The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dunmmkps, 2021-08-19 22:42:48

Penyata Rasmi Persidangan DUN - 10 DISEMBER 2020

Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas

PERSIDANGAN – 10 DISEMBER 2020

YB DATO’ ISMAIL BIN KASIM : Terima kasih Dato’ Speaker. Sebelum saya memberi
ucapan penghargaan bagi pihak Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, alhamdulillah, setiap
kali kita sebulat suara bersetuju untuk meluluskan perbelanjaan menyokong Kerajaan pada hari
ini. Saya ingin membaca sedikitlah... ini amat penting… ini dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan Nazrin ketika Majlis Mengangkat Sumpah di istana Perak sedikit sahaja, “sifat sebenar
insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi
dikota, kata-kata akan bertukar nada berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih
dan yang putih itu hitam. Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang itu memiliki
kekayaan dan harta lalu lenyap lah budaya kesederhanaan dan merendah diri. Di sebaliknya
menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak. Pertukaran sifat dan perubahan watak lebih cepat
berlaku apabila seseorang insan itu mula dikelilingi oleh orang-orang yang tamak, yang
berkepentingan diri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu
menyalah gunakan hubungan dengan pemimpin.” Untuk renungan sahaja Yang Berhormat, titah
yang amat baik ni oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin pada pukul 11 tadi. Saya
dengan rakan-rakan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan atau PH mengambil kesempatan
di sini pertamanya ingin mengucapkan Selamat Hari Integriti Antarabangsa kepada SPRM Negeri
dan Pusat dengan tema Discover Integrity dan juga tidak ketinggalan yang paling penting pada
Tuan Speaker dan Dewan, Setiausaha Dewan dan semua kakitangan yang telah bertungkus
lumus menjalankan tugas dengan baik pada hari ini. Kepada Yang Berhormat sendiri yang telah
memberikan kerjasama yang begitu baik, kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan
Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan dan semua Pengarah-Pengarah yang pada
saya bekerjasama dalam keadaan yang harmoni untuk kita melihat Bajet ini dapat dimanfaatkan
semuanya, dan terutamanya kepada ketua-ketua jabatan dan juga para media, pemerhati yang
tidak dapat masuk… semua dan semua pihak yang tidak dapat dinyatakan di sini yang telah
memberikan kerjasama yang jitu untuk kita menjayakan sidang Dewan dan sekali lagi tahniah
kepada Dato’ Speaker yang berjaya menjadikan Dewan ini berjalan dengan penuh harmoni dan
kita membuat sesuatu yang menjadi contoh kepada Dewan-Dewan Negeri yang lain, terima
kasih.

YB SPEAKER : Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya juga ingin merakamkan
bagi pihak Dewan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua dan wakil jabatan serta agensi yang
dapat hadir selama tiga hari kita bersidang, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa ataupun Pengurusan
Sekretariat yang dapat menjadikan persidangan hari ini berjalan lancar dan di bawah kepimpinan
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kakitangannya, Pejabat Perbendaharaan
Negeri, Pejabat Keselamatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Penyiaran, BERNAMA
dan semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam membantu menyediakan jawapan dan
maklum balas Dewan. Juga tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada semua frontliners
sepanjang kita bersidang bagi tahun ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga
ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.35 petang)

144


Click to View FlipBook Version