SOALAN-SOALAN LISAN UNTUK
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS
PADA 25 OGOS 2021
1. YB. DATO’ ISMAIL BIN KASIM
Soalan:
Apakah tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menangani
penularan COVID-19 yang semakin meningkat di Negeri Perlis?
2. YB. TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Soalan: (Dijawab bersekali dengan soalan no. 3)
Salah satu kaedah untuk mendapat hasil padi yang tinggi adalah
melalui benih yang baik. Apakah varieti benih yang paling tinggi
permintaannya dan adakah bekalannya mencukupi?
3. YB. TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM
Soalan: (Telah dijawab bersekali dengan soalan no. 2)
Apakah faktor utama kelewatan pembekalan padi benih padi musim 1,
2021 dan sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri bagi
memastikan perkara ini tidak berulang?
1
4. YB. TUAN ASRUL NIZAN BIN ABD JALIL
Soalan: (Dijawab bersekali dengan soalan no. 13)
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi
menangani dua krisis utama yang masih dihadapi sejak tahun lepas
iaitu krisis kesihatan awam dan krisis ekonomi dalam usaha Kerajaan
Negeri untuk membangunkan negeri?
5. YB. PUAN GAN AY LING
Soalan:
Apakah perkembangan terkini program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik
di Negeri Perlis yang telah dilancarkan sejak bulan Mac 2020?
6. YB. TUAN NOR AZAM BIN KARAP
Soalan: (Dijawab bersekali dengan soalan no. 18)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Perlis untuk menaik taraf
sistem perparitan dan sistem pembuangan sampah di dalam
kampung-kampung nelayan di sekitar Kuala Perlis?
7. YB. DATO’ ISMAIL BIN KASIM
Soalan:
Berapakah pelabur yang menyatakan minat untuk melabur di CVIA
2
dan nyatakan jumlah terbesar yang boleh meningkatkan KDNK di
Negeri Perlis?
8. YB. TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Soalan:
Apakah tindakan yang telah diambil untuk memastikan semua
golongan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dari rumah?
9. YB. TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM
Soalan:
Apakah tujuan pembinaan mini ampangan di Sungai Perlis?
10. YB. TUAN ASRUL NIZAN BIN ABD JALIL
Soalan:
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Pelan Digital Perlis 2021-
2025 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan
infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan adakah
Kerajaan Negeri bersedia untuk menguatkuasakan suatu polisi agar
pihak pemaju diwajibkan untuk menyediakan infrastruktur
telekomunikasi gentian optik sebagai salah satu infrastruktur asas di
dalam mana-mana bangunan atau kawasan skim pemajuan baharu di
3
seluruh Negeri melalui peruntukan undang-undang kecil di peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
11. YB. PUAN GAN AY LING
Soalan: (Dijawab bersekali dengan soalan no. 16 dan no. 7 (26
Ogos 2021))
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat yang
kini menganggur disebabkan oleh pandemik COVID-19 melalui
penggunaan tanah terbiar termasuk pentransformasian daripada
pertanian tradisional kepada pertanian berteknologi tinggi?
12. YB. TUAN NOR AZAM BIN KARAP
Soalan:
Adakah kerajaan Negeri Perlis bercadang membina jambatan kedua
untuk kenderaan yang menghubungkan kawasan Seberang Ramai
dan pekan Kuala Perlis?
13. YB. DATO’ ISMAIL BIN KASIM
Soalan: (Telah dijawab bersekali dengan soalan no. 4)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha memulihkan
ekonomi Negeri Perlis yang terjejas teruk akibat COVID-19?
4
14. YB. TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Soalan:
Masalah tekanan air rendah masih belum selesai sepenuh khususnya
di Kg. Padang Keria dan Kg. Padang Gelam. Apakah tindakan jangka
panjang yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri?
15. YB. TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM
Soalan:
Berapakah jumlah permohonan baharu bantuan JKM dan MAIPs
dalam kalangan ‘miskin baharu’ dan ‘penganggur baharu’ pasca
pandemik COVID-19 di Negeri Perlis?
16. YB. TUAN ASRUL NIZAN BIN ABD JALIL
Soalan: (Telah dijawab bersekali dengan soalan no. 11 dan no. 7
(26 Ogos 2021))
Apakah tindakan dan perancangan Kerajaan Negeri untuk
meningkatkan pengeluaran makanan utama melalui inisiatif
pemodenan pertanian dan peningkatan kemahiran para petani?
5
17. YB. PUAN GAN AY LING
Soalan:
Apakah status data maklumat dalam sistem eKasih untuk 3 tahun
kebelakangan ini dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk
mengaplikasikan data eKasih tersebut dalam menggubal dasar
Kerajaan Negeri bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup
golongan miskin / miskin tegar?
18. YB. TUAN NOR AZAM BIN KARAP
Soalan: (Telah dijawab bersekali dengan soalan no. 6)
Hanya sebilangan kecil aduan-aduan berkenaan masalah perparitan
dan jalan berlopak di sekitar Kuala Perlis yang telah diambil tindakan
oleh pihak-pihak yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, apakah
mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah
tersebut di sekitar Kuala Perlis?
6