Rasul dan peranannya
Fathnin, Eisya, Karmila, Zahra
Intisari ayat
Allah mengutuskan rasul dari kalangan manusia yang sangat
prihatin terhadap umatnya dan sentiasa mengharapkan rahmat serta
bertawakal kepada Allah.
Sebab Rasul Dipilih Daripada kalangan Manusia
★ Manusia sesuai dilantik menjadi pesuruhnya.
★ Pemimpin bagi satu jenis makhluk itu terdiri daripada makhluk sejenis itu sendiri.
★ Memudahkan manusia untuk mempercayai kerasulan dengan adanya mukjizat Allah
★ Manusia lebih mengetahui keperluan hidup mereka
Mengapa manusia perlu kepada pemimpin Rasul
1) Membimbing manusia kerana jangkauan ilmu dan akalnya sangat
terbatas.
2) Mengajar dan membimbing manusia tentang kehidupan beragama.
3) Menjadi contoh dan teladan kepada manusia.
4) Menjelaskan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib.
Tugas Para Rasul
1. Menyeru manusia mentauhidkan Allah (hanya beribadat
kepada Allah)
2. Menunjukkan kepada manusia agama yang sebenar.
3. Menyampaikan segala perintah dan larangan Allah kepada
manusia.
4. Memberi peringatan tentang balasan baik dan buruk di
akhirat kelak.
5. Memberi contoh akhlak yang mulia kepada manusia.
Kasih Sayang Rasulullah terhadap Umatnya
● Rasulullah berpesan tentang solat, wanita dan
umat walaupun ketika hampir wafat.
● Rasulullah sentiasa mendoakan kesejahteraan
umatnya walaupun dihina dan disakiti seperti
peristiwa di Taif.
Sifat Kepimpinan Rasulullah
★ Baginda mempunyai sifat kempimpinan yang memimpin dalam semua
peringkat :
○ Pemimpin Negara
○ Pemimpin Masyarakat
○ Pemimpin Rumah Tangga
○ Pemimpin Tentera
★ Sifat utama yang dimiliki rasul ialah :
○ akhlak yg mulia ○ berpandangan jauh
○ bijak dalam bersiasah ○ pemaaf
○ lemah lembut ○ penyabar
○ pengasih ○ tawadu’ & istiqamah
○ adil
Akibat mengabaikan kepimpinan Rasulullah
Mengabaikan kepimpinan Rasulullah menjadikan manusia:
1) Hidup dalam kesesatan di dunia dan akhirat.
2) Berada dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada rahmat Allah.
3) Akan ditimpa azab oleh Allah sama ada di dunia atau di akhirat.
4) Tidak akan mendapat syafaat pada hari akhirat kelak.
KONSEP TAWAKAL
● Berserah diri kepada ALLAH setelah berusaha & berikhtiar bersungguh-sungguh
CARA TAWAKAL FADHILAT TAWAKAL
● Tenang & tak
● Lakukan dengan
bersungguh-sungguh. terburu-buru.
● Sabar & tabah hadapi
● Berdoa kepada ALLAH
agar kejayaan kepada ujian.
usaha tersebut. ● Berusaha
● Tidak berputus asa. bersungguh-sungguh
● Menyerahkan segala dalam membuat sesuatu
perkara.
ketentuan kepada ALLAH. ● Menjadi sumber kekuatan
kepada org yang
berputus asa.
PENGAJARAN AYAT
● Nabi MUHAMMAD seorang pemimpin yang unggul
kerana mempunyai akhlak yang baik
● Tawakal sumber kekuatan umat ISLAM
● Umat ISLAM perlu mencontohi keperibadian
RASULULLAH
● Sifat prihatin,kasih sayang & mengutamakan
masyarakat perlu diamalkan oleh setiap
pemimpin ISLAM