The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Intervensi Minda Sejahtera Warga KPM Versi Dalam Talian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by watimurni420, 2021-09-17 03:43:56

Modul Intervensi Minda Sejahtera Warga KPM Versi Dalam Talian

Modul Intervensi Minda Sejahtera Warga KPM Versi Dalam Talian

Page |i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

MODUL INTERVENSI
MINDA SEJAHTERA WARGA KPM

Versi Dalam Talian

P a g e | ii

Jawatankuasa Penggubal Modul Intervensi Minda Sihat KPM
Penyelaras Modul

Dr. Norisham Binti Abd Ghani
Ketua Penolong Setiausaha (Ketua Unit)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Ketua Editor

Puan Normazwin Binti Yahya
Setiausaha Bahagian

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Editor
Salmiah Binti Monshie
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Encik Zaidi bin Korib
Ketua Penolong Setiausaha (Ketua Unit)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Puan Nadiana Binti Bujang
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Puan Faradilla binti Mhd Sidin
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Panel Pembina Modul
Encik Azizurahman Bin Hj Samian

Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Puan Norhanita Binti Othman
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Encik Mohd Haniff Bin Zawawi
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Encik Mohammad Khairuddin Bin Mohamed
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

P a g e | iii

Puan Zaipul Hasni Binti Mat Salleh
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Cik Haslinda Bnti Hussein
Penolong Setiausaha

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM

Puan Zawiyah Binti Zali
Pegawai Kaunseling Pentadbiran

Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Puan Wan Mahera Binti Wan Talib
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Encik Erewan Affendi Bin Abdul Wahab
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah

Puan Siti Hajar Binti Mohd Basir
Kaunselor Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Puan Effa Rina Binti Mohd Matore
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang

Puan Farah Wahida Binti Ahmad Faridun
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Puan Rohaila Binti Jaafar
Kaunselor Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Puan Faridah Binti Mohamed Sultan
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Cik Nur Aisyah Michael Abdullah
Kaunselor Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

ISI KANDUNGAN P a g e | iv
1
Pengenalan 4
9
Sesi Bimbingan Kelompok Pertama 13
Aktiviti: Perkenalan dan Penstrukturan Kelompok 18
24
Sesi Bimbingan Kelompok Kedua 30
Aktiviti: Lukisan Hati 40

Sesi Bimbingan Kelompok Ketiga 42
Aktiviti: Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Sesi Bimbingan Kelompok Keempat
Aktiviti: Impianku, Impianmu Jua

Sesi Bimbingan Kelompok Kelima
Aktiviti: Aku Yang Baharu

Sesi Bimbingan Kelompok Keenam
Aktiviti : IKIGAI

Sesi Bimbingan Kelompok Ketujuh
Aktiviti 1 : Balang Kehidupan
Aktiviti 2 : Buku Episod Baharu

Sesi Bimbingan Kelompok Kelapan
Aktiviti 1 : Jangan Tergelincir
Aktiviti 2 : Kehidupan Baharuku

Page |1

MODUL INTERVENSI MINDA SEJAHTERA PSIKOLOGI WARGA KPM

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius berkaitan dengan
kesejahteraan psikologi warga KPM yang sedang dan telah menjalani Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)/ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB)/Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara. Ujian
DASS (Depression, Anxiety Stress Scale) dijadikan alat untuk mengesan
kesejahteraan psikologi warga KPM yang terkesan akibat pandemik yang sedang
berlaku ini. Hasil dapatan ujian ini pastinya perlu digunakan oleh kaunselor pendidikan
di seluruh negara untuk membantu warga KPM yang terkesan mengurus emosi dan
pemikiran mereka.

Justeru, BPsK telah membina modul Minda Sejahtera Warga KPM untuk
membantu para kaunselor pendidikan KPM menjalankan intervensi ke atas klien-klien
tersebut. Modul ini telah dirangka secara komprehensif dengan menggunakan aplikasi
teori kaunseling Cognitive Behaviour Therapy agar intervensi yang diberikan
bertepatan dengan kumpulan sasaran.

Pada akhir modul intervensi ini warga KPM dapat:

i. Meningkatkan kesejahteraan psikologi
ii. Melatih daya tindak untuk berdepan dengan kemurungan, kebimbangan

dan stres.
iii. Meningkatkan resiliensi (daya tahan) apabila berdepan dengan cabaran

kehidupan

KUMPULAN SASARAN

Warga KPM yang mendapat skor Teruk dan Sangat Teruk Ujian Saringan Minda Sihat
(DASS 21-21)

TEMPOH MASA

8 sesi dalam masa 3 bulan

METODOLOGI

Kaedah pelaksanaan intervensi Modul Minda Sejahtera dijalankan secara Kelompok
Bimbingan. Setiap kelompok pula tidak lebih daripada 12 orang klien. Kaunselor
Pendidikan akan menjalankan kelompok bimbingan ini secara dalam talian
menggunakan aplikasi yang sesuai seperti zoom, google meet atau Cisco Webex.

Page |2

PENDEKATAN TEORI: TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU
Terapi kognitif tingkah laku (CBT) merupakan kombinasi matlamat terapi

kognitif dan terapi tingkah laku yang telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Aaron
Beck dan Elbert Ellis dalam tahun 1960an. Terapi kognitif mengandaikan bahawa
tingkah laku salah dan gangguan emosi merupakan hasil daripada bentuk pemikiran
yang tidak rasional di mana seseorang bertindak berdasarkan pemikiran distorsi
terhadap sesuatu situasi. Oleh itu ahli terapi kognitif membantu klien sedar cara
berfikir mereka yang telah diamalkan dan menukar pemikiran tersebut melalui proses
penstrukturan semula kognitif.

Terapi tingkah laku juga dikenali sebagai modifikasi tingkah laku, melatih
individu menggantikan tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang lebih
positif. Terapi ini menekankan bahawa, sekiranya individu mengubah pemikiran,
maka ia dapat mengubah tingkahlakunya. Terapi CBT percaya bahawa terdapat tiga
komponen yang menyumbang kepada masalah psikologi iaitu tingkah laku, kognitif
dan emosi seperti yang terdapat pada model di bawah:

Terdapat tiga tahap pemikiran iaitu Pemikiran Negatif Automatik (Negative
Automatic Thoughs - NATS), Andaian Tidak Berasas (Assumptions) dan Pemikiran
Teras (Core Belief). Pemikiran negatif automatik adalah pemikiran yang spesifik yang
masuk ke dalam pemikiran individu apabila berdepan dengan punca stres emosi
seperti depresi atau anzieti. Pemikiran negatif automatik juga sering berlaku
disebabkan oleh pencetus yang terhasil daripada peristiwa yang berlaku dalam diri
atau di persekitaran. Andaian yang tidak berasas menjadikan individu menetapkan
peraturan standard yang perlu dipatuhi. Manakala kepercayaan atau dikenali juga
dengan skema berada pada tahap ketiga dan tahap pemikiran seseorang yang paling
mendalam (deep). Pemikiran teras terbentuk daripada pengalaman awal didikan

Page |3

seseorang. Pemikiran teras mengorganisasikan struktur maklumat yang mengandung
persepsi individu terhadap diri, orang lain, matlamat, jangkaan dan memori.

Terdapat 15 distori pemikiran manusia iaitu penapisan negatif, generalisasi
melampau, pemikiran hitam putih, membaca pemikiran, personalisasi,
memperbesarkan sesuatu keadaan, meramal masa depan, pembesaran atau
pengecilan pemikiran, harus/mesti, pengecualian positif, melabel, menyalahkan orang
lain, konsep perubahan yang salah dan tanggapan ganjaran yang salah.CBT
merupakan terapi yang sangat berstruktur yang merupakan rawatan berasaskan bukti
yang mensasarkan kepada masalah semasa klien.

Rawatan ini berorientasikan matlamat yang telah dipersetujui bersama antara klien
dan kaunselor yang bertujuan untuk memperbaiki gangguan emosi, gaya berfikir
negatif dan tingkah laku bermasalah yang mungkin menganggu fungsian hidup
seharian klien

Page |4

SESI BIMBINGAN KELOMPOK PERTAMA

AKTIVITI : PERKENALAN DAN PENSTRUKTURAN KELOMPOK

PENGENALAN Mewujudkan suasana interaksi yang positif dalam kalangan individu
bagi mencetuskan suasana yang menyeronokkan dan positif dalam
diri.

MASA 120 minit

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:
i. Mengaplikasikan Teknik Latihan Pernafasan
ii. Mengenali ahli kelompok
iii. Menyatakan kesediaan untuk bersama di dalam
kelompok
iv. Menyenaraikan persetujuan kelompok

METODOLOGI Bimbingan kelompok
● Alat Tulis
BAHAN & ● Kertas A4
PERALATAN

LANGKAH- 1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
LANGKAH 2. Kaunselor memperkenalkan diri dan sebagai pembimbing

atau fasilitator dalam kelompok
3. Kaunselor mengajar ahli kelompok teknik pernafasan

dalaman atau Latihan Pernafasan (Rujuk lampiran 1)
4. Kaunselor menerangkan pengenalan dan tujuan kelompok

kepada semua ahli kelompok
5. Kaunselor meminta semua ahli kelompok memperkenalkan

diri
6. Kaunselor menerangkan penstrukturan sesi bimbingan

kelompok :
i. Masa
ii. Matlamat sesi kelompok
iii. Etika Kerahsiaan
iv. Kaunselor menegaskan berkaitan rakaman yang tidak
dibenarkan. (sila nyatakan tindakan tegas akan diambil bagi
mereka yang menyebar rakaman sesi kerana ahli kelompok

RUMUSAN Page |5
FALSAFAH
telah menandatangani persetujuan termaklum atau inform-
consent semasa sebelum menyertai kelompok)
v. Peranan Kaunselor dan peranan ahli kelompok
7. Kaunselor meminta agar setiap ahli kelompok menyatakan
matlamat yang diinginkan dalam kelompok.
8. Kaunselor meminta kelompok membentuk peraturan yang
dipersetujui bersama dalam kelompok (Lampiran 2)
9. Kaunselor juga memberikan peraturan serta norma
kelompok (sekiranya perlu)
i. Hak untuk menyatakan perasaan dan idea dengan bebas
tanpa menyakitkan hati atau perasaaan orang lain
ii. Hak untuk berinteraksi dengan ahli lain selagi ianya
mengikut peraturan kelompok yang telah dipersetujui
10. Kaunselor mengalakkan ahli kelompok berbincang dan
memberi pendapat sepanjang berada dalam kelompok

Mewujudkan kemesraan dan komunikasi antara individu serta
melancarkan lagi perbincangan dan perkongsian pengalaman
antara ahli kumpulan. Selain daripada itu, ahli memberikan
kesediaan untuk mengikuti kelompok ini mengikut tempoh yang
dirancang.
Tak kenal maka tak mesra

Page |6
Lampiran 1

Nota Kaunselor Page |7
Lampiran 2

Nota Kaunselor Page |8
Lampiran 3

Page |9

SESI BIMBINGAN KELOMPOK KEDUA

AKTIVITI : LUKISAN HATI

PENGENALAN Bercerita mengenai perasaan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang
untuk diluahkan. Namun hasil lukisan dapat menceritakan pengalaman
MASA dan emosi ahli kelompok yang telah melalui kesakitan yang dialami.
Kaunselor dapat meneroka masalah ahli kelompok berpandukan lukisan
OBJEKTIF tersebut. Ia juga dapat membantu ahli kumpulan lain untuk memberi
sokongan dan berkongsi pengalaman mereka. Di sini, isu emosi
METODOLOGI unfinished business, trauma, kebimbangan, kemurungan dapat dikenal
BAHAN & pasti dan dibantu oleh kaunselor.
PERALATAN 120 minit
Pada akhir aktiviti ini, peserta dapat:
LANGKAH 1. Menghasilkan satu gambaran emosi dalam bentuk lukisan
-LANGKAH
merujuk peristiwa sukar yang pernah dialami
2. Menyatakan pemikiran negatif apabila berada dalam keadaan

sukar
3. Menyenaraikan kesan emosi negatif tersebut ke atas tingkah

laku klien
Bimbingan Kelompok
Alat tulis/ Kertas A4

1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
2. Kaunselor meminta salah salah seorang ahli kelompok untuk

mengetuai latihan pernafasan (Lampiran 1)

Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok dan

mengingatkan tentang peraturan dan batasan kerahsiaan.

3. Kaunselor meminta ahli kelompok untuk merumuskan apa

yang telah dibincangkan dalam sesi sebelum ini.

4. Ahli kelompok diminta untuk menyediakan kertas A4 dan alatan
mewarna/alat tulis.

5. Ahli kelompok diminta melukis gambaran emosi yang sedang
mereka lalui. Anggaran masa yang diberi adalah 10 minit.
(Gambaran emosi adalah apa sahaja lakaran objek atau abstrak
yang dilukis)

6. Setelah semua ahli selesai menghasilkan lukisan emosi, mereka
berkongsi lukisan secara bergilir-gilir.

KERJA RUMAH P a g e | 10

RUMUSAN 7. Ahli diminta berkongsi hasil lukisan dengan menyatakan :
FALSAFAH i. Situasi/punca yang menyebabkan emosi negatif
tersebut
ii. Pemikiran negatif yang timbul akibat emosi tersebut
iii. Memberikan skala 1 hingga 10 terhadap emosi
negatif yang dihadapi.

8. Ahli kelompok diminta membuat rumusan kecil terhadap aktiviti
hari ini.

9. *Peringatan:
-Sesi akan memerlukan ahli berkongsi pengalaman sukar
mereka.
-Ahli kelompok yang lain perlu diingatkan tentang etika
kerahsiaan dan menghormati perkongsian ahli dalam
kelompok.

Rujuk Lampiran 4 (Lampiran ini di e-melkan kepada ahli
kelompok)
1. Ahli kelompok diminta untuk menyenaraikan reaksi emosi,
pemikiran dan tingkah laku dalam jadual yang disediakan.
Contoh:
Emosi: Apakah perasaan anda hari ini?
Kognitif: Apakah yang anda fikirkan pada hari ini?
Tingkah laku:Apakah yang anda ingin lakukan pada hari ini?
Contoh respon:
Emosi: Marah - Punca: Anak bising
Kognitif: Serabut – Punca: Masuk dalam kereta
Tingkah laku: Menjerit - Punca: Laptop rosak
Sesi ini membuka ruang dan peluang kepada kaunselor untuk meneroka
isu klien yang memberikan tekanan emosi kepada mereka
Setiap individu mempunyai perasaan sedih, marah, takut dan gembira.
Lukisan adalah salah satu cara untuk meluahkan emosi dan perasaan
bukan verbal.

Nota Kaunselor P a g e | 11
Lampiran 3

P a g e | 12

Lampiran 4

Nota Tugas Emosi

Nama:
No.Telefon:

Senaraikan reaksi emosi, pemikiran dan tingkah laku anda.

Tarikh Reaksi Emosi, Pemikiran, Punca
11.11.2020 Tingkah Laku Sale Shopee
Gembira

11.11.2020 Serabut Rumah sepah

12.11.2020 Menjerit Tertekan dengan kucing

P a g e | 13

SESI BIMBINGAN KELOMPOK KETIGA

AKTIVITI : BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

PENGENALAN Menurut Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan
perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu
perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut,
marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang.
Emosi yang tidak stabil boleh memberi kesan kepada seseorang untuk
melaksanakan tugas hakiki dengan baik dan sempurna. Ia juga boleh
mengubah fungsi harian dan aktiviti serta kehidupan mereka. Adakalanya
mereka tidak dapat mengenal pasti emosi dan tekanan yang dialami.
Emosi sangat mempengaruhi kehidupan. Kecederaan emosi akan
menyebabkan keseluruhan hidup peribadi dan kerjaya terganggu.
(Goleman’s 1995- Emosi memberi isyarat (alert) apabila keperluan sebagai
manusia biasa tidak dipenuhi.)
Melalui aktiviti ini, ahli kelompok dapat mengenal pasti emosi yang terdapat
pada gambar yang mempamerkan pelbagai emosi dan ekspresi.

MASA 120 minit

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, peserta dapat:
1. Mengenal dua emosi berdasarkan gambar yang diberi.
2. Menyatakan dua emosi yang sedang dilalui.
3. Mengenal pasti emosi negatif yang perlu disingkir.

METODOLOGI Bimbingan Kelompok

BAHAN & Kertas A4, Plastik sampah,Nota Tugasan Emosi (Lampiran 4), Nota
PERALATAN Tugasan Distorsi Pemikiran(Lampiran 5)

LANGKAH 1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
-LANGKAH Ahli kelompok diminta duduk dalam keadaan tenang dan selesa.

2. Sesi akan dimulakan dengan Latihan Teknik pernafasan yang telah
diajar terdahulu. Seorang dari ahli dilantik untuk mengetuai Latihan
Teknik pernafasan untuk sesi ini.

3. Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok dan

mengingatkan tentang peraturan dan batasan kerahsiaan.

P a g e | 14

Kaunselor meminta ahli kelompok untuk merumuskan apa yang

telah dibincangkan dalam sesi sebelum ini.

Ahli diminta untuk berkongsi tentang Nota Tugasan (Lampiran 4)

yang diberikan pada sesi yang lepas.

4. Kaunselor menunjukkan beberapa ikon emosi (Lampiran 5).
Kaunselor meminta ahli kelompok memilih ikon emosi yang berkaitan
dengan situasi sekarang dan menulis perkataan emosi tersebut.

5. Ahli diminta berkongsi emosi yang telah dipilih kepada ahli kelompok.
6. Setelah kesemua ahli selesai berkongsi pendedahan kendiri berkaitan

emosi itu.
Kaunselor bertanya kepada ahli kelompok:
i. Adakah anda ingin menyimpan atau membuang emosi negatif

tersebut? Sekiranya ya (buang), apa yang difikirkan yang
menyebabkan anda ingin membuang emosi tersebut?
ii. Sekiranya tidak, apa yang difikirkan menyebabkan untuk anda
menyimpan perasaan tersebut?

iii. Bagi ahli yang memilih untuk membuang emosi negatif, mereka
diminta untuk merenyuk atau mengoyakkan emosi negatif yang
telah mereka lukis. Ahli diminta membuang lukisan tersebut.

7. Ahli kelompok diminta menyatakan perasaan masing-masing setelah
menjalankan aktiviti di atas. Ahli kelompok diminta memberikan skala
1-10 terhadap emosi mereka sekarang.

8. Kaunselor membuat rumusan dan menerangkan kerja rumah kepada
ahli kelompok.

KERJA RUMAH (Lampiran 6) Di emelkan kepada ahli kelompok.
Arahan:
1. Ahli kelompok diminta mencatat distorsi pemikiran yang ada sepanjang

minggu.
2. Ahli kelompok perlu menyatakan situasi, pemikiran dan emosi yang

berlaku.
3. Ahli kelompok perlu menyediakan satu botol kosong mineral 600ml

untuk dibawa semasa perjumpaan akan datang.

RUMUSAN Aktiviti ini melatih ahli kelompok mengurangkan emosi negatif yang
menyelubungi mereka. ahli kelompok berasa lega setelah meluahkan dan
membuang emosi negatif. Dengan melatih diri mereka untuk mengurus

FALSAFAH P a g e | 15

emosi negatif yang timbul dari masa ke semasa, ahli akan dapat menikmati
kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Pendaman emosi negatif hanya akan menambah kerisauan atau tekanan
perasaan kepada seseorang. Oleh itu adalah penting untuk mengenalpasti
perasaan negatif yang dialami dan mencari jalan untuk menanganinya.

Contoh Emosi. (Boleh muat turun dalam kit yang dibekalkan) P a g e | 16

12 Lampiran 5

3

45 6
78 9

P a g e | 17

Lampiran 6

Nota Tugasan Distorsi Pemikiran

Nama:

No.Telefon
:
1. Catatkan distorsi pemikiran anda.
2. Nyatakan situasi, pemikiran dan emosi anda alami.
3. Di bawah adalah contoh yang disediakan.

Tarikh Situasi Pemikiran Emosi

11.11.2020 Dimarahi suami Diri tidak dihargai Sedih

13.11.2020 Kereta terbakar Nasib sentiasa Sedih &
malang kecewa

P a g e | 18

SESI BIMBINGAN KELOMPOK 4

AKTIVITI: IMPIAN KU, IMPIAN MU JUA

PENGENALAN Setiap insan pernah mengalami kesedihan, penderitaan dan
MASA kekecewaan disebabkan peristiwa yang tidak diduga. Keadaan ini
OBJEKTIF menyebabkan emosi mereka terganggu dan memberi kesan emosi
seperti kemurungan dan kebimbangan. Tanpa disedari, sebenarnya
mereka mempunyai peluang yang cerah untuk mengharungi masa
hadapan yang indah. Melalui aktiviti ini, ahli kelompok dapat mengetahui
peluang dan harapan masa hadapan dengan positif melalui bantuan dan
sokongan ahli kelompok yang lain. Di sini ahli kelompok akan lebih
rasional untuk menjalani kehidupan ini dengan bahagia dan sejahtera.
120 minit
Pada akhir aktiviti ini, peserta dapat:
1 Menyatakan tahap tekanan berdasarkan emosi mereka
2 Mengenal pasti punca dan simptom tekanan yang mereka alami
3 Menyenaraikan aktiviti positif / sihat yang boleh dilakukan ketika

stres.
4 Mengaplikasi kemahiran menangani tekanan

METODOLOGI Bimbingan Kelompok
Kertas A4, Botol, beras/kacang hijau/kertas/garam/ sticker berwarna,
BAHAN & Nota Tugasan Distorsi Pemikiran (Lampiran 7) Pokok Impian (Lampiran
PERALATAN 8)

LANGKAH 1 Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
-LANGKAH 2 Ahli kelompok diminta duduk dalam keadaan tenang dan selesa.

Sesi dimulakan dengan Latihan Teknik pernafasan yang telah
diajar terdahulu. Seorang dari ahli dilantik untuk mengetuai Latihan
Teknik pernafasan untuk sesi ini
3 Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok dan
mengingatkan tentang peraturan dan batasan kerahsiaan.

Kaunselor meminta ahli kelompok untuk merumuskan apa yang
telah dibincangkan dalam sesi sebelum ini.
Ahli diminta untuk berkongsi tentang Nota Tugasan Distorsi
Pemikiran (Lampiran 6) yang diberikan pada sesi yang lepas.

5. Kaunselor memberi penerangan tentang aktiviti dengan
menunjukkan botol yang diisi dengan beras atau air mengikut aras

P a g e | 19

tekanan emosi Rendah / Sederhana / Tinggi. (Kaunselor meminta
klien menganggap beras/air yang digunakan itu umpama emosi
yang sedang mereka alami). Ahli kelompok diminta mengisi bahan
yang disediakan ke dalam botol mengikut intensiti emosi mereka.
6. Ahli kelompok diminta menyatakan tindakan/ tingkahlaku negatif
yang mereka lakukan apabila berada dalam keadaan tertekan.
7. Kaunselor dan ahli kelompok berbincang mengenai aktiviti yang
lebih sesuai dilakukan bila berada dalam keadaan tertekan
8. Psikopendidikan: Kaunselor menerangkan tentang distorsi

pemikiran. (Lampiran7)

9. Berdasarkan perbincangan, ahli diminta menulis aktiviti yang
mereka rasakan sesuai untuk dilakukan bagi menurunkan tahap
ketidakstabilan emosi mereka.

10 Ahli diminta membuat rumusan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan tadi.

11. Kaunselor menerangkan kerja rumah kepada ahli kelompok.

KERJA RUMAH Lampiran 8 - Pokok Impian (di e-melkan kepada ahli kelompok)
Arahan aktiviti:
RUMUSAN
FALSAFAH 1. Ahli kelompok diminta untuk menyenaraikan impian atau
harapan mereka pada pokok Impian.

2. Ahli kelompok boleh mencetak lampiran yang diberikan
atau melukis pokok impian tersebut.

Tekanan emosi yang dialami adalah berpunca daripada distorsi
pemikiran. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk
menguruskan tekanan emosi yang dialami.
Kebahagiaan diri bergantung kepada diri sendiri. Hidup adalah pilihan.
Manusia perlu mempercayai diri sendiri untuk mencipta kebahagiaan
dan menghadapi ujian dalam kehidupan.

P a g e | 20

Contoh Tugasan Botol Skala Stres:
TINGGI
SEDERHANA
RENDAH

Contoh bahan yang boleh digunakan

P a g e | 21

Lampiran 7

PSIKO-PENDIDIKAN: NOTA UNTUK KAUNSELOR
15 Thinking Traps (Distorsi Pemikiran)

BIL Distorsi Pemikiran Penerangan

1 Penapisan negatif Ahli kelompok cenderung melihat keburukan orang lain

Filtering sahaja berbanding kebaikan mereka

2 Generalisasi Ahli kelompok membuat generalisasi umum kepada semua

melampau berdasarkan pengalaman pahit yang dialami

Over generalizing

3 Pemikiran hitam Ahli kelompok cenderung terlalu berpegang kepada sesuatu

putih prinsip atau pendirian

All-or-nothing

thinking Black &

White Thinking

4 Membaca pemikiran Ahli kelompok cenderung membuat andaian terhadap

Mind reading sesuatu keadaan yang belum tentu betul

5 Personalisasi / Ahli kelompok mengandaikan tindakan orang lain ada kaitan
memperibadikan atau ditujukan kepada dirinya
Personalizing

6 Membesarkan Ahli kelompok suka membesarkan sesuatu permasalahan
sesuatu keadaan hingga membuatkan dirinya tertekan
Catastrophizing

7 Meramal masa Ahli kelompok suka membuat andaian negatif terhadap

hadapan perkara yang akan datang yang mungkin difikirkan orang

Predicting the future lain terhadap dirinya

8 Pembesaran dan Ahli kelompok suka membesar-besarkan sesuatu perkara
pengecilan hingga menjadi negatif sementara elemen positif diabaikan
pemikiran
Magnifying and Penggunaan perkataan “saya mesti, saya sepatutnya,
minimizing selalunya saya” telah memberi tekanan kepada dirinya
sendiri
9 Harus/ Mesti
Should

P a g e | 22

10 Pengecualian positif Ahli kelompok sering melihat kelebihan orang lain namun

Disqualify or tidak mahu menerima kelebihan diri sendiri

discounting the

positive

11 Penakulan Emosi Ahli kelompok sering memberi alasan atas sesuatu
Emotional reasoning keadaan. Helah bela diri

12 Melabel Ahli kelompok cenderung melabel diri dan orang lain
Labelling

13 Menyalahkan orang Ahli kelompok cenderung menyalahkan atau menuduh

lain orang lain bertanggungjawab dalam kesakitan emosi yang

Blaming dialami. Ahli kelompok juga suka menyalahkan diri sendiri

dalam setiap masalah.

14 Konsep perubahan Ahli kelompok mengharapkan orang lain yang perlu

yang salah berubah untuk dirinya

Fallacy of change

15 Tanggapan ganjaran Ahli kelompok terlalu taksub untuk berkorban sehingga

yang salah mengabaikan atau menafikan hak sendiri
Heaven’s Reward

Fallacy

P a g e | 23

Lampiran 8

Arahan:
Lukis pokok impian anda.
Senaraikan harapan anda pada pokok impian anda.

POKOK IMPIAN

Contoh:

Gembira
ditempat kerja

P a g e | 24

SESI BIMBINGAN KELOMPOK KELIMA

AKTIVITI: AKU YANG BAHARU

PENGENALAN Aktiviti ini merupakan fasa untuk meneguhkan perubahan yang
ingin dilakukan oleh ahli kelompok setelah proses penerokaan
selesai. Melalui sesi ini, ahli kelompok berbincang tentang
impian-impian yang ingin dicapai dan membina diri yang
baharu.

MASA 120 MINIT

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:
1. Mengenal pasti halangan yang timbul dalam
pencapaian matlamat ahli kelompok
2. Menggunakan borang 7CTR
3. Menerangkan cara-cara untuk mencapai matlamat yang
telah dikenalpasti

METODOLOGI Bimbingan kelompok

BAHAN & Pokok Impian (Lampiran 8), Borang 7CTR (Lampiran 10),
PERALATAN Refleksi Emosi dan Pemikiran Baharu (Lampiran 11), Nota
Kaunselor (Lampiran 9)
LANGKAH
-LANGKAH 1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
2. Kaunselor menjemput salah salah seorang ahli

kelompok untuk mengetuai senaman pernafasan
(Latihan Pernafasan)
3. Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok dan
mengingatkan tentang peraturan dan batasan
kerahsiaan
4. Kaunselor membuat refleksi tentang perkara yang telah
dibincangkan pada sesi sebelum ini
5. Ahli kelompok diminta untuk berkongsi tentang kerja
rumah (Pokok Impian) yang diberikan pada sesi yang
lalu (30 minit)
6. Ahli diminta untuk memilih 1 impian yang benar-benar
ingin dijadikan kenyataan.
7. Kaunselor mengajar klien untuk mengisi borang 7CTR
dan membantu mereka membina pemikiran alternatif
bagi memastikan mereka boleh mencapai apa yang
mereka impikan.

P a g e | 25

8. Ahli diberi masa untuk menggunakan menulis borang
7CTR itu berdasarkan perkara di bawah:
Soalan 1: Apakah situasi yang berlaku yang dijangka
akan menghalang impian tersebut?
Soalan 2: Apakah percakapan diri yang negatif atau
tingkah laku yang negatif serta emosi yang terhasil
(Column 1-3)
Soalan 3: Apakah bukti yang menunjukkan apa yang
difikirkan negatif itu betul? (Column 4)
Soalan 4: Apakah bukti yang menunjukkan apa yang
difikirkan itu tidak betul (Column 5)
Soalan 5: Apakah pemikiran alternatif yang mereka
boleh bina untuk memastikan impian mereka tercapai?

9. Setelah itu, kaunselor meminta ahli kelompok berkongsi
apa yang telah mereka hasilkan dan emosi yang mereka
rasai sekarang.

10. Kaunselor meminta klien menyatakan apakah yang perlu
mereka lakukan untuk mencapai impian mereka
tersebut.

11. Klien diminta untuk berkongsi dan ahli kelompok boleh
memberikan pandangan dan galakan pada ahli
kelompok

12. Pada akhir sesi, kaunselor merumuskan sesi dan
memberikan tugasan iaitu Borang Refleksi Emosi dan
Pemikiran Baharu (Lampiran 11).

KERJA RUMAH Lampiran 11
Borang Refleksi Emosi dan Pemikiran Baharu
RUMUSAN Arahan:

Klien diminta mencatatkan apakah emosi dan pemikiran
positif yang dialami pada setiap hari dalam setiap
kelopak bunga raya tersebut. Contoh: Emosi - Gembira
: Pemikiran- hari ini saya telah melakukan banyak
perkara baik

Manusia sentiasa mempunyai peluang penambahbaikan yang
berterusan. Perubahan yang positif berlaku apabila anda
bersedia untuk berubah

FALSAFAH Berfikir secara positif adalah kunci sesebuah kejayaan.
Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mencapai impian
yang lebih gemilang

P a g e | 26
Lampiran 9

NOTA UNTUK KAUNSELOR

P a g e | 27

P a g e | 28
Lampiran 10

Borang 7 Column Thought Record (7CTR)

P a g e | 29

Lampiran 11

BORANG REFLEKSI EMOSI DAN PEMIKIRAN BAHARU

Arahan:Terangkan tentang perubahan yang berlaku berdasarkan peristiwa
yang berlaku / distorsi pemikiran /emosi 1-10 / pemikiran baharu/ emosi
baharu Bagi rating 1-100 ..contoh..

1. Senaraikan perubahan-perubahan yang dirasai dari aspek emosi &
pemikiran setelah menjalani sesi pada kelopak bunga di bawah.

2. Kongsikan perkara tersebut bersama ahli kelompok.

Pastikan setiap aktiviti yang diberikan penerangan supaya kaunselor yang
menjalankan modul jelas dengan setiap aktiviti yang dirancang.

P a g e | 30

SESI BIMBINGAN KELOMPOK 6

AKTIVITI 1: IKIGAI

PENGENALAN Ikigai bermaksud tujuan untuk hidup. Ikigai merupakan satu
pendekatan dalam falsafah Jepun yang menggariskan
formula kebahagiaan dan rahsia panjang umur masyarakat
Okinawa di Jepun.
Konsep ini menyatakan bahawa untuk bahagia seseorang
manusia harus menguasai empat perkara asas iaitu
melakukan apa yang mereka sukai, membuat perkara yang
diminati dan mahir, membuat perkara yang boleh
menghasilkan duit dan melakukan sesuatu yang boleh
memberi sumbangan kepada dunia. Pada masa yang sama,
Ikigai turut menekankan beberapa aspek lain untuk berasa
bahagia iaitu mengamalkan gaya hidup santai, tidak makan
berlebihan, mengelilingi diri dengan rakan yang baik, mudah
tersenyum, kembali ke alam sekitar, berterima kasih,
bersenam, menikmati setiap detik kehidupan dan tidak
pernah bersara.

MASA 60 minit

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:

1.Menyedari kebaikan diri sendiri yang memberi makna dalam
kehidupan
2.Mengenalpasti komponen Ikigai yang boleh dikaitkan dalam
kesejahteraan diri
3.Mengaplikasikan konsep Ikigai dalam kehidupan

METODOLOGI Bimbingan kelompok

BAHAN & Alat tulis , Kertas A4, Borang Kanvas Ikigai (Lampiran 12), Nota

PERALATAN Kaunselor (Lampiran 13)

LANGKAH 1. Kaunselor mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok
-LANGKAH 2. Kaunselor meminta salah salah seorang ahli kelompok

untuk mengetuai senaman pernafasan (Latihan
Pernafasan)
3. Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok
dan mengingatkan tentang peraturan dan batasan
kerahsiaan.
4. Kaunselor bertanyakan ahli kelompok tentang perkara
yang telah dibincangkan pada sesi sebelum ini.

P a g e | 31

5. Ahli kelompok diminta untuk berkongsi tentang
perubahan-perubahan yang dirasai dari aspek emosi,
pemikiran dan tingkah laku (Rujuk Lampiran 11).

6. Sebagai pengukuhan pemikiran baharu, ahli kelompok
perlu diberi kesedaran untuk menyedari kelebihan diri
sendiri dengan memikirkan kebaikan diri masing-
masing.

7. Psiko- Pendidikan : Kaunselor memulakan penjelasan
tentang aktiviti seterusnya iaitu IKIGAI

8. Ahli kelompok diminta untuk memikirkan aktiviti baik
yang telah mereka lakukan sejak bangun dari tidur
sehingga malam hari

9. Ahli kelompok diminta menulis semua aktiviti tersebut
dan kebaikan yang mereka perolehi darinya di atas
kertas A4

10. Ahli kelompok berkongsi semua kebaikan yang telah
mereka lakukan

11. Pada kebiasaannya, ahli kelompok hanya akan
menyatakan aktiviti besar sahaja seperti memasak,
mencuci kereta dan membantu jiran.

12. Oleh itu, kaunselor perlu menggalakkan ahli kelompok
untuk turut memberi fokus kepada aktiviti kecil seperti
menggosok gigi, menyikat rambut dan mengucapkan
terima kasih.

13. Ahli kelompok diberi peneguhan positif semasa
perkongsiaan mereka tentang aktiviti baik yang mereka
lakukan

14. Kaunselor mengajar ahli kelompok tentang konsep
Ikigai. (Nota disediakan untuk bacaan Kaunselor dan
perlu difahami sebelum sesi).

15. Ahli kelompok diberikan Borang Kanvas Ikigai (Rujuk
Lampiran)

16. Ahli kelompok mengisi Borang Kanvas Ikigai dan
memasukkan aktiviti kebaikan yang telah dilakukan ke
dalam borang mengikut kategori dalam Borang
tersebut.

17. Kaunselor dan ahli kelompok membincangkan Borang
Kanvas Ikigai.

18. Sebelum mengakhiri aktiviti pertama ini,beberapa
orang ahli diminta merumuskan manfaat yang telah
mereka fahami dari aktiviti IKIGAI hari ini

RUMUSAN P a g e | 32
FALSAFAH
Melalui sesi ini ahli kelompok akan mengenalpasti kebaikan besar
dan kebaikan kecil yang mereka lakukan tanpa mereka sedari. Ini
akan dapat untuk meningkatkan penghargaan kendiri mereka
dalam menghadapi kehidupan. Ini membantu ahli kelompok untuk
menghargai setiap hari yang mereka lalui selaras dengan tema
Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan.
Setiap kebaikan walaupun kecil tetap membawa makna yang
positif dalam kehidupan
Memiliki tujuan hidup yang jelas akan meningkatkan semangat
untuk menjalami kehidupan

P a g e | 33
Lampiran 12

P a g e | 34

Lampiran 13

PSIKO-PENDIDIKAN: NOTA UNTUK KAUNSELOR

TAJUK : KONSEP IKIGAI

KONSEP IKIGAI

Apakah yang dimaksudkan dengan Ikigai? Secara ringkasnya Ikigai merupakan
falsafah Jepun yang bererti “sebab manusia menjadi gembira atau tujuan dan makna
dalam kehidupan. Perkataan Ikigai berasal dari iki, yang bermaksud kehidupan
dan kai yang bermaksud merealisasikan harapan dan harapan. Namun,
makna Ikigai yang paling digemari ialah “sebab untuk kita bangun dari tidur setiap
pagi!” Setiap hari berapa ramai antara kita yang bangun pagi dengan matlamat yang
jelas? Berapa ramai pula yang tidak berasa bahagia kerana berasakan dirinya tiada
peranan dalam kehidupannya?

Buku Ikigai bertajuk The Japanese Secret To A Long And Happy Life telah
ditulis oleh Hector García dan Francesc Miralles pada tahun 2016. Buku ini telah
memperkenalkan prinsip hidup bahagia ala Orang Jepun. Secara mudahnya penulis
menyimpulkan apabila seseorang itu berjaya menemui Ikigainya, dia akan hidup
bahagia, maka umurnya akan lebih panjang. Rumusan ini dibuat apabila suatu kajian
mendapati bahawa ramai penduduk di Kepulauan Okinawa, Jepun mencecah usia
100 tahun dan ke atas kerana berjaya menemui Ikigai dalam hidup mereka.

Untuk memahami falsafah Ikigai itu, tidaklah perlu terlalu berat atau mendalam.
Apa yang ditekankan ialah bagaimana kita memberi makna kepada diri dan
kehidupan. Sekiranya anda telah menemui Ikigai, anda seharusnya mampu
menghayati dan mengimplementasikannya tanpa terganggu oleh persekitaran. Tidak
mengapa sekiranya anda masih belum jelas pada peringkat awalnya. Usaha untuk
mencari kebahagiaan dalam kehidupan adalah hak anda. Teruskanlah berusaha
supaya anda dapat menemui makna dalam kehidupan anda walaupun dengan
melakukan perkara-perkara yang kecil dan yang tidak anda sangka. Ikigai mempunyai
empat falsafah utama iaitu :

1. Lakukan apa yang anda suka (What You Love – Passion)
2. Lakukan apa yang dunia perlukan (What The World Needs - Mission)
3. Lakukan apa yang anda mahir (What You Are Good At - Vocation)
4. Lakukan apa yang memberi anda pendapatan ( What You Can Be Paid Off-

Profession)

P a g e | 35

PENDEKATAN KONSEP IKIGAI

Gambar 1 : Konsep Ikigai
Sumber : https://zekluu.com/en/self-development-Ikigai-el-sentido-de-la-vida/

Elemen lain dalam konsep Ikigai ialah
1. Gaya hidup santai.
2. menjaga diet harian
3. Sentiasa berada di samping rakan-rakan yang baik.
4. Senyum selalu.
5. Kembali menghayati alam semulajadi.
6. Berterima kasih.
7. Bersenam.
8. Menikmati setiap detik kehidupan.
9. Tidak pernah bersara (teruskan melakukan sesuatu yang kita suka).

P a g e | 36

AKTIVITI 2 : BALANG KEHIDUPAN

PENGENALAN Matlamat utama dalam CBT ialah penstrukturan kognitif,
daya tindak dan penyelesaian masalah. Fokus dalam sesi ini
ialah daya tindak untuk meningkatkan kemahiran gaya daya
tindak ahli kelompok dalam mengendalikan kemurungan,
kebimbangan dan stres yang dialami.

MASA 60 minit

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:
1.Mengenalpasti beberapa jenis penjagaan diri (self care)
sebagai yang utama
2.Mengaplikasikan penjagaan diri (self-care) dalam pelbagai
aspek kehidupan

METODOLOGI Bimbingan kelompok

BAHAN & 1. Pen
2. Whiteboard Online / Jamboard (google)
PERALATAN 3. Buku Episod Baharu (LAMPIRAN 14)

LANGKAH 1. Ahli kelompok diterangkan tentang konsep SELF CARE
-LANGKAH atau Peduli Diri yang perlu diamalkan dalam kehidupan

2. Kaunselor berkongsi aplikasi whiteboard /Jamboard
kepada ahli kelompok. Paparan kanvas tersebut
mengandungi lakaran balang.

3. Ahli kelompok diminta untuk menyenaraikan penjagaan
diri (self – care) yang mereka rasa sesuai diamalkan

4. Ahli kelompok diminta menulis self care dalam balang
sendiri (ahli boleh melukis balang sendiri)

5. Perbincangan dimulakan dengan setiap ahli
menerangkan tentang setiap self care yang telah
dihasilkan

6. Ahli kelompok digalakkan memberikan peneguhan
positif kepada ahli yang sedang berkongsi. Sekiranya
ahli tersebut merasakan kaedah Self Care itu kurang
sesuai dengan dirinya maka dia boleh menambahbaik
cadangan Self Care untuk diamalkannya

KERJA P a g e | 37
RUMAH
RUMUSAN 7. Kaunselor membuat rumusan aktiviti Balang Kesyukuran
8. Ahli kelompok diberi penerangan tentang tugasan untuk
FALSAFAH
sesi ketujuh iaitu Buku Episod Baharu. (Ahli kelompok
diminta untuk melengkapkan Borang SOLVED yang
terdapat dalam Buku Episod Baharu.)
9. Nota kaunselor: Kaunselor boleh muat turun Buku Episod
Baharu dalam kit yang disediakan.(-penerangan

Guna whiteboard.. guna sticker mengikut color
mengikut ahli kelompok.. rating 1-10)

Borang SOLVED yang terdapat dalam Buku Episod Baharu.
(Rujuk Nota Kaunselor untuk penerangan lanjut)
Memberi kesedaran kepada ahli kelompok bahawa kemahiran
SELF CARE atau Peduli Diri penting untuk menjalani sebuah
kehidupan yang Bahagia. Self Care boleh sentiasa diamalkan,
dibaiki dan ditambah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian

1. Terdapat banyak daya tindak yang boleh dilakukan untuk
mengendalikan emosi

2. Daya tindak setiap individu adalah berbeza

P a g e | 38

Nota kaunselor.

Manual Penggunaan Buku Episod Baharu

1. Buku ini terdiri daripada formula SOLVED. SOLVED merupakan peneguhan
kepada strategi penyelesaian masalah kepada individu yang telah berubah ke arah
insan positif. SOLVED iaitu

S - (Selecting a Problem)Sila senaraikan isu yang mahu diselesaikan.
O – (Open your mind) Apakah langkah-langkah penyelesaian atau alternatif yang
boleh diambil untuk menghadapi isu-isu di atas (‘brainstorm’ dengan ahli kelompok)
L – (Listing Pro and Cons) Senaraikan kesan baik dan buruk dalam langkah-langkah
yang telah diambil
V – (Verify the best solution) Capai kepastian mengenai langkah yang terbaik untuk
penyelesaian isu yang dialami
E– (Enacting the best solution) Perancangan jelas dan terperinci mengenai langkah
yang diambil
D – (Decide if your solution worked) Berjaya atauTidak Berjaya

Dalam sesi yang menggunakan Buku Episod Baharu, ahli kelompok perlu
melengkapkan setiap akronim yang ada di setiap muka surat. Kaunselor akan
memastikan ahli kelompok telah meluahkan dan ingin kekal berubah positif dan
membuka lembaran baru dengan tiada lagi distorsi pemikiran

P a g e | 39
Lampiran 14

Contoh Buku Baharu

Mukasurat 1 Mukasurat 2

Mukasurat 3 Mukasurat 4
Mukasurat 5 Mukasurat 6

Mukasurat 7 Mukasurat 8

P a g e | 40

SESI BIMBINGAN KELOMPOK KE 7

AKTIVITI : BUKU EPISOD BAHARU

PENGENALAN Setiap individu mempunyai peluang untuk membuka episod
baharu dalam hidup. Perancangan yang baik akan membantu
individu untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas dan teratur.
Setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya dan tiada
alasan untuk putus asa.

MASA 60 minit

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:
1. Mencari alternatif yang sesuai untuk mengatasi masalah.
2. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi dalam
menyelesaikan masalah
3. Mengaplikasikan teknik SOLVED dalam mengatasi
masalah.

METODOLOGI Bimbingan Kelompok

BAHAN & Buku Episod Baharu (Lampiran 14) , alatan tulis
PERALATAN

1. 1. Kaunselor mengalu-alukan kedatangan ahli kelompok
LANGKAH 2. Kaunselor meminta salah seorang ahli kelompok untuk
-LANGKAH
mengetuai aktiviti senaman pernafasan (Latihan
Pernafasan)
3. Kaunselor membuat penstrukturan dalam kelompok dan
mengingatkan tentang peraturan dan batasan
kerahsiaan
4. Kaunselor bertanyakan pada ahli kelompok apakah yang
mereka telah lalui pada sesi sebelum ini.
5. Ahli kelompok diminta berkongsi kerja rumah yang telah
diberikan dalam sesi keenam yang lalu (Buku Episod
Baharu - SOLVED)
6. Kaunselor akan bertanya kepada setiap ahli kelompok
akan keutamaan isu yang perlu diselesaikan.
7. Kaunselor akan meminta ahli kelompok berkongsi akan
semua yang di tulis dalam langkah-langkah SOLVED dan
akan meminta mereka memberi respons akan perubahan

RUMUSAN P a g e | 41
FALSAFAH
pemikiran dan tingkah laku yang akan kekal selepas sesi
ini.

8. Seterusnya kaunselor akan mengaitkan SOLVED dengan
pilihan2 yang ada dalam kehidupan sebagai alternatif
penyelesaian masalah dan kaedah berhadapan dengan
situasi yang getir selepas itu.

9. Ahli kelompok membincangkan Enacting the best solution.
Perancangan perlu jelas dan terperinci tentang tindakan
dan tempoh masa yang diambil untuk pelaksanaan

10. Ahli kelompok berkongsi alternatif yang boleh dijadikan
sandaran dalam kehidupan.

11. Kaunselor juga memproses sesi mengenai pilihan
penyelesaian masalah yang berbeza dan yang baik untuk
semua pihak.Kaunselor meminta klien menyimpan Buku
Episod Baharu sebagai rujukan pada masa hadapan.

Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Individu
berhak memilih cara yang difikirkan terbaik bagi dirinya untuk
berdepan dengan cabaran yang dihadapi. Keyakinan dan
kemampuan setiap insan untuk keluar dari permasalahan hidup
entiasa terbuka dan kita sebagai insan yang lemah harus kuat
mencarinya

Di sebalik kesusahan ada kesenangan.

P a g e | 42

SESI BIMBINGAN KELOMPOK KE 8

AKTIVITI 1 : JANGAN TERGELINCIR
PENGENALAN
Relaps adalah kembalinya gejala-gejala utama kemurungan,
kebimbangan dan stres ketika seseorang telah atau hampir
pulih dari kemurungan, kebimbangan dan stres. Punca utama
seseorang boleh relaps semula adalah disebabkan terdapatnya
pencetus. Pencetus keadaan yang menyebabkan seseorang
teringat atau mengimbau kejadian masa lalu. Ingatan ini boleh
menyebabkan seseorang merasa sedih, cemas, atau panik.
Penting untuk seseorang untuk mengawal pencetus agar
mereka tidak relaps semula.

MASA 60 minit

OBJEKTIF Di akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:

1. Mengenalpasti faktor-faktor pencetus (trigger) yang
boleh menyumbang kepada kepada kemurungan,
kebimbangan dan stres berulang.

2. Mengetahui cara-cara untuk mengawal pencetus
daripada berlaku .

3. Mengamalkan cara-cara yang berkesan untuk
menangani pencetus yang menyebabkan relaps relaps

METODOLOGI Bimbingan kelompok

BAHAN & Borang Pencetus (Trigger) (Lampiran 15)
PERALATAN
1. Kaunselor mengalu-alukan kedatangan ahli kelompok
LANGKAH 2. Kaunselor meminta salah seorang ahli kelompok untuk
-LANGKAH
mengetuai aktiviti senaman pernafasan Latihan
Pernafasan
3. Kaunselor bertanyakan progres ahli kelompok
berdasarkan pelan tindakan yang telah dilakukan pada
sesi sebelum ini.
4. Kaunselor memulakan perbincangan dengan ahli
kelompok berkaitan dengan relaps dan punca-punca
pencetus

RUMUSAN P a g e | 43
FALSAFAH
5. Kaunselor berkongsi Borang Pencetus untuk ahli
menyenaraikan pencetus yang boleh menyebabkan ahli
kelompok relaps

6. Berdasarkan borang yang telah diisi Kaunselor bersama
ahli kelompok membincangkan pencetus-pencetus yang
mereka kenalpasti dan cara untuk menghadapi keadaan
tersebut.

7. Ahli kelompok diminta memberi cadangan kepada ahli
lain berkaitan cara-cara mengelakkan pencetus dan
bagaimana untuk menghadapi sekiranya keadaan
berulang.

8. Kaunselor meminta ahli kelompok merumuskan punca-
punca relaps dan cara menangani

Semua ahli kelompok dapat mengenalpasti faktor-faktor
pencetus yang menyumbang kepada relaps dan cara
menangani

Belajar dari kesalahan akan mendewasakan setiap individu
dan belajar dari pengalaman lepas individu menjadi bijaksana.

P a g e | 44
LAMPIRAN 15

BORANG PENCETUS (TRIGGER)
KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN STRES

BIL ISU/PERISTIWA PENCETUS DAYA TINDAK/CARA MENANGANI
1
SEBELUM SELEPAS

2

3

4

P a g e | 45

AKTIVITI 2 : KEHIDUPAN BAHARUKU

PENGENALAN Elemen motivasi penting sebagai dorongan untuk perubahan
tingkahlaku, pemikiran dan emosi. Motivasi ini boleh datang dari
diri sendiri (internal) atau faktor luaran (external) seperti
sokongan sosial dari orang sekeliling.

MASA 60 minit

OBJEKTIF Di akhir aktiviti ini, ahli kelompok dapat:

1. Menyatakan kata-kata motivasi dan pujian kepada diri
sendiri dan ahli kelompok yang lain.

2. Mengenalpasti dan menggunakan sistem sokongan
dalam mengurangkan isu tekanan hidup

3. Meneruskan perancangan perubahan selepas
menamatkan SESI BIMBINGAN KELOMPOK.

METODOLOGI Bimbingan kelompok

BAHAN & Borang Skala Keyakinan Diri (Lampiran 16)
PERALATAN

LANGKAH- Aktiviti 1: Borang Skala Keyakinan Diri –
LANGKAH
1. Kaunselor menunjukan dan menerangkan Borang
Skala Keyakinan Diri

2. Ahli kelompok diberikan Borang Skala Keyakinan Diri
3. Ahli kelompok dikehendaki menandakan tahap

keyakinan masing-masing untuk berubah
4. Semua ahli kelompok dikehendaki berkongsi tentang

skala yang dipilih
dengan memberikan justifikasi dan alasan kenapa
memilih skala tersebut
5. Setiap ahli kelompok yang lain boleh memberikan
maklum balas positif dan motivasi terhadap skala ahli
kelompok yang lain

P a g e | 46

6. Kaunselor mengaitkan situasi ini dengan kepentingan
sokongan sosial (keluarga, rakan-rakan, kaunselor,
pegawai psikologi, Lets Talk, Talian Kasih, Befrienders)

Aktiviti 2: Rumusan besar dan penamatan
1. Ahli kelompok dikehendaki berkongsi apa yang mereka
perolehi sepanjang 8 sesi dijalankan
2. Ahli kelompok boleh menyatakan perasaan dan emosi
mereka sebelum sesi ditamatkan.
3. Ahli kelompok diminta untuk memberikan kata-kata
pujian/ semangat/ motivasi sesama ahli kelompok.

Aktiviti 3: Ujian post DASS 21 (online)
1. Fasilitator mengedarkan pautan instrumen DASS 21
kepada semua ahli kelompok
2. Fasilitator memberikan penerangan ringkas berkaitan
cara menjawab instrumen DASS 21 kepada ahli
kelompok
3. Ahli kelompok diberi masa selama 10 minit untuk
menjawab instrumen DASS 21

RUMUSAN Ahli kelompok menunjukkan pemantapan perubahan sedia
ada yang telah dicapai dan menunjukkan kemahiran
penyelesaian masalah yang telah diperolehi.

FALSAFAH Setiap pertemuan ada perpisahan
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya


Click to View FlipBook Version