Mutiara
Mutiara KPM 1
1.0 LATAR BELAKANG
Pengurusan sumber manusia adalah kompleks berbanding dengan sumber lain
disebabkan manusia mempunyai pelbagai sifat dan gelagat yang boleh
mempengaruhi hasil produktiviti kerja (Muna, Atasya 2013). Sumber manusia
merupakan salah satu aset yang seharusnya dibangunkan untuk merealisasikan
objektif yang dibina dalam sesebuah organisasi dan negara. Ini kerana tanpa
pembangunan sumber manusia maka setiap perancangan yang dibina gagal dicapai.
Sektor Awam negara hari berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menuntut
perubahan struktural dan peralian paradikma bagi memastikan kewujudannya terus
relevan dan dihormati. Demi mencapai matlamat tersebut prestasi pekerja
perkhidmatan awam haruslah berada pada satu tahap kecekapan dan prestasi kerja
tertentu. Mulai tahun 2015 bagi memastikan prestasi penjawat Awam sentiasa ditahap
yang diinginkan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi
Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam.
Menurut Dessler (2000), prestasi kerja merujuk kepada bagaimana individu
mengambil tindakan dan menyumbang kepada tingkah laku yang selaras dengan
objektif organisasi yang mana prestasi kerja juga merujuk kepada tangungjawab dan
tugas yang perlu dilakukan oleh seseorang sebagai tugasan individu. Tenaga kerja
Mutiara KPM 2
manusia merupakan salah satu faktor penting dalam sesebuah organisasi atau
perusahaan bagi mencapai tujuan dan sasaran sesebuah organisasi. Hal ini
disebabkan tenaga manusia merupakan salah satu faktor penentu berhasil atau tidak
sesuatu organisasi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu,
tidak dapat dinafikan bahawa jika organisasi tidak mengutamakan motivasi pekerja, ia
akan merugikan pihak organisasi itu sendiri (Steers, 1998).
Menurut Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, setiap manusia diberi keupayaan berfikir yang
berkembang sejajar dengan pertumbuhan jasmani dan akali. Keupayaan berfikir ini
mempunyai pelbagai bentuk bergantung kepada tahap pertumbuhan yang berlainan.
Pemikiran seseorang dibentuk oleh persekitarannya dan ini dapat dilihat pada rupa
bentuk dan kaedah tertentu. Dengan kesungguhan seseorang berupaya membina
pemikirannya menjadi matang dan bernas sehingga mengatasi pemikiran terdahulu.
Prestasi pekerja sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan mengenai
tugas dan motivasi. Dengan erti kata lain, pekerja yang produktif ialah pekerja yang
tahu akan komitmen dan tanggungjawabnya serta mempunyai semangat yang kuat
untuk bekerja. Semangat mahu bekerja perlu dipupuk dalam sanubari pekerja dengan
memberi kesedaran kepada pekerja terhadap kelebihan dan kelemahan yang ada
pada diri mereka. Dengan ini, pekerja tersebut akan dapat membina sikap yang positif
dan mengikis sikap yang negatif. Ini secara tidak langsung pekerja akan dapat
menyumbang secara efektif dan efisien kepada organisasinya untuk lebih berdaya
saing ke arah mencapai kecemerlangan (Wan Idros, 2001).
Mutiara KPM 3
2.0 PENGENALAN
Seperti yang kita sedia maklum, sumber manusia merupakan agen kepada
keberkesanan sesebuah organisasi. Sumber manusia adalah aset penting yang
berupaya memangkin kemajuan dan kejayaan organisasi dalam mencapai Indeks
Petunjuk Prestasi yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, tahap kecekapan,
keberkesanan dan prestasi ada kalanya tidak konsisten disebabkan pelbagai faktor
seperti keperluan stakeholders yang dinamik dan kompleks serta pengaruh faktor
persekitaran dan faktor dalam diri yang menjejaskan motivasi, komitmen dan
produktiviti. Kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi
oleh prestasi sumber manusia organisasi tersebut. Bagi menjadi sumber manusia
yang profesional dan mencapai standard yang baik, program latihan intensif amat
penting bagi mengekalkan momentum sumber manusia dan meningkat prestasi serta
motivasi mereka.
Sehubungan itu, Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil satu inisiatif untuk menghasilkan satu modul yang
dinamakan MUTIARA sebagai panduan kepada kaunselor bagi mengendalikan
program kepada kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian
lain. Usaha ini diharapkan agar dapat meningkatkan kualiti sumber manusia dalam
usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Mutiara KPM 4
Modul ini mengambil Mutiara sebagai asas kepada pembinaannya. Dibangunkan
khusus bagi penjajaran semula modal insan sesebuah organisasi. Ianya adalah
bertepatan dengan objektif ianya diwujudkan iaitu untuk mengenalpasti potensi,
meningkatkan kemahiran interpersonal dan intraporsional, mengupayakan
pembangunan potensi kendiri, memperoleh celik akal untuk melakukan perubahan
tingkah laku, emosi dan pemikiran yang positif.
Mutiara adalah merupakan batu perhiasan yang telah disanjung keindahannya sejak
dahulu. Dibaratkan sebagai "The Queen Of Stone" kerana keindahan bentuknya yang
mempesona dan mempunyai keanggunan serta sifat feminin yang dipancarkan melalui
pengaruh yang dimilikinya. Merupakan unsur terpenting dari sejarah perhiasan, kerana
ianya telah digunakan sebelum batu permata ditemui. Dinyata juga di dalam di dalam kitab
Al-Quran mengenai penggambaran syurga yang dihiasi oleh mutiara.
Modul ini dibina di atas tujuh elemen utama iaitu Mantiq, Unggul, Trampil, Intergriti,
Amanah, Responsif dan Akhlak. Mantiq yang ditakrifkan sebagai peraturan berfikir
yang betul, melalui kefahaman (inference) yang menghasilkan kesimpulan yang benar
dan sahih, menjadi panduan kepada manusia dalam soal berfikir dan gerak daya yang
berkaitan dengannya. Disumbang oleh ilmuwan ulung iaitu antaranya ialah Al-Farabi,
Nasiruddin Al-Tusi, Fakhr Al-Din Al-Razi, Abu Al-Barakat Al-Baghdadi, Al- Qutb Al-
Razi dan Sadr Al-Din Al-Shirazi.
Manakala ke arah pembentukan personaliti unggul dalam perkhidmatan awam, ada
ditekankankan tentang konsep manusia cemerlang, gemilang dan terbilang, konsisten
dalam mencapai tahap tertinggi, kecemerlangan dalam perhubungan, komited
Mutiara KPM 5
terhadap tugas, berpegang kepada etika diri dan manusia lain. Seterusnya, aspek lain
seperti ketrampilan, berintergriti, amanah, bertanggung dan berakhlak adalah
merupakan perkara yang diambil kira dan perlu dimiliki oleh setiap individu. Kesemua
elemen tersebut dilingkungi oleh nilai sejagat dan nilai spiritual yang menjadi amalan.
Modul yang dibina ini terbahagi kepad dua domain utama iaitu psiko-pendidikan dan
intervensi kaunseling. Domain psikologi pendidikan terdiri daripada tiga sub-domain
iaitu psikologi, motivasi dan spiritual. Manakala domain intervensi kaunseling meliputi
kaunseling kelompok dan kaunseling individu.
3.0 PENDEKATAN TEORI
Modul ini didasari oleh Teori Rasional Emotif Behavioral Terapi (REBT). Terapi ini
mengandaikan bahawa terdaat individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak
rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan
sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu
sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem
kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula
dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada
diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.
Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut
perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi
kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang
guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Asas andaian teori ini bahawa individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada
dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional dilihat sebagai
Mutiara KPM 6
keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional
pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira.
Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu
kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Oleh
itu kaunselor bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu
supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih
harmonis. Konsep ABCDE menurut REBT :
• A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap
atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.
• B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system.
Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”
• C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan
ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.
• D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami
suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang
menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”.
• E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti
berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil
Mutiara KPM 7
daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu
dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’.
4.0 MATLAMAT
Meningkatkan tahap prestasi,dan keupayaan kendiri dalam kemajuan organisasi.
5.0 OBJEKTIF
5.1 mengenalpasti potensi dan bakat ke arah pembangunan kendiri
5.2 meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal semasa menjalankan tugas
5.3 mengupayakan pembangunan dan motivasi diri ke arah peningkatan profesionalisme
5.4 memperoleh celik akal untuk melakukan perubahan tingkah laku, emosi dan pemikiran
yang positif.
5. membantu melonjakkan tahap prestasi dan keupayaan kendiri.
6.0 METODOLOGI
6.1 Ceramah
6.2 Penilaian psikometrik
6.3 Kaunseling Kelompok
6.4 Kaunseling Individu
7.0 KUMPULAN SASARAN
Warga KPM yang berprestasi sederhana LNPT/UI 60-79.9
8.0 JANGKA MASA
Program ini dijalankan selama tiga (3) hari bekerja yang melibatkan 25 jam pengisian
program
Mutiara KPM 8
9.0 PENGENDALIAN PROGRAM
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor yang telah ditauliahkan oleh Bahagian
Psikologi dan Kaunseling
KERANGKA MODUL MUTIARA
MUTIARA Psiko Psikologi Peningkatan
Pendidikan Motivasi Potensi
Spiritual Kendiri
Teori
Kaunseling Kaunseling
Kelompok
Intervensi
Kaunseling Kaunseling
Individu
Mutiara KPM 9
PSIKOMETRIK
Nama Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Inventori
Pengenalan Inventori Motivasi Pencapaian Staf telah dibangunkan oleh Hj. Badrunsham
bin Dahalan @ Omar yang merupakan Mantan Ketua Sektor, Unit Psikologi
dan Kaunseling JPN Kedah dan telah dimurnikan oleh Tuan Haji Engliman
bin Roslan. Inventori ini dibina untuk mengukur tahap motivasi dan
pencapaian diri berdasarkan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT).
Inventori ini mempunyai 25 item yang mengukur sikap dan pencapaian
Objektif Mengukur tahap motivasi staf.
Mengetahui hubungan tahap motivasi dan pencapaian prestasi staf.
Metodologi Set Inventori Motivasi Pencapaian Staf, interpretasi Inventori Motivasi
Pencapaian Staf, ceramah dan interaksi dengan peserta.
Bahan & 1. Set Soal selidik Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Peralatan 2. Borang jawapan Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Langkah- 1. Fasilitator memberikan penerangan secara umum berkaitan
langkah Inventori Motivasi Pencapaian Staf
2. Inventori Motivasi Pencapaian Staf diedarkan kepada para
peserta dan peserta perlu menjawab dalam tempoh 20 minit
berdasarkan kefahaman para peserta. Peserta boleh bertanya
kepada fasilitator sekiranya terdapat item inventori yang
kurang difahami.
Mutiara KPM 10
Langkah- 3. Setelah selesai menjawab peserta akan dibimbing oleh
langkah fasilitator untuk mengira jumlah skor keseluruhan dan peserta
juga akan memperolehi skor personaliti yang tertinggi dan
terendah.
4. Fasilitator akan memulakan slaid tayangan ceramah berkaitan
interpretasi inventori motivasi pencapaian.
5. Ceramah diteruskan dengan memberikan penjelasan
mengenai perkaitan motivasi dengan pencapaian prestasi.
6. Fasilitator membuat penutup dengan kata-kata yang positif
serta menjelaskan hubungan motivasi dan pencapaian
prestasi.
Rumusan Allah menjadikan manusia terdiri dari pelbagai jenis tingkahlaku. Tingkahlaku
indidvidu ni akan menghasilkan individu yang mempunyai tahap motivasi
berbeza yang secara tidak langsung mampu mempengaruhi tahap
pencapaian individu tersebut. Tahap motivasi yang berbeza ini boleh
ditambahbaik dengan penggunaan pelbagai kaedah untuk meningkatkan
motivasi tersebut. Kepelbagai kaedah ini boleh diperolehi dengan
menggunakan akal yang diciptakan oleh Allah S.W.T.
Mutiara KPM 11
Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Apa Itu Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Inventori Motivasi Pencapaian Staf telah dibangunkan oleh Hj. Badrunsham bin Dahalan @
Omar yang merupakan Mantan Ketua Sektor, Unit Psikologi dan Kaunseling JPN Kedah dan
telah dimurnikan oleh Tuan Haji Engliman bin Roslan. Inventori ini dibina untuk mengukur
tahap motivasi dan pencapaian diri berdasarkan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT).
Inventori ini mempunyai 25 item yang mengukur sikap dan pencapaian. Item tersebut adalah
Bil Konstruk Pernyataan
1 Sikap 1,3,5,7,9,11,13,15,17,19,21 dan 23
2 Pencapaian 2,4,6,8,10,12,14,16,18,20,22,24,25
Objektif Pengendalian Inventori Motivasi Pencapaian Staf:
Mengukur tahap motivasi staf.
Mengetahui hubungan tahap motivasi dan pencapaian prestasi staf.
Borang-Borang Yang Digunakan:
i. Soal selidik Inventori Motivasi Pencapaian Staf
ii. Borang jawapan Inventori Motivasi Pencapaian Staf
Cara Menjawab:
• Tidak perlu berbincang
• Jawab dengan jujur dan ikhlas
• Tiada jawapan yang betul atau salah
• Jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran anda adalah yang terbaik.
Mutiara KPM 12
Interprestasi Skor:
Interprestasi skor menggunakan kaedah tahap iaitu tahap tinggi, sederhana tinggi, sederhana
rendah dan rendah iaitu :
Bil Tahap Pernyataan
1 Tinggi 80-100
Matlamat kehidupan dan pekerjaan anda berorientasikan
pencapaian dan kecemerlangan. Memandangkan anda
mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, anda tidak
mudah mengalah kerana persaingan yang dihadapi
memberikan suatu keseronokan untuk memperoleh
kecemerlangan. Anda juga mempunyai tahap
kebimbangan yang rendah kerana lazimnya memilih risiko
yang berada dalam kemampuan anda untuk ditangani.
Anda sering akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk
mencapai cita-cita dalam kerjaya kerana anda mempunyai
prinsip tidak bergantung sepenuhnya kepada nasib.
2 Sederhana Tinggi Matlamat kehidupan dan pekerjaan anda berorientasikan
60-79 pencapaian dan kecemerlangan pada tahap sederhana
tinggi. Anda masih mempunyai tahap keyakinan yang
sederhana tinggi, tidak mudah mengalah, menganggap
persaingan yang dihadapi suatu keperluan untuk
memperoleh kecemerlangan. Anda juga mempunyai tahap
kebimbangan yang rendah, memilih risiko yang berada
dalam kemampuan anda untuk ditangani. Anda juga sering
akan berusaha bersunggh-sungguh untuk mencapai cita-
cita dalam kerjaya kerana anda percaya bahawa nasib
bukan penentu segala-galanya
Mutiara KPM 13
Mutiara KPM 14
Bil Tahap Pernyataan
3 Sederhana rendah Matlamat kehidupan dan pekerjaan anda masih
40-59 berorientasikan pencapaian dan kecemerlangan tetapi
pada ketika tertentu anda berasa selesa dengan
kedudukan sekarang . Anda mempunyai tahap keyakinan
yang sering berubah iaitu pada suatu ketika berada pada
tahap sederhana tinggi, dan pada ketika yang lain pada
tahap yang kurang keyakinan diri. Hal ini bergantung
kepada keadaaan kerana anda juga kadangkalanya
mudah mengalah, dan menganggap persaingan yang
dihadapi suatu keperitan untuk memperoleh
kecemerlangan. Anda juga mempunyai tahap
kebimbangan yang kadangkala sederhana tinggi, dan
kadangkala rendah. Dalam keadaan tertentu anda jarang
mengambil risiko yang berada dalam kemampuan anda
untuk ditangani. Mood anda dalam melaksanakan usaha-
usaha ke arah pencapaian cita-cita kerjaya boleh berada
pada tahap yang tidak menentu kerana anda kadangkala
percaya bahawa nasib boleh menjadi penentu kepada
segala-galanya.
4 Rendah 25-39 Anda dalam golongan yang kurang bermotivasi dan mudah
selesa dengan keadaan sekarang. Anda juga mempunyai
keyakinan diri yang rendah, dan lazimnya mudah terdorong
untuk menjadi pasif, tidak aktif, dan mempunyai sikap
kebergantungan yang tinggi kepada orang lain. Pekerjaan
yang dilakukan hanya sebagai suatu rutin yang tidak perlu
dibuat apa-apa penambahbaikan. Persaingan dalam
kehidupan tidak dianggap penting dan anda tidak suka
untuk terlibat dalam apa-apa risiko yang boleh menganggu
keselesaan hidup anda meskipun ia menjanjikan pulangan
yang lebih baik. Tahap kebimbangan anda juga lazimnya
tinggi kerana ada keperluan hidup yang tidak dapat
dipenuhi. Dalam banyak keadaan anda banyak bergantung
kepada nasib meskipun berusaha pada tahap minimum.
Mutiara KPM 15
Langkah-langkah perlaksanaan:
1. Fasilitator memberikan penerangan secara umum berkaitan Inventori Motivasi
Pencapaian Staf
2. Inventori Motivasi Pencapaian Staf diedarkan kepada para peserta dan peserta perlu
menjawab dalam tempoh 20 minit berdasarkan kefahaman para peserta. Peserta
boleh bertanya kepada fasilitator sekiranya terdapat item inventori yang kurang
difahami.
3. Setelah selesai menjawab peserta akan dibimbing oleh fasilitator untuk mengira
jumlah skor keseluruhan dan peserta juga akan memperolehi skor personaliti yang
tertinggi dan terendah.
4. Fasilitator akan memulakan slaid tayangan ceramah berkaitan interpretasi inventori
motivasi pencapaian.
5. Ceramah diteruskan dengan memberikan penjelasan mengenai perkaitan motivasi
dengan pencapaian prestasi.
6. Fasilitator membuat penutup dengan kata-kata yang positif serta menjelaskan
hubungan motivasi dan pencapaian prestasi.
Rujukan:
Muhammad Sidek Said 2012.
Memperkasa modal insan dalam Pelan Pendidikan Malaysia.Jurnal Akademik, p135-145.
Mutiara KPM 16
ICE BREAKING
MODUL
ICE-
BREAKING
MENGANDUNGI : - BUKA BICARA
- OLA BOLA
AKTIVITI 1 - ADA HARGA
AKTIVITI 2
AKTIVITI 3
Mutiara KPM 17
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
KAUNSELING
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK E-9 PARCEL E, KOMPLEKS
KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PUTRAJAYA
Membuang persepsi negatif dan membentuk
pemikiran yang positif
Program MUTIARA
A. Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
1. Membentuk peningkatan kompetensi dan jati diri peserta.
2. Mewujudkan hubungan yang rapat dan kejelekitan antara peserta.
3. Menanamkan sikap suka menghargai orang lain.
4. Membina asas keterbukaan berasaskan nilai hormat menghormati.
Membuang persepsi negatif dan membentuk pemikiran yang positif
C. Kaedah Pelaksanaan Modul
Aktiviti Individu dan kumpulan
D. Alatan
Pen marker - mengikut jumlah peserta permanent
Pen - mengikut jumlah peserta
Kertas A4 - 1 rim
E. Rumusan / Refleksi
Setiap aktiviti yang dilakukan haruslah dikaitkan dengan tugas klien
sebagai seorang insan yang sempurna.
Mutiara KPM 18
HURAIAN TERPERINCI MODUL (ICE-BREAKING)
MASA SUBJEK
10 Minit i. Aktiviti 1 - Buka Bicara
ii. Objektif :
a. Memulakan ‘Setting’ minda peserta.
b. Menghilangkan persepsi negatif para peserta.
c. Menjalinkan hubungan awal dengan rakan berhampiran.
d. Memasuki ruang rujuk peserta dengan pendekatan
humanistik.
iii. Langkah-langkah :
a. Fasilitator membuka majlis dengan bacaan Al-fatihah dan
bertafakkur sebentar.
b. Fasilitator mengarahkan para peserta duduk dalam bulatan
mengikut kelompok jantina dan bersalaman dengan rakan di
kedua-dua belah kiri dan kanan mereka.
c. Membuat aktiviti senam ringan / regangan.
10 minit Rumusan:
Setiap individu perlu melakukan sesuatu perkara dengan baik dan
bersungguh-sungguh supaya dapat menghasilkan sesuatu yang
terbaik.
Falsafah :
Gembira dengan apa yang diperolehi.
Mutiara KPM 19
MASA SUBJEK
40 Minit i. Aktiviti: Ola Bola
ii. Objektif :
a. Meningkatkan rasa bersamaan
b. Mewujudkan persaingan yang sihat
c. Meningkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam
situasi baharu
d.
iii. Langkah-langkah:
a. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan mengikut
kesesuaian. Setiap kumpulan mewakili satu Negara. (cth.
Pasukan Banglades dan Pasukan Indonesia)
b. Ahli dalam pasukan diminta membuat sorakan “Bangla” bagi
pasukan Banglades dan “Indon” bagi pasukan Indonesia
apabila fasilitator menunjuk tangan ke arah setiap pasukan.
Pasukan yang bersorak dengan lebih kuat akan memperolehi
satu jaringan gol.
c. Ulang aktiviti sehingga dua atau tiga pusingan
d. Pasukan Banglades diminta menyebut “AYO YO, AYO YO”
dan pasukan Indonesia diminta menyebut “YA YA PAK, YA
YA PAK” apabila fasilitator menepuk dahi dan menunjuk
tangan ke arah pasukan. Pasukan yang bersorak dengan
lebih kuat akan memperolehi satu jaringan gol.
e. Ulang aktiviti sehingga tiga pusingan
10 minit i. Rumusan:
Setiap individu mempunyai nilai diri masing-masing. Nilai dalam diri
banyak mempengaruhi tingkah laku individu dalam kehidupan
seharian.
ii. Falsafah :
Tak kenal makan tak cinta
Mutiara KPM 20
Nama SENAMAN OTAK
Pengenalan Senaman Otak adalah serangkaian latihan berasaskan gerakan tubuh.
Gerakan itu dilakukan untuk merangsang otak kiri dan kanan (dimensi
lateral) belakang otak dan bahagian depan otak (dimensi pemfokusan),
merangsang sistem yang berkait dengan perasaan/ emosi, iaitu otak
tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan).
Objektif . 1. Meningkatkan konsentrasi peserta
2. Merangsang peserta supaya berfikir lebih cepat
3. Melakukan pergerakan dua anggota yang tidak sama dalam satu
masa
Metodologi Tunjuk Cara
Bahan & Air minuman, kertas A 4, pencel
Peralatan
Langkah- 1. Terangkan serba sedikit tentang senaman otak
langkah 2. Minum air sebelum memulakan aktiviti
3. Lakukan aktiviti berikut seperti Brain Button, Cross Crawl,
Positive Points, Thinking Caps, Hoop Ups
4. Akhiri dengan menarik nafas sebanyak 3 kali
Mutiara KPM 21
Rumusan Otak kiri dan kanan perlu digunakan secara seimbang.
Sentiasa lakukan aktiviti berbentuk kegergasan untuk manfaat
fizikal dan mental.
Mutiara KPM 22
Nota Senama Otak
Otak kita terdiri daripada 2 hemisfera. Anehnya, 85% orang di dunia ini hanya
menggunakan otak kiri sahaja. Sebahagiaannya menggunakan kombinasi kedua-
duanya dan separuh lagi hanya menggunakan otak kanan. Dari segi fungsi, otak yang
terdiri dari dua hemisfera kiri dan kanan itu memiliki tiga dimensi yang saling
berhubungan. Dengan menggunakan seluruh bahagian otak ini, fungsi otak dapat
dioptimalkan. Namun, tidak semua orang mampu melakukannya. Salah satu cara
mengoptimalkan penggunaan semua dimensi otak adalah senam otak atau dikenali
sebagai Senaman Otak.
Senaman Otak adalah serangkaian latihan berasaskan gerakan tubuh. Gerakan itu
dilakukan untuk merangsang otak kiri dan kanan (dimensi lateral) belakang otak dan
bahagian depan otak (dimensi pemfokusan), merangsang sistem yang berkait dengan
perasaan/ emosi, yakni otak tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan). Ia
boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa waktu khusus. Senaman Otak mampu
memudahkan kegiatan belajar dan melakukan penyesuaian terhadap ketegangan dan
aktiviti sehari-hari.
Mutiara KPM 23
Art Therapy
Nama POHON HAYAT
Pengenalan Disiplin Terapi Seni adalah berdasarkan kepeda pengetahuan dalam
teori psikologi dan pembangunan manusia yang melibatkan bidang
yang luas seperti mengurangkan isu-isu psikologipembelajaran, aspek-
aspek emosi dan kognatifdan meningkatkan keyakinan dir. Lukisan
boleh meredakan perasaan semasa krisisdan untuk kembali kepada
kehidupan bersama dengan orang lain. Imej adalah jambatankepada
badan dan minda. Wujudnya tahap semasa pemprosesanmaklumat
yang memberi kesan kepada perubahan fisiologikal dan emosi dalam
badan. Imej yang dibimbing dan pengalaman sewaktu proses ini
mendorong individu diarah melalui relaksasi diikuti dengan cadangan
untuk mengimaginasi imej yang spesifik. Ia dapat digunakan untuk
mengurangkan simpotm, perubahan mood dan memacu keupayaan
badan untuk pulih.
Masa 2 jam
Objektif Diakhir sesi, peserta akan dapat:
1. Menguruskan emosi diri dengan baik
2. Menzahirkan perasaan atau emosi melalui medium yang
berbeza
3. Mengetahui cara mengatasi emosi negative melalui pendekatan
psikologi
4. Mewujudkan keadaan emosi yang sejahtera
Metodologi Aktiviti Berkumpulan Besar, kemudian sesi kelompok kecil
Peralatan ICT, kertas lukisan dan crayon
Bahan &
Peralatan Mutiara KPM 24
Langkah- Fasilitator boleh mengemukakan soalan bila kali terakhir peserta
langkah melukis.
Sesi “warm up” dengan melukis gambar bola, rama-rama atau
bunga.
Peserta diminta melukis dalam bentuk abstrak emosi berikut
dalam kertas yang berasingan, iaitu:
i. Emosi Marah
ii. Emosi Takut
iii. Emosi Sedih
iv. Emosi Gembira
Fasilitator meminta peserta meletakkan gambaran emosi yang
dilukis dihadapan. Fasilitator meminta peserta mengenal pasti
warna yang biasa digunakan bagi setiap emosi
Peserta diminta melukis atau menzahirkan emosi masing-masing
pada ketika ini. Simbol boleh digunakan
Sesi refleksi dalam kelompok
Peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing. Minta
peserta melukis pohon yang mewakili diri mereka sekarang setelah
Berjaya meluahkan emosi mereka. Pohon yang dilukis hendaklah
lengkap dengan akar, dahan, ranting dan daun atau apa sahaja
yang berkaitan dengan pohon. Peserta juga boleh melukis apa
sahaja symbol disekitar pohon yang memberi makna tertentu dalam
kehidupan mereka. Ransang peserta untuk meluahkan dalam
bentuk lukisan apa sahaja berkaitan diri mereka sendiri. Sepanjang
aktiviti ini peserata hendaklah diberi pengukuhan bahawa
sepanjang aktiviti ini tidak dilihat aspek kecantikan lukisan tetapi
apa yang dizahirkan atau diluahkan melalui lukisan tersebut.
Mutiara KPM 25
Langkah- Sesi Refleksi secara kelompok
langkah 10 Tips Mengawal Emosi
i. Selalu berfikiran positifdan logik
Rumusan ii. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu
iii. Sentiasa memberikan senyuman kepada orang lain
walaupun tiada mendapat respon
iv. Membaca petikan, kata-kata cogan kata, peribahasa
dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri
v. Sentiasa memaafkan oaring lain
vi. Selalu berdoa
vii. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan
viii. Selalu bersenam
ix. Elakkan dari berucap dengan nada tinggi
x. Mempunyai rehat yang cukup
Perasaan dan emosi yang tidak boleh diluahkan dengan
menggunakan perkataan dapat dizahirkan dengan menggunakan
lukisan. Aktiviti melukis, melakar dan mewarna yang dijalankan
dapat membantu individu meluahkan isu-isu psikolososial yang
dialami. Proses penghasilan seni menyentuh pelbagai aspek dalam
roda penyembuhan iaitu fizikal, emosi, mental dan sptiriual
Mutiara KPM 26
Nama Art Therapy
Garis Kehidupan
Pengenala Pencapaian seseorang individu ada kalanya berada ditahap yang tinggi
n dan ada ketikanya berada ditahap yang rendah. Ianya dipengaruhi oleh
beberapa faktor samada faktor diri sendiri, orang lain atau persekitaran.
Pencapaian yang tinggi boleh menjadi motivasi untuk diri sendiri dan
juga orang lain.
Masa 2 jam
Objektif 1. Mengetahui tahap pencapaian tertinggi yang telah dicapai
dalam kehidupan
2. Menjadikan pencapaian yang terbaik sebagai motivasi diri
Metodologi Aktiviti individu secara dalam kumpulan
Bahan & Kertas A4, pensil dan pembaris
Peralatan
Langkah- Fasilitator mengedarkan helaian kertas dan peralatan melukis
langkah
Fasilitator meminta peserta untuk melakarkan garis pencapaian
terbaik yang diperolehi dalam kehidupan.
Minta setiap peserta menjelaskan setiap pencapaian yang
diperolehi.
Minta peserta lain untuk memberi maklum balas.
Mutiara KPM 27
Rumusan Pencapaian setiap individu adalah tidak sama. Tahap pencapaian
yang diperolehi tidak perlu dibandingkan dengan tahap pencapaian
orang lain. Walau bagaimanapun pencapaian terbaik orang lain
boleh menjadi motivasi untuk diri sendiri.
Mutiara KPM 28
SPIRITUAL
Nama KERJA SEBAGAI IBADAH
Pengenalan Slot ini akan memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta bahawa
pekerjaan yang dilakukan adalah sebagai ibadah
Masa 15 Minit
Objektif 1. Memahami tujuan sebenar bekerja
2. Memahami kategori kerja yang dianggap sebagai ibadah
3. Mengetahui syarat-syarat menjadikan satu pekerjaan dianggap ibadah
Metodologi Set maklumat mengikut hari dengan cara memberi ceramah selepas
waktu solat Maghrib dan selepas Waktu Subuh
Bahan & Bahan maklumat yang disediakan/ set tazkirah
Peralatan
Langkah- Fasilitator memberikan penerangan tentang tajuk “ Kerja Sebagai
langkah Ibadah”
Fasilitator akan mengaitkan maklumat tajuk dengan diri peserta dan juga
tugasan terhadap pekerjaan
Fasilitator akan bersoal jawab dengan peserta
Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang tajuk tazkirah
Mutiara KPM 29
Rumusan Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorng Muslim akan dianggap sebagai
ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.
Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari dan memastikan
segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-
mata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian,
pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah
yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya
dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang
dilarangNya.
Mutiara KPM 30
SPIRITUAL
Nama AMANAH DALAM PEKERJAAN
Pengenalan Slot ini akan memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta bahawa
sifat amanah sangat penting dalam menjalankan tugas dalam pekerjaan
Masa 30 Minit
Objektif 1. Memahami konsep amanah dalam bekerja
Metodologi 2. Mengenalpasti jenis-jenis amanah dalam menjalankan kerja mengikut
pandangan islam
Bahan bercetak yang disediakan dan disampaikan melalui kaedah
tazkirah
Bahan & Bahan maklumat yang disediakan/ set tazkirah
Peralatan
Langkah- 1. Fasilitator memberikan penerangan tentang tajuk “ Amanah dalam
langkah pekerjaan”
2. Fasilitator akan mengaitkan maklumat tajuk dengan diri peserta dan
juga tugasan terhadap pekerjaan
3. Fasilitator akan bersoal jawab dengan peserta
4. Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang tajuk tazkirah
Mutiara KPM 31
Rumusan Asas yang utama di dalam kecemerlangan dan keprofesionalan
pekerjaan bergantung kepada penuaian amanah dan
tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai
dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal,
terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.
Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah
berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang
cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan
keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk
semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang
profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi mekanik yang
profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang
tukang sapu yang profesianal.
Mutiara KPM 32
SPIRITUAL
Nama CEMERLANG DALAM PEKERJAAN
Pengenalan Slot ini akan memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta dalam
membentuk pekerja yang cemerlang
Masa 30 Minit
Objektif 1. Muhasabah diri dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang
pekerja
2. Mendapat tip menjadi pekerja yang cemerlang
Metodologi Bahan bercetak yang disediakan dan disampaikan melalui kaedah
tazkirah
Bahan & Bahan maklumat yang disediakan/ set tazkirah
Peralatan
Langkah- 1. Fasilitator memberikan penerangan tentang tajuk “ Cemerlang dalam
langkah pekerjaan”
2. Fasilitator akan mengaitkan maklumat tajuk dengan diri peserta dan
juga tanggungjawab terhadap pekerjaan
3. Fasilitator akan bersoal jawab dengan peserta
4. Fasilitator akan membuat kesimpulan tentang tajuk tazkirah
Mutiara KPM 33
Rumusan Setiap amalan dinilai berdasarkan niat, jika niat yang benar dan
ikhlas semata-mata mencari keredhaan Tuhan, nescaya ia
dianggap sebagai ibadah dan berupaya untuk mengelak individu
melakukan perkara yang tidak baik. Dalam melaksanakan kerja
yang diamanahkan perlu seseorang individu menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan ikhlas, ini membawa kepada
keberkatan gaji atau rezeki yang diperolehi. Seseorang pekerja
perlu menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas
kerana inya dituntut oleh agama agar buat sesuatu perlu yang
terbaik atau sehabis baik
Mutiara KPM 34
CEMERLANG DALAM PEKERJAAN
1. Niat
Niat yang betul dapat memastikan sesuatu yang kita laksanakan dikira sebagai ibadah.
2. Amalan
Bermuhasabah agar diri jelas apa tujuan bekerja, sama ada bertujuan hanya semata-mata
kerana gaji atau perkara yang lain. Ada individu yang bekerja kerana mahukan gaji tetapi
malas da nada juga orang yang menjadikan tangga gaji sebagai pemangkin kejayaan. Secara
tidak langsung ia disertakan dengan komitmen, fokus, produktiviti dan seumpamanya.
3. Lakukan lebih daripada apa yang perlu
Bergantung kepada diri sendiri yang menilai apa yang dilakukan dalam setiap tugasan. Perlu
timbulkan semangat dan seronok dalam menjalankan tugas dan persekitaran yang baik
sehinggakan tidak sedar masa bekerja sudah berlalu.
4. Komitmen
Perlu bagi setiap individu komited dalam setiap tugasan dan tanggungjawab dalam
organisasi. Tidak perlu memikirkan orang lain dalam menunjukkan kerajinan dalam
menjalankan tugas seharian. Perlu ada dalam diri sendiri sifat proaktif sebagai seorang
pekerja dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab.
5. Kemahiran komunikasi
Perlu sentiasa ada kemahiran berkomunikasi yang baik bagi memastikan seseorang itu
Nampak berkaliber dan berkarisma semasa bercakap dengan orang lain.
6. Tambah ilmu
Untuk memastikan individu menjadi seorang pekerja yang cemerlang, perlu memiliki ilmu dan
menambah ilmu sama ada dari segi teori atau praktikal.
7. Hormat menghormati
Hormat menghormati adalah penting bagi memastikan hubungan individu dan orang lain
dalam organisasi terpelihara.
8. Penampilan kemas dan teratur
Pekerja yang cemerlang adalah sentiasa mempamerkan kekemasan diri bagi menampakkan
keyakinan dalaam diri.
Mutiara KPM 35
MOTIVASI
Nama Keseronokan Berkerja
Pengenalan Slot ini menjelaskan keseronokan berkerja bila keseronokan bekerja
diperolehi dalam organisasi. Keseronokan bekerja bermula apabila individu
tersebut mengenali dirinya sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dalam
organisasi. Keseronokan bekerja perlu dalam organisasi untuk melahirkan
pekerja yang berkualiti. Pekerja yang berkualiti akan mewujudkan suasana
organisasi yang cemerlang. Penerangan slot ini perlulah berasaskan kepada
pengetahuan dan pemahaman terhadap Teori Kaunseling REBT, Teori
Kerjaya Holland dan Teori Kerjaya Super.
Masa 2 jam
Objektif 1. Mengenali apa itu keseronokan dalam bekerja
2. Mengenali pemikiran tidak rasional dalam bekerja
3. Mengenali personaliti dan potensi individu
4. Memahami dan meminati sesuatu yang diberikan.
Metodologi Ceramah mengunakan powerpoint
Bahan & Slide powerpoint
Peralatan
Mutiara KPM 36
Langkah- Fasilitator mengunakan set induksi dengan memberi gambaran emosi
langkah dan tingkahlaku menerusi kaedah penceritaan
Rumusan Fasilitator menjelaskan mengenai keseronokan bekerja
Fasilitator menjelaskan suasana kerja/persekitaran kerja yang
menyeronokan
Fasilitator menerangkan personaliti dan minat bekerja menerusi teori
Holland berdasarkan 6 ciri REASEC
Fasilitator menerangkan perkembangan minat bekerja menerusi teori
Super berdasarkan 4 ciri iaitu rakan sekerja, kebajikan, ganjaran dan
persekitaran.
Rumusan:
Kesei)roMneonkyaunkbaei kkeerrjjaa iktuitate(rdcoapwahiaatpyaobuilaloavme)a, nah yang diberikan sewaktu
bekerja dapat dilaksanakan dengan ikhlas, redha dan penuh iltizam.
ii) Tingkatkan minat terhadap kerja kita, (do more what you love) iii)
Belajar untuk menyukai kerja yang dilakukan (learn to love what you
do)
iv) Belajar untuk hidup dengan apa yang kita buat (learn to live with what
you do).
Mutiara KPM 37
NOTA CERAMAH
MODUL MUTIARA
(KESERONOKAN BEKERJA)
LANGKAH 1 : Tayangan 3 video - : -
-Hubungkan kepentingan emosi dalam pendidikan
-Cabaran emosi pendidik dalam melaksanakan tugas
LANGKAH 2 : Slide 2 - CERITA TATANIC ( Tajuk filem – berdasarkan Peristiwa
sebenar )
- Sebuah kapal yang belayar di kawasan sejuk yang terdapat bongkah ais batu terapong.
- Kesilapan dalam memberi pertimbangan mengakibatkan kapal karam melanggar bongkah
ais batu yang besar di dasar laut.
LANGKAH 3 : Slide 3 - ORGANISASI BERPIAWAIAN (Lihat binaan Kapal)
- Dibangunkan oleh warga organisasi yang dan harmoni
- Warga organisasi yang harmoni dianggotai oleh individu yang seimbang
- Individu yang seimbang mempunyai kepercayaan , etika dan integriti terhadap
organisasinya.
- Memelukan hubungan berimpati dan dijalinkan dengan komunikasi berkesan.
LANGKAH 4: Slide 4 - INDIVIDU SEIMBANG DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
- Keseimbangan individu yang berada dalam organisasi melibatkan Jasmani,Emosi, Rohani
dan intelektual
- Apabila berlakunya herot berot atau kecelaruan JERI membawa kepada ketidak
keseimbangan perasaan dan pemikiran individu ( memberi kesan pada prestasi)
LANGKAH 5: Slide 5 & 6 - KESERONOKAN BEKERJA
- Tonggak ke 3 dari senarai tonggok 12 -Nilai Perkhidmatan Awam .
- Diantara keperluan keserookan bekerja bila keperluan asas diri dan keluarga dimiliki,
diberi ganjaran dengan ruang diri, ruang bersama ketua,ruang bersama rakan atau
pelanggan/klien dan hubungan serta keselesaan bersama rakan.
LANGKAH 6: Slide 7 - Langkah Pertama Mencapai Kejayaan
- Socrates menyatakan, kita perlu mengenali diri untuk Berjaya.
- Penting untuk mengenali diri kita, untuk membolehkan kita memenuhi keperluan (
dalam mencapai/memenuhi keperluan/ kejayaan kerjaya )
LANGKAH 7: Slide 8 - Hubungan dengan Tuhan dan Manusia
- Amanah yang perlu dilaksanakan dalam kerjaya.
- Benar iaitu ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas yang diberikan .
- Penyampaian perlu jelas dan berkesan (komunikasi dalam membina hubungan).
- Bijaksana iaitu bertindak dengan penuh berhemat dan berhemah.
(Rujuk Slaid 9 – 10)
Mutiara KPM 38
LANGKAH 8: Slide 11 - 15 - Personaliti & Minat Kerjaya
- Personaliti dan Minat Kerjaya mempengaruhi emosi
- Realistik:
1. Suka bekerja di luar dari dalam bangunan
2. Mempunyai kemahiran etlitik dan mekanikal
3. Kadangkala kelihatan agak agresif
- Investigatif:
1. Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai
dan menyelesaikan masalah melalui peneylidikan.
2. Mempunyai kemahiran Saintifik dan matematik kerjaya-kerjaya saintifik dan
beberapa kerjaya bercorak teknikal
- Artistik:
1. Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif
2. Suka bekerja dalam perkara yang tidak berstruktur. Tidak selesa dengan
kerja yang rutin atau berulang-ulang.
3. Selalu mengamalkan imaginasi dan kreativiti.
- Sosial:
1. Suka bekerja dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong,
melatih, memperkembang, mengubati, dan membuat kebajikan dengan
orang lain.
2. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi
dengan orang lain.
3. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
- Enterprising:
1. Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
2. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
3. Matlamat akhirnya adalah mencapai keuntungan.
- Convensional:
1. Suka bekerja dengan data dan nombor .
2. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta berkemahiran dalam
menggunakan nombor.
3. Melakukan sesuatu secara terperinci , bersifat akur dan mengikut arahan.
LANGKAH 9: Slide 16 - Rumusan Teori Holand ( Personaliti dan Minat )
- Personaliti dan Minat ini cenderung dipengaruhi oleh pendidikan dan persekitaran.
- Penyesuaian personaliti dan minat dengan kerjaya membawa kepada keseronakan
bekerja dan mencapai kepuasan di dalam kerjaya.
LANGKAH 10: Slide 18 - Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini
- Warga kerja sentiasa membuat penambahbaikan yang berterusan dengan
memunafaatkan ruang dan peluang bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang.
LANGKAH 11: Slide 19 - 23 - Keperluan Diri & Keselesaan Bekerja.
- Faktor yang mempengaruhi keselesaan bekerja di sesuatu organisasi
1. Hubungan yang baik sesama anggota organisasi
2. Persekitan yang kondiusif ( tdak mengancam, tiada fitnah dan tenteram)
3. Kebajikan diberi perhatian selari keperluan
Mutiara KPM 39
4. Upah sebagaimana ditentukan dan mempunyai keberkatan.
- Rujuk Teori Super
LANGKAH 12: Slide 25 - Berusaha kearah keseronokan bekerja
- Memerlukan tindakan:
1. Do what you love :
Love what you have
Love what you do
Build loving relationships
2. Do more what you love :
I love my job
3. Lern to love what you do :
Contoh: Lipat Kain (video)
4. Lern to live with what you do :
Belajar menggunakan potensi diri dengan kehidupan sedia ada.
(Contoh: Guru yang punyai pengalaman lampau spt Jurutera,
Mekanikal dsb.)
LANGKAH 13: Slide 29 - Bila Kerja Menjadi Tidak Menyeronokkan
Tiada Kerelaan
Keselasaan terganggu
Kerehatan Menganggu
Tugas Membebankan
Menganggu Aktiviti Hidup
Kerja Membosankan
LANGKAH 14: Slide 31 – 12 Pemikiran Yang Tidak Rasional (Choice Teori)
i. Saya Mesti Diterima
ii. Saya Mesti Disayangi
iii. Saya Percaya Bahawa Semua Masalah Mesti Ada Jawapannya
iv. Saya Mesti Dapatkan Apa Yang Saya Harapkan
v. Saya Percaya Bahawa Masalah Orang Lain Mesti Menjadi Masalah
Saya
vi. Lari Daripada Masalah Adalah Lebih Baik Daripada Menghadapinya
vii. Saya Hanya Bagus Dan Berguna Jika…
viii. Saya Percaya Bahawa Orang Jahat, Tidak Adil, Kejam, Melampau
Mesti Dipersalahkan Dan Diambil tindakan
ix. Saya Mesti Bergantung Pada Orang Lain
x. Saya Mesti Ingatkan Bahaya Selalu
xi. Saya Tidak Boleh Berubah
xii. Kebahagiaan Saya Adalah Dari Orang Lain, Atau Diluar Kawalan Diri
Saya
LANGKAH 15: Slide 33 dan 34 – Rumusan
- KECELARUAN DALAM BEKERJA MENGIKUT REBT
- KESERONOKAN BEKERJA MENGIKUT REBT
LANGKAH 16: Slide 35 – TAMAT
- Terima Kasih
Mutiara KPM 40
LDK
Nama MENGGILAP PERMATA
Pengenala Setiap individu menpunyai kefahaman nilai yang tersendiri. Ada
n ketiikanya nilai yang dipegang adalah berlainan dengan nilai orang lain.
Individu haruslah rasional dalam menentukan sesuatu nilai.
Masa 2 Jam
Objektif 1. Berupaya untuk membuat peniliain tentaang sesuatu perkara
2.
Metodologi Aktiviti dalam kumpulan
Bahan & Kertas, bola ping pong, straw, masking tape
Peralatan
Langkah- 1. Edarkan peralatan melukis
langkah 2. Ambil 4 batang straw, sebiji bola ping pong dan sehelai kertas
3. Bina satu Arca daripada gabungan peratatan tersebut
4. Minta setiap peserta bentang hasil projek masing-masing
Mutiara KPM 41
Rumusan Sesuatu perkara hendaklah dinilai dengan sebaik-baiknya dan
seadil-adilnya. Individu mempunyai hak membuat penilaian masng-
masing. Walau bagaimanapun nilai yang mempunyai kesamaan
dengan individu lain membawa kepada sesuatu yang lebih baik.
Mutiara KPM 42
RIADAH
Nama Senaman Kalistenik
Pengenalan Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas
yang dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan.
Senaman kalistenik yang dilakukan semasa memanaskan badan
membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk
melakukan aktiviti kecergasan. Senaman kalistenik merupakan
pergerakan yang dilakukan secara locomotor dan secara bukan
lokomotor
Masa 1 jam
Objektif 1. Meningkatkan kesedaran tahap kesihatan
2. Mengembalikan kekuatan fleksibiliti badan
3. Meningkatkan kestabilan emosi
Metodologi Tunjuk cara
Bahan & Tiada
Peralatan
Langkah- Fasilitator memberikan penerangan secara umum berkaitan
langkah senaman kalistenik.
Fasilitator menerangkan kebaikan senaman kalistenik
Fasilitator menunjukkan cara senaman kalistenik yang betul.
Peserta dikehandaki melakukan senaman seperti mana yang
ditunjukkan oleh fasilitator
Mutiara KPM 43
Rumusan Manusia dijadikan oleh pencipta dengan cukup sempurna.
Mempunyai kekuatan dan juga kekurangan tertentu. Tubuh badan
adalah merupakan amanah Allah yang perlu dijaga supaya berada
dalam keadaan baik. Elakkan daripada melakukan perkara yang
memudaratkan tubuh badan
Mutiara KPM 44
Senaman Kalistenik
Definisi Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas.Senaman
kalistenik biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan.Ia
bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Senaman kalistenik yang
dilakukan semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan
badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan.
Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari berasa
pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti
serta merta selepas senaman.Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan
secara lokomotor dan secara bukan lokomotor.Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas
seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.
Antara aktiviti kalistenik ialah:
a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri,
b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi,
c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki,
d. mengilas bahagian atas tubuh badan,
e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan
f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan.
Kesemua aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta
melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan
kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti. Senaman kalistenik
merupakan satu aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik.Tapi senaman kalistenik bukan
sukan jenis gimnastik.Senaman kalistenik adalah senaman daripada pergerakan asas yang
dilakukan secara lokomotor atau bukan lokomotor.Senaman kalistenik juga dapat dilakukan
secara manipulasi alatan iaitu penggunaan alatan.
Kebaikan Senaman Kalistenik
a. Meningkatkan stamina individu
b. Senaman kalistenik boleh dilakukan didalam atau diluar rumah (persekitaran haruslah
berada dalam keadaan bersih, terang dan tidak mempunyai objek-objek yang berbahaya)
Mutiara KPM 45
c. Dengan mengamalkan senaman kalistenik dalam rutin seharian dan mengamalkan diet
seimbang, tahap kesihatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
d. Latihan kalistenik dapat meningkatkan juga keyakinan diri
e. Individu dapat berasa tenang dan yakin serta membina fizikal yang kuat dan lebih tangkas
f. Membantu mental sentiasa berada stabil dan membantu untuk mengawal depresi
g. Membantu individu untuk tidur dengan lena.
PEMANASAN BADAN
Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti
dijalankan.Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk mencegah kecederaan dan
meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot-otot yang bergerak. Aktiviti memanaskan
badan termasuk senaman ringan, aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman
regangan.Fasa memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit.
Definisi Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat
peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk
menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih
berat.Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat.
Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang
dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.
Tujuan
a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk
menghadapi aktiviti seterusnya.
Mutiara KPM 46
Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahan-lahan bersama-
sama.Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang. Cara untuk memanaskan
badan
a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10 minit,
contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan
tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
menggunakan tenaga tinggi.
Menyejukkan badan
Bersenam tidak berakhir begitu saja.Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan
badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan. Tempoh beberapa minit
selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan
perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan. Menyejukkan badan
memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel
otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati.
Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh
menyebabkan kekejangan.
a. Penyejukan gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan
terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke
atas.Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan
dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.
b. Memperlahankan kepantasan Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa
minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.
c. Menurun Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian
turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan.
Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali. Kebaikan menyejukkan badan SAMA seperti kesan
buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas
melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara
teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan
badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh
Mutiara KPM 47
membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.Selepas melakukan senaman
dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman
dengan berjoging atau berjalan secara perlahan.Kemudian lakukan semula regangan dan
melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.Apabila semua ini dilakukan, anda dengan
yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh
anda.
Mutiara KPM 48
AKU JANJI
SURAT AKU JANJI
SAYA dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan
arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa
sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji,
bahawa saya
1. akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
2. akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat,
bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
3. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
4. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya;
5. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah
bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas
rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai;
6. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya
sendiri;
7. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan
nama perkhidmatan awam;
8. tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan
luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang
berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan
9. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan
sebagai ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini,
saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
..................................................... .......................................................
(TANDATANGAN PEGAWAI) (JAWATAN PEGAWAI)
Mutiara KPM 49