Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Notis Mesyuarat 2
2. Perutusan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia 4 -5
3. Perutusan Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Selangor 6
4. Perutusan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Petaling 7
Jaya
5. Agenda Mesyuarat 8
6. Senarai Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia 10
7. Senarai Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Negeri 11
Selangor
8. Senarai Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian 12
Petaling Jaya
9. Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno 14 - 17
Bahagian Petaling Jaya – Kertas Mesyuarat Bil 1/2020
10. Penyata Tahunan 2020/2021 – Kertas Mesyuarat Bil 2/2020 19 - 23
11. Penyata Kewangan Berakhir 31 Dis 2019 – Kertas Mesyuarat 25
Bil 3/2020
12. Galeri Foto 27-28
13. Senikata Lagu-Lagu 29
14. Lampiran A – Usul Politik 30 - 31
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
2
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
No Rujukan : PWUBPJ/2021/017
Tarikh : 02 Disember 2021
PENGERUSI TETAP WANITA UMNO BAHAGIAN
TIMB. PENGERUSI TETAP WANITA UMNO BAHAGIAN
JAWATANKUASA WANITA UMNO BAHAGIAN
KETUA WANITA UMNO CAWANGAN
PARA PERWAKILAN
YBhg Datuk/Dato’/Datin/Puan,
PEMAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING
JAYA TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Setiausaha Agung UMNO/R/SUA/2/Jld.2/44
bertarikh 30 November 2021.
2. Makluman, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan
Pergerakan Puteri akan diadakan serentak diseluruh Negara pada 11- 12 Disember 2021. Justeru itu, bagi
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kehadiran perwakilan WAJIB kepada Ketua Wanita
Cawangan dan Naib Ketua Wanita Cawangan atau Setiausaha Cawangan Sahaja.
3. Sehubungan dengan itu, bersesuaian dengan Fasal 14.1 Perlembagaan UMNO, Peraturan Wanita
UMNO, maka Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Kelana, Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya
4. Oleh yang demikian, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Wanita UMNO Bahagian
Petaling Jaya, kehadiran YBhg Datuk/Dato’/Datin/Puan amatlah dihargai demi perjuangan parti serta
kepentingan Agama, bangsa dan Negara.
Sekian terima kasih.
“BERSATU, BERSEDIA DAN BERKHIDMAT”
Saya Yang Menjalankan Tugas,
Rusnani binti Abdul Rahman
Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
s.k: 1. Setiausaha UMNO Bahagian Petaling Jaya
2. Setiausaha Wanita UMNO Negeri Selangor
No. 13A, Jalan MJ/9, Medan Maju Jaya, Batu 7, Jalan Kelang Lama, 46000 Petaling Jaya Tel : 6011-55011763
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
3
MENGANGKAT MARTABAT WANITA
PRAKATA SEMPENA
MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO
BAHAGIAN-BAHAGIAN
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan segala puji dan
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan kehendakNya
jua, maka kita diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan membela nusa
dan bangsa. Berasaskan pegangan agama yang teguh, berbekalkan iltizam
menjiwai semangat anak bangsa, meneruskan perjuangan diwarisi, Allah
mengizinkan Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara meneruskan
mesyuarat untuk tahun ini.
Mudah-mudahan, kehadiran pada Mesyuarat kali ini, akan menyuburkan
kesedaran, membangkitkan semangat juang, dan menyemarakkan kegigihan
kita untuk meneruskan perjuangan suci dalam parti keramat ini.
Realitinya, UMNO adalah wadah perjuangan kita. UMNO juga parti pembela
rakyat, mengangkat martabat wanita, sekaligus menjulang agama dan bangsa.
Sebagai tulang belakang parti, wanita UMNO mestilah bergerak sepasukan,
berperanan penting menjadi benteng pertahanan kental dalam memastikan
UMNO kembali utuh, untuk terus mara ke hadapan serta kekal relevan sampai
bila-bila.
Setinggi terima kasih kepada yang setia bersama dengan UMNO. Kita kukuhkan
parti, kita bersatu, bersetia dan berkhidmat demi perjuangan. Kebangkitan parti
keramat ini bermula dengan komitmen iltizam para wanitanya di akar umbi, baik
di cawangan, bahagian mahupun negeri.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
4
Sesungguhnya, demi kelangsungan masa depan bangsa, wanita UMNO
mempunyai tanggungjawab besar untuk meningkatkan keberkesanan program-
program yang memberi impak kepada masyarakat, khususnya melalui Jalinan
Rakyat (JR) yang menjadi platform utama sebagai persediaan menghadapi
Pilihanraya Umum Ke-15. JR memerlukan perancangan strategik yang rapi lagi
menyeluruh seiring dengan perubahan landskap politik negara.
Lebih utama, wanita UMNO sangat istimewa dan luar biasa. Maka semangat
dan gerak kerjanya juga perlu gigih usahanya di luar kelaziman. Mesyuarat
Perwakilan Wanita UMNO Bahagian bukan sekadar perlu berfikir dan
membahaskan apakah tawaran baharu untuk wanita UMNO, bahkan apa yang
terbaik untuk wanita Keluarga Malaysia secara keseluruhannya.
Simpulan kalam, selamat bersidang diucapkan kepada seluruh ahli-ahli dan
perwakilanperwakilan UMNO. Jadikan persidangan ini sebagai pentas untuk kita
merapatkan saf, membaharui tekad dan semangat perjuangan dalam
mengangkat memartabat wanita, demi ABATA yakni Agama, Bangsa dan
Tanahair. Mustahaknya, arahan SOP mesyuarat dipatuhi, penularan pandemik
COVID-19 diperangi.
Lantas sematkan di hati sanubari masing-masing bahawa, anda semua wanita-
wanita luar biasa, ibu perjuangan parti, penggerak bahagian, pembela pertiwi,
dengan nawaitu ikhlas menghampar bakti, mencurah budi serentak
menggenggam janji, seraya menyahut semboyan menuju kemenangan.
Selamat bermesyuarat, semoga perjuangan wanita UMNO dimartabat!
Sekian, Terima Kasih
DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Ketua Wanita UMNO Malaysia
7.11. 2021
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
5
WANITA NORMA BAHARU
PRAKATA SEMPENA MESYUARAT WANITA UMNO
BAHAGIAN-BAHAGIAN NEGERI SELANGOR
Alhamdulillah, Kali ini kita berkumpul untuk tahun yang lebih mencabar. Menguji bukan sekadar keberadaan
kita di dalam parti, malah kesetiaan kita untuk terus memegang obor keramat ini untuk Agama, Bangsa dan
Negara.
Di saat ombak politik yang tidak menentu, tapi badainya tidak sesekali pernah menenggelamkan bahtera kita.
Sejujurnya saya merasa bangga kerana setiap dari kita walaupun diasak dengan segala bentuk ujian,
tohmahan, fitnah, malah godaan untuk kita tinggalkan parti, namun kita masih bersatu, bersetia dan
berkhidmat. Sayang dan kasih kita bukan untuk di pajak gadaikan.
Kemenangan BN dalam PRN Melaka baru-baru ini harus menjadi petanda, bahawa rakyat bukan sekadar
mahukan BN semata-mata sebaliknya mereka mahukan sebuah kerajaan yang mendahulukan kestabilan demi
kemakmuran serta membina rasa selamat dan bahagia untuk rakyat. Justeru, amanah ini akan kekal di puncak
dan kita harus kekal fokus dalam memberi khidmat bakti yang setara dengan rasa percaya rakyat pada kita.
Hari ini, ibu terbaik bangsa kembali berhimpun dalam suasana baharu. Baharu dalam aspek kesihatan juga
mahupun baharu dalam landskap politik. Cuma yang kekal ‘lama’ dan segar adalah semangat kita untuk turun
berkhidmat pada rakyat. Jadikan gelanggang mesyuarat ini sebagai wadah berhemah untuk kita membina
penyatuan melalui perkongsian pandangan, pendapat, kritikan membina serta berusaha memperkasakan
jentera wanita sebagaimana kuatnya kita sebagai tulang belakang parti.
Berdiri dan teruslah berkhidmat dengan jiwa yang besar. Kita hanya akan bisa menjadi segerombolan ‘tentera
politik’ yang perkasa, kalau hati kita bersatu dan bersetia berjuang. Wanita luar biasa, teruskanlah khidmat
bakti kalian. Usah diperhitung apa pun ganjaran dan balasan. Tiap dari keringat ikhlas kita terhitung di sana
oleh yang Maha Perkasa.
Percayalah, selagi kita di jalan ini, Allah akan sentiasa ada merahmati kita. Berjuanglah.
Selamat bersidang
Yb Datuk Hjh Rosni binti Sohar
Ketua Wanita Selangor
03.12.2021
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
6
PERUTUSAN
YBHG DATIN PADUKA HJH NORKHAILA BINTI
JAMALUDDIN KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN
MESYUARAT PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN
TAHUN 2021
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Selawat Keatas Nabi Muhammad SAW.
Para Perwakilan yang saya kasihi sekalian.
Izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Puan-puan
semua meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini.
Pastinya Pendemik Covid – 19 yang melanda negara lebih 2 tahun telah
memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Walaubagaimana pun saya
dapat rasakan semangat para perwakilan kita pada hari ini bagi memastikan
Parti Keramat yang kita sayangi terus “Gah” dimana Wanita UMNO akan terus
berkorban demi perjuangan yang setia ini. Kita adalah tulang belakang kepada
kebangkitan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Marilah kita bersama-sama memastikan kejayaan milik kita. In Shaa Allah
Wanita UMNO akan terus kukuh mempertahankan parti.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
7
AGENDA MESYUARAT PERWAKILAN
PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
BAGI TAHUN 2021
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Bacaan Doa
3. Nyanyian lagu “Negaraku”, “UMNO Bersatu”, dan “Maju Wanita UMNO”
4. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengambil tempat dan membaca Surat
Akuan Sumpah
5. Pengumuman Pengerusi mengenai jumlah Ahli Wanita UMNO Bahagian dan jumlah
bilangan perwakilan yang hadir
6. Pesanan Pengerusi Tetap mengenai Tatacara Persidangan
7. Membentangkan Peringatan Persidangan Wanita UMNO Bahagian tahun 2021 (Kertas
Persidangan Bil 1 ) – oleh Setiausaha Wanita UMNO Bahagian
8. Membentangkan Penyata Tahunan Wanita UMNO Bahagian tahun 2021
(Kertas Persidangan Bil 2) – oleh Setiausaha Wanita UMNO Bahagian
9. Membentangkan Laporan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021 – oleh
Penolong Bendahari Wanita UMNO Bahagian
10. Memilih Dua (2) orang wakil Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya ke Perhimpuan
Agung Wanita UMNO Malaysia bagi tahun 2021
11. Memilih Sepuluh (10) orang wakil Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya ke Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya bagi tahun 2021
12. Membentang dan membahaskan usul-usul
Usul seperti di Lampiran A
13. Tangguhan Persidangan
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
8
SENARAI PEGAWAI, EXCO DAN AHLI
JAWATANKUASA
BAGI SESI 2018 - 2021
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
9
SENARAI JAWATANKUASA
WANITA UMNO MALAYSIA
SESI 2018-2021
PENGERUSI TETAP : YBHG. DATO’ SARIPAH AMINAH BINTI SYED MOHAMAD
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : YBHG. DATO’ DR. AZIZAH BINTI JOHOR
KETUA WANITA : YB. DATO’ DR. NORAINI BINTI AHMAD
NAIB KETUA WANITA : YBHG. DATUK NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA : YB. DATUK ROSNI BINTI SOHAR
BENDAHARI : YBHG. DATIN MAIZATUL AKMAM BINTI HAJI. ALAWI
KETUA PENERANGAN : YBHG. PUAN HJH NORASIDAH BINTI IBRAHIM
AHLI JAWATANKUASA : YBHG. DATUK NORASLINA BINTI DATUK ZAINAL ABIDIN
YBHG DATUK JAINAB BT DATUK SERI PANGLIMA HJ AHMAD
YBHG PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN
YBHG. DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN
YB. DATUK MASTURA BINTI TAN SRI MOHD YAZID
YB. DATUK DR WAN NORASHIKIN BINTI WAN NOORDIN
YBHG DATO’ HJH SHAMSIAH BINTI YASIN
YBHG DATUK HASNAH BINTI SALAM
YBHG. DATO’ ROSLIN BINTI ABDUL RAHMAN
YBHG. DATIN HJH ROS SURYATI BINTI HAJI ALANG
YB DATUK WIRA LATIPAH BINTI OMAR
YBHG. DATO’ DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM
YBHG. TO’ PUAN ZAITUN BINTI HJ MAT AMIN
YBHG. DATO’ HJH SHARIFAH AZIZAH DATO’ SYED ZAIN
YBHG. DATIN PADUKA DATUK NOR HAYATI TAN SRI HJ ONN
PUAN HISHAM SUHAILY BINTI OTHMAN
PUAN SAFIAH BINTI SIDEK
YBHG DATIN PADUKA SERIPAH NOLI BINTI SYED HUSSIN
YBHG DATUK NOOR AIENI BINTI MOHD ALI
PUAN ZARINA BINTI ABDOL MAJID
AHLI JAWATANKUASA YBHG DATUK HJH NORIAH BINTI MAHAT
(DILANTIK) YBHG DATO’ ROSNI BINTI ZAHARI
YBHG DATUK HJH SITI JELIHA @ ZALEHA BINTI HUSSIN
YBHG DATO’ HABIBAH BINTI MOHD YUSOF
YBHG DATO’ IDAMOERNI BINTI ZAKARIA
KETUA WANITA NEGERI-NEGERI YBHG DATO’ SHARIFAH MAZNAH SYED KASSIM BARAKBAH (KEDAH)
YBHG DATIN HAJAH RAHIMAH HAJI MAHAMAD (KELANTAN)
YBHG DATO’ SITI HAJAR BINTI MUBIN (PAHANG)
YBHG DATUK SERI ZURAINAH BINTI MUSA (WILAYAH PERSEKUTUAN)
YBHG PUAN LATTEFFAH BINTI ALIYAU KUNJU (NEGERI SEMBILAN)
YBHG PUAN HAJAH ASIAH BINTI MD ARIFF (JOHOR)
SETIAUSAHA KERJA : YBHG PUAN ZAUYAH BINTI ZAINUDDIN
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
10
SENARAI JAWATANKUASA
WANITA UMNO NEGERI SELANGOR
SESI 2018-2021
KETUA WANITA : YB. DATUK HJH ROSNI BINTI SOHAR
NAIB KETUA WANITA : PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN
PENOLONG SETIAUSAHA : YBHG. DATIN PADUKA SERIPAH NORLI BINTI SYED HUSSIN
PENOLONG BENDAHARI : YBHG. DATIN SAMSIDAR BINTI AMIR
KETUA PENERANGAN : PUAN SUHAILA BINTI DATO’ M. ZAIN
AHLI JAWATANKUASA : YBHG DATO’ HJH HABIBAH BINTI MOHD YUSOF
YBHG. DATUK HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN
PUAN RAHAYU BINTI MOHD ISHAK
PUAN JUMAEAH BINTI MASDI
YBHG. DATUK HJH NOSIMAH BINTI HASHIM
YBHG DATIN PADUKA HJH NORKHAILA BINTI JAMALUDDIN
PUAN HJH SITI RUKIAH BINTI MOHD TAIB
YBHG DATO’ HJH ZUBIDAH BINTI MASKOR
PUAN SOPIAH BINTI DIN
PUAN ROSZILAH BINTI ZAINUDDIN
PUAN HJH NAZ AZRA BINTI SABTU
PUAN RUHANI BINTI KASIM
PUAN NUR ZAINATUL ATIQA BINTI ABDULLAH @ ZAINA
PUAN HASNAH BINTI DAIN
PUAN NOORLAILA BINTI ASLAH
PUAN HAJJAH ROZANA BINTI KAMARULZAMAN
PUAN HJH RODZIAH BINTI ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA KERJA : PUAN HABIBAH BINTI ISMAIL
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
11
SENARAI JAWATANKUASA
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
SESI 2018-2021
PENGERUSI TETAP : DATO’ ROZZANAMOON BINTI RAHMAT
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : PN AZRINA BINTI JASME
KETUA WANITA : DATIN PADUKA HAJJAH NORKHAILA BINTI JAMALUDDIN
NAIB KETUA WANITA : CIK NOR AZMAH BINTI ABDULLAH
SETIAUSAHA : HJ MOHAMED SAM BIN A. WAHID
PENOLONG SETIAUSAHA : PN HJH RUSNANI BINTI ABDUL RAHMAN
PENOLONG BENDAHARI : PN ZUBIDAH BINTI NAJIBULLAH
KETUA PENERANGAN : PN HJH RUSNA BINTI AMAN
AHLI JAWATANKUASA : PN HJH JUNAIDAH BINTI MD NOH
PN SHARIFAH HASNAH BINTI SYED ABOT
PN HJH SABARIAH BINTI MAHAT
PN RUSDINA BINTI ABDUL RAHAMAN
PN SITI HAMIDAH BINTI ABDUL HAMED
PN NORMAH BINTI AMBIAH
PN NORHAYATI BINTI MOHD YUSUF
PN AINGSAH BINTI MOHD YAMIN
PN SHARIFAH SHAHIDAH @ AZUAN BINTI SYED ISMAIL
PN NORSIMAH BINTI MD NOR
PN NORIDAH BINTI SALLEH
PN AZITAH BINTI ADNAN
PN FAUZIAH BINTI ABDULLAH SANI
PN ROSHAYATI BINTI KAHAR
PN ROHAYA BINTI AHMAD
JAWATANKUASA PN ZAHARAH BINTI YUSOP
(DILANTIK) PN ZARINA BINTI HAMLI@HAMDI
PN HJH HASLINDA BINTI DATO’ SAMIN
SETIAUSAHA KERJA : PN HAWA BINTI RASOL
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
12
PERINGATAN MESYUARAT
KERTAS MESYUARAT BIL. 1
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
13
PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
Tarikh : 02 Januari 2021
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Melawati, Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan para perwakilan di Mesyuarat
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
2. BACAAN DOA
2.1 Bagi mendapatkan rahmat dan perlindungan daripada ALLAH SWT bacaan doa
telah disempurnakan oleh Tuan Hj Khairul Anwar Bin Zaini.
3. NYANYIAN LAGU UMNO DAN LAGU MAJU WANITA UMNO
3.1 Para perwakilan dan hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, UMNO
“BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT”, dan lagu “Maju Wanita UMNO” secara
beramai-ramai dengan penuh semangat.
4. UCAPAN KETUA WANITA BAHAGIAN PETALING JAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Selawat Ke atas Nabi
Muhammad SAW. Jutaan terima kasih kepada semua wanita cawangan yang telah
berjaya mengadakan mesyuarat. Wanita memang luar biasa walaupun dalam keadaan
melanda negara. Wanita mampu mengadakan persidangan cawangan. Wanitalah yang
mencukupkan korum di cawangan. Tanpa keahlian Wanita, peringkat Cawangan akan
pupus. Hakikatnya diperingkat akar umbi umno, Wanitalah yang menghidupkan Parti
Keramat kita ini.
DIPEKAN TENOM MAKAN LAKSA
MAKAN TELOR PENYU DI SAMARAHAN
WANITA UMNO LUAR BIASA
SEMANGAT INI HARUS DIPERTAHANKAN
Jumlah Wanita Cawangan yang bersidang sebanyak 97 Cawangan.
Seperti yang telah semua maklum dan sedar, PRU akan diadakan pada bila-bila masa
sahaja. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi JR PDM dan Jentera
JR disetiap DUN di Parlimen Petaling Jaya yang telah melaksanakan gerak kerja yang
telah diberikan.
DI MELALAP HUJAN LEBAT
NAIK FOUR WHEEL DRIVE KE LIKAS
WANITA PJ MEMANG HEBAT
TUNJUKKAN DALAM PRU 15
SELAMAT BERJUANG
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
14
5. PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP MENGAMBIL TEMPAT
DAN MEMBACA SURAT AKUAN SUMPAH.
5.1 Oleh kerana Pengerusi Tetap Dato’ Rozzanamoon Binti Rahmat tidak dapat
hadir, Puan Rafidah Binti Harun telah menggantikan Dato’ Rozzanamoon dan
telah membaca akuan sumpah sebagai Pengerusi Tetap dan diikuti Puan Azrina
Binti Jasme membaca akuan sumpah sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.
6. PENGUMUMAN PENGERUSI MENGENAI JUMLAH AHLI PERGERAKAN WANITA
UMNO BAHAGIAN DAN JUMLAH BILANGAN PERWAKILAN YANG HADIR.
6.1 Pengerusi mengumumkan jumlah kehadiran perwakilan seramai 130 orang
daripada 485 orang perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat perwakilan.
6.2 Pelaksanaan mesyuarat kali ini adalah mengikut SOP yang ditetapkan dan
kehadiran adalah wajin kepada Ketua Wanita Cawangan dan Jawatankuasa
Wanita Bahagian Sahaja.
7. PESANAN PENGERUSI TETAP MENGENAI TATACARA PERSIDANGAN
7.1 Hj.Mohamed Sam Bin A. Wahid, selaku Pengerusi Tetap Sementara
mengingatkan perwakilan supaya mematuhi peraturan dan menghormati
mesyuarat perwakilan yang akan bermula sebentar lagi.
7.2 Pengerusi mengumumkan jumlah kehadiran perwakilan seramai 130 orang
daripada 485 orang perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat perwakilan.
7.3 Beliau berharap supaya perwakilan memberikan kerjasama yang baik
sepanjang mesyuarat berlangsung dan membaca tatacara mesyuarat untuk
perhatian dan makluman semua.
7.4 Beliau meminta mesyuarat perwakilan untuk diteruskan mengikut susunan
agenda.
8. MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN MESYUARAT WANITA
UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA 2019 - 2020
(KERTAS MESYUARAT BIL 1)
8.1 Setiausaha Puan Hjh Rusnani Binti Hj Abdul Rahman telah membentangkan
Peringatan Persidangan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
15
9. MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING
JAYA BAGI TAHUN 2019 - 2020 (KERTAS MESYUARAT BIL. 2)
9.1 Puan Hjh Rusnani Binti Abdul Rahman selaku Setiausaha telah
membentangkan Penyata Tahunan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya.
10. MEMBENTANGKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN WANITA UMNO
BAHAGIAN PETALING JAYA BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
(KERTAS MESYUARAT BIL. 3)
10.1 Puan Zubidah Binti Najibullah selaku Penolong Bendahari Wanita Bahagian
telah membentangkan Penyata Kewangan Tahunan Wanita UMNO Bahagian
Petaling Jaya.
11. MENCALONKAN DUA (2) ORANG WAKIL WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING
JAYA KE PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO MALAYSIA BAGI TAHUN 2020
11.1 Puan Sabariah Binti Mahat telah mencadangkan nama 2 orang wakil Wanita
UMNO Bahagian Petaling Jaya ke Perhimpunan Agung Wanita UMNO
Malaysia. Puan Norhayati Binti Mohd Yusof telah menyokong.
11.2 Calon-calon yang telah dipilih ke Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia
tahun 2020 adalah seperti berikut:-
11.2.1 Sharifah Shahidah@Azuan Binti Syed Ismail
11.2.2 Norsimah Binti Md Nor
12. MEMILIH SEPULUH (10) ORANG WAKIL WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING
JAYA KE MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA BAGI
TAHUN 2020
12.1 Puan Hjh Junaidah Binti Md Noh mencadangkan Sepuluh (10) nama-nama
berikut dibacakan secara serentak.
12.2 Senarai nama 10 wakil Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya ini telah di sokong
oleh Azitah Binti Adnan. Nama-nama berikut adalah seperti di bawah:-
12.1.1 Asiah Binti Sulaiman
12.1.2 Ramlah Binti Md Nor
12.1.3 Norlela Binti Sukimi
12.1.4 Robiah Binti Sahim
12.1.5 Che Hafsah Binti Saad
12.1.6 Siti Norhana Binti Abdul Hamid
12.1.7 Salmah Binti Hashim
12.1.8 Juriah Binti Abdullah
12.1.9 Zaviyah Binti Harun
12.1.10 Ramlah Binti Hassan
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
16
13. MEMBAHASKAN USUL
Cik Nor Azmah Binti Abdullah, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
telah membentangkan usul bertajuk Penetapkan 30% Kuota Wanita Dalam
Pentadbiran Negara dan Puan Fauziah Binti Abdullah Shani menyokong usul
tersebut tanpa bahas.
Berikut adalah usul :-
MENGINSAFI peranan wanita yang banyak memberi sokongan kepada parti dan
menjadi asas penglibatan sebagai penstabil dan tulang belakang dalam setiap
keputusan yang dibuat pemimpin parti.
MENGAKUI kesedaran politik di kalangan wanita semakin menyerlah berpunca
daripada tahap pendidikan yang semakin baik dan memberi akses kepada
percambahan maklumat yang lebih banyak serta peranan menentukan kemenangan
parti semakin meluas.
MENGHARGAI JASA DAN KESETIAAN ahli wanita UMNO yang rata-rata masih
begitu setia tanpa berbelah bahagi kepada parti keramat ini dan pemerkasaan
kepimpinan wanita dalam penglibatan politik dapat memberi kesedaran kepentingan
wanita sebagai pengimbang gender dalam pentadbiran dan pembuatan keputusan.
Secara tidak langsung jurang gender dapat dikurangkan.
MENYEDARI realiti bahawa jumlah Ahli Parlimen wanita di Malaysia ialah seramai 32
orang iaitu mewakili 14.4 peratus sahaja daripada keseluruhan Ahli Parlimen.
MAKA, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya yang bersidang
mengambil ketetapan seperti berikut:
MENCADANGKAN usul 30% kuota wanita dalam pentadbiran negara dengan
melantik wanita yang berkaliber dan berkemampuan untuk menerajui sistem
pentadbiran negara, selaras Dengan Dasar Wanita Negra 2009.
MEMASTIKAN Dasar Wanita Negara 2009 yang memperjuangkan 30 % Penglibatan
Wanita di Peringkat Pembuat Dasar dan Keputusan (politik,kepimpinan dan lembaga
pengarah) diimplementasikan.
MEYAKINI DAN MEMPERCAYAI usul ini akan memberi galakan dan inspirasi
kepada wanita untuk memberi sumbangan yang sewajarnya dalam pentadbiran
negara serta dapat memberi keseimbangan dan kestabilan dalam pembangunan
negara.
14. MESYUARAT DITANGGUHKAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
17
PENYATA TAHUNAN
BAGI TAHUN 2020 / 2021
KERTAS MESYUARAT BIL. 2
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
18
LAPORAN AKTIVITI WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
BAGI TAHUN 2020/2021
BIL TARIKH TEMPAT PROGRAM
1 17.01.2020 Bella Vista Hotel, Program Santai Ilmu “Seikhlas
Hingga Langkawi Hati, Seindah Budi”
20.01.2020
2 08.02.2020 Kelab Golf Negara Jamuan Tahun Baru Cina BN dan
Subang MCA
3 23.02.2020 Dewan Kompleks Tabung Jelajah Badan Perhubungan UMNO
Haji Selangor bersama Kepimpinan
UMNO Bahagian Negeri Selangor
4 12.03.2020 Dewan Pusat Dagangan Taklimat JR 2.0 dan Penyerahan Buku
Dunia Putra, Kuala Lumpur JR 2.0
5 14.03.2020 Pangsapuri Sri Melewar Program KEMBARA SKUAD DIHATI
Wanita Bahagian Petaling Jaya
6 06.04.2020 Pejabat Kemas Petaling Bersama-sama UMNO Bahagian
Jaya menyerahkan sumbangan COVID-19
kepada cawangan & masyarakat
setempat
7 08.04.2020 Ruang Legar Pejabat Sumbangan Barangan Dapor dari
UMNO Selangor, Shah Yayasan Juwita & Project Fearless
Alam “COVID 19 Helping Hands”
8 26.04.2020 No. 20 Jalan PJS 2D/12, Program “Tadarus Perdana 2020”
Taman Medan dan di Parlimen Petaling Jaya secara Maya
Rumah Peserta Anjuran Bersama Kelab Kebajikan
Wanita PJS
9 22.05.2020 Jalan PJS 2C/20 Taman Sumbangan Lemang kepada Front
Medan dan Bawah Talian Liners UMNO Petaling Jaya
Kable TNB Kg Lindungan
10 03.06.2020 No. 20 Jalan PJS 2D/12, Perjumpaan Pengerusi PDM DUN
Taman Medan Taman Medan bersama Ibu Angkat
Datin Samsidar Binti Amir.
11 07.06.2020 No. 108 Blok B, SS 6/1, Perjumpaan dengan Pengerusi JR
Kelana Jaya PDM N32 Seri Setia (1)
- PDM SS 5A,
- PDM SS 5B dan SS 5C
- PDM SS 5D
- PDM SS 6
- PDM SERI SETIA
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
19
12 08.06.2020 No. 5, Jalan PJS 6/3G, Perjumpaan dengan Pengerusi JR
Kampung Lindongan PDM N32 Seri Setia (2)
- PDM PJS 5
- PDM PJS 6/4 – PJS 6/6
- PDM PJS 10/1 – PJS 10/16
- KG PENAGA
13 21.06.2020 No. 4, Jalan Madah Perjumpaan dengan Pengerusi JR
U2/33, Taman TTDI Jaya, PDM N32 Seri Setia (4)
Shah Alam - PDM Taman TTDI Jaya
14 10.06.2020 No. 4, Jalan Madah Perjumpaan dengan Pengerusi JR
Hingga U2/33, Taman TTDI Jaya, PDM N32 Seri Setia (4)
29.06.2020 Shah Alam - PDM Taman TTDI Jaya
15 26.07.2020 Pejabat PAS Petaling Gotong Royong Masak Wajik Durian
Jaya Bersama Muslimat PAS
16 06.08.2020 D’Buana Hall, No.11-2 D’Buana Hall, No.11-2 Jalan PJS
Jalan PJS 2/18A, Taman 2/18A, Taman Maju Jaya
Maju Jaya
17 07.08.2020 Pusat latihan Ilmu, Janda Kursus Kepimpinan Wanita
Hingga Baik, Pahang ‘Gerak Kerja Pilihanraya Wanita
09.08.2020 UMNO’
Anjuran Wanita UMNO Malaysia
18 07.08.2020 Mengikut Notis Mesyuarat Mesyuarat UMNO Cawangan-
hingga Cawangan Bahagian Petaling Jaya
30.08.2020
19 15.08.2020 Pejabat UMNO Bahagian Penamaan Calon Di Slim, Perak
Tanjung Malim, Perak
20 20.08.2020 No. 2, Jalan PJS 2C/11L, Perjumpaan dengan JR PJS 2
Taman Medan
21 05.09.2020 No. 2, Jalan PJS 2C/11L, “Merdeka @Komuniti” Anjuran
Taman Medan Pejabat Penerangan Daerah Petaling
dan perjumpaan dengan JR PDM
Kampung Medan
22 13.09.2020 Rukun Tetangga SS 5C, “Jom Masak Bubur Asyura”
Jalan SS 5C/9, Kelana bersama Muslimat PAS dan KRT
Jaya Penduduk SS6, Kelana Jaya
23 16.09.2020 No. 2, Jalan PJS 2C/11L, Majlis Khatam Al-Quran Wanita
Taman Medan Di Maahad Tahfiz Al Quran Tarbiatul
Islamiah
24 22.10.2020 No. 18, Jalan PJS Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk
2C/11M, Taman Sri Arwah-arwah yang telah meninggal
Medan. dunia
25 31.10.2020 Damansara Baru, Flat Program Ziarah Kasih bersama
Impian Baiduri dan Flat kepimpinan UMNO Bahagian Petaling
Gasing Indah. Jaya.
26 07.11.2020 Mengikut Jadual yang Program Ziarah Kasih bersama
hingga telah ditetapkan. kepimpinan UMNO Bahagian Petaling
29.11.2020 Jaya.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
20
27 20.11.2020 Bilik Mesyuarat UMNO Program Munajat Akifi Muafakat
Bahagian Petaling Jaya. Nasional –
Anjuran Wanita dan Muslimat
28 02.12.2020 PDM Dun Seri Setia dan Road to JR 2.0 Parlimen Petaling
hingga PDM Dun Taman Medan Jaya
29.12.2020 Pertemuan dengan Pengerusi PDM
beserta Petugas IT PDM
29 13.12.2020 Restoran Murni Discovery Perjumpaan Pengerusi PDM DUN
Kampung Lindungan Seri Setia bersama Penyelaras PDM
30 19.12.2020 Balairaya Jalan PJS 6, Majlis Khatan Perdana DUN Seri
Kampung Lindungan Setia Anjuran UMNO Bahagian
Petaling Jaya
31 20.12.2020 Jalan PJS 1/11, Medan Majlis Khatan Perdana DUN Taman
Maju Jaya. Medan Anjuran UMNO Bahagian
Petaling Jaya
32 01.05.2021 Dania Bridal – Restoran Moreh Wanita UMNO Petaling Jaya
Budi Kampung Lindungan
33 03.05.2021 Dewan Kelana, Tabung Iftar Jama’ie 1442H bersama YB Dato
Haji Kelana Jaya Seri Ahmad Zahid Hamidi
05.06.2021 Kawasan yang telah Bantuan Khas PKP 3.0 Covid 10
dikenal pasti. 2021
34 18.07.2021 Pusat Aktiviti Kanak-kanak Sumbangan Barangan keperluan
TamanMedan harian kepada Ketua Wanita
Cawangan sempena Aidil Adha
35 21.07.2021 Surau Al-Rahmahniah Sumbangan Aidiladha Dan Agihan
Taman Medan Daging Korban kepada Ahli
Jawatankuasa Wanita UMNO
Bahagian.
35 26.07.2021 Pusat Aktiviti Kanak-kanak Sumbangan Kotak Rezeki bagi
Taman Medan Petugas JR di DUN Taman Medan
dan Dun Seri Setia.
36 10.09.2021 Pusat Aktiviti Kanak-kanak Sumbangan Barangan keperluan
Taman Medan harian kepada Muslimat PAS
37 17.09.2021 Di kediaman masing- Majlis Bacaan Surah Yasin dan Zikir
masing secara maya. Munajat bersama Muslimat PAS.
38 20.11.2021 PRN Negeri Melaka Bertugas di Dun Kuala Linggi
39 01.12.2021 Di kediaman masing- Penyampaian Hadiah Hari Lahir
masing kepada Ketua Wanita Cawangan dan
AJK Wanita sempena Hari Lahir.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
21
LAPORAN MESYUARAT WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
BAGI TAHUN 2020/2021
BIL TARIKH TEMPAT PROGRAM
1 31.01.2020 Dewan Gabungan Persatuan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO
Penduduk PJS 6 Kg Bahagian Bil 01/2020
Lindungan
2 04.02.2020 Pejabat PAS No. 19 Jalan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita
PJS 2D/1, Taman Medan UMNO bersama Muslimat PAS
3 19.02.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Pengurusan Bahagian Bil
Petaling Jaya 02/2020
4 03.03.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita
Petaling Jaya UMNO Bil 01/2020
5 05.03.2020 Pangsapuri Seri Melewar, Mesyuarat dengan Pengerusi PDM Taman
Glenmarie Shah Alam Glenmarie bagi Program “Kembara Squad
di Hati”
6 07.03.2020 Dun Taman Medan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO
hingga Dun Seri Setia Bahagian Petaling Jaya
15.03.2020
7 22.06.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Khas Penyelaras JR 2.0
Petaling Jaya Parlimen PJ Bil 01/2020
8 23.07.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita
Petaling Jaya UMNO Bil 02/2020
9 02.09.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa
Petaling Jaya Wanita UMNO Bil 01/2020
10 17.09.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita
Petaling Jaya UMNO Bil 03/2020
11 24.09.2020 Pejabat UMNO Bahagian Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Petaling Jaya Persiapan Perwakilan Wanita UMNO
Bahagian Petaling Jaya.
12 28.11.2020 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Pengerusi JR PDM Dun
Bahagian Petaling Jaya Seri Setia 02/2020
13 29.11.2020 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Pengerusi JR PDM Dun
Bahagian Petaling Jaya Taman Medan 02/2020
14 18.12.2020 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO
Bahagian Petaling Jaya. Bahagian 2020 – Secara Maya
15 22.12.2020 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Khas Jawatankuasa Wanita
Bahagian Petaling Jaya. UMNO Bahagian Petaling Jaya
04/2020
16 02.01.2021 Dewan Melawati, Hotel Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO
Tabung Haji, Kelana Jaya Bahagian Petaling Jaya 2020
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
22
17 26.02.2021 Secara Maya di kediaman Mesyuarat Penyelaras JR PDM DUN
masing-masing Taman Medan 01/2021
18 27.02.2021 Secara Maya di kediaman Mesyuarat Penyelaras JR PDM DUN
masing-masing Seri Setia 01/2021
19 17.03.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Penyelaras JR PDM DUN
Bahagian Petaling Jaya. Taman Medan 02/2021
20 27.03.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Perhimpunan Agung UMNO Malaysia
Bahagian Petaling Jaya. 2020
21 11.09.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Penyelaras JR PDM Dun
Bahagian Petaling Jaya. Taman Medan dan Dun Seri Setia
03/2021
22 05.10.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Bahagian Petaling Jaya. Wanita Bahagian 01/2021
23 15.10.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Jawatankuasa Wanita
Bahagian Petaling Jaya. UMNO Bahagian 01/2021
24 15.10.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Penyelaras JR PDM dun
Bahagian Petaling Jaya. Taman Medan dan Dun Seri Setia
04/2021
25. 08.12.2021 Bilik Mesyuarat UMNO Mesyuarat Khas Jawatankuasa Wanita
Bahagian Petaling Jaya. Bahagian 02/2021
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
23
PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 30 NOVEMBER 2021
KERTAS MESYUARAT BIL. 3
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
24
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2021
BIL PERKARA WANG WANG JUMLAH
MASUK KELUAR
(RM) (RM) (RM)
PENDAPATAN
1 Baki di tangan pada 01.01.2021 2,093.00
2 Tunai di Bank 451.93
3 Kutipan TABUNG WANITA 2,600.00
4 Sumbangan 25,000.00
5 Sumbangan UMNO Bahagian PJ 2,000.00
32,144.93
PERBELANJAAN
1 Pentadbiran 1,458.15
2 Program Ziarah Kasih Wanita 1,100.00
3 Program Bakul Makanan COVID-19 1,500.00
4 Program Sentuhan Kasih - Ketua Wanita Cawangan 5,000.00
5 Gerak Kerja JR Wanita PJ 10,000.00
6 Sumbangan kepada NGO 3,730.10
7 Mesyuarat Perwakilan Wanita 8,000.00
30,788.25
Baki ditangan sehingga 30 November 2021 1,356.68
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
Zubidah Binti Najibullah Datin Paduka Hajah Norkhaila Jamaluddin
Bendahari Wanita UMNO Bahagian Petaling Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
Disahkan Oleh:
Zainuddin Bin Itam Jabanos Bin Din
Pemeriksa Kira-kira I Pemeriksa Kira-Kira II
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
25
GALERI FOTO
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
26
Mesyuarat Perwakilan Wanita dan Mesyuarat Jawatankuasa Wanita 2021
Majlis Sambutan Hari Lahir sepanjang tahun 2021
Pertemuan dengan Petugas JR PDM
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
27
Sumbangan Barangan Keperluan Akibat Pendemik Covid - 19
Pilihan Raya Negeri Melaka
Mesyuarat Cawangan
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
28
LAGU BERSATU BERSETIA
LAGU NEGARAKU BERKHIDMAT
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku Bersatu Kita Bersatu
Rakyat hidup Dengan Setia Berganding Bahu
Bersatu dan maju Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Rahmat Bahgia
Tuhan kurniakan Bersama Kita Bersama
Raja kita
Selamat Bertahta Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Rahmat Bahgia Agama Dan Negara Lambang Kita Yang
Tuhan kurniakan Gagah
Raja kita
Selamat Bertahta Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia Berkhidmat”
Cogan Katanya
Umno Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
MAJU WANITA UMNO
Bersedia Berjuang
Kami Wanita Umno
Bersetia Berjasa
LAGU NEGERI SELANGOR Untuk Nusa Dan Bangsa
Duli Yang Maha Mulia Sentiasa Berkhidmat
Selamat Di Atas Takhta Menyumbangkan Tenaga
Membangunkan Negara
Allah Lanjutkan Usia Tuanku Yang Maju Dan Merdeka
Rakyat Mhon Restu
Mengekalkan Perpaduan
Bawah Duli Tuanku Itulah Azam Wanita
Bahagia Selama Lamanya Marilah Berjuang Untuk Negara
Sentiasa Berkhidmat
Aman Dan Sentosa Untuk Rakyat Yang Makmur
Duli Yang Maha Mulia Menyumbangkan Tenaga
Maju Wanita Umno
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
29
LAMPIRAN A
USUL PERWAKILAN WANITA UMNO 2021
MENCADANG MENETAPKAN LEBIH RAMAI WANITA DIPILIH MENJADI CALON
PARTI PADA PRU Ke-15
BismillahirRahmanirRahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nasta’in,
Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
MENGHARGAI pengorbanan dan jasa wanita yang senantiasa setia bersama parti
ketika berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran, sanggup menempuh
ombak yang membadai serta onak duri perjuangan, selepas diduga tantangan besar
pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
MENGETAHUI bahawa perlunya lebih ramai wanita berkebolehan diketengahkan di
dalam arena politik tanah air, supaya wanita juga boleh dilibatkan bersama di dalam
setiap keputusan penting apabila ada wakil golongan ini yang dipilih memasuki
Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.
MEMBUKTIKAN kepada rakyat, bahawasanya parti keramat ini sememangnya fokus
dan serius dalam membawa agenda transformasi di peringkat parti, dengan memberi
banyak laluan kepada wanita untuk mewakili rakyat baik di peringkat negeri
mahupun di Persekutuan.
MENYEDARI hakikat, realiti, lanskap dan perkembangan terbaharu pada Pilihan
Raya Negeri Melaka yang lalu, majoriti calon wanita berjaya menyumbang dan
memberi impak signifikan kepada kemenangan besar Barisan Nasional. Ini
menunjukkan bahawa, rakyat hari ini, lebih bersifat dinamik dan matang dalam
memilih pemimpin, sepatutnya, sebagai sayap parti yang rapat dengan rakyat, maka
wajarlah calon wanita lebih diiktiraf, diangkat martabatnya untuk diketengahkan.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
30
MENGULANGI kebimbangan sebelum ini, bahawasanya wakil wanita di Parlimen
masih sedikit jumlahnya berbanding dengan angka populasi keseluruhan wanita di
negara ini. Perkara ini perlu diperbaiki dan ditambahbaik serta diperkasakan,
supaya agenda memperteguh sektor ekonomi, sosial dan budaya di bawah payung
Keluarga Malaysia, khususnya melibatkan golongan wanita di negara ini, dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya serta seberjaya mungkin.
Saudara dan Saudari Sekalian,
MAKA, Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya yang bersidang pada hari ini
11hb.Disember 2021 mengambil ketetapan seperti berikut :
MENCADANGKAN usul supaya lebih ramai calon wanita dipilih untuk mewakili
parti, pada Pilihan Raya Umum, khususnya dalam PRU Ke-15 yang akan datang.
Hal ini supaya, usaha untuk menyumbang kepada penglibatan 30 peratus kuota
wanita di dalam membuat dasar dan penggubalan undang-undang serta terlibat
secara strategik, aktif dan langsung dalam pembangunan negara akan dapat dicapai.
MEMASTIKAN Dasar Wanita Negara 2009 yang memperjuangkan 30 peratus
Penglibatan Wanita di pelbagai Peringkat Pembuat Dasar dan Keputusan (politik,
kepimpinan dan lembaga pengarah) diimplementasikan secara penuh serius dan
bersepadu.
MEMPERCAYAI bahawa usul ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan
negara selari dengan aspirasi kestabilan yang didokong oleh parti ketika ini, apabila
lebih ramai wanita dilibatkan di dalam membuat keputusan strategik demi
kepentingan dan kemakmuran negara.
Tuntasnya, bagai dimadah oleh pujangga bestari,
Wanita itu diciptakan unik, istimewa, molek maruah,
Tetap tegar setia sesekali takkan menyerah,
Teguh sabar pendirian meski ingin mengeluh,
Kukuh kuat meski kadangkala hampir terjatuh,
Tetap bangkit, tak pernah mengalah cekal hatinya,
Dan.. teguh berpadu setia sampai pada akhirnya.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
31