The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK MENDAPATKAN SUMBANGAN SMART TV UNTUK SETIAP KELAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06028923, 2021-03-24 02:34:17

PROJEK 1 CLASS 1 SMART TV (1C1S)

PROJEK MENDAPATKAN SUMBANGAN SMART TV UNTUK SETIAP KELAS

Keywords: SMART TV

Dumpar excellent School (DumExS)

KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN

1 CLASS 1 SMART TV (1C1S)

SK DUMPAR,MUAR /JBA 5018

JKR 390 JALAN JONID
MUAR, JOHOR

MATLAMAT KAMI

Semenjak sekolah ini mula ditubuhkan pada 1930 , ia telah menjadi nadi pengerak masyarakat
setempat bagi memabngunkan modal insan yang cemerlang dan holistik secara keseluruhannya.

Berkat kerjasama masyarakat setempat prasarana dan infrastruktur sekolah telah mula
berkembang dengan pewakafan beberapa bidang tanah bagi tujuan pembangunan prasarana
dan infrastruktur. Hasilnya pada hari SK Dumpar telah berdiri megah terdiri 5 blok yang
menempatkan kelas, makmal komputer,sebuah kantin dan dewan terbuka dan surau Al-Hasanah.

Mulai tahun 2019 SK Dumpar telah dinobatkan sebagai Sekolah Transformasi TS25. Ts25 adalah
satu usaha untuk melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bermakna yang diterajui oleh pemimpin berkesan,guru berkualiti dan disokong oleh
PIBG dan komuniti.

Pada hari ini, setelah 91 tahun sekolah ini beroperasi dalam menyalurkan sumber manusia dan
modal insan yang cemerlang dalam membangunkan negeri Johor Darul Ta’zim secara tidak
langsung. Wajarlah dengan pengedaran zaman pada masa kini, sekolah ini dapat diberikan
suntikan kemudahan yang lebih selesa bagi dinikmati oleh warga pendidik malah terutamanya
anak-anak permata SK Dumpar,Muar.

OBJEKTIF KAMI

Menyediakan modal insan yang mampu membawa perubahan dan bukan hanya
mempersiapkan mereka bagi tujuan peperiksaan semata-mata.
Menjadikan sekolah peneraju dalam perubahan kearah masyarakat yang berdaya saing
melalui akses kepada pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak mereka.

Memperkasakan dasar-dasar pendidikan negara yang diperkenalkan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
serta memaksimumkan potensi dan pencapaian murid.

KOMITMEN KAMI

Sejak sekolah ini terpilih sebagai Sekolah Transformasi TS25 pada tahun 2019, pihak kami saban
hari telah berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti pendidikan melalui
pelaksanaan empat matlamat strategik utama iaitu Kepimpinan dan Pengurusan Berkualiti Tinggi,
Peningkatan Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran, Pencapaian dan Potensi Murid dan
Penglibatan Ibubapa dan Komuniti .

Dengan terlaksananya keempat-empat matlamat strategik ini, kami amatlah mengharapkan agar
ia menjadi satu budaya positif yang akan memberi impak bukan sahaja kepada anak murid dan
warga kerja sekolah ini malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kami bukan sahaja komited untuk memastikan sekolah ini memberikan pendidikan yang
berkualiti, malah berusaha untuk membina jaringan dan jalinan diantara pihak sekolah bersama
dengan badan-badan kerajaan, NGO dan pihak swasta bagi membantu melancarkan lagi fokus
dan gerak kerja kearah melahirkan modal insan yang holistik dan cemerlang.

Sumbangan kepakaran, khidmat nasihat, sumber, dana dan apa sahaja bentuk bantuan adalah
sangat-sangat dialu-alukan bagi merealisasikan objektif kami dalam tempoh jangka masa pendek
juga dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, pihak sekolah telah mengenalpasti tiga projek berimpak tinggi untuk dilaksanakan disini
bagi kepentingan anak didik SK Dumpar,Muar, warga kerjanya juga masyarakat setempat yang
bakal menikmati kesan positifnya secara tidak langsung.

KUMPULAN SASARAN KAMI

Dibawah program ini, pihak sekolah mensasarkan tiga kumpulan utama yang memainkan
peranan penting dalam pembangunan modal insan dan projek 1C1S ini iaitu;

280 orang murid-murid SK Dumpar
31 warga kerja SK Dumpar
Komuniti Daerah Muar seluruhnya

CADANGAN PROJEK KAMI

PROGRAM PEMASANGAN SMART TV DI BILIK DARJAH SK DUMPAR

1. Tajuk : PEMASANGAN SMART TV 40 Inci

2. Jangkamasa : MAC HINGGA JULAI

3. Anjuran : PIBG SK DUMPAR

4. Tempat : 12 BILIK DARJAH SK DUMPAR TERMASUK PRA SEKOLAH

5. Objektif :

5.1 Pendedahan jangka panjang kepada murid-murid tentang ilmu pengetahuan

agar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dari usia 5 tahun hingga 12 tahun.

5.2 Meningkatkan kemahiran pengunaan teknologi yang baru serta terkini serta

menarik minat murid untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

5.3 Membentuk kemampuan guru dalam menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran dengan menghasilkan modul dan video interaktif.

5.4 Memupuk semangat yang tinggi dalam menerajui PAK 21 dikalangan guru, ibu

bapa serta murid-murid SK Dumpar.

6. Program Smart TV Di Dewan Terbuka Yang Telah Dijalankan Oleh Pihak Sekolah :

KELEBIHAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN SMART TV
1. Pdpc menjadi lebih menarik kerana guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan yang
tersedia ada di dalam medan google
2. Mewujudkan kelas yang ceria
3. Murid-murid mendapat peluang pembelajaran yang berasaskan teknologi terkini dengan
menggunakan smart TV dan memberi pengalaman yang mereka tidak makan perolehi
di rumah.
4. Murid akan lebih kreatif kerana mereka diberi peluang melihat dunia luar.

7. ANGGARAN PEMBELANJAAN:

7.1 SMART TV 40 INCI = RM 950.00 seunit ( Anggaran pasaran +/- )
7.2 BESI BRACKET = RM 150.00

7.3 PENDAWAIAN = RM 150.00

RM 1250.00

CONTOH SMART TV :

Dana Diperlukan : RM 15,000

BAGAIMANA ANDA BOLEH TERLIBAT?

Pada masa ini, terdapat empat cara untuk anda melibatkan diri bagi merealisasikan mana-mana
satu dari projek ini (anda boleh memilih untuk menyumbang ke dalam mana-mana projek) dan
memastikan warga sekolah mempunyai akses kepada kemudahan yang lebih baik dan seiring
dengan keperluan pembelajaran mereka hari ini. Antaranya ialah;

Menyalurkan Dana
Individu atau mana-mana pihak yang berminat bolehlah menyalurkan dana berbentuk wang
ringgit melalui Tabung Pelajaran PIBG Sekolah Kebangsaan Dumpar (Bank Islam -
01023010005237 ) yang mana pihak sekolah bersama-sama PIBG akan memastikan dana yang
disalurkan diurus tadbir dengan baik dan digunakan sepenuhnya untuk program 1C1S ini.

Membekalkan Perabot, Bahan Mentah atau Binaan
Pihak yang berminat juga boleh melibatkan diri dengan menjadi pembekal kepada bahan-bahan
mentah dan binaan yang diperlukan oleh pihak sekolah. Oleh itu, segala urusan pembelian dan
penghantaran bahan adalah diuruskan oleh pihak tersebut. Segala keperluan akan dinyatakan
oleh pihak sekolah dari masa ke semasa mengikut perkembangan projek.

Menjadi ‘Smart Partner’
Akhir sekali, anda juga boleh menjadi ‘Smart Partner’ kami yang mana anda boleh
menyumbangkan kemahiran dan tenaga kerja bagi merealisasikan projek diatas. Selain itu, anda
juga boleh bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan perhatian pihak-pihak yang boleh
menyumbang dari apa jua segi untuk menjayakan projek ini, yang mana pada akhirnya, anda
juga memainkan peranan yang sangat besar dalam pelaksanaan misi ini.

Kaedah Sumbangan

1. Ibu bapa akan menyumbang ke tabung pibg dan menyerahkan salinan bukti sumbangan
kepada no wsap guru kelas masing-masing.

2. Guru kelas akan mengumpul dana tersebut,sekiranya telah cukup, kita akan terus membeli
smart tv dan memasang mengikut kelas masing-masing.

3. Sekirannya wang sumbangan tersebut ada lebihan,wang tersebut akan dikumpulkan untuk
membeli smart tv bagi bilik-bilik khas pula seperti bilik RBT,bilik Muzik dan makmal Sains.

4. Sumbangan adalah mengikut kelas anak masing-masing.

PENUTUP

Pihak sekolah dan PIBG SK Dumpar melihat program 1C1S ( 1 class 1 smart TV) ini merupakan
satu projek usahasama sekolah dan pelbagai pihak berkepentingan sama ada untuk hari ini dan
pada masa hadapan. Yang mana kami mengharapkan sokongan dan penglibatan pelbagai pihak
dalam memacu pendidikan yang berkualiti dapat terus dikekalkan bagi memastikan negara ini
terus berada dilandasan yang betul dan mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Apa yang lebih penting, anak-anak hari ini akan dapat menjadi insan yang holistik dan berdaya
saing juga seimbang dari segi intelek dan spiritual.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............................................
(SA’DIAH BINTI RAHMAT) (AZMAN BIN ABU HASSAN)
GPK Pentadbiran dan Kurikulum
Guru Besar
SK Dumpar, Muar SK Dumpar,Muar


Click to View FlipBook Version