MESYUARAT AGUNG KELAB KELUARGA
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
KALI KE-22 SESI 2021
09/03/2022 (RABU)
2.00 – 5.00 PETANG
DEWAN MAKAN KOLEJ KEDIAMAN, KVDSAZI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN NO TEL: 06-5291010
77000 JASIN, MELAKA NO FAKS: 06-5293130
e-mail: [email protected] http://www.kvjasin.moe.edu.my
MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB KELUARGA KVDSAZI
KALI KE-21 SESI 2020
Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)
Masa : 01.00 tengahari
Tempat : Dewan Baiduri, KVDSAZI
Pengerusi : Pn Siti Noraishah Binti Aripin
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi ucapan alu-aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa serta ahli Kelab Keluarga Kolej Vokasional Datuk Seri Abu
Zahar Isnin yang sudi hadir pada mesyuarat agung kali ke-21 ini.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-20
2.1 Dicadang oleh : Pn Marliana Binti Suratman
2.2 Disokong oleh : Pn Amiza Binti Mad Zin
Tindakan: Makluman
3.0 Pembentangan Laporan Kelab Keluarga Sesi 2020
3.1 Pembentangan telah dibuat oleh Pn Siti Noraishah Binti Aripin selaku pengerusi
kelab.
3.2 Rujuk lampiran laporan Kelab Keluarga Sesi 2020.
4.0 Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan Kelab Keluarga Sesi 2020
4.1 Pembentangan telah dibuat oleh Nur Atiqah Binti Mohammad Wahid.
4.2 Rujuk Lampiran Penyata Kewangan yang dikepilkan.
4.3 Dicadangkan oleh : Pn Norsakinah Binti Abd Rahim
Disokong oleh : Pn Nurasikin Binti Md Sani
Tindakan: Makluman
5.0 Pembubaran AJK Kelab Keluarga Sesi 2020
5.1 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK Kelab Keluarga Kolej Vokasional
Datuk Seri Abu Zahar Isnin Sesi 2020.
5.2 Agenda diteruskan dengan undian pemilihan AJK baru bagi Kelab Keluarga Sesi
2021.
Tindakan: Makluman
6.0 Membentangkan Pelantikan Jawatankuasa Kelab Keluarga Baru Bagi Sesi 2021
6.1 Berikut adalah ahli jawatankuasa baru yang dipilih bagi menerajui kepimpinan Kelab
Keluarga KVDSAZI untuk sesi 2021.
Penasihat : Pn. Norhasniwati Binti Zulkifli
Pengerusi : En. Luqman Nurhakim Bin Ahamad
Naib Pengerusi : En. Fakhruddin Bin Khamis
Setiausaha : Cik Nor Syakinah Binti Kamarul Zaman
Bendahari : Pn. Dalina Binti Daud
Ahli Jawatankuasa : Pn. Noor Fadhilah Binti Senin
: Pn. Norazena Binti Md. Yusop
Pemeriksa kira-kira : Pn. Azura Binti Ahmad
: Cik Siti Noor Hafizah Binti Haris Fathillah
: En. Muhammad Zulfadhli Bin Mohd Khalid
: En. Hazwan Bin Ahmad
: En. Mohd Yazit Bin Yaahmat
: Cik Radiah Binti Taip
: Pn. Shaleza Binti Ismail
6.2 Berikut adalah tiga nama (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) yang diberi kuasa
untuk mengurus hal kewangan kelab serta berurusan dengan pihak AGROBANK.
Pengerusi : En. Luqman Nurhakim Bin Ahamad
Setiausaha : Cik Nor Syakinah Binti Kamarul Zaman
Bendahari : Pn. Dalina Binti Daud
Tindakan: Makluman
6.3 Mana-mana dua daripada tiga nama di bawah bertanggungjawab atas pengendalian
akaun kelab.
Pengerusi : En. Luqman Nurhakim Bin Ahamad
Setiausaha : Cik Nor Syakinah Binti Kamarul Zaman
Bendahari : Pn. Dalina Binti Daud
Tindakan: Makluman
7.0 Hal-hal lain
7.1 Pn Siti Noraishah Binti Aripin mencadangkan untuk meletakkan akta di dalam
perlembagaan iaitu hasil kutipan parkir kenderaan dikira 70:30 (70% kekal dalam
akaun bagi kegunaan penambahbaikan parkir kenderaan manakala 30%
disumbangkan ke dalam akaun semasa kelab).
7.2 Undian telah dibuat atas cadangan tersebut dan majoriti ahli bersetuju dengan
cadangan 7.1.
Tindakan: Makluman
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 En Luqman Nurhakim Bin Ahamad selaku Pengerusi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua ahli Kelab Keluarga KVDSAZI. Tambahnya, pemakluman
berkaitan aktiviti untuk sesi 2021 akan diberitahu selepas mesyuarat antara AJK
Kelab Keluarga dijalankan.
8.2 Pengerusi turut menzahirkan harapan untuk mendapatkan kerjasama yang baik
daripada semua ahli jawatankuasa yang baru agar aktiviti yang direncanakan kelak
dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 tengahari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
__________________ __________________
(PN FAZILAH BINTI ABDUL RAHMAN) (PN SITI NORAISHAH BINTI ARIPIN)
Setiausaha Pengerusi
Kelab Keluarga KVDSAZI Sesi 2020 Kelab Keluarga KVDSAZI Sesi 2020
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN NO TEL: 06-5291010
77000 JASIN, MELAKA NO FAKS: 06-5293130
e-mail: [email protected] http://www.kvjasin.moe.edu.my
PERLEMBAGAAN KELAB KELUARGA
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
1.0 KEAHLIAN
1.1 Semua pensyarah (kecuali pelatih) dan Anggota Kumpulan Pelaksana akan menjadi
ahli Kelab Keluarga secara automatik.
1.2 Pengarah dilantik menjadi penasihat kelab.
1.3 Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
(TPSA) dan Ketua Jaminan Kualiti (KJK) menjadi ahli gabungan.
2.0 JAWATANKUASA
2.1 Semua ahli kelab layak dilantik menjadi jawatankuasa Kelab Keluarga.
2.2 Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari,
AJK terdiri daripada tujuh (7) orang pensyarah dan dua (2) Anggota Kumpulan
Pelaksana.
2.3 Jika jawatan Pengerusi dikosongkan, maka Naib Pengerusi secara automatik
menjadi Pengerusi. Jika jawatan Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari
menjadi kosong, maka pengerusi boleh melantik mana-mana ahli jawatankuasa yang
sedia ada untuk mengisi kekosongan itu.
2.4 Jawatankuasa yang baru akan dilantik mengikut undian di dalam Mesyuarat Agung
berikutnya.
2.5 Tempoh lantikan semula sebagai ahli jawatankuasa kelab adalah lima tahun selepas
lantikan terakhir.
2.6 Pengerusi semasa layak mendapat parkir berbayar secara automatik selepas
dilantik.
3.0 YURAN DAN BAYARAN PARKIR KENDERAAN
3.1 Yuran pensyarah RM100 setahun (tertakluk kepada pindaan)
3.2 Yuran Anggota Kumpulan Pelaksana RM70 setahun (tertakluk kepada pindaan).
3.3 Yuran boleh dibayar dalam satu atau dua kali bayaran setahun.
3.4 Setiap ahli kelab wajib membayar yuran ahli (merujuk kepada Perkara 1.1).
3.5 Ahli kelab yang mendapat parkir kenderaan hendaklah membayar RM10 sebulan.
3.6 Bendahari mempunyai kuasa menuntut jumlah yuran dan bayaran parkir kenderaan
yang belum dibayar oleh ahli.
3.7 Pembahagian hasil kutipan parkir kenderaan ialah 70:30 (70% adalah kekal dalam
akaun parkir kenderaan manakala 30% adalah sumbangan kepada Kelab Keluarga.
3.8 Wang yang dikutip diamanahkan kepada Bendahari untuk menyimpannya di dalam
akaun Kelab Keluarga Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin di Bank Pertanian
Malaysia Berhad (AGROBANK).
4.0 PERBELANJAAN
4.1 Perbelanjaan yang kurang daripada RM500 boleh diluluskan oleh Pengerusi.
4.2 Perbelanjaan yang melebihi RM500 perlu diluluskan oleh mesyuarat.
5.0 MESYUARAT
5.1 Mesyuarat jawatankuasa mesti diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
5.2 Mesyuarat jawatankuasa memerlukan korum 2/3.
5.3 Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan atas permintaan 2/3 ahli biasa yang sah
dengan menghantar notis kepada jawatankuasa dalam tempoh empat belas (14) hari
sebelum mesyuarat.
5.4 Mesyuarat agung mestilah memenuhi korum 2/3.
6.0 BIDANG KUASA
6.1 Penasihat hanya mempunyai kuasa menasihati sahaja tetapi keputusan akhir
tertakluk kepada mesyuarat jawatankuasa.
6.2 Keputusan mesyuarat agung adalah muktamad.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN NO TEL: 06-5291010
77000 JASIN, MELAKA NO FAKS: 06-5293130
e-mail: [email protected] http://www.kvjasin.moe.edu.my
LAPORAN TAHUNAN
KELAB KELUARGA SESI 2021
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN
Kelab Keluarga merupakan kelab yang dianggotai oleh semua pensyarah dan anggota
kumpulan pelaksana Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Antara objektif penubuhan
adalah untuk menjaga kebajikan ahli dan ingin merapatkan hubungan sesama ahli kelab
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
1.0 Ahli Jawatankuasa Kelab Keluarga Sesi 2021
Penasihat : Pn. Norhasniwati Binti Zulkifli
Pengerusi : En. Luqman Nurhakim Bin Ahamad
Naib Pengerusi : En. Fakhruddin Bin Khamis
Setiausaha : Cik Nor Syakinah Binti Kamarul Zaman
Bendahari : Pn. Dalina Binti Daud
Ahli Jawatankuasa : Pn. Noor Fadhilah Binti Senin
: Pn. Norazena Binti Md. Yusop
Pemeriksa kira-kira : Pn. Azura Binti Ahmad
: Cik Siti Noor Hafizah Bt Haris Fathillah
: En. Muhammad Zulfadhli Bin Mohd Khalid
: En. Hazwan Bin Ahmad
: En. Mohd Yazit Bin Yaahmat
: Cik Radiah Binti Taip
: Pn. Shaleza Binti Ismail
2.0 Rekod Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sesi 2021
Bil. Nama Tarikh Jumlah
02/02/21 18/11/21 18/02/22 04/03/22 Kehadiran
1 En. Luqman Nurhakim √ √ √ √ 4/4
Bin Ahamad
2 En. Fakhruddin Bin √ X √ √ 3/4
Khamis
3 Cik Nor Syakinah Binti √ √ √ √ 4/4
Kamarul Zaman
4 Pn. Dalina Binti Daud √ √ √ √ 4/4
Pn. Noor Fadhilah Binti √ √ √ √ 4/4
5 Senin
6 Pn. Norazena Binti Md. √ √ √ √ 4/4
Yusop
7 Pn. Azura Binti Ahmad √ √ √ √ 4/4
8 Cik Siti Noor Hafizah Binti √ √ √ √ 4/4
Haris Fathillah
9 En. Muhammad Zulfadhli √ √ √ √ 4/4
Bin Mohd Khalid
10 En. Hazwan Bin Ahmad √ X √ √ 3/4
11 En. Mohd Yazit Bin √ √ √ √ 4/4
Yaahmat √ X √ √ 3/4
12 Cik Radiah Binti Taip
13 Pn. Shaleza Binti Ismail √ √ √ √ 4/4
3.0 Aktiviti Anjuran/Kerjasama Bersama Kelab Keluarga Sesi 2021
3.1 Program/Majlis/Aktiviti
Bil. Program/Majlis/Aktiviti Tarikh Tempat
1 Jamuan Akhir Tahun, Majlis Perpisahan 09/03/2022 Dewan Makan,
dan Mesyuarat Agung Kelab Keluarga Kolej Kediaman
Kali Ke-22 Sesi 2021 KVDSAZI
2 Pertandingan bowling berkumpulan 24/11/2021 MIBC, Ayer Keroh
3 Penyerahan biskut raya kepada warga
KV sempena Sambutan Hari Raya 07/05/2021 KVDSAZI
Aidilfitri 2021
4 Aktiviti jualan jagung manis 02/03/2021- Koperasi
04/03/2021 KVDSAZI
5 Pengundian lot parkir berbumbung 15/02/2021 Secara atas talian
3.2 Sumbangan/Derma/Cenderamata
Bil. Sumbangan/Derma/Cenderamata Tarikh Penerima
1 Sumbangan Tabung Pendidikan 20/08/2021 JPN, Melaka
27/09/2021
JPN Melaka KVDSAZI
2 Pemberian cecair pembasmi kuman 07/01/2022
JPN, Melaka
(DETTOL) sempena persediaan
pembukaan kolej October, 2021
3 Sumbangan Tabung Bencana JPN
Melaka
4 Pemberian cenderamata persaraan 27/10/2021 i. Pn. Hjh. Zabedah
dan sumbangan meraikan ahli yang Binti Sapiee
bersara.
5 Pemberian cenderamata ahli yang Sepanjang i. Pn. Zarina Binti Abd
berpindah 2021/2022 Samad
ii. Pn. Norizwana Binti
Abdul Rahman
iii. Pn. Nur Azee Binti
Othman
iv. Pn. Megala Devi
Naidu a/p R
Arumogam
v. Cik Fatimah Binti
Abu Bakar
vi. En. Mohamad Hud
Bin Mohamad Rosli
6 Pemberian cenderamata sempena Sepanjang i. Pn. Nur Fatin Binti
kelahiran cahaya mata pertama di 2021/2022 Abdul Shukri Maden
KVDSAZI ii. Pn. Nurasikin Binti
Md Sani
iii. Pn. Farah Shazwani
Binti Ruslan
iv. En. Mohamad Hud
Bin Mohamad Rosli
v. Pn. Haznita Binti
Hanaffi
vi. Pn. Norsakinah
Binti Abd Rahim
7 Sumbangan kebajikan/kesihatan Sepanjang i. Pn. Norzurhelma
ahli 2021 Binti Zainal
ii. Pn. Norhasniwati
Binti Zulkifli
8 Sumbangan prihatin khairat Sepanjang i. Pn. Syafawati Binti
kematian 2021 Jasmi (bapa)
ii. Pn. Nur Atiqah Binti
Mohammad Wahid
(bapa)
iii. En. Mohd Noor Bin
Buang (ibu)
iv. Pn. Nor Zulaika Binti
Md Zuki (bapa)
4.0 Laporan Kewangan Kelab Keluarga Sesi 2021
4.1 Mohon rujuk Lampiran 1
5.0 Ucapan Penghargaan
Dengan hormatnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan tertinggi dan ahli Kelab Keluarga Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar
Isnin di atas segala bentuk sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk AJK
Kelab Keluarga Sesi 2021 dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………… ………………………….
(CIK NOR SYAKINAH BINTI KAMARUL ZAMAN) (EN. LUQMAN NURHAKIM BIN AHAMAD)
Setiausaha Pengerusi
Kelab Keluarga KVDSAZI Sesi 2021 Kelab Keluarga KVDSAZI Sesi 2021