The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN KUMPULAN SEMINAR ISU SEMASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdrozaini185, 2023-01-12 09:54:06

TOKOH DIKIR BARAT HALIM YAZID

TUGASAN KUMPULAN SEMINAR ISU SEMASA

Keywords: HALIM YAZID

SENI WARISAN KELANTAN

TOKOH

DIKIR BARAT

HALIM
YAZID

NAMA: ABDUL HALIM BIN
YAZID
GELARAN: HALIM YAZID
UMUR : 61 TAHUN
ASAL: PASIR PUTEH,
KELANTAN
MULA AKTIF: SEJAK UMUR 8
TAHUN

BIODATA

Encik Abdul Halim bin Yazid merupakan seorang
penyanyi dikir yang cukup terkenal di negeri Kelantan.
Beliau merupakan anak kelahiran anak seni yang
berasal dari Pasir Puteh, Kelantan telah berjaya
membuka mata masyarakat Malaysia tentang
permainan tradisional dikir barat ini. Abdul Halim Bin
Yazid ataupun sering digelar Halim Yazid adalah
merupakan seorang anak jati negeri Kelantan yang
berusia 61 tahun telah mendalami dunia dikir barat ini
dan berjaya mengangkat hiburan rakyat Kelantan itu
menjadi popular merentasi daerah sendiri. Bahkan
jualan albumnya sendiri ada yang mencatat ratusan
ribu unit dan mengalahkan jualan album penyanyi
terkenal tanah.

Halim Yazid adalah merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera di Universiti
Malaya. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang bernama Noor Mahani
Ahmad yang berumur 40 tahun dan mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata. Halim Yazid
ini adalah merupakan nama yang besar di negeri Kelantan. Ini adalah kerana jasa dan pengorbanannya
terhadap seni permainan tradisional dikir barat di negeri Kelantan ini telah berjaya membuka mata ramai
masyarakat luar untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam tentang seni permainan dikir barat ini.
Hasil karya Halim Yazid yang menjadi tumpuan ramai masyarakat untuk lebih mengenali beliau adalah
dengan pencapaian yang diraih olehnya dalam lagu ‘Tupai’ yang menjadi lagu tema untuk filem Budak
Kelantan yang telah disiarkan di pawagam tempatan.

Bermula pada itu, nama Halim Yazid dan lagu tersebut sering disebut-sebut dan dinyanyikan oleh
pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat di negeri Kelantan. Oleh disebabkan,
lagu ciptaan dan nyanyiannya itu diminati ramai, beliau dan keluarganya mula didekati untuk
mengetahui tentang liku-liku perjalanan yang telah ditempuhi olehnya selama lebih 20 tahun dalam
dunia seni dikir barat ini. Sepanjang berkecimpung dalam seni dikir barat ini, Halim Yazid sudah tampil
dengan enam album solo. Album solo yang pertama beliau pada tahun 1998 yang bertajuk ‘Angin’.
Album yang kedua dikeluarkan pada tahun 2001 yang bertajuk ‘Inovasi’ dan album yang seterusnya
dikeluarkan pada tahun 2003 yang bertajuk ‘Infiniti’. Album yang keempat dan kelima pula yang
bertajuk ‘Sarana’ dan ‘Personaliti’ dikeluarkan pada tahun 2004. Dan album yang terakhir pada tahun
2008 yang bertajuk ‘Destiny’.

Oleh hal yang demikian, dengan pelbagai kejayaan yang beliau telah kecapi. Halim Yazid telah
dinobatkan sebagai Tokoh Dikir Barat Negara. Dengan penganugerahan yang telah diberikan
kepadanya ini beliau telah menjawat jawatan sebagai pegawai kebudayaan di Universiti Malaya.
Penglibatan beliau sebagai pegawai kebudayaan ini adalah bertujuan untuk memastikan dan menjaga
seni warisan tradisional dikir barat ini akan terus terpelihara

Menurut Halim Yazid, Dikir barat adalah merupakan gaya nyanyian panggilan dan sambutan yang
berasal daripada negeri Kelantan. Dikir barat ini terkenal di seluruh Semenanjung melalui televisyen
tempatan dan kreativiti sesebuah kumpulan semasa membuat persembahan tersebut.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 1

Menurut beliau juga, dikir barat ini diketuai oleh seorang tukang karut atau tok juara yang mencipta
sajak dan menyanyikannya sambil berjalan.
Dikir Barat adalah merupakan satu permainan tradisional yang tersohor dikalangan masyarakat melayu
di negeri Kelantan. Masyarakat melayu di negeri Kelantan menganggap bahawa dikir barat ini adalah
merupakan satu bentuk muzik yang popular dan sesuai untuk dijadikan hiburan kepada setiap lapisan
masyarakat. Pada zaman dahulu persembahan dikir barat ini hanya bertemakan kehidupan seharian dan
biasanya menitik beratkan tentang unsur-unsur yang lucu, namun ianya berubah mengikut
perkembangan zaman, tema dan konsep persembahan.
Selain itu, dikir barat ini juga banyak tertumpu kepada isu-isu politik, ekonomi, pembangunan,
pendidikan masalah sosial dalam kehidupan masyarakat sejagat. Dalam persembahan Dikir Barat ini
juga terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Jogho.
Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar
dengan suara yang kuat dan lantang. Perkataan Dikir adalah hasil daripada kombinasi seni iaitu dikir
dan pantun atau dikir karut. Pengertian “Karut” itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk
pantun atau syair. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan
Thai dengan Dikir Karut. Dikir Barat ini pada kebiasaannya dimainkan oleh masyarakat pada musim
menuai, majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini, persembahan dikir
barat ini dijadikan sebagai satu platform untuk mempamerkan kehebatan seni tradisional melalui
pertandingan yang dianjurkan di peringkat kampung, daerah, negeri, kebangsaan mahupun pada
peringkat antarabangsa. Sebagai contohnya ialah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan
Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Kebangsaan yang disiarkan secara langsung pada setiap tahun
dan banyak lagi siaran televisyen yang telah menyiarkan tentang persembahan dikir barat ini untuk
tontonan umum.
Menurut Halim Yazid, Dikir barat adalah merupakan gaya nyanyian panggilan dan sambutan yang
berasal daripada negeri Kelantan. Dikir barat ini terkenal di seluruh Semenanjung melalui televisyen
tempatan dan kreativiti sesebuah kumpulan semasa membuat persembahan tersebut. Menurut beliau
juga, dikir barat ini diketuai oleh seorang tukang karut atau tok juara yang mencipta sajak dan
menyanyikannya sambil berjalan.
Korus bergema sebagai tindak balas, ayat demi ayat. Kumpulan dikir barat biasanya membuat
persembahan semasa pelbagai majlis perayaan, dan puisi mereka biasanya hiburan ringan dan mungkin
mengenai pelbagai topik, tetapi tidak bersifat keagamaan. Oleh itu, bagi menghasilkan sesebuah
persembahan dikir barat yang menarik, haruslah mempunyai 3 watak penting dalam persembahan
tersebut. Antaranya ialah tok juara, tukang karut dan juga awok-awok. Berikut adalah merupakan
peranan watak penting dalam dikir barat.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 2

LATAR BELAKANG

Latar belakang seorang Halim Yazid secara tradisional di Kelantan diwarnai dengan lirik-
ringkas ialah beliau lahir dan tinggal di Pasir lirik berunsur lucah namun sudah tentu ada
Puteh, Kelantan sehingga tingkatan 6. cara lain untuk seni berkenaan diselamatkan.
Kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti
Malaya pada tahun1980. Sekarang menetap di Mungkin di mata segelintir peminat industri
Lembah Kelang dan bertugas di Pusat hiburan tanah air, anak seni dari Pasir Puteh,
Kebudayaan Universiti Malaya. Pada awal Kelantan ini bukanlah nama besar. Lagipun
penglibatan dalam bidang seni adalah atas dasar dikir barat, hanyalah digilai oleh orang Pantai
suka-suka tapi kini bergiat aktif setelah Timur khususnya Kelantan sahaja. Bahkan si
merasakan ia adalah satu tanggungjawab pemilik nama Halim Yazid ini sendiri bukan
kepada bidang seni warisan bangsa. 'orang besar', kerangka tubuhnya kecil, kurus
dan tidak menggerunkan sesiapa yang melihat.
Bermula dengan larangan ibu bapa untuk Apa yang lebih membanggakan, daripada seni
terbabit dalam aktiviti dikir barat, minat Halim yang dianggap hiburan kampung, Halim, 48,
Yazid kepada seni warisan bangsa itu bersama kudrat dan minat mendalam
sebenarnya tidak pernah terpadam. Ia bermula berupaya mengangkat hiburan rakyat Kelantan
sejak awal. Sejak Halim berusia lapan tahun. Di itu menjadi popular merentasi daerah sendiri.
sebalik larangan itu dalam diam-diam Halim Bahkan jualan albumnya sendiri ada yang
menyuburkan minatnya kepada satu daripada mencatat ratusan ribu unit dan mengalahkan
khazanah seni negara itu. Ketika usia beralih ke jualan album penyanyi terkenal tanah air.
zaman muda dia mendapat peluang
melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya Seterusnya, tertarik dengan pencapaian yang
(UM) pada 1980. Pemergian Halim ke diraih Halim ini, terutama lagu Tupai yang
universiti itu memang diiringi dengan restu menjadi lagu tema filem Budak Kelantan yang
orang tuanya. sedang berlegar di pawagam tempatan,
keluarganya didekati untuk mengorek
Di Universiti Malaya, Halim Yazid mengikuti perjalanan yang telah ditempuhi selama lebih
pengajian sarjana muda sastera di Fakulti 20 tahun membina keluarga bersama wanita
Sastera dan Sains Sosial. Sambil meneruskan bernama Noor Mahani Ahmad ini. Sepanjang
pengajian dan menunggu waktu pengajiannya berkecimpung dalam seni dikir barat ini, Halim
disempurnakan pada 1983 Halim tetap Yazid sudah tampil dengan enam album solo.
memberikan perhatian kepada dikir barat. Jika Album solo yang pertama beliau pada tahun
di negeri kelahirannya dikir barat dikekang 1998 yang bertajuk Angin. Album yang kedua
kerana ada unsur-unsur yang tidak boleh dikeluarkan pada tahun 2001 yang bertajuk
dikompromi, secara umumnya dikir barat Inovasi dan album yang seterusnya
dikeluarkan pada tahun 2003 yang bertajuk
Infiniti. Album yang keempat dan kelima pula
yang bertajuk Sarana dan Personaliti
dikeluarkan pada tahun 2004. Dan album yang
terakhir pada tahun 2008 yang bertajuk
Destiny.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 3

Halim Yazid buat masa ini telah berjaya kesemuanya membawa unsur kehidupan dan
menghasilkan empat buah album Dikir Barat nasihat yang sesuai dan serasi dengan budaya
sejak dari tahun 1990 lagi. Album Inovasi timur. Lagu-lagu yang diciptakan oleh beliau
merupakan album terbaru dari beliau kepada mempunyai mesej dan nasihat yang baik untuk
peminat seni Dikir Barat seluruh tanah air. masyarakat serta generasi muda tentang
Empat album tersebut ialah seperti Album kehidupan semasa kita.
Kehilangan, Album Beruntung Jadi Anak
Kelantan, Album Angin dan Album Inovasi. Namun jika kita mengamati lebih mendalam
Keempat-empat album ini mempunyai tentang dikir barat ini asal usul kewujudannya
keistimewaan dan keunikan yang tersendiri dari sehingga kini masih diperdebatkan, namun
segi penceritaan, lirik dan melodi nya yang kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni
dekat dengan jiwa melayu Kelantan itu sendiri. yang datang dari selatan Thailand atau utara
Semenanjung Malaysia. Dalam lingkungan
Album Kehilangan yang diterbitkan pada tahun masyarakat petani, dikir barat dipersembahkan
1990 mempunyai beberapa lagu antaranya ialah sebagai upacara keagamaan atau sambutan
Kehilangan, Sungai Kelang, Budak-budak sempena musim menuai. Kini, persembahan
Universiti, Gadis Bukit Bintang, Lambada dikir barat lebih berperanan sebagai satu bentuk
Adaptasi (serunai), Ani, Oh Carol, Lady In hiburan. Begitu pun, pertandingan antara
Black, Kojo No Tsukib dan Cinta Bilis 1 kumpulan dikir barat juga sering diadakan.
(serunai). Seterusnya, album beruntung jadi Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di
anak Kelantan yang dikeluarkan 3 tahun selepas Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah
album yang pertama mendapat sambutan antara negeri yang masih mempersembahkan
hangat dari pendengar iaitu pada tahun 1993. dikir barat secara aktif.
Album ini pula mempunyai lagunya iaitu
Bersain Nga Orang Comel, Beruntung Jadi Kita memanggilnya dikir, perkataan yang
Anak Kelantan, Tanah, Ingat Sedara SeIslam, bunyinya ada persamaan dengan perkataan
Pass Universiti dan Telah Tinggal Tanah Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan
Kelantan. keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk
di utara semenanjung Malaysia dan diamalkan
Seterusnya, albumnya yang ketiga yang orang Thai setiap musim menuai padi. Barat
dikeluarkan pada tahun 1998 mempunyai pula bermakna kedudukan geografi, orang utara
sebanyak 12 buah lagu yang pastinya indah dulu menganggap Thailand berada di sebelah
didengar di telinga pendengar. Antaranya lagu barat padahal dari segi kedudukan geografinya,
itu ialah Diri Ambo, Tepung Kita, Ani (versi ia berada di utara Malaysia. Memandangkan
baru), Sangkakala. Wind Of Change, Angin, nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia
Menunggu Pelangi, Berkecek Nga Anak, kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah
Mengulek, Sungai Kelang (versi cican), Oh diubah. Budaya dikir barat kemudian terus
Carol (remix) dan Apa Khabar Orang menular ke selatan, Singapura sekitar 1970-an.
Kampung. Selain itu seperti yang sudah Pelbagai pertandingan dianjurkan badan
diketahui umum Halim Yazid mempunyai kerajaan setiap tahun dan sambutan
empat buah album di mana dalam album yang terhadapnya begitu baik sehingga ke hari ini,
terakhir ini mempunyai satu lagu yang biarpun Singapura kini adalah kota
berkisarkan kisah benar iaitu lagu Bangkit metropolitan yang maju. Lagu-lagu yang
Semula yang diciptakan untuk menceritakan dinyanyikan oleh Halim Yazid ini mempunyai
tentang perjalanan kehidupan seorang Halim maksud dan juga mesej yang ingin disampaikan
Yazid. Antara lagu yang ada ialah Kenangan oleh beliau sama ada secara tersurat dan juga
Selamat Tinggal, Tupai, Untuk Adik-adik tersirat.
USM, 2001 Tahun Cabaran, Bersain Dengan
Orang Comel (remix), Seribu Erti, Lalang, TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 4
Pesan Mak, Diri Ambo (Bangkit Asal) dan
Cinta Bilis 2 (instrumental adaptasi)

Hadirnya Halim Yazid adalah penting kerana
beliau cuba lari dari dikir barat yang berbaur
lucah. Lirik lagu dikir Halim Yazid

LIRIK LAGU DIKIR BARAT HALIM Ado sekor anok tupai atah jula moktea
YAZID Khudong eko pheruk lapar jalea cari makea

LAGU ANAK TUPAI Jalea cari makea

Lagu oleh Halim Yazid Lagu anak tupai hasil karya Halim Yazid ini
bukan sekadar untuk hiburan semata- mata,
Ado sekor anok tupai, atah jula moktea tetapi turut mempunyai mesej yang berguna
kepada kehidupan dalam masyarakat kita
Kudong eko perut lapar, jalea cari makea Jale sekarang ini. Mesej pertama yang ingin
cari makea. disampaikan dalam lagu ini ialah ingatan
kepada masyarakat supaya jangan terlalu
Kejadiea tuhan dipanggil namo tupai Asalnyo bertindak mengikut hawa nafsu. Ini kerana,
dale hute sejenis mamalia sepandai- pandai tupai melompat akan jatuh
ketanah juga, memberi makna selicik-licik
Kalu pasal jakit kok dehe diolah hok yg paling mana pun orang yang melakukan perkara yang
pakar bermoral akhirnya akan diketahui juga.
Sekiranya seseorang individu tersebut terlibat
Jatuh jare jare kerano dio tak sobar dalam gejala negatif seperti menyalahguna
dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya
Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah akhirnya individu tersebut akan ditangkap
jugok jugak.
Mesej seterusnya yang dapat dikenal pasti
Nak wi gambar ore jahat jale telajok manggok terdapat dalam lagu ni ialah tentang keagungan
Jale terlajok manggok. ciptaan Allah SWT. Menurut pencipta lagu,
walau setinggi mana pun ilmu yang ada pada
Ore jame ghitu pakat hambat tupai seseorang individu yang bergelar manusia,
tetapi manusia tidak mampu untuk mencipta
Bimbea ko woh kayu takuk tokdea besar seekor tupai. Oleh itu sebagai manusia kita
dinasihatkan supaya jangan menganggap tupai
Nyor deriea duku kalu dan nye kherit tupai sebagai musuh dan jangan terlalu teruja untuk
membunuh tupai kerana tupai juga ciptaan
Pendek tahun tu nyor deriea tokdea nok jual Allah SWT yang unik dan berhak untuk sama-
sama menghuni alam ciptaan Allah SWT
Ore skampong tupai sekor berambat hari hari Kesimpulannya sindiran simbolik haiwan yang
dikaitkan dengan sifat manusia mempunyai
Nyo pakat likong nyo pakat pekong makna yang jelas untuk menyindir sifat dan

Tupai tokleh lagi Tupai tokleh lagi TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 5

Sakat bedil ado tupai habih mati

Hok ni lah saya raso kito sangat rugi

Kita manusio tinggi mano pun kita ngaji

Nak wat tupai sekor tentu sekali doh tok jadi

Loni kapong atau bandar jare buleh tengok

Bapok tupai ibu tupai jale bowok anok Jale
bowok anok

Rasa kesiea sunggoh tengok sekor ko anok
tupai

Kerano telajok khuruh sapa tokleh nok niti
pagar

Bulu bulu pun habih lughoh air mato bderai
derai

Mari dale baruh bekali kena racun tebaka

perbuatan manusia dalam masyarakat Ribut mari salah musim
sekeliling. Dengan adanya kajian yang Uje turun salah tiko
dilakukan ini, jelas menunjukkan bahawa lagu
dikir barat sememangnya mempunyai mesej Nak tohok bui ko ore lain
yang amat berguna kepada masyarakat dan ia Ingat pese yah sako bonda
bukan sahaja bukti dijadikan hiburan untuk Nik anggung la sore diri
didengar semata-mata. Seperti bahasa sindiran Teluk dusun tanah negeri
simbolik haiwan yang dikaji oleh pengkaji, juga
turut mempunyai mesej yang bagus Sejuk kaki tange
disampaikan kepada masyarakat, iaitu Sebak didale dada
bertujuan untuk menegur dan menyedarkan Hidup nak mintak sene
masyarakat daripada melakukan sesuatu yang Sene la sore sene seremo
kurang elok. Raja didale setano
Lubale di rembat balai
Melalui lagu dikir barat juga, maklumat dapat Kijo biar seperno
disampaikan kepada pendengar dengan Tido la male tidak mengiga
mudah kerana lagu dikir barat amat diminati Seleke la nik seleke jago
oleh segenap lapisan umur, khususnya di Tak soh ralik duduk laung lama
Kelantan. Pengkaji berharap, kebudayaan dikit Balik asal sedia kala
barat dapat dikembangkan ke seluruh Pule pulih adat serupo mulo
Malaysia dan bukan hanya di Kelantan. Hal ini Tok tabik dok ada chede
disebabkan, selama ini dikir barat hanya Nasik kunyit aye pangge
sinonim dengan Kelantan. Pengkaji juga Anginnya manusio jadinya tak serupo
berharap dikir barat ini terus berkembang Ada angin besari ngan hala
dengan lebih pesat lagi kerana budaya dikir Ada pulok angin tok kecik dewo mudo
barat terdapat banyak unsur sindiran Angi ditengah laut
dalamnya. Harapan pengkaji juga, agar dikir Jange sapo nak sekat
barat dapat diselami oleh negeri – negeri lain Itu angin kepalo ribut
walaupun pelebaran dikir barat hanya untuk Angin lah kudo duduk berambat
negeri Kelantan. Namun, dengan kekreatifan Tak leh turut sangat angin
pihak lain mungkin dikir barat berjaya Punoh tubuh rusak habis jiwa
menembusi negeri-negeri lain Hok gemuk jadi kurus kering
Tak leh nak wat kijo gapo sekaro
Selain lagu Anok Tupai, Halim Yazid juga Mari kta pakat la tuka
banyak menyanyikan lagu dikir barat yang Angin celako tohok lepa
memberikan nilai-nilai yang positif dalam lagu
dikir barat nyanyiannya. Antara lagu popular TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 6

Halim Yazid adalah seperti:

Angin

Lagu oleh Halim Yazid

Bade kurus kering

Sebule doh setok angin

Dok telete engah serambi

Mano we gende nak main teri

Angin mok yong menoro

Musing naik ko palo

Plut kuning ngan bunga telo

Bangun nak nyanyi patek nak lupo

Turut la angin baru Keno bayar yure tambe bas ngan beli book
Angin semangat nak maju
Ayoh tepakso jual aye hok dio saye dale
Ari ni kita la melayu peghekok
Bakali angin kena bersatu
Prekso SPM ambo buleh gred satu
Samo kita wat kijo
Rebut pelue hok ada Naik tingkate 6 keno pindoh ke skoloh baru
Kayo wi samo raso
Sene la sore sene seremo Di Sekolah Menengah Kamil hati ambo
bertamboh saghu
Diri Ambo (Bangkit Asal)
Lagu oleh Halim Yazid Sain sekelah oghe sene-sene nok masuk dekat
ambo raso malu
Nok bakit asal ambo nok ghoyak titeh
Adik kakok kalu nok kenal sekali nih gak nyo Bose ko drebar bas dok mitok pitih haghi-
haghi
buleh
Dighi ambo bergelar Halim Bin Yazid Bin Doh tambe hok bule lepah ngaa bule nih tok
bayar lagih
Awang Teh
Asal di Kampung Changal dale jajahe Pasir Bekali ambo ni hagah hai tok pade gak dengaa
bodi
Puteh
25 Oktober tahun 60 Ambo lopak turun bas galah beg bejale kaki
Ambo lahir ke dunio di seghambi gelegar
Dari Kampung Changal ke Sekolah Menengah
buluh Kamil
Tinggal kandunge bondo dinihari awal subuh
Ambo celik mato tengok ale nih lawa sungguh Sikik jale banyok berungga ngaa airmato
berline-line
Ambo pun besar dengan penuh kasih saye
Dale sebuoh basar diri atah tanoh oghe Haghi-haghi lapar jaghe benaa haghi kenye
Ayoh slalu tinggal gi pagi kelik male
Pitih pokek seminggu serial pado wat beli baik
Kijo caghi samah serial nok buwi ambo make ambo sipe
Umo 7 tahon ambo pon ngaji skoloh
Haghi sekoloh umum keputuse STP
Anok mughid 3 butir kapong pakat dudok satu
darjah Sain-sain maghi khumu dok pakak cuwek dok
pakak puji
Cikgu-cikgu sanjung kato hati ambo ceghoh
Tolok kali bagi capor ambo congok jawak Bele-bele senyum ambo tanyo, "bakpo gak
nih?"
mudoh
Naik tingkate Sekolah Menengah Tok Janggok Sain kato, "hebaknyo mu keputuse mu tinggi
sekali"
Malu tu gak kok ghe baju caghik seluar
bughuk Puah ayoh mikir nok caghi seribu rial

Doh ambo keno panggey masuk ngaji di U
Malaya

Koghek habih tukir bawoh tuku celoh bataa

Jale yang terakhir tanoh sebutir tu ayoh jual

Ambo tinggal kampung denge berline airmato

Sapaa Kuala Lumpur tak dok worih sedagho
magho

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 7

Dengaa baju selai sepunggung daftar U tahon Gatung jiwo slughuh haghape
pertamo Nekak raso aghoh tujuee

India, Cino pakak likong kato budok daghak Seghoh sgalo pado mu Tuhe
maghi mano Aku Hanyo nok ke sebeghe

Ambo masuk U ayoh pindoh ke Guo Muse * (ulang 2x)
Ambo mengadak buku ayoh nebah tanoh hute
Sedih becapo sayu ingat ko ayoh ambo soghe Daulat Tuanku
Lo nih ambo gaji beghibu nok balah jaso ayoh Patik semua sembahkan dirgahayu
Selamat di atas takhta Ke Bawah Duli Tuanku
tok pade Rakyat jelata tidak pernah merasa jemu
Nok bakit asal ambo nok ghoyak titeh Junjung kasih taat setia daulat tuanku
Adik kakok kalu nok kenal hari nih gak nyo Patik rasa bangga jadi rakyat Tuanku
Walau di mana pun semua orang tahu
buleh Adil dan terbuka menangani semua isu
Dighi ambo bergelar Halim Bin Yazid Bin Pada rakyat jelata Tuanku suka ambil tahu
Patik rasa bangga jadi rakyat Tuanku
Awang Teh
Asal di Kampung Changal dale jajahe Pasir Kedaulatan tempat berlindung
Tuanku Sultan Yang Dipertuan Agong
Puteh
Rakyat disayang Tuanku disanjung
Aku Hanya Nak Ke Seberang Jadi sebutan Malaysia yang beruntung
Halim Yazid Daulat Tuanku daulat Tuanku Permaisuri

Aku pahak kayu cengal Rahmat dan restu dari Ilahi
Haghak-haghak jadi peghahu Indahnya lagu doa patik lebih lagi
Dayong hebak dayong sebenar Semoga Tuanku selamanya diberkati
Keghah kuak teghah temesu Daulat Tuanku daulat Tuanku Permaisuri
Layar Betikak srupo kapah gulong
Tiee nyo tegak daghi bate nibong TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 8

Panji kaing suluk achemar
Tenune kekasih wajah di kamar
Esok peghahu nok tughung ke air
Haghung nok lalu samudera bertabir
Esok peghahu nok tughung ke air
Haghung nok lalu samudera bertabir

Tinggal patat awal terakhir
Lawe bada, ghibut de petir
Ombok jange gilo melandung

Haghak tene laut kualo
Dayung jange patoh tok kuaso

Layar tiee jange binaso

SUMBANGAN

Halim Yazid merupakan seorang yang sudah lama menceburi bidang dikir barat ini lagi. Beliau sudah
menjejakkan kaki ke bidang ini sejak zaman 90-an lagi. Jadi sudah tentu sumbangan yang beliau
taburkan itu sudah begitu banyak kepada industri warisan dikir barat ini. Halim Yazid adalah seorang
tokoh penting dalam seni budaya di Malaysia, khususnya dalam bidang dikir barat. Beliau telah banyak
memberikan dalam industri muzik dikir barat ini sejak dari dulu lagi sehingga kini lagu yang beliau
nyanyikan sering melontarkan maksud-maksud dan juga mesej-mesej yang positif serta kritikan yang
membangun kepada masyarakat.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 9

Beberapa sumbangan yang dia berikan dalam bidang ini adalah:

1. Mempopularkan dan berkonsepkan dikir barat berunsur sosial dan politik.
Halim Yazid telah memperkenalkan konsep dikir barat baharu yang berunsurkan sosial dan politik
dimana di tangan Halim dikir barat tidak lagi dibayangi dengan nyanyian bermotif lucah atau
sebarang unsur yang bercanggah dengan agama. Sebaliknya dikir barat itu muncul dengan mesej
motivasi untuk masyarakat. Dikir barat yang dahulu dinyanyikan penuh dengan unsur yang tidak
elok dan merendahkan kaum wanita namun sejak Halim Yazid yang menceburi bidang ini
menampakkan hasil apabila unsur-unsur tersebut sudah menghilang dari bidang ini.

2. Menjadi pengasas Persatuan Seni Dikir Barat Kebangsaan Malaysia
Halim Yazid telah menjadi pengasas kepada Persatuan Seni Dikir Barat Kebangsaan Malaysia yang
menjadi peranan dalam mengembangkan genre ini dalam konteks nasional dan merealisasikan
pemikiran barat sebagai aktiviti yang dihormati dan diiktiraf dalam masyarakat.

3. Memperkenalkan konsep baharu dalam bidang dikir barat.
Halim Yazid telah berjaya memperkenalkan konsep baharu dikir baru yang mempunyai unsur-unsur
tradisional dan juga moden yang membuatnya menjadi semakin mudah diikuti oleh golongan
generasi muda pada masa sekarang.

4. Aktif dalam pembentukan generasi muda
Halim Yazid juga aktif dalam membentuk generasi muda mampu meneruskan dalam bidang tradisi
dikir barat melalui pengajaran dan pembentukan kumpulan dikir barat serta aktiviti seni yang
berkaitan dengan dikir barat.

5. Menjadi pengaruh dalam dikir barat.
Halim Yazid telah menjadi pengaruh besar dalam perkembangan dikir barat sebagai satu budaya
di Malaysia yang diiktiraf sebagai antara tokoh yang memainkan peranan besar dalam
meningkatkan populariti dan pengiktirafan dikir barat dalam masyarakat.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 10

WATAK PENTING DALAM DIKIR BARAT

Tok Juara adalah Merupakan penyanyi yang
memulakan lagu persembahan juga digelar
tok juara. Pada kebiasaannya tok juara akan
duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok
juara akan memulakan lagu dengan lenggang
lenggok dan berjela-jela mengikut kemahuan
dan moodnya. Tok Juara ini seolah-olah
meniup semangat kepada pasukannya untuk
mempamerkan persembahan yang menarik
dan bersemangat. Tok juara juga berperanan
memberi panduan kepada penyanyi
selanjutnya iaitu tukang karut.
Tukang Karut adalah merupakan individu atau
penyanyi yang memegang watak yang paling
penting dalam seni persembahan dikir barat.
Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas
sambil menyalurkan nyanyian. Beliau memiliki
kemahiran mencipta pantun secara spontan
dan dianggap sebagai insan yang mempunyai
bakat semula jadi dalam bidang penciptaan,
menarik, lucu, bijak, memukau perhatian
penonton.
Pemain dikir barat pada kebiasaannya terdiri
daripada sepuluh hingga lima belas orang
yang dinamakan sebagai awok-awok. Awok-
awok ini berperanan sebagai penyanyi korus
yang disampaikan secara unisel. Korus yang
berbentuk seperti pantun adalah bertujuan
untuk berbalas-balas pantun dengan
penyanyi. Semasa mengadakan persembahan
awok-awok duduk di atas lantai.

TOKOH DIKIR BARAT-HALIM YAZID 11

Penulis Buku

MUHAMMAD ZAKWAN BIN ROSLI


C19A0351

MUHD ROZAINI BIN MOHD NASIR
C19A0338

MOHAMAD ALIF NAZREEN BIN SAZALI
C19A0191


Click to View FlipBook Version