAK-ANAK PRA SEKOLAH DAN ANAK-ANAK TAHUN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06028923, 2022-02-23 22:40:36

SALAM PERKENALAN SK DUMPAR,MUAR

SELAMAT DATANG KEPADA ANAK-ANAK PRA SEKOLAH DAN ANAK-ANAK TAHUN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DUMPAR
JKR 390, JALAN JONID, MUAR,JOHOR

PRA SEKOLAH
DAN

TAHUN 1
SESI 2022/23

KE SK DUMPAR,MUAR

SEKOLAH TRANSFORMASI
TS25 KOHORT 4

Allah Humma Ya Zal Judi Wal Ihsan
Kami memohon kepada Mu dengan penuh kerendahan hati, agar dilimpahkan kepada
kami, seluruh warga SK Dumpar,Muar akan rahmat Mu, inayah Mu dan hidayah Mu. Jadikanlah
perjumpaan kami ini sebagai satu perjumpaan yang dirahmati dan diredhai dan perpisahan kami selepas
ini dalam perlindungan Mu dan semoga kami dapat melaksanakan perintah Mu dengan sebaik-baiknya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang ikhlas dalam melaksanakan
perintah Mu dan hati yang lembut semasa berhubung sesama hamba-hamba Mu, amal kami amal yang
menjurus kepada keredhaan Mu, ibadah kami, ibadah yang menjurus kepada sunnah rasul Mu, hidup
kami hidup yang penuh kebaktian kepada Mu dan mati kami ditempatkan bersama para anbiya Mu.
Allah Humma Ya Zal Fadlu Wal Ihsan, kurniakanlah kepada kami, seluruh zuriat kami, anak-
anak didik kami dan keluarga kami kesabaran setabah rasul Ulul Azmi, keimanan seperti Abu Bakar As Sidiq,
keberanian sehebat Umar Al-Khattab, budi pekerti sesantun Uthman bin Affan, bertanggungjawab seamanah
Umar Abdul Aziz, berpengetahuan sealim Al Imam Asy Shafie, berkepakaran semahir Al Khawarizmi,
pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali, ingatan sehafaz Al Imam Al Bukhari, perjuangan sehebat Salahuddin
Al Ayubi agar kami digolongkan sebagai pewaris para nabi, ditempatkan bersama-sama hamba Mu di
Jannatul Firdaus.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah kami, jika kami ada kami didampingi, jika kami
tiada kami dicari, jika kami bernasihat kami dituruti, jika kami berkata kami didengari, jika kami berdamping
kami disayangi, jika kami pergi kami dirindui, jika kami datang kami dirai, jika kami hidup kami berbakti, jika
kami mati kami diredhai dan diingati.
Innallaha Ghafurur Rahim. Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
guru-guru kami,dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup
atau yang telah meninggal dunia.
Amin, amin, amin, ya Rabbal Alamin.

m/s 1

Bismillahirrahmanirrahim……..

Alhamdulillah kerana pada masa dan ketika ini kita masih diberikan kesihatan dan kelapangan
waktu bagi sama-sama menjayakan Program Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah Gemilang, Sekolah
Kebangsaan Dumpar Muar.

Tuan-tuan, puan-puan ibu bapa yang dihormati sekalian, seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada murid-murid baru Tahun 1 dan
Prasekolah yang telah diterima masuk ke SK Dumpar Muar dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk tempoh
beberapa tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar di sini akan menjadi pelajar terbaik selaras
dengan motto sekolah iaitu ‘Dumpar Excellent School’ (DumExS). Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah
memberi kepercayaan untuk anak-anak mereka menimba ilmu di sini.

Akibat daripada pandemik Covid19 serta amalan norma hidup baru, maka sesi persekolah juga telah terkesan.
Justeru, pada 21 hb Mac 2022 anak-anak kita akan memulakan hari persekolahan rasmi untuk sesi tahun
2022/2023. Para ibu bapa usah risau, memahami kedudukan anak-anak kita di Tahun Satu dan Prasekolah ini,
para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri
dengan perjalanan sekolah.

Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan
bermimpi. Bagi mempastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan semata di atas bahu anak-
anak kita dan guru sahaja, malah kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau
pelajaran anak-anak kita. Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan
pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak
kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau
KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa). Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu
sekolah demi mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama
ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti amatlah dihargai.

Akhir kata, tuan puan sekalian, saya mengharapkan kita sama-sama dapat memastikan kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Dumpar ini, demi kecemerlangan anak-anak kita.

Sekian terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA,

m/s 2

SK DUMPAR KINI BERUSIA 92 TAHUN (1930-2022 )

Berikut adalah catatan hasil temubual Alif Anwar bin Md. Khambari dengan Tn. Hj. Sahidin bin Adam, bekas guru
yang pernah mengajar di SK Dumpar mulai 1996 hingga bersara.

Pada masa dahulu terdapat dua buah sekolah yang bernama Dumpar di Muar iaitu Sekolah Dumpar Rendah dan
Sekolah Dumpar Tinggi Muar.

Perkataan Dumpar berasal daripada perkataan “dampar” , ini adalah kerana keadaan pantai di Jalan Joned
kelihatan terdampar luas. Lantas sekolah yang terletak di kawasan pantai yang terdampar luas itu dinamakan Sekolah Dumpar . Pada
masa dahulu simpang empat di Jalan Khalidi – Jalan Abdul Rahman yang sekarang ini dijadikan bulatan ( round-a-bout) juga dikenali
sebagai simpang empat Dumpar.

Bangunan asal sekolah ini yang masih kelihatan ialah bangunan dua tingkat dibahagian hadapan. Pada waktu itu
terdapat padang yang luas berhadapan bangunan tersebut tetapi sekarang kawasan itu telah dijadikan dataran simen. Pelbagai aktiviti
sukan seperti sepak takraw dan badminton dapat dijalankan hingga ke pertandingan peringkat daerah.

Sekolah Kebangsaan Dumpar mula dibina pada tahun 1930. Ia digunakan pada awal tahun 1931 dengan nama
Sekolah Melayu Dumpar Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah En. Ibrahim bin Muhamad. Aliran kelasnya bermula dari darjah tiga dan
empat. Murid darjah satu dan dua ditempatkan di Sekolah Melayu Dumpar Rendah ( sekarang ini telah dirobohkan dan berdekatan
dengan asrama Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar ). Keistimewaan sekolah ini ialah pelajar yang bersekolah di sini yang tamat
darjah empat boleh menjadi guru.

Semua rekod sekolah ini telah binasa akibat Perang Dunia Kedua. Awal tahun 1946 sekolah ini telah dibuka semula
dengan nama yang sama. Guru Besar pertama selepas perang ialah En. Johan bin Kecik. Berdasarkan rekod yang ada , jumlah murid
ketika itu ialah 140 orang.

Prestasi sekolah ini semakin meningkat. Kemuncaknya antara tahun 1950 hingga 1956 di mana muridnya telah
meningkat hingga 400 orang. Sekolah ini ditempatkan guru-guru terbaik lepasan SITC bagi mengajar bakal-bakal yang mengambil
peperiksaan ke SITC dan guru-guru pelatih. Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di sini ialah Tn Hj. Manaf bin Long, Tn. Hj.
Johari bin Hj. Hassan dan ramai yang lagi.

Disebabkan persaingan tersebut, Sekolah Kebangsaan Dumpar semakin merosot jumlah muridnya. Puncak
kemerosotannya ialah dalam tahun 1980 di mana muridnya hanya tinggal 63 orang. Mulai tahun 1981, mulalah nampak bersinar
semula keadaan sekolah ini, walaupun hanya 5 orang tenaga pengajar di kala itu. Alhamdulillah dengan kegigihan Guru Besar ketika
itu, Tn. Hj. Yusof bin Yaakub telah berusaha meramaikan murid dengan beberapa usaha.

Seterusnya, pada tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Dumpar telah mendapat sebuah bangunan baru 3 Tingkat bagi
mengantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana di makan anai-anai. Bangunan ini mempunyai satu dewan serbaguna,
sebuah bilik guru, pusat Akses, Pusat Sumber, surau, barisan bilik darjah dan bilik-bilik lain.Bangunan Warisan masih dikekalkan dan
digunakan untuk urusan pentadbiran.
Pada tahun 2019,secara rasminya SK Dumpar telah dipilih sebagai sekolah Transformasi TS25 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tahun 2021 merupakan tahun ke tiga SK Dumpar sebagai sekolah TS25 dengan harapan semua ilmu berkaitan Ts25 telah pun
dibudayakan oleh seluruh warganya.Bilangan murid terkini ialah seramai 280 orang serta 27 orang guru, dua orang Pembantu Tadbir,
seorang Pembantu Operasi, seorang pembantu pengurusan murid, tiga orang pekerja Kebersihan Swasta dan empat orang Pengawal
Keselamatan. Banyak perubahan telah berlaku di sekolah ini yang mana semua aktivitinya lebih berfokus kepada sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid.Moga SK Dumpar akan terus cemerlang dibawah bimbingan pemimpin yang berkesan.

m/s 3

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik

Negara Sejahtera

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

m/s 4

“ BERILMU BERAMAL USAHA DAN JAYA”

DumExS

Dumpar Excellent School

m/s 5

Kami pelajar sekolah,
Kebangsaan Dumpar tercinta,
Belajar usaha maju dan berjaya,

Amalkan Rukun Negara.
Sekolah yang penuh sejarah,

Sejak dahulu kala,
Berjasa berbakti kepada pertiwi,

Sekolah yang kekal abadi.
Disiplin penuh kata hormat,
Kepada Guru, Ibu dan Bapa,
Menuntut ilmu dunia akhirat,

Itulah amalan kami.

m/s 6

GURU BESAR
CIKGU AZMAN BIN ABU HASSAN

58 TAHUN

GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN DAN KURIKULUM

CIKGU SA’DIAH BINTI RAHMAT
48 TAHUN

GURU PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID

CG HAZIMIN BIN RAZALI
47 TAHUN

GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
CIKGU MOHD RASHID BIN OMAR
45 TAHUN

m/s 7

GURU PRA SEKOLAH
CIKGU HJH. YUSRIZA BINTI MAT YUSOP

51 TAHUN

GURU PRA SEK (AGAMA)
CIKGU HJH. ZURAIHA BINTI HJ.KUSRIN

55 TAHUN

PEMBANTU PENGURUSAN MURID
(PPM)

PN. NOORHIDAYAH BINTI ABD RAHIM
38 TAHUN

m/s 8

GURU KELAS 1 GEMILANG
CIKGU HAMIDAH BINTI HASHIM

58 TAHUN

GURU KELAS 1 CEMERLANG

CIKGU HJH. NOOR ZATULSYIMA BINTI NORDIN

37 TAHUN

m/s 9

BIL NAMA MURID SEX

1. AHMAD IZZ ZAIM BIN JEMYSEMSUDDIN L
2. AHMAD KAMIL BIN ANIZAN L
3. AMIRUDDIN AAKIF BIN AMIRIZAM L
4. AMIRUDDIN AISY BIN AMIRIZAM L
5. EUSOFF ANAQI BIN MOHD NOOR AZRIQ L
6. IQYAN MUHAMMAD SYABIL BIN ISMA SYAFIQ L
7. MUHAMMAD ADAM ASYRAF BIN SAHARUMAN L
8. MUHAMMAD AFFAN HAUZAN BIN MOHD AZRIN L
9. MUHAMMAD AFIF ASYRAF BIN ABDULLAH L
10. MUHAMMAD AL HADIF BIN MOHAMAD HANIF L
11. MUHAMMAD ALIF QAYYUM BIN MUHAMMAG KHAIRUL NASREEN L
12. MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD ZAIDI L
13. MUHAMMAD AR RADHIN BIN KHAIRUL ANUAR L
14. MUHAMMAD ARYAN FAYYAD BIN MOHD SHAHIZWAN L
15. MUHAMMAD FAYYADH ARYAN BIN HAIRUL FAZMI L
16. MUHAMMAD HAZIQ UMAR BIN MD AZAM L
17. MUHAMMAD IMAN ADHA BIN NAZARUDDIN L
18. MUHAMMAD UWAIS BIN MUHAMMAD RUZAINI L
19. WAN NAQIB BIN WAN ZAIRUDIN L
20. ANGGUN SUMAYYAH BINTI ROMZI P
21. NUR ALYA BINTI ANAPIAH P
22. NUR FATHIAH HURIYYAH BINTI MOHD RIDZUAN P
23. NUR ZAQIRAH BINTI NAQDINAQMAL P
24. NURUL FARISYAH HUMAIRAH BINTI MOHD FAIROS P
25. PUTRI SYAFIYA BINTI CHAIRIL ANWAR P

m/s 10

BIL NAMA PELAJAR JANTINA
LELAKI
1 AHMAD ADI PUTERA BIN ROMZI LELAKI
2 ANIQ DANISH BIN MOHAMAD YAZELI ASBAN LELAKI
3 FAYYADH AIMAN BIN NORHAZIZI LELAKI
4 FAYYADH AL ATHAR BIN FAZREEN FAZIL LELAKI
5 IMRAN ZUBAIR BIN MUHAMMAD REDHZUAN LELAKI
6 IZZ ZAYYAN ZIQRI BIN MOHD SHAHRIN LELAKI
7 MUAYYAD AL HAFIZ BIN ABDUL SAMAD LELAKI
8 MUHAMMAD ADIB BIN MD ROSLEE LELAKI
9 MUHAMMAD AFIQ SYAZANI BIN SHAMSUDIN LELAKI
10 MUHAMMAD AMMAR AQIL BIN MUHAMAD ALI LELAKI
11 MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD DUHA LELAKI
12 MUHAMMAD ANIQ SYAZARI BIN SHAMSUDIN LELAKI
13 MUHAMMAD ARIYL ZAQIEF BIN HAMIZAT LELAKI
14 MUHAMMAD AZHAD HAZIM BIN MUSTAFFA LELAKI
15 MUHAMMAD BIN RAIZUL LELAKI
16 MUHAMMAD FATEH MORSI BIN MUHAMMAD FIRDAUS LELAKI
17 MUHAMMAD FIRASH BIN MUHAMAD REDZWAN LELAKI
18 MUHAMMAD HADIFF NASRULLAH BIN BAHARUM LELAKI
19 MUHAMMAD HAZIM ZAFRAN BIN KHAIRUDDIN LELAKI
20 MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMMAD KHAIRUL HAZIM LELAKI
21 MUHAMMAD IHSAN BIN MOHD AMIR LELAKI
22 MUHAMMAD IZZ ZAFRY BIN MUSTAFFA LELAKI
23 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD SHIHAN SHAH LELAKI
24 MUHAMMAD RAYYAN ZIQRI BIN MAHZIR LELAKI
25 MUHAMMAD SYAMSUL IQRAM BIN ALMUJIB

m/s 11

26 LELAKI
MUHAMMAD UMMAR HABIB BIN MUHAMMAD ARIF LELAKI
LELAKI
27 MUHAMMAD WAFIY HAZIQ BIN MOHD HATTA LELAKI
28 PUTERA QHALIFF MIKHAIL BIN ABDUL AZIM LELAKI
29 SHAHIN ARYAN BIN SHAHIZAN LELAKI
30 UKHASHAH BIN KHAIRUL ANUAR PEREMPUAN
31 PEREMPUAN
PEREMPUAN
TARI NURSI BIN MOHD ROMAIZIE PEREMPUAN
32 PEREMPUAN
PEREMPUAN
NUR ZAHRA BINTI MOHD FAKRUDDIN AJWAD PEREMPUAN
33 PEREMPUAN
PEREMPUAN
NUR ZUYYIN DAMIA BINTI ZAINAL PEREMPUAN
34 PEREMPUAN
PEREMPUAN
NUR ZUYYIN HUWAIDA BINTI MOHD NOORHAFIZ PEREMPUAN
35 PEREMPUAN
PEREMPUAN
NURHANANIA ALESHA BINTI SAHARUMAN LELAKI
36 LELAKI
PEREMPUAN
NURUL ATEEFA BINTI MOHD AFIQ
37

NURUL NAJAH QAIRINA BINTI MOHD NIZAM
38

NUR ARISSA SOFIA BINTI SHAMSUDDIN
39

SAFIYA BINTI NAZLIN IRHAM
40

NUR MUTIARA QALESYA BINTI NORAZMAN
41

SITI NUR SAKINAH BINTI A.AZIZ
42

SITI NURSYAURAH SALSABILA BINTI MOHAMAD HISYAMUDDIN
43

NUR NAURA SUMAYYAH BINTI MOHD NAJIB
44

SITI NURFATIHAH BINTI ABDUL 'AZIM
45 NORFARISHA ARIANA BINTI MOHD AZHARI

46
NUR AUFA ZAHRA BINTI AMIRUDDIN

47 MOHAMAD ARYAN NADHIR BIN MOHAMAD NAZLI

48 MUHAMMAD ANIQ SYAQIF BIN MD AZAHA

49 NUR ATIQAH BINTI ADNAN

m/s 12

PINTU MASUK
SEKOLAH YANG
SENTIASA MENGALU-

ALUKAN
KKEHADIRAN
MURID-MURID

ANJUNG PIBG
TEMPAT PELAJAR
MENUNGGU IBU

BAPA

BLOK 3 TINGKAT
MENEMPATKAN
KELAS TAHAP 2 DAN

BILIK KHAS

BILIK RBT DIBAWAH
SELIAAN CG MOHD

FAZLI

TANDAS MURID YANG
SENTIASA CERIA

DIBAWAH SELIAAN
CG ROHANA

SURAU AL-HASANAH
MENUNGGU MASA UNTUK

PERASMIAN

LALUAN AGAMA ISLAM
BERSEBELAHAN KELAS 1

GEMILANG

LEBUHRAYA DumExS
LALUAN PELAJAR KE DEWAN

AL-HASANAH

KAMI INGIN MERAKAMKAN UCAPAN
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA:-

1. GURU BESAR SK DUMPAR DAN SEMUA PENTADBIR
2. YDP PIBG DAN AJK PIBG
3. SEMUA GURU SK DUMPAR

4. SEMUA IBU BAPA PENJAGA PELAJAR PRA SEKOLAH
DAN TAHUN 1 SESI 2022/23

5. SEMUA PELAJAR PRA SEKOLAH GEMILANG
6. SEMUA PELAJAR TAHUN 1

7. SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK
LANGSUNG

m/s 13

SEMOGA ANDA
MENJADI ANAK-ANAK

SK DUMPAR YANG
CEMERLANG DUNIA

DAN AKHIRAT

m/s 14


Click to View FlipBook Version