BUKU PERATURAN DAN UNDANG UNDANG SEKOLAH SMK TUN SYED NASIR ISMAIL NAMA : ....................................................................... KELAS : ...................................................................... Edisi Kedua
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH SMK TUN SYED NASIR ISMAIL Edisi kedua Bidang Hal Ehwal Murid 2022
BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH SMK TUN SYED NASIR ISMAIL Edisi kedua Penasihat Hamizi Bin Osman (Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail) Ketua Penulis Rozlinda Binti Abdullah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Penulis Cikgu Afif Bin Khalidi Cikgu Ahmad Jazim Bin Jaafar Cikgu Ahmad Khairul Zulkifli Bin Abd Ghani Cikgu Ana Hafizan Binti Daud Cikgu Daniel Albert Wong Cikgu Fadhira Binti Mohamed Cikgu Fauziah Binti Jahe Cikgu Hj Khairussalleh Bin Maarof Cikgu Khadijah Binti Mohamad Cikgu Mohamad Al Faiz Bin Selamat Cikgu Mohamad Habiballah Bin Zahaba Cikgu Mohd Amin Bin Che Mohd Salam Cikgu Mohd Fazly Bin Mohd Salleh Cikgu Mohd Hamka Bin Hassan Cikgu Mohd Naqiuddin Bin Sumardi Cikgu Mohd Nazhiff Bin Azizan Cikgu Noor Atiekah Binti Mokri Cikgu Norazlin Binti A. Patah Cikgu Normawani Binti Johari Cikgu Nurul Hidayah Binti Mohd Nasir Cikgu Teo Gek Leng Cikgu Zurina Binti Sopno Editor Cikgu Ana Hafizan Binti Daud Cikgu Daniel Albert Wong
Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail Isi Kandungan Bil Tajuk Mukasurat 1 Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail i 2 Kata Alu-Aluan Penolong Kanan HEM, SMK Tun Syed Nasir Ismail ii 3 Punca Kuasa Buku Peraturan Sekolah : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 1 4 Pengenalan Disiplin Sekolah 2 5 Definisi 2 6 Matlamat 2 7 Prinsip-prinsip disiplin 2 8 Peraturan Sekolah, SMK Tun Syed Nasir Ismail 3 9 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4 10 Visi dan Misi Sekolah 4 11 Piagam Pelanggan SMKTSNI 5 12 Ikrar Sekolah Dan Rukun Negara 5 13 Lagu Sekolah – Gemilang Sentiasa 6 14 Lencana Sekolah dan Pengertian 7 - 8 15 Pendahuluan 9 16 Penguatkuasaan 9 17 Kuasa menjalankan hukuman 9 18 Pengawas sekolah 9 19 Peraturan dan Undang-Undang Sekolah 10 20 Perkara 1 : Peraturan persekolahan 10 21 Perkara 2 : Kehadiran 10 22 Perkara 3 : Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) 11 23 Perkara 4 : Sikap dan sahsiah diri 11
Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 24 Perkara 5 : Rawatan kesihatan 12 25 Perkara 6 : Peperiksaan 12 26 Perkara 7 : Pertukaran sekolah 12 27 Perkara 8 : Majalah sekolah 12 28 Perkara 9 : Sumbangan PIBG 12 29 Perkara 10 : Sijil berhenti sekolah 13 30 Perkara 11 : Pakaian seragam sekolah 13 - 17 31 Perkara 12 : Tatatertib perhimpunan 17 32 Perkara 13 : Penyuraian bagi setiap perhimpunan 18 33 Perkara 14 : Tatatertib di dalam kelas 18 - 20 34 Perkara 15 : Tatatertib semasa rehat dan di kantin sekolah 20 35 Perkara 16 : Tatatertib penggunaan tandas 21 36 Perkara 17 : Solat berjemaah 21 - 22 37 Perkara 18 : Tatatertib untuk papan kenyataan sekolah 22 38 Perkara 19 : Tatatertib dan kesopanan murid 22 39 Perkara 20 : Tatatertib yang dilarang 23 40 Perkara 21 : Kawasan larangan sekolah 23 - 24 41 Perkara 22 : Keselamatan di sekolah 24 42 Perkara 23 : Keselamatan berkenderaan dan jalan raya 24 43 Perkara 24 : Hak milik persendirian 24 - 25 44 Perkara 25 : Harta benda sekolah 25 45 Perkara 26 : Pencerobohan 25 46 Perkara 27 : Penggunaan bilik-bilik khas 25 - 26 47 Perkara 28 : Peraturan kegiatan Ko-Kurikulum dan aktiviti luar waktu persekolahan 27 48 Perkara 29 : Skim pinjaman buku teks (SPBT) 27 - 28 49 Perkara 30 : Kecemasan/kebakaran 28
Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 50 Perkara 31 : Pergaulan dan batas-batas pergaulan 28 51 Polisi SMKTSNI - Sekolah Selamat 29 52 Polisi keselamatan diri pergi dan balik sekolah 30 53 Tatacara keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum 31 54 Perkara 32 : Tatacara Tindakan Displin 32 - 34 55 Perkara 33 : Perbuatan salahlaku yang berat di peringkat sekolah 34 56 Polisi vandalisme sifar 35 57 Carta Alir Am Pengurusan Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM) 36 58 Senarai amalan baik 37 59 Senarai Kesalahan/Kes Khas (SSDM) 38 - 40 60 Perkara 34 : Tindakan tatatertib 41 61 Perkara 35 : Surat Menyurat 41 62 Perkara 36 : Pindaan 41 - 42 63 Perkara 37 : Tanggungjawab murid kepada sekolah 42 64 Perkara 38 : Ciri-ciri disiplin yang baik 42 65 Surat Aku Janji Murid 44 66 Lampiran 45 67 Carta Aliran Tatacara Ketika Murid Mengalami Kemalangan, Kecemasan di Sekolah 45 68 Senarai Hukuman Mengikut SSDM 46 69 Panduan Pakaian Seragam Murid Perempuan 47 70 Panduan Pakaian Seragam Murid Lelaki 48 71 Panduan Stail Rambut Murid Perempuan Tidak Bertudung 49 72 Panduan Potongan/Stail Rambut Murid Lelaki 50 73 Panduan Potongan/Stail Rambut Murid Lelaki (KrMJ 2.0) 51
Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 74 Panduan Melekatkan Lencana dan Tag Nama, SMK Tun Syed Nasir Ismail 52 75 Catatan 53 - 59
i KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK TUN SYED NASIR ISMAIL Sekolah merupakan sebuah institusi masyarakat yang penting, tempat untuk belajar dan mengajar serta tempat menerima dan memberi pelajaran. Di sekolah, seseorang murid itu menimba ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri serta sahsiah bagi menghadapi globalisasi dunia tanpa sempadan. Sejajar dengan matlamat pendidikan SMK Tun Syed Nasir Ismail untuk melahirkan insan berilmu, berakhlak dan bertaqwa serta mampu memenuhi keperluan global. Justeru, aspek disiplin memainkan peranan yang penting bagi membina modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Penerbitan Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail edisi kedua ini diharapkan dapat digunakan sebagai panduan pengurusan disiplin sekolah yang lebih berkesan. Persis kata peribahasa, melentur buluh biar dari rebungnya, segala usaha ke arah meningkatkan disiplin murid seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak sama ada guru-guru mahupun ibu bapa. Jika masalah disiplin dibiarkan melarat, maka masalah sosial yang lebih serius akan mengancam masa depan negara dan merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirul kalam, semoga penghasilan buku ini mampu menjadi panduan dalam mencorakkan sahsiah generasi masa depan. Saya yakin dan percaya usaha untuk mencegah, menghadapi dan membaiki masalah disiplin dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan khususnya diperingkat sekolah. Semoga segala usaha daripada semua pihak akan diberkati oleh Allah S.W.T. Sekian. TSNI HEBAT, “PROUD TO BE US” HAMIZI BIN OSMAN Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail.
ii KATA ALU-ALUAN PENOLONG KANAN HEM SMK TUN SYED NASIR ISMAIL Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera, Buku Peraturan dan Undang-Undang Sekolah ini diterbitkan untuk memaklumkan kepada murid-murid, ibu bapa atau penjaga serta guru-guru tentang segala peraturan dan undang-undang sekolah yang sewajarnya dipatuhi. Buku ini perlu dibaca dan difahami agar menjadi panduan amalan kehidupan seseorang murid. Matlamat sekolah adalah untuk melahirkan warga sekolah yang berilmu, berakhlak mulia, berdisplin, bertanggungjawab dan berketrampilan dalam mencapai kesejahteraan diri sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan wajar dijadikan amalan budaya dalam kehidupan setiap murid. Displin merupakan teras dalam pembentukan jati diri seseorang insan. Displin amat penting dalam semua bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum. Dalam usaha menjana kecemerlangan murid, displin menjadi pemangkin utama. Tanpa displin segala yang kita citakan akan menjadi impian semata-mata. Murid-murid mestilah memiliki nilai dan sikap positif bagi membentuk jati diri yang sempurna. Murid yang cemerlang mampu menjadikan sekolah gemilang dan masyarakat yang terbilang. Segala peraturan yang terdapat dalam buku ini adalah seiring dan berdasarkan peraturan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga buku ini mampu membantu dan menjana minda murid-murid dalam membentuk peribadi dan melahirkan generasi yang sayangkan agama, keluarga, sekolah dan negara. “DISIPLIN ADALAH KUNCI KEJAYAAN HIDUP” TSNI, HEBAT! PROUD TO US ROZLINDA BINTI ABDULLAH Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Tun Syed Nasir Ismail.
1 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Para 4, Peraturan - Peraturan Sekolah (Sekolah Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid Tindakan oleh Tiap Tiap Sekolah - Lampiran C. Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiaptiap bilik darjah, di bilik guru, dan juga papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah /Ketua ketua Murid (School Prefect) mestilah faham benar benar akan tugas dan tanggunjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib. 4.1 Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru guru besar dan pengetuapengetua hendaklah meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru besar juga boleh menimbangkan perkara perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing masing Para 6, Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yag baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahwa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
2 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “……….kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain, kesanggupan menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” MATLAMAT 1. Memperbaiki serta mempertingkat mutu prestasi pelajaran murid dari masa ke semasa. 2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan murid. 3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin, bersatu padu dan setia kepada Negara. 4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada pemerintah agama. 5. Melahirkan insan kamil. 6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : Keadilan dan layanan sama rata. Pertimbangan minat dan keperluan murid. Kebebasan tertakluk kepada undang-undang. Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni. Perpaduan masyarakat dan Negara.
3 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERATURAN SEKOLAH 1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulai berketerampilan serta bertanggungjawab. 2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut murid-murid perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan insan yang berdisipin tinggi dengan sahsiah yang baik. 3. Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid semasa waktu pembelajaran dan pemudahcaraan dan sepanjang murid berada di sekolah. 4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolahsekolah Menengah di Malaysia. 5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Pengetua, Guru Penolong Kanan, guruguru, ibu bapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri. 6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa atau penjaga serta kakitangan sekolah. 7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendaklah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah. “DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH” UNIT DISIPLIN DAN TATATERTIB BIDANG HAL EHWAL MURID, SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
4 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” MISI “MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”
5 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PIAGAM PELANGGAN 1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi menuju kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara. 2. Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif. 3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama sekolah dibuka. 4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. 5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan negara atau kerajaan. 6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami. 7. Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan. 8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif kearah melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik. IKRAR SEKOLAH DAN RUKUN NEGARA Bahawasanya negara kita Malaysia; Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden; Maka kami, Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan
6 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail LAGU SEKOLAH GEMILANG SENTIASA Berilmu, berakhlak, bertaqwa Itulah cogan katanya Hayatilah dan amalkanlah Pedoman untuk berjaya SMK Tun Syed Nasir Ismail Tersohor nama sentiasa Ikrar janji dan setia bakti Agama jadi pegangan Bersatu menuju kecemerlangan Dalam segala bidang Ilmu ditimba sepanjang hayat Landasan kejayaan Demi ibu bapa dan guru yang tercinta Kejayaan dijanjikan Tak mungkin lupa segala jasa Ilmu yang dicurahkan Janji kami untuk berjasa Pada nusa dan bangsa Taat setia kepada raja Dan Rukun Negara SMK Tun Syed Nasir Ismail Gemilang sentiasa Lirik lagu SMK Tun Syed Nasir Ismail terkini, 1 Januari 2022
7 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail LENCANA SEKOLAH Lencana sekolah memiliki lambang-lambang, cogan kata dan diikuti empat warna. Pengertian Warna I. Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. II. Warna biru melambangkan keamanan dan kesejahteraan pelbagai kaum dan agama di SMKTSNI. III. Warna hijau melambangkan pembentukan insan harmonis dan berakhlak mulia berlandaskan kepercayaan agama. IV. Warna merah melambangkan keberanian menghadapi cabaran. Pengertian Bentuk Pentagon I. Pentagon (sisi lima) yang berwarna kuning mengingatkan semua warga SMKTSNI sentiasa mengamalkan 5 Prinsip Rukun Negara. II. Pentagon yang mempunyai bucu menghala ke atas menggambarkan hasrat warga SMKTSNI ingin sentiasa mencapai kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan kerohanian. III. Pentagon ini juga berbentuk mata pen basah. Ia menggalakkan murid SMKTSNI berani menjana ilmu. Pengertian Perisai Perisai bererti keteguhan warna merah SMKTSNI menentang segala gejala negatif. Pengertian Gelombang I. Gelombang biru melambangkan lautan ilmu pengetahuan yang mesti diharungi. Ia menggalakkan warga SMKTSNI mencari ilmu sepanjang hayat. II. 3 jalur gelombang melambangkan 3 peringkat sejarah SMKTSNI: a) SMK Majidi Baru yang baru ditubuhkan pada 1970 dan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Molek. b) SMK Majidi Baru yang berada di tapak sekarang dan dibuka secara rasminya pada tahun 1981 oleh Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia Pentagon Perisai Gelombang Buku Glob Atom
8 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail c) SMK Majidi Baru telah bertukar nama ke SMK Tun Syed Nasir Ismail pada tahun 2006 atas usaha bekas pengetua Tn. Hj. Kasim Bin Sudin dan YDP PIBG En. Abdullah Bin Abd. Rahman. Pengertian Buku Buku melambangkan ilmu pengetahuan. Semua warga SMKTSNI digalakkan meneroka ilmu untuk kesejahteraan sejagat. Pengertian Glob Glob bumi melambangkan hasrat warga SMKTSNI untuk melahirkan murid yang berkualiti dan dapat bersaing dalam semua bidang di peringkat global. Pengertian Atom Bentuk atom melambangkan kepentingan membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi. Cogan Kata “Berilmu, Berakhlak dan Bertaqwa” dipilih menjadi pegangan seluruh warga SMKTSNI sebagai pemangkin ke arah pembentukan insan ‘kamil’- diilhamkan oleh Pn Minati Binti Hamir, Pengetua pertama SMK Tun Syed Nasir Ismail. ‘Menuju Kelestarian Sekolah Cemerlang-TS25!’ TSNI Hebat! Proud to be Us!
9 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 1. PENDAHULUAN 1.1 Untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Education School Discipline Regulation 1959 Seksyen 4 dan 6, maka Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail dengan ini membuat peraturan (dikemaskini) yang dikuatkuasakan dan diperbaharui untuk digunakan mulai Januari 2021. 1.2 Peraturan ini atau mana-mana bahagian dalam peraturan ini boleh dipinda atau ditambah dan dimansuhkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. 1.3 Setiap murid juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan rapat dengan sekolah. 2. PENGUATKUASAAN 2.1 Semua guru di sekolah ini merupakan guru disiplin (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001) dan diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah. 2.2 Semua pengawas sekolah ini diberi kuasa untuk membantu guru-guru menguatkuasakan peratuan sekolah. 2.2 Setiap murid sekolah ini dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang ada, termasuk peraturanperaturan baru atau undang-undang kecil yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut keperluan. 2.3 Mana-mana murid yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan Disiplin yang bersesuaian. 3. KUASA MENJALANKAN HUKUMAN 3.1 Berikut ialah mereka yang diberi mandat untuk menjalankan hukuman mengikut budi bicara berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh murid : i. Pengetua ii. Penolang Kanan 1 iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iv. Guru-guru Disiplin v. Guru-guru SMK Tun Syed Nasir Ismail yang diberi kuasa merotan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003) 3.2 Hukuman yang dikenakan sebenarnya untuk memberikan pengajaran dan mendidik semua murid supaya tidak mengulangi kesalahan lagi. 4. PENGAWAS SEKOLAH 4.1 Pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-murid yang mempunyai peribadi yang baik, jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas dengan beretika dan amanah. 4.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid. 4.3 Pengawas-pengawas berhak menegur serta memberikan arahan yang sesuai kepada semua murid. Menentang atau mengingkari arahan pengawas ialah perbuatan yang melanggar disiplin sekolah.
10 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH PERKARA 1 : PERATURAN PERSEKOLAHAN 1.1 Sesi Persekolahan : HARI SESI PAGI SESI PETANG Ahad-Khamis 7.25 pagi - 1.45 petang 1.10 petang - 6.50 petang 1.1.1 Semua murid mesti berada di sekolah 10 minit sebelum jam 7.25 pagi/1.00 tengahari. 1.1.2 Semua murid mesti berhimpun mengikut kelas di dewan terbuka (mengikut blok) setiap pagi sebelum pembelajaran & pemudahcaraan (pdpc) bermula. 1.1.3 Setiap murid mesti bergerak ke kelas dalam barisan kelas secara tertib dan teratur. 1.1.4 Semua murid dilarang keluar kelas atau pun sekolah tanpa izin guru atau pihak pentadbiran ketika sesi pdpc berlangsung. 1.1.5 Semua murid diizinkan pulang setelah loceng tamat sesi persekolahan dibunyikan. Sila pastikan bakul sampah dikosongkan dari sebarang sampah, suis lampu dan kipas di dalam kelas dimatikan serta kelas dalam keadaan bersih 1.2 Sesi Rehat HARI SESI PAGI SESI PETANG Ahad-Khamis RI 9.45 pagi - 10.15 pagi 3.15 petang - 3.50 petang Ahad-Khamis RI 10.15 pagi - 10.50 pagi 1.2.1 Semua murid mesti mematuhi tatatertib di kantin (rujuk Perkara 16) 1.3 Keluar dari kawasan sekolah 1.3.1 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah seorang atau dengan orang luar sebelum waktu balik kecuali dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang. 1.3.2 Semua murid hanya akan dibenarkan balik awal bersama ibu bapa/ penjaga atau waris yang sah. Borang Kebenaran Keluar Kawasan Sekolah perlu diisi oleh ibu bapa/penjaga dan diserahkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang. PERKARA 2 : KEHADIRAN 2.1 Semua murid wajib hadir dan menepati masa bagi : i. Setiap hari persekolahan ii. Aktiviti ko-kurikulum iii. Upacara-upacara rasmi sekolah iv. Kelas bimbingan/tambahan. Tusyen atau solat berjemaah yang dimaklumkan. 2.2 Kehadiran murid akan diambil oleh guru-guru masa pertama seawal jam 7.25 pagi/1.10 tengah hari. Kehadiran murid akan dicatat terus dalam e-kehadiran murid dan Aplikasi pangkalan Data Murid (APDM) sebelum atau pada 9:00 pagi (sesi pagi) dan jam 3:00 pm (sesi petang). 2.3 Murid yang lewat melepasi 7.30 pagi /1.10 tengahari perlu mendapatkan slip datang lewat dari pejabat/guru bertugas/guru disiplin/guru mingguan/guru kelas dan mesti menyerahkan slip tersebut kepada guru kelas. Sekiranya gagal, murid tersebut dianggap tidak hadir. 2.4 Ketidakhadiran perlu dimaklumkan oleh ibu bapa/penjaga kepada guru kelas sambil menyertakan surat akaun doktor yang sah atau surat kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga. Murid akan dianggap ponteng sekolah jika gagal berbuat demikian. 2.5 Murid tidak dibenarkan mengambil cuti atas sebab peribadi atau melancong. 2.6 Guru kelas akan menghubungi dan memaklumkan ibu bapa/penjaga sekiranya murid tidak
11 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail hadir. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan berikut akan diambil : 2.6.1 Amaran pertama jika tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut. 2.6.2 Amaran kedua jika tidak hadir 7 hari berikutnya secara berturut-turut atau 10 hari tidak berturut selepas Amaran pertama. 2.6.3 Amaran terakhir 7 hari selepas amaran kedua atau 20 hari tidak berturut selepas Amaran Kedua. 2.6.4 Tindakan Buang Sekolah dan nama pelajar akan dipotong daripada pendaftaran jika pelajar tidak hadir 14 hari selepas Amaran Terakhir atau 20 hari tidak berturut selepas amaran terakhir. 2.7 Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid-murid yang ponteng sekolah atau ponteng kelas. Ponteng sekolah bermaksud tidak datang ke sekolah atau meninggalkan kelas atau kawasan sekolah tanpa kebenaran guru melainkan murid memiliki : i. Surat akuan doktor ii. Surat sah daripada ibubapa/penjaga iii. Kebenaran pihak sekolah 2.7.1 Ponteng kelas bermaksud keluar dari kelas tanpa Pas Kebenaran Keluar atau tanpa kebenaran guru mata pelajaran (tidak kira sama ada PdPc berlangsung di kelas atau tidak), atau keluar kelas lebih daripada seorang tanpa izin (satu pas kebenaran hanya untuk seorang murid sahaja). PERKARA 3: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) 3.1 Murid-murid mestilah menunjukkan sikap dan usaha yang positif dalam pelajaran mereka. Tugasan-tugasan atau latihan-latihan mesti dibuat dengan sempurna dan dikemaskini sebelum diserahkan kepada guru mata pelajaran. 3.2 Murid-murid mestilah mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan berdisiplin pada setiap masa yang ditentukan. 3.3 Murid hanya boleh menggunakan kemudahan/peralatan berat sesuatu mata pelajaran dengan kebenaran Pengetua/Guru Kanan Mata Pelajaran/guru mata pelajaran. 3.4 Semua murid tidak dibenarkan keluar ketika pdpc berlangsung dan juga ketika waktu peperiksaan. 3.5 Murid-murid mestilah menyerahkan slip pencapaian (slip keputusan peperiksaan) mereka kepada ibubapa/penjaga mereka. PERKARA 4: SIKAP DAN SAHSIAH DIRI 4.1 Murid-murid mestilah menunjukkan sikap yang baik dan wajar sebagai seorang murid. 4.2 Murid-murid mestilah menghormati guru-guru, pengawas-pengawas sekolah, pekerja-pekerja sekolah serta rakan-rakan lain. 4.3 Murid-murid mestilah menjaga harta benda sekolah dan juga harta orang lain dengan baik dan tidak menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan. 4.4 Murid-murid mestilah menanam sikap sayangkan sekolah dengan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 4.5 Murid-murid mestilah memupuk sikap toleransi dan bercampur gaul dengan baik. Amalkan hidup bersatu padu dan harmonis. Sebarang pergaduhan sesama sendiri di dalam atau di luar sekolah adalah satu kesalahan berat yang akan diambil tindakan keras. 4.6 Murid-murid mestilah menanamkan sikap sayangkan agama, bangsa, sekolah dan Negara Malaysia yang tercinta. 4.7 Murid-murid mestilah bersopan santun dan bertatatertib dalam percakapan dan tingkah laku mereka. 4.8 Murid tidak dibenarkan bercakap dan ketawa dengan nada yang kuat dalam kawasan sekolah sehingga mengganggu ketenteraman warga sekolah.
12 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 5: RAWATAN KESIHATAN 5.1 Murid-murid yang sakit dan memerlukan rawatan doktor perlu mendapatkan surat rawatan daripada staf pejabat/guru bertugas sebelum pergi ke hospital (luar waktu persekolahan). Bagi kes-kes sakit yang memerlukan rawatan segera, Ibubapa/penjaga murid akan dihubungi oleh pihak sekolah sebelum boleh dihantar ke klinik/hospital oleh guru bertugas. 5.2 Murid yang sakit dinasihatkan tidak hadir ke sekolah terutama penyakit yang berjangkit seperti Coronavirus Disease (Covid 19), Hand-Foot-Mouth Disease (HFMD), Cacar, Chicken Pox, Tibi, Konjungtivis (sakit mata) dan sebagainya. Bawa surat akuan doktor apabila hadir ke sekolah atau ibu/bapa/penjaga hadir ke sekolah untuk pemakluman. 5.3 Murid yang menghadapi sakit kronik yang berpanjangan seperti buah pinggang, jantung, barah dan sebagainya perlu memaklumkan perkara tersebut kepada guru kelas/penolong kanan HEM berserta surat akuan doktor. PERKARA 6: PEPERIKSAAN 6.1 Murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah. 6.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal daripada waktu persekolahan kecuali menerima arahan pengetua/guru bertugas. 6.3 Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak terkecuali daripada peraturan dan undang-undang sekolah. 6.4 Murid yang tidak menghadiri peperiksaan atas sebab melancong atau sebab-sebab peribadi dianggap tidak menduduki peperiksaan pada hari berkenaan. 6.5 Murid tersebut juga tidak dibenarkan menjawab kertas peperiksaan berkenaan pada hari lain. Jika murid mengalami sakit yang memudaratkan atau yang boleh berjangkit, murid tersebut perlu mendapat kelulusan daripada pengetua atau pihak pentadbir bagi menjawab kertas peperiksaan pada hari yang lain. 6.6 Segala masalah berhubung dengan peperiksaan mesti dirujuk kepada Penolong Kanan, Penolong Kanan Petang, setiausaha peperiksaan sekolah dan guru kelas. PERKARA 7: PERTUKARAN SEKOLAH 7.1 Sebarang pertukaran hanya atas permintaan atau kebenaran ibu/bapa/penjaga dengan kelulusan pengetua sekolah dan Pejabat-pejabat Daerah (PPD). 7.2 Ibu bapa/penjaga mesti menyerahkan dokumen-dokumen berikut: Salinan sijil nikah Salinan sijil cerai (sekiranya bercerai) Salinan surat hak penjagaan anak Salinan kad pengenalan ibu/bapa 7.3 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (SPM), ibu/bapa/penjaga hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat. PERKARA 8: MAJALAH SEKOLAH 8.1 Setiap murid (seorang dalam satu keluarga) diwajibkan membeli senaskah majalah sekolah dengan bayaran yang ditetapkan. Pembayaran hanya perlu dibuat selepas pemakluman. PERKARA 9 : SUMBANGAN PIBG 9.1 Sumbangan PIBG yang diminitkan di dalam mesyuarat PIBG mestilah dijelaskan oleh setiap murid (seorang sahaja untuk satu keluarga) dalam jangka masa yang ditetapkan.
13 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 10: SIJIL BERHENTI SEKOLAH 10.1 Sijil ini diberikan kepada murid yang telah menamatkan sesi persekolahan hingga tingkatan tiga dan tingkatan lima sahaja. 10.2 Murid yang dibuang sekolah atas sebab ketidakhadiran dan masalah disiplin akan diberi sijil berhenti sekolah berwarna merah jambu dengan catatan kelakuan sederhana. PERKARA 11: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (Surat Pekeliling Iktisas 6/1993) 11.1 Murid lelaki 11.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek tanpa fesyen dan tiada corak atau jalur. Baju putih yang berkilat dilarang sama sekali. 11.1.2 Murid-murid wajib memakai seluar panjang berwarna hijau kehitaman (dark olive) daripada kain drill dan berpotongan biasa tanpa fesyen. Dilarang mengubah suai atau menconteng seluar sekolah sama sekali. 11.1.3 Syarat-syarat bagi seluar panjang:- Labuh kaki seluar hingga ke paras buku lali. Lebar kaki seluar adalah separuh tapak kaki. Tidak kelepet (dilipat keluar). Tidak mengikut fesyen semasa yang keterlaluan. Tidak terlalu ketat atau terlalu besar. 11.1.4 Tali pinggang seluar antara 2-3sm berwarna hitam tanpa fesyen dan kepala tidak melebihi tali pinggang serta tidak membahayakan. 11.1.5 Wajib memakai tali leher sekolah pada setiap hari persekolahan. 11.1.6 Murid-murid Islam digalakkan memakai baju melayu yang lengkap pada hari Khamis iaitu:- Baju Teluk Belanga/Cekak Musang berwarna putih. Seluar Melayu berwarna putih. Bersamping warna hitam yang dipakai di atas baju. Bersongkok warna hitam. 11.1.7 Tidak boleh memakai sebarang kemeja-T selain berwarna putih di dalam baju sekolah. Digalakkan memakai singlet putih. 11.1.8 Jagalah kebersihan baju dan seluar. Janganlah dikoyakkan atau diconteng (dilukis atau ditulis). Pastikan baju sentiasa kemas dan dimasukkan ke dalam seluar (tug in) selagi berada di dalam kawasan sekolah. 11.2 Murid Perempuan 11.2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru (turquoise) yang kosong tanpa corak atau jalur. 11.2.2 Baju mesti berbutang atau berkancing sepanjang masa. 11.2.3 Lengan baju tidak boleh dilipatkan. 11.2.4 Pilihlah jenis kain yang tidak terlalu jarang. 11.2.5 Murid diwajibkan memakai baju dalam (chemisole) dan kain dalam berwarna pink atau coklat muda. 11.2.6 Kaki kain mestilah berjahit. 11.2.7 Murid Islam mestilah memakai tudung berwarna putih yang berukuran melebihi paras bahu sehingga ke paras dada, berbentuk segitiga sama tanpa kerawang atau fesyen. 11.2.8 Anak telekung juga berwarna putih. 11.2.9 Gaun Pinafore berwarna biru (turquoise) melebihi paras lutut (murid bukan Islam) dan baju putih berlengan pendek yang kosong tanpa corak atau jalur. 11.2.10 11.2.11 Jagalah kebersihan dan kekemasan baju, kain dan pinafora sepanjang masa. Murid dilarang menconteng atau corengan pada pakaian seragam sekolah.
14 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 11.3 Kasut dan Stoking 11.3.1 Murid-murid wajib memakai kasut dan stoking. 11.3.2 Murid-murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau berwarna putih. 11.3.3 Kasut daripada bahan sintetik lain seperti nylon, poliyester yang memiliki daya resap dan penyaluran gerak udara dibenarkan dengan mengambilkan kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan. Jagalah kebersihan kasut dan cucilah selalu serta dikapur (kasut berwartna putih). 11.3.4 Stoking mestilah mengikut warna kasut yang dipakai. Stoking yang tapaknya berwarna putih dibenarkan mengikut. Pemakaian stoking murid sekolah perlu mematuhi etika seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2020 KPM : 11.3.4.1 Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam, atau 11.3.4.1 Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih. 11.3.5 Panjang stoking mestilah melebihi paras buku lali. 11.5 Lencana Sekolah & Tanda Nama 11.5.1 Wajib dipakai pada setiap hari persekolahan. 11.5.2 Lencana sekolah mestilah dijahit dengan kemas di atas tanda nama murid dan bagi murid perempuan di bahagian kiri atas tudung / pinafora. 11.5.3 Tanda nama wajib ada pada semua murid. 11.5.4 Tanda nama mestilah dijahit dengan kemas di bawah lencana sekolah. 11.5.5 Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang tampalan/jahitan lencana dan tanda nama di bahagian atas saku baju kiri (lelaki); di bahagian atas lencana bagi mini telekung/pinafora (perempuan bukan islam). 11.7 Beg 11.7.1 Beg mestilah bersih bersesuaian dengan budaya murid sekolah. Tiada sebarang contengan atau hiasan yang keterlaluan pada beg. 11.7.2 Murid dilarang menggunakan ‘pouch’, ‘handbag’ di sekolah. 11.7.3 Beg mestilah berisi buku teks (SPBT), buku tulis mengikut jadual PdPc dan peralatan sekolah (murid yang tidak membawa buku teks dan buku tulis waktu persekolahan tindakan disiplin akan dikenakan). 11.8 Pakaian Aliran Kelas Aliran Agama (KAA) 11.8.1 Lelaki Baju Kemeja berlengan panjang/ putih berwarna putih. Seluar panjang berwarna hijau gelap. Kasut berwarna hitam dan berstoking hitam. Mesti memakai songkok setiap hari persekolahan. 11.8.2 Perempuan Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru (turquoise) yang kosong tanpa corak atau jalur. Baju mesti berbutang atau berkancing sepanjang masa. Pilihlah jenis kain yang tidak terlalu jarang. Murid diwajibkan memakai baju dalam (chemisole) dan kain dalam berwarna pink atau coklat muda. Kaki kain mestilah berjahit. Murid perempuan mesti memakai tudung berwarna ‘Biru Aqua marine’ yang berukuran melebihi ke paras dada, berbentuk segitiga sama tanpa kerawang dan fesyen.
15 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail Anak telekung/tudung juga berwarna putih. Kasut berwarna hitam bersama stoking hitam. 11.9 Pakaian Pengawas Sekolah 11.9.1 Pengawas Lelaki Baju kemeja berlengan panjang berwarna ‘Biru Aqua Marine’. Seluar panjang berwarna biru gelap. Kasut kulit/kanvas berwarna hitam bersama stoking hitam. Vest/blazer berwarna biru gelap. 11.9.2 Pengawas Perempuan Baju kemeja lengan panjang berwarna ‘Biru Aqua Marine’. Kain a – line berwarna biru gelap yang tidak ketat. Vest/blazer berwarna biru gelap. Tudung berwarna putih. Kasut kulit/kanvas berwarna hitam bersama stoking hitam. Wajib memakai kain dalam berwarna pink atau coklat muda. 11.9.3 Pengawas-pengawas sekolah wajib beruniform lengkap iaitu bertali leher pengawas, memakai tanda nama serta lencana pengawas (pengawas tidak dibenarkan memakai uniform murid biasa pada bila-bila masa). 11.10 Pakaian MPP 11.10.1 Lelaki Baju kemeja berlengan panjang berwarna putih. Seluar panjang berwarna krim. Kasut kulit/kanvas berwarna hitam bersama stoking hitam. Blazer berwarna hijau gelap. 11.10.2 Perempuan Baju kemeja berlengan panjang berwarna putih. Kain a-line berwarna krim yang tidak ketat. Blazer berwarna hijau gelap. Tudung berwarna putih. Kasut kulit/kanvas berwarna hitam bersama stoking hitam. Wajib memakai kain dalam berwarna putih. 11.10.3 Para MPP wajib beruniform lengkap pada setiap hari Ahad. 11.11 Pakaian Pendidikan Jasmani 11.11.1 Wajib memakai kemeja T rumah sukan. 11.11.2 Mestilah memakai ‘trek bottom’ panjang berwarna hitam (warna – warna lain dan ‘track bottom’ tiga suku tidak dibenarkan sama sekali). 11.11.3 Murid boleh memakai baju PJK terus dari rumah. Hanya kelas yang mempunyai mata pelajaran PJK pada hari tersebut sahaja dibenarkan. 11.11.4 Murid hanya dibenarkan memakai kasut sekolah semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kecuali pada hari sukan. ‘Mental yang kuat bermula dari motivasi dan Disiplin yang berterusan’
16 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 11.12 Pakaian Mengikut Hari Persekolahan 11.12.1 AHAD Uniform Sekolah ISNIN T-Shirt Wow SELASA T-Shirt KRMJ RABU T-shirt atau Uniform Lengkap Unit uniform masingmasing. KHAMIS Uniform Sekolah 11.12.2 11.12.3 Sekiranya murid tiada baju yang dinyatakan diatas mengikut hari, murid dikehendaki memakai uniform sekolah. Pemakaian T-shirt hanya terpakai kepada murid yang ada mata pelajaran PJK pada hari berkenaan sahaja. 11.13 Tatarias Diri 11.13.1 Semua murid dilarang berdandan atau bersolek yang melampau batasan. 11.13.2 Alat-alat solek atau ‘make up’ dilarang sama sekali dan boleh dirampas tanpa dipulangkan. 11.13.3 Pemakaian inai dan yang seumpama dengannya di kuku, dilarang sama sekali. 11.13.4 Murid (lelaki dan perempuan ) dilarang memakai barang-barang kemas berikut :- Gelang Rantai dan loket Subang berfesyen Cincin Sebarang perhiasan 11.13.4 Barang kemas akan dirampas dan jika emas hanya ibu/ bapa/ penjaga yang boleh menuntut semula barangan tersebut. 11.13.4 Murid-murid dilarang mencontohi, meniru atau mengikut fesyen atau ‘trend’ semasa yang bertentangan dengan budaya murid sekolah di Malaysia. 11.14 Rambut 11.14.1 Murid Lelaki : a) Dilarang kerintingkan rambut, mewarnakan rambut atau menggunakan jel rambut yang berlebihan. b) Rambut mestilah kemas dan pendek :- Depan : Tidak menutup garisan tengah dahi. Belakang : Tidak melepasi bawah cuping dua telinga. Sebelah : Tidak menyentuh telinga ‘sideburn’ tidak melepasi garis tengah hidung. Atas : Tidak melebihi 15 sm /6 inci panjang. 11.14.2 Murid-murid dilarang memotong rambut mengikut fesyen atau ‘trend’ semasa yang keterlaluan seperti ‘skincut’, punk, berekor, mohican dan sebagainya. 11.14.3 Murid-murid dilarang memakai atau membawa topi, kopiah, serban atau sebarang penutup kepala (kecuali dengan kebenaran untuk murid Sikh). 11.14.4 Murid-murid dilarang menyimpan janggut, misai atau jambang. 11.14.5 Murid Perempuan: a) Dilarang mewarnakan rambut atau menggunakan jel. b) Murid yang berambut panjang mestilah diikat kemas samada ditocang atau ekor kuda (pony tail). c) Pastikan rambut bersih, kemas dan bersisir rapi. Murid perempuan yang berambut pendek mestilah memastikan rambut tidak mencecah bahu. d) Dilarang memotong rambut mengikut fesyen atau ‘trend’ semasa yang keterlaluan.
17 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail e) Hanya reben/ klip/ pengikat rambut (hairband) berwarna putih, hitam dan biru (turquoise) dan tidak melebihi 2.5 sm yang dibenarkan. 11.14.6 Murid-murid wajib menjaga kebersihan dan kekemasan diri di sekolah atau di luar kerana apa yang dilihat di luaran itu mencerminkan peribadi. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. “JAGALAH HATI, HIASI PERIBADI “ PERKARA 12: TATATERTIB PERHIMPUNAN 12.1 Perhimpunan Harian 12.1.1 Diadakan pada awal Sesi Pagi atau Sesi Petang. 12.1.2 Bagi Sesi Pagi, perhimpunan diadakan pada pukul 7.10 pagi di Dewan Terbuka mengikut blok. 12.1.3 Bagi Sesi Petang, perhimpunan bermula 12.30 tengahari di Dewan PIBG dan Dewan Terbuka. 12.2 Perhimpunan Rasmi / Mingguan 12.2.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada Hari Ahad setiap minggu. 12.2.2 Untuk sesi pagi, perhimpunan diadakan pada pukul 7.15 pagi setiap hari Ahad di Dewan Terbuka. 12.2.3 Untuk sesi petang, perhimpunan diadakan pada pukul 1.10 tengah hari di Dewan PIBG. 12.2.4 Segala perubahan atau pindaan tertakluk kepada pihak pentadbiran sekolah. 12.2.5 Murid-murid wajib menghadiri setiap perhimpunan rasmi di sekolah bertepatan dengan waktu. 12.2.6 Adab ketika perhimpunan rasmi :– a) Berbaris lurus mengikut kelas masing – masing dan sentiasa bersedia. Murid lelaki berada di barisan hadapan manakala perempuan di barisan belakang. b) Murid-murid haruslah senyap dan memberi perhatian terhadap setiap acara perhimpunan rasmi. c) Bacaan Doa: Murid Islam wajib menadah tangan dan mengaminkan doa. Murid bukan Islam sekadar bertafakur atau membaca doa mengikut agama masing- masing dengan senyap. d) Nyanyian Lagu Rasmi: Murid akan menyanyikan lagu rasmi dengan semangat. Berdiri tegak dan kedua – dua tangan di sisi serta kepala tegak memandang ke hadapan. Lagu rasmi termasuklah : i Lagu Negaraku ii Lagu Bangsa Johor (Lagu Rasmi Negeri Johor) iii Lagu Sekolah e) Lagu Lafaz Ikrar Semua murid akan melafazkan ikrar sekolah yang dipimpin pengawas dengan penuh semangat. Ketika ini murid dalam keadaan bersedia (berdiri tegak, sambil memandang kehadapan, tangan kiri di sisi, tangan kanan diangkat bersebelahan dengan telinga kanan. Telapak tangan kanan menghala kehadapan). f) Ucapan Penolong Kanan/ Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Koko/Penolong. g) Ucapan Pengetua. h) Penyampaian hadiah sekiranya ada. i) Menyanyikan Lagu Gemilang Sentiasa (Lagu Rasmi Sekolah) sebagai penutup acara perhimpunan mingguan.
18 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail j) Pengetua dan guru-guru beredar meninggalkan majlis. k) Murid-murid bergerak ke kelas mengikut barisan dalam keadaan yang tertib dan tersusun. 12.2.7 Bagi setiap perhimpunan rasmi, diurus kendalikan oleh Guru Perhimpunan dengan bantuan pengawas sekolah - secara bergilir antara MPP/Pengawas/Unit beruniform. PERKARA 13 : PENYURAIAN BAGI SETIAP PEHIMPUNAN 13.1 Murid haruslah mematuhi setiap peraturan perhimpunan pada setiap pengumpulan murid yang dijalankan oleh pihak sekolah. 13.2 Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk berhimpun di kawasan yang diarahkan pihak sekolah dalam apa juga acara sekolah untuk tujuan keselamatan. 13.3 Apabila setiap perhimpunan selesai, murid-murid hendaklah bergerak dan beredar dengan arahan guru bertugas dalam barisan. Perkara ini juga terpakai kepada murid yang selesai solat dan bersurai untuk ke kelas atau balik ke rumah. PERKARA 14: TATATERTIB DI DALAM KELAS 14.1 Adab ketika di dalam kelas : a) Murid mesti sentiasa dalam keadaan senyap dan tenang serta bersedia untuk belajar. b) Lakukanlah sesuatu yang berfaedah ketika menanti kedatangan guru mata pelajaran. c) Amalkanlah budaya bersopan-santun, jujur dan bertanggungjawab. d) Hormatilah guru-guru dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan bila-bila masa. e) Berdiri dengan penuh hormat ketika memberi ucap selamat kepada guru-guru yang masuk ke kelas dan duduk dengan tenang. f) Elakkan daripada berbual kosong atau berbuat bising sehingga mengganggu kelas lain. g) Patuhi arahan ketua kelas/ penolong ketua kelas/ pengawas. h) Buatlah kerja/ latihan yang diberi oleh guru dan bertanyalah jika ada masalah. Angkat tangan untuk bertanya atau menyatakan pendapat. i) Mestilah saling menghormati antara rakan-rakan sekelas dan juga kelas lain serta amalkan budaya bekerjasama dalam segala hal yang berfaedah. Muafakat itu berkat. j) Elakkan daripada keluar kelas dan merayau-merayau tanpa arah. Hargailah masa dan ilmu yang diberi. 14.2 Kebersihan dan keceriaan kelas. 14.2.1 Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan kewajipan utama bagi setiap kelas. 14.2.2 Jadual tugas perlu disediakan dan murid-murid mestilah menjalankan tugas mengikut ketetapan. 14.2.3 Tanggungjawab murid memastikan kebersihan dan keceriaan kelas : a) Meja dan kerusi mestilah disusun kemas dan rapi. Pastikan jumlah meja dan kerusi bersesuaian dengan jumlah murid. b) Lantai mesti disapu setiap hari iaitu pada awal waktu persekolahan dan akhir waktu persekolahan. Pastikan kelas bersih sebelum masuk sesi berikutnya. c) Cermin tingkap perlu dilap, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pastikan langsir tidak berdebu. Jika ada cermin yang pecah. Laporkan kepada guru kelas. d) Papan putih hendaklah sentiasa dibersihkan terutama selepas tamat waktu pembelajaran. e) Alamari hendaklah disusun kemas dan teratur. Buku teks tidak boleh ditinggalkan di dalam almari atau meja murid. f) Papan Kenyataan Kelas mesti dihias dengan bahan bacaan yang berfaedah atau bahan ilmiah. Bahan wajib ialah Misi, Visi sekolah, Headcount , Jadual
19 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail Waktu Kelas, Carta Organisasi, Pelan Kedudukan Murid, Sudut Mata pelajaran, Sudut PAK 21. g) Meja Guru mestilah dialas dan pelan kedudukan murid dipaparkan di kelas/pintu masuk utama kelas. h) Setiap kelas mestilah menjaga penyapu, bakul sampah, penyodok sampah dan pemadam papan putih dengan cermat. Sekiranya hilang, laporkan kepada guru kelas. Pastikan bakul sampah sentiasa kosong sebelum meninggalkan kelas pada waktu terakhir. i) Murid-murid mestilah memupuk rasa cinta dan sayang kepada kelas masing-masing. Kelas yang bersih dan ceria mampu memberi keselesaan serta membentuk suasana pembelajaran yang harmonis. j) Laporkan segera kepada guru kelas atau pentadbir jika berlaku sebarang kerosakan seperti kipas, lampu, meja, dan sebagainya. 14.3 Keluar kelas/ pertukaran kelas 14.3.1 Murid-murid hanya dibenarkan keluar atas urusan munasabah dan mendapat keizinan guru mata pelajaran. Murid mestilah mendapatkan Pas Kebenaran Keluar dari guru berkenaan. Pas tersebut mestilah dipamerkan ketika keluar kelas. Satu pas hanya untuk seorang murid lelaki manakala dua orang untuk murid perempuan. Murid yang gagal mempamerkan pas tersebut dianggap ponteng kelas atau keluar tanpa izin. 14.3.2 Murid-murid mestilah beratur dengan senyap di luar kelas sebelum bergerak ke bilikbilik khas seperti surau/dewan/ makmal sains/ makmal komputer/ bengkel RBT/ pusat sumber jika berlaku pertukaran kelas. Bergerak dengan tenteram dan bersedia menunggu guru berkenaan. Elakkan daripada berbuat bising dan mengganggu laluan di kaki lima. 14.3.3 Murid-murid yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran dikehendaki membuat kerja yang berfaedah di belakang kelas dan dilarang ke bilik lain. 14.3.4 Murid-murid dilarang keluar kelas tanpa kebenaran guru sewaktu pertukaran guru atau sewaktu pembelajaran sedang berjalan. 14.4 Tugas dan Peranan Ketua Kelas Ketua Kelas merupakan orang terpenting dalam organisasi kelas. Ketua mestilah berwibawa dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada murid yang lain. Ketua Kelas dipilih dan dilantik pada minggu pertama hari persekolahan. Ketua kelas akan dibantu oleh Penolong Ketua Kelas, Setiausaha, Bendahari, dan AJK Keceriaan 14.4.1 Tugas utama ketua kelas : a) Mengawal disiplin kelas semasa ketiadaan guru dengan bantuan pengawas kelas. b) Mencari guru/ guru ganti untuk waktu berkenaan selepas 5 minit waktu pembelajaran tamat atau selepas loceng berbunyi. Merujuk Penolong Kanan, Penyelia Petang sekiranya guru berkenaan tiada. c) Mengambil Buku Kawalan Kelas (BKK) daripada bilik disiplin pada waktu pertama/ waktu perhimpunan awal. Membuat catatan kehadiran murid dalam BKK. Memulangkan semula BKK ke bilik disiplin pada waktu terakhir. d) Membuat laporan disiplin kepada Guru Disiplin/ Guru Kelas sekiranya kedapatan murid yang melanggar peraturan di dalam kelas. e) Mengetuai kelas ketika memberi ucapan selamat kepada guru mata pelajaran/ guru ganti/ pelawat pada awal pembelajaran dan ucapan terima Kasih pada akhir pembelajaran. Gunakan Selamat Sejahtera Cikgu/Puan/ Encik/Tuan…. dan terima kasih Cikgu/Puan/Encik/Tuan…. atau Assalamualaikum Cikgu/Tuan/ Puan/ Encik…. (Jika semua Islam) f) Membantu guru Kelas mengedarkan surat pekeliling/maklumat atau sebarang borang yang diperlukan kepada ahli kelas.
20 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail g) Sentiasa berhubung dengan guru kelas untuk maklumat terkini. h) Memastikan semua murid beratur sebelum bergerak ke bilik-bilik khas. i) Dilarang membawa balik Buku Kawalan Kelas (BKK) ke rumah. Pastikan BKK diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk ditandatangani. Selepas itu, ketua kelas mestilah memulangkan BKK di bilik disiplin untuk keselamatan. Sebarang kehilangan atau kerosakan mesti dimaklumkan kepada guru kelas dengan segera. j) Semasa ketiadaan ketua kelas, tugas-tugas berikut secara automatik diambil alih oleh AJK yang tertinggi di bawahnya. 14.4.2 Kebersihan dan Keceriaan Kelas a) Penolong ketua serta AJK Keceriaan Kelas. b) Memastikan murid-murid menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. c) Memastikan Misi, Visi, Headcount, Pelan Kedudukan Kelas, Pelan Kebakaran, Jadual Waktu Kelas, Jadual Tugas Harian dan Carta Organisasi Kelas disediakan dan dipamerkan pada Papan Kenyataan Kelas. d) Memastikan semua alat elektrik seperti lampu dan kipas dipadamkan apabila murid meninggalkan kelas. e) Memastikan bakul sampah di dalam kelas dikosongkan pada waktu akhir. 14.4.3 Buku Latihan dan Kemudahan Lain. a) Mengutip buku latihan/ buku nota/ buku kerja dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran. Serahkan nama murid yang gagal menyerahkan buku tersebut. b) Memastikan kelas mempunyai bakul sampah, penyapu, penyodok sampah dan pemadam papan tulis. Laporkan kepada guru kelas sekiranya tiada kemudahan lain. 14.5 Buku Kawalan Kelas (BKK) 14.5.1 BKK berfungsi untuk memantau disiplin murid di dalam kelas seperti ponteng kelas atau salah laku yang lain sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ketua kelas akan mendapatkan BKK daripada guru kelas pada waktu perhimpunan awal dan menyerahkan kepada setiap guru mata pelajaran 14.5.2 Guru akan membuat catatan kehadiran murid dalam ruangan yang disediakan. Guru membuat catatan dan menandatangani kehadirannya mengikut waktu berkenaan. 14.5.3 Guru mata pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu menimbulkan ”masalah” di dalam kelas. 14.5.4 Hanya ketua kelas atau penolong ketua kelas yang dibenarkan mengambil dan menyimpan BKK sebelum memulangkan semula ke Bilik Disiplin pada waktu terakhir. BKK tidak boleh dibawa balik. BKK akan dianalisa oleh penyelaras tingkatan setiap bulan dan menyerahkan analisa kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan selanjutnya. PERKARA 15 : TATATERTIB SEMASA REHAT DAN DI KANTIN SEKOLAH 15.1 Adab di kantin 15.1.1 Murid mestilah beratur dan tidak berebut-rebut untuk membeli makanan atau minuman. 15.1.2 Murid dibenarkan makan dan minum hanya di kantin atau kawasan sekitar. Dilarang membawa makanan ke tempat lain. 15.1.3 Pinggan, mangkuk, gelas, sudu atau garfu hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan setelah selesai makan. 15.1.4 Murid hanya dibenarkan makan / minum atau membeli ketika : a) Sebelum sekolah bermula b) Pada waktu rehat yang ditetapkan c) Selepas tamat waktu persekolahan
21 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 15.1.5 Siren (Loceng) akan dibunyikan lima minit sebelum waktu rehat berakhir dan murid tidak lagi dibenarkan membeli makanan atau minuman selepas siren dibunyikan. 15.1.6 Kantin adalah KAWASAN LARANGAN sewaktu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan berlangsung. 15.1 Keceriaan dan kebersihan kantin 15.2.1 Murid-murid wajib menjaga kebersihan dan keceriaan kantin 15.2.2 Selepas makan, pastikan tiada sebarang sampah atau benda di atas meja sebelum meninggalkan kantin 15.2.3 Elakkan daripada merosakkan atau membuang alatan kantin. 15.2.4 Murid mestilah membuang segala sisa, bekas makanan atau minuman ke dalam tong sampah yang disediakan. 15.2.5 Jika berlaku perkara yang memudaratkan pada bahan makanan, laporkan segera kepada Penolong Kanan HEM/ Guru Bertugas/ Guru Disiplin atau Pengawas Sekolah dengan kadar segera. PERKARA 16 : TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS 16.1 Adab di Tandas 16.1.1 Murid-murid wajib memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas untuk ke tandas ketika sesi pembelajaran berlangsung. 16.1.2 Elakkan daripada membuang masa di tandas dan aturkan masa penggunaan tandas sendiri dengan baik. 16.1.3 Setelah menggunakan tandas, sila pastikan : a) Paip sudah ditutup b) Lampu tandas dipadam c) Tangki curah ditarik 16.1.4 Dilarang berkumpul, berbuat bising, makan atau bermain di dalam tandas. 16.1.5 Jika berlaku kerosakan, laporkan segera kepada Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Petang/ Guru Bertugas. 16.2 Kebersihan Tandas 16.2.1 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua murid. Peliharalah kebersihan tandas. 16.2.2 Dilarang membuang sampah atau sebarang benda ke dalam lubang tandas hingga menyebabkan tersumbat atau rosak. 16.2.3 Dilarang menconteng atau merosakkan alatan tandas. 16.2.4 Murid dilarang menggunakan tandas guru. Gunakan tandas yang ditetapkan. 16.3 Pengurusan Tuala Wanita 16.3.1 Murid perempuan dilarang membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas bagi mengelakkan tandas tersumbat. 16.3.2 Tuala wanita mestilah dibuang ke dalam bekas sanitary yang disediakan. PERKARA 17: SOLAT BERJEMAAH Solat Berjemaah hanya melibatkan beberapa kelas sesi pagi dan murid murid sesi petang sahaja. Setiap waktu Zohor dan Asar, murid akan turun ke surau untuk berjemaah manakala murid bukan Islam akan berkumpul dalam sebuah kelas/tempat yang ditetapkan. Murid perempuan Islam yang uzur akan berkumpul di Wakaf Al-Ghazali dan dipantau oleh guru bertugas. 17.1 Adab di Surau Sekolah a) Murid hendaklah turun ke surau sekolah dengan segera. Ambillah wuduk dan bersedia menanti Imam untuk memulakan solat.
22 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail b) Sementara menanti murid lain bersedia, murid yang selesai wuduk hendaklah senyap dan tidak membuat bising atau bermain di dalam surau. Duduk mengikut saf. Jangan solat bersendirian. c) Bilal akan iqamat dan Imam bangun untuk memulakan solat manakala yang lain bersedia dan meluruskan saf. Penuhkan saf di hadapan. Berikan tumpuan sepenuhnya ketika solat. d) Murid tidak boleh meninggalkan surau. Tunggu sehingga doa habis dibaca. Setelah doa selesai dibaca, murid boleh bergerak ke kantin/pulang dalam barisan bersama guru bertugas. e) Jagalah tatatertib dan perilaku ketika di surau. Pastikan kekemasan diri dan kebersihan surau sentiasa dijaga. f) Murid diwajibkan membawa sejadah dan telekung sendiri. g) Murid dilarang meninggalkan telekung dan sejadah di surau dan kelas. 17.2 Murid Perempuan Uzur a) Murid yang uzur dikehendaki berkumpul di wakaf al Ghazali dan pemantauan dilakukan oleh guru bertugas. b) Kedatangan akan diambil oleh guru bertugas. Gunakan masa terluang untuk kelas bimbingan Fardhu Ain. Buku kedatangan mesti diisi oleh guru bertugas dan dikembalikan ke bilik pengurusan surau . c) Murid akan bergerak ke kelas/pulang selepas selesai solat berjemaah. 17.3 Murid Bukan Islam a) Murid bukan Islam akan berkumpul di kantin. b) Kedatangan akan diambil oleh guru bertugas. Murid boleh ulang kaji pelajaran dan bukan bermain-main. PERKARA 18: TATATERTIB UNTUK PAPAN KENYATAAN SEKOLAH 18.1 Penggunan papan kenyataan adalah tanggungjawab persatuan/kelab dan unit beruniform yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. 18.2 Setiap papan kenyataan mestilah dihias dan disusun dengan kemas dan ceria oleh setiap persatuan/kelab/unit beruniform. Gunakan daya kreativiti sendiri. Kriteria wajib:- Carta Organisasi terkini/Misi dan Visi sekolah. Aktiviti Takwim pasukan Pengumuman/Maklumat/Informasi terkini 18.3 Setiap bahan yan ingin dipamerkan perlu mendapat kelulusan/pengesahan guru penasihat. Elakkan penggunaan bahan yang bertentangan dengan agama dan budaya murid sekolah. 18.4 Elakkan daripada menconteng atau merosakkan papan kenyataan. Hargailah ilmu dan sumbangan orang lain. Sesiapa yang memecahkan cermin papan kenyataan mesti membayar ganti rugi. PERKARA 19: TATATERTIB DAN KESOPANAN MURID 19.1 Murid-murid wajib mengenali semua guru dan kakitangan sekolah 19.2 Wajib menghormati Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang, Ketua-ketua Bidang, guru-guru, staf dan pelawat. 19.3 Berilah salam/ucap selamat apabila bertemu dengan guru atau pelawat. Jadikan senyuman di bibir sebagai hiasan diri. Mengamalkan budaya 2S (Memberi salam & senyum). 19.4 Sentiasa menunjukan dan mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik sepanjang persekolahan. Jagalah nama baik keluarga dan sekolah. 19.5 Jagalah tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa demi memelihara keharmonian sesama insan. Hormat menghormati dan berbudi bahasa amalan yang mulia.
23 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 20: TATATERTIB YANG DILARANG 20.1 Dilarang membawa benda atau bahan berikut ke sekolah:- a) Buku komik/majalah hiburan. b) Bahan-bahan lucah seperti majalah/novel/video/vcd/gambar/foto. c) Pita kaset, pita video, cekera padat, mp3, vcd persendirian. d) Bahan mengandungi unsur subversive/ajaran sesat/perkauman. e) Barang berharga seperti kamera/barang kemas. f) Dibenarkan komputer riba dengan kebenaran guru matapelajaran serta di bawah pemantauan guru. g) Alat perhubungan seperti telefon bimbit, ipad, tab, walkie-talkie dan sebagainya. h) Alatan menulis seperti liquid paper/pembaris besi, marker pen dan sebagainya kecuali dengan kebenaran guru mata pelajaran. i) Bahan makanan seperti gula-gula/chewing gum/makanan ringan/minuman berkarbonat. j) Dadah, rokok, mancis, lighter dan minuman yang memabukan atau sebarang yang berkaitan dengannya. k) Benda tajam atau alatan berbahaya seperti segala jenis pisau, buku lima, gunting dan sebagainya. l) Sebarang bahan yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. 20.2 Murid-murid dilarang keras membawa mancis, lighter serta menghisap dadah, rokok, vape, menghidu gam, meminum minuman keras dan memabukkan di kawasan sekolah atau di mana-mana sahaja. 20.3 Murid-murid dilarang keras terlibat dalam hal-hal berkaitan dengan politik seperti kempen, parti atau pilihanraya. 20.4 20.5 Murid-murid dilarang keras menyertai mana-mana pertandingan atau pertunjukan yang memperagakan tubuh badan seperti pertandingan ratu cantik atau seumpamanya. Perlakuan atau apa-apa aktiviti yang melibatkan kes buli adalah ditegah dan merupakan kesalahan berat. Murid yang disabit akan dikenakan tindakan yang bersesuaian. PERKARA 21 : KAWASAN LARANGAN SEKOLAH 21.1 Kawasan sekolah : a) Sekolah ketika cuti khas atau cuti umum. b) Pejabat sekolah. c) Bilik Pengetua / Bilik Penolong Kanan / Bilik Ketua Bidang / Bilik Guru / Tandas Guru. d) Laluan – laluan Guru , Staf atau Pelawat. e) Bilik-bilik khas seperti bilik Disiplin / Bilik Kaunseling / Bilik SPBT / Bilik Bahasa / Bilik Pendidikan Seni / Bilik SRT / Bilik Jahitan / Bilik Tayangan / Makmal Bahasa/ Pusat Sumber / Makmal Komputer / Makmal Sains / Bengkel KHB. f) Kawasan letak kereta Pengetua / tempat letak kereta Guru. g) Kantin sewaktu pembelajaran atau perhimpunan dijalankan. h) Bilik-bilik peperiksaan. i) Surau. j) Koperasi sekolah. k) Stor sukan / stor pekerja / stor pejabat. l) Dewan PIBG dan persekitaran. m) Kawasan berbahaya yang telah diwartakan oleh pihak sekolah. 21.2 Luar Kawasan sekolah : a) Pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab malam, arked video, pusat snooker, pusat hiburan dan seumpamanya pada waktu persekolahan atau luar waktu persekolahan. b) Kompleks membeli belah pada waktu persekolahan dengan pakaian seragam.
24 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail c) Pastikan keizinan ibu bapa/ penjaga amat perlu jika pergi di luar waktu persekolahan. d) Sebarang tempat atau lokasi yang berbahaya serta tidak bermanfaat bagi semua murid. PERKARA 22 : KESELAMATAN DI SEKOLAH 22.1 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri. Sebarang kemalangan perlu dilaporkan segera kepada guru bertugas atau pihak sekolah dengan segera. 22.2 Utamakan keselamatan diri ketika menjalankan aktiviti persatuan/ kelab/ sukan dan permainan/ unit beruniform serta ketika berada di kelas/ makmal sains/ bengkel atau di manamana jua. Segala aktivti yang dijalankan perlu disertai sekurang-kurangnya seorang guru. 22.3 Elakkan daripada bercakap dengan orang luar atau pelawat tanpa keizinan pengetua atau pihak pentadbir. Berhati - hatilah dengan orang luar yang tidak dikenali. 22.4 Para pelawat perlulah berurusan dengan pengawal keselamatan dan pejabat terlebih dahulu. 22.5 Dilarang membawa orang luar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah. 22.6 Dilarang berada di dalam Kawasan sekolah pada waktu luar atau cuti persekolahan kecuali dengan izin pentadbir sekolah. 22.7 Murid-murid sesi pagi / petang dilarang datang ke sekolah pada waktu petang / pagi kecuali menghadiri aktiviti tertentu bersama guru berkenaan. 22.8 Peliharalah keselamatan alatan kecemasan seperti hos bomba dan tangki pencegah kebakaran agar dapat digunakan pada masa kecemasan. PERKARA 23 : KESELAMATAN BERKENDERAAN DAN JALAN RAYA 23.1 Murid Berbasikal : a) Basikal mesti disorong apabila masuk atau keluar sekolah. b) Letakkan di tempat basikal dalam keadaan berkunci. c) Pastikan basikal lengkap dan selamat untuk digunakan. 23.2 Murid Bermotorsikal: a) Wajib memiliki lesen memandu, insuran / cukai jalan, topi kaledar dan motorsikal yang lengkap dan selamat. b) Lesen memandu perlu diserahkan kepada guru disiplin sebagai makluman berkaitan. c) Keadaan motorsikal mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pastikan bunyi motorsikal tidak terlalu bising hingga mengganggu ketenteraman awam. 23.3 Murid berkereta dilarang meletakkan kereta di dalam kawasan sekolah. Pastikan memiliki lesen memandu, cukai jalan/ insuran yang sah. 23.4 Bagi yang berjalan kaki, diingatkan berjalanlah di bahu jalan atau laluan kuning yang disediakan. Elakkan daripada bergurau atau bermain ketika berada di jalan raya. 23.5 Murid berkenderaan dilarang menunggang atau memandu dalam kawasan sekolah. 23.6 Dilarang berlumba, bersaing dan menunjukkan aksi-aksi lasak di jalan raya ketika hendak ke sekolah atau semasa pulang ke rumah. 23.7 Patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya dan hormatilah pengguna lain. 23.8 Pihak sekolah berhak dan berkuasa membuat pemeriksaan ke atas semua kenderaan bermotor dengan kerjasama pihak polis. PERKARA 24 : HAK MILIK PERSENDIRIAN 24.1 Murid hanya perlu membawa barang yang dibenarkan sahaja ke sekolah. Barangan yang dilarang akan dirampas dan akan dipulangkan pada penghujung tahun dengan hukuman yang ditetapkan. 24.2 Pastikan wang dan dompet dibawa bersama apabila meninggalkan kelas atau tempat duduk. Elakkan daripada membawa wang yang banyak.
25 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 24.3 Elakkan daripada membawa beg atau barang yang berjenama dan berharga ke sekolah kerana akan mengundang risiko untuk dicuri. Sebarang kehilangan disebabkan kecuaian murid bukan tanggungjawab pihak sekolah. PERKARA 25 : HARTA BENDA SEKOLAH 25.1 Murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kemudahan yang disediakan di sekolah. 25.2 Gunakanlah harta benda sekolah dengan cermat lagi berhemat serta pastikan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 25.3 Perabot seperti meja dan kerusi mesti diangkat dan bukan diseret/ ditarik atau dibaling bagi mengelakkan kerosakkan. 25.4 Berjimat cermatlah dengan penggunaan air dan elektrik. Elakkan pembaziran. 25.5 Sebarang kerosakkan perlu dilaporkan segera kepada guru kelas/ guru bertugas/ Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Petang. 25.6 Murid yang terbabit dengan kesalahan merosakkan atau menyalahgunakan harta benda sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib di samping membayar ganti rugi. PERKARA 26 : PENCEROBOHAN 26.1 Murid akan dianggap menceroboh kawasan sekolah dalam situasi berikut : a) Hadir di sekolah selepas waktu persekolahan, waktu malam atau hari cuti/ bukan waktu persekolahan. b) Hadir atas niat melakukan salah Iaku. c) Melompat pagar, menyusup bawah pagar atau bukan melalui pintu masuk yang dibenarkan. 26.2 Memasuki bilik-bilik khas seperti pejabat/ Bilik Guru/ Setor Sukan/ Bilik Tayangan/ Makmal Bahasa/ Pusat sumber/ Dewan/ Koperasi dan sebagainya secara senyap tanpa izin dan makluman guru. 26.3 Membawa masuk orang luar/ pejabat luar tanpa izin pihak sekolah. PERKARA 27 : PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS 27.1 Pusat Sumber a) Semua guru, kakitangan dan murid ialah ahli pusat sumber sekolah. b) Setiap ahli dibenarkan meminjam buku dan mesti dipulangkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kegagalan memulangkan buku menyebabkan ahli didenda. Jika hilang mesti dimaklumkan dan diganti. c) Setiap ahli dilarang berbuat bising/ makan/ minum/ membawa beg atau fail atau buku persendirian/ membawa keluar bahan sumber tanpa izin. d) Peminjaman alatan elektronik atau alat bantu mengajar (ABM) hanya untuk guru dan mesti direkodkan. e) Pusat Sumber hanya dibuka pada hari-hari persekolahan sahaja. f) Segala peraturan tertakluk kepada peraturan pusat sumber. 27.2 Makmal Sains 1. Makmal dan Bilik Persediaan ialah kawasan larangan bagi murid dan penggunaan makmal harus bersama-sama Guru Sains. 2. Dilarang membawa beg ke dalam makmal. Utamakan keselamatan sepanjang berada di makmal. 3. Sebarang penggunaan peralatan Sains/ Bahan Kimia/ bahan biologi mestilah di bawah pengawasan guru. Berhati-hatl ketika membuat uji kaji. 4. Perbuatan yang dilarang ketika di makmal: Bermain-main dengan peralatan di makmal. Membawa makanan atau minuman. Meminum air pili di makmal.
26 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail Merosakkan/ mencuri peralatan makmal atau menconteng meja makmal. Sebarang kerosakan atau kemalangan perlu di laporkan segera kepada guru Sains. Sila patuhi arahan dan panduan Guru Sains serta peraturan di makmal. 27.3 Bengkel KHB/ Bilik SRT/ Bilik Jahitan 27.3.1 Penggunaan bengkel/ Bilik SRT/ Bilik Jahitan mesti dengan keizinan guru. Dilarang masuk tanpa guru. Murid mesti beratur di luar sementara menanti kedatangan guru. 27.3.2 Utamakan keselamatan. Penggunaan alatan tangan/ mesin/ alatan elektrik mestilah di bawah pengawasan guru. 27.3.3 Larangan-larangan ketika di bengkel/ Bilik SRT/ Bilik Jahitan: Membawa beg. Bergurau/ berlari/ berbuat bising di dalam bengkel/ bilik atau bermain dengan alatan bengkel/ Bilik SRT/ Bilik Jahitan. Membawa keluar peralatan bengkel/ Bilik Jahitan tanpa izin. Makan atau minum di dalam bengkel/ Bilik SRT/ Bilik Jahitan. 27.3.4 Pastikan kebersihan bengkel/ biiik SRT/ Bilik Jahitan pada akhir pembelajaran. Pakailah apron terutama ketika amali memasak. 27.3.5 Sebarang kerosakan atau kemalangan perlu dilaporkan segera kepada guru. 27.3.6 Patuhi arahan guru dan peraturan penggunaan bengkel/ Bilik SRT/ Bilik jahitan demi keselamatan. 27.4 Stor Sukan 27.4.1 Tertakluk dalam bidang kuasa Setiausaha Sukan dan Ketua Bidang Kemanusiaan. 27.4.2 Segala peminjaman peralatan mestilah direkodkan. Hanya guru sahaja yang dibenarkan membuat pjnjaman. 27.4.3 Segala alat mesti dipulangkan selepas tamat aktiviti PJK/ permainan/ sukan. 27.4.4 Berwaspadalah ketika membawa atau mengeluarkan alatan berbahaya seperti lembing atau peluru. 27.5 Bilik Kaunseling 27.5.1 Digunakan untuk sesi kaunseling di bawah pengawasan kaunselor. 27.5.2 Hanya murid yang mempunyai temujanji atau murid yang berurusan sahaja yang diizinkan masuk. 27.6 Bilik Rawatan 27.6.1 Bilik ini dipertanggungjawabkan kepada guru bilik rawatan. 27.6.2 Hanya murid yang sakit ringan sahaja yang diizinkan masuk dengan sentiasa bersama seorang guru. 27.6.3 Hanya teman sejantina sahaja dibenarkan membantu pesakit. 27.6.4 Sekiranya sakit itu kritikal, dinasihatkan pergi ke klinik setelah dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. 27.6.5 Pastikan bilik sentiasa bersih dan kemas sebelum beredar. 27.7 Dewan PIBG Tun Syed Nasir Ismail 27.7.1 Dewan digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti perhimpunan rasmi, sukan dalaman, Pendidikan Jasmani yang dimaklumkan kepada Jawatankuasa Dewan. 27.7.2 Penggunaan dewan mesti mendapat kelulusan melalui tempahan awal. 27.7.3 Jaga tatatertib dan beratur mengikut kelas ketika masuk atau keluar dewan. Jaga kebersihan dan dilarang membawa makanan atau minuman. 27.7.4 Pastikan lampu dan kipas dipadamkan selepas selesai menggunakan dewan. 27.8 Makmal Komputer/ Makmal Bahasa 27.8.1 Penggunaan makmal ini mesti dengan pengawasan guru. 27.8.2 Penggunaan komputer hanya dengan bimbingan dan panduan guru. Gunakan dengan cermat. 27.8.3 Murid perlu menjaga kebersihan makmal computer/ Makmal Bahasa. 27.9 Bilik Disiplin 27.9.1 Murid dilarang masuk ke bilik disiplin tanpa urusan. 27.9.2 Hanya ketua kelas dibenarkan mengambil, memulangkan atau menukarkan buku kawalan kelas (BKK).
27 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 28 : PERATURAN KEGIATAN KO-KURIKULUM DAN AKTIVITI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN 28.1 Aktiviti Kokurikulum 28.1.1 Semua murid wajib menyertai tiga jenis ko-kurikurum iaitu :- a) Persatuan Akademik – pilihan b) Unit Beruniform – pilihan c) Sukan/ Permainan – pilihan d) Persatuan Bukan Akademik/kelab - pilihan 28.1.2 Semua murid wajib menjadi atlet rumah sukan. Murid-murid wajib mempunyai rumah sukan yang diuruskan oleh guru penyelaras/guru kelas. Terdapat empat buah rumah sukan iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Pemilihan rumah berdasarkan nombor pendaftaran sekolah. Sebarang pertukaran adalah dilarang. 28.1.3 Sebagai ahli rumah sukan/ persatuan/ kelab/ unit beruniform/ sukan dan permainan wajib menghadiri setiap perjumpaan atau latihan. Surat kebenaran/ surat sakit perlu diberi kepada guru penasihat jika tidak hadir. Alasan tusyen tidak diterima. 28.1.4 Setiap ahli dilarang mengadakan perjumpaan pada waktu pembelajaran ATAU had kelepasan am tanpa kebenaran Pengetua atau Guru Penasihat. 28.1.5 Setiap ahli mestilah memakai kemeja-T sekolah/ kemeja-T rumah sukan/kemeja pasukan bagi sesi latihan. Jagalah tatatertib dan perilaku semasa beraktiviti. 28.1.6 Utamakan keselamatan di sepanjang aktiviti dijalankan. 28.1.7 Maklumkan kepada ibubapa atau penjaga jadual aktiviti pasukan dijalankan. Sekiranya ada masalah kesihatan yang memudaratkan, tunjukkan surat doktor sebagai bukti pengecualian namun kehadiran adalah wajib. 28.1.8 Sebarang aktiviti pada waktu pembelajaran perlu mendapat kelulusan Pengetua/ Penolong Kanan Petang serta ditemani sekurang-kurangnya seorang guru. Borang Kebenaran Keluar Waktu PDPc mesti diisi dengan lengkap. Serahkan kepada guru kelas/ guru mata pelajaran sebagai bukti 28.2 Lawatan/ Perkhemahan/ aktiviti di luar sekolah 28.2.1 Setiap lawatan/ perkhemahan/ aktiviti mesti mendapat kelulusan daripada Pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Setiap permohonan lengkap mesti diserahkan ke PPD sekurang-kurangnya lima minggu dari tarikh yang dirancang. 28.2.2 Murid-murid mestilah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai aktiviti tersebut. Borang kebenaran mestilah disimpan dua minggu selepas lawatan/ perkhemahan tamat. Nama ahli yang terlibat mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk rujukan. 28.2.3 Setiap aktiviti lawatan/ perkhemahan mesti di bawah pengawasan guru pengiring. Jagalah tatatertib dan disiplin serta patuhi arahan guru atau ketua perkhemahan. 28.2.4 Utamakan keselamatan diri terutama di tempat-tempat berisiko tinggi seperti pantai dan air terjun, hutan atau gunung. Jika berlaku kemalangan, kecederaan atau masalah kesihatan Iaporkan segera kepada guru atau ketua perkhemahan/ kem komanden. 28.2.5 Sekiranya aktiviti rnelibatkan kenderaan seperti ekspedisi berbasikal, bantuan dan kerjasama pihak polls mesti diperolehi. 28.2.6 Setiap ahli mesti menanamkan sikap bertoleransi, tolong-menolong dan semangat bekerjasama dalam pasukan/ kumpulan bagi setiap aktiviti. Jagalah nama baik keluarga dan sekolah sewaktu berada di lokasi tertentu. PERKARA 29 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 29.1 Murid-murid yang menerima skim ini mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan bukubuku agar tidak hilang atau rosak. Setiap buku teks mestilah disampul dengan pembalut buku plastik lutsinar. 29.2 Buku-buku mesti dipulangkan dalam keadaan baik pada waktu yang ditetapkan. Sebarang kehilangan atau kerosakan perlu dimaklumkan dan perlu diganti atau dibayar mengikut harga semasa buku tersebut.
28 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail 29.3 Kegagalan memulangkan, hilang atau rosak boleh menyebabkan sijil persekolahan/ keputusan peperiksaan digantung selagi penggantian/ pembayaran belum dibuat. 29.4 Buku SPBT dan kelayakan menerima skim ini akan ditarik balik sekiranya :- Kerap ditinggalkan dalam meja/ almari/ kelas Tidak menjaga dengan baik Koyak, kotor atau diconteng Kerap tidak membawa buku teks ke sekolah. PERKARA 30 : KECEMASAN/ KEBAKARAN 30.1 Apabila siren/ loceng sekolah berbunyi panjang dan berturut-turut. semua guru, kakitangan sekolah dan murid-murid mestilah meninggalkan kelas atau bilik-bilik dengan segera tanpa membawa beg. 30.2 Beraturlah di luar kelas dan bergerak dengan pantas dan terkawal menuju ke padang. Gunakan tangga yang ditetapkan tanpa berasak-asak/bertolak-tolakan. 30.3 Guru kelas akan memeriksa jumlah murid yang ada. Laporkan segera kepada Guru Keselamatan jika terdapat murid yang hilang atau tercicir. 30.4 Pastikan semua pagar grill dibuka. Pihak bomba atau polis mesti dihubungi segera dengan mendail "999" atau “994". 30.5 Apabila berlaku kecemasan, Murid-murid perlu tenang, jangan panik atau cemas atau menjerit-jerit. Kerjasama amat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Elakkan sikap mementingkan diri sendiri. 30.7 Apabila keadaan sudah terkawal, siren/ loceng pendek akan dibunyikan tiga kali berturut-turut. 30.8 Bergeraklah ke bilik berkenaan dalam keadaan terkawal. PERKARA 31 : PERGAULAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN 31.1 Sekolah memandang berat tentang pergaulan dalam kalangan murid lelaki dengan murid perempuan sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah. Sekolah menetapkan 'Batasan Agama Islam' sebagai panduan pergaulan murid-murid yang mencakupi pertuturan, perbuatan serta pakaian. 31.2 Antara perkara-perkara tersebut seperti :- a) Pakaian murid ketika menghadiri kelas harian atau menghadiri ko-kurikulum mestilah dapat ditakrifkan sebagai pakaian menutup aurat/bersopan dan tidak menjolok mata. b) Pertuturan atau percakapan yang dapat melambangkan seseorang murid itu berpelajaran atau berpendidikan setiap masa. c) Perbuatan, perangai atau perilaku murid juga mestilah melambangkan seseorang itu berpelajaran atau berpendidikan. d) Murid perlu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dalam pergaulan. e) Murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berdua-duaan/ berpacaran di kawasan sekolah atau di luar sekolah. f) Murid dilarang berdua-duaan di dalam kelas atau di tempat sunyi serta bergaul bebas/tanpa agama. g) Bersentuhan kulit atau bersalaman antara murid lelaki dan perempuan (bukan mahram) adalah dilarang dan haram. h) Duduk, berjalan, bergurau, berdua-duaan dalam keadaan mengaibkan, berpelukan, memegang bahu berlainan jantina, bercumbuan, menaiki kenderaan bersama dan semua perbuatan yang dianggap lucah. i) Elakkan muzik keterlaluan yang merosakkan minda dan muzik yang menyesatkan. j) Segala yang ditegah/dilarang dalam Islam harus menjadi batasan pergaulan. k) Ingatlah tujuan asal datang ke sekolah. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya barat yang memesongkan akidah. 31.3 Murid-murid dilarang melakukan hubungan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki (homoseksual) atau perempuan dengan perempuan (lesbian).
29 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail POLISI SEKOLAH SELAMAT UTAMAKAN KESELAMATAN ketika : 1. Pergi dan balik sekolah. 2. Naik dan turun kenderaan. 3. Bermotosikal, berbasikal atau berjalan kaki di jalan raya. 4. Menunggu bas / teksi atau menanti ibu bapa. 5. Belajar di dalam kelas / bengkel / makmal. 6. Menjalankan aktiviti luar sekolah. 7. Mengikuti aktiviti luar sekolah. 8. Berlaku bencana alam / banjir / kebakaran / jerebu / wabak penyakit. 9. Bersukan di padang, bersolat di surau, makan dan minum di kantin. 10. Menggunakan bahan kimia, peralatan elektrik, peralatan tajam, peralatan sukan, perabot kelas dan barangan berisiko. 11. Menggunakan tandas atau tempat yang berair. 12. Bersendirian atau bertemu dengan orang yang tidak dikenali. 13. Berjalan atau berbasikal di dalam gelap atau hujan. Anda akan selamat sekiranya berwaspada setiap masa di mana jua anda berada. Bertindak dengan bijak dan jangan panik. Jika berlaku sesuatu yang membahayakan diri anda, Laporkan segera kepada Ibu / bapa / guru Atau 999 atau 994 “INGAT, CERMAT, SELAMAT” SMKTSNI SEKOLAH SELAMAT
30 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail POLISI KESELAMATAN DIRI PERGI DAN BALIK SEKOLAH Berhati-hatilah dan sentiasa berwaspada ketika naik atau turun kenderaan. Patuhilah peraturan jalan raya. Pengguna cermat jiwa selamat. Pengguna Kenderaan Awam ● Sila beratur ketika naik atau turun kenderaan. Jangan berebut-rebut. ● Sabar dan tunggu giliran. ● Jaga keselamatan diri. Jangan berdiri di tangga. Duduk dengan tertib. ● Berdiri dengan stabil. ● Hormati pengguna lain. Berbudi bahasa amalan mulia. ● Pastikan anda memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan yang sah. ● Pakailah tali pinggang keledar ketika menaiki kereta. Pakailah topi keledar ketika menunggang motosikal. ● Ingat !!! Jalanraya bukan tempat berlumba atau bergurau senda. Anda pemandu selamat tanpa melakukan aksi lasak. Penunggang Basikal ● Menunggang dengan cara selamat di bahu jalan. ● Jangan bersaing atau bergurau atau berlumba ketika menunggang. ● Jangan membonceng. ● Pakailah baju yang cerah atau yang reflektif ketika berbasikal waktu malam. Pejalan Kaki ● Berjalanlah di bahu jalan atau laluan garisan kuning dalam kawasan sekolah. ● Jangan berteduh di bawah pokok atau membawa payung apabila hujan lebat atau berlaku petir atau kilat. ● Jangan berjalan bersendirian di tempat sunyi atau gelap. ● Ingat!!! Jangan menumpang orang yang tidak dikenali. ● Sila terus pulang ke rumah selepas tamat aktiviti di sekolah dan jangan singgah di tempat lain tanpa keizinan keluarga. ● Jika berlaku sesuatu yang mengundang bahaya, jangan panik dan carilah bantuan.
31 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail TATACARA KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM BIL TATACARA SUKAN DAN PERMAINAN 1 Berkumpul di tempat yang ditetapkan dan mengambil kedatangan. 2 Memaklumkan tahap kesihatan sekiranya terdapat penyakit yang berbahaya. 3 Pakailah pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. 4 Segala aktiviti mestilah dijalankan di bawah pengawasan guru. Sila ikut arahan guru dan jangan bertindak sesuka hati. 5 Pastikan kawasan aktiviti selamat dan selesa. 6 Berwaspadalah sekiranya menggunakan alatan yang tajam dan berbahaya seperti lembing, peluru, dan cakera. Pastikan tiada orang di kawasan berhampiran. 7 Jangan gunakan alatan yang rosak. Jika rosak, laporkan segera kepada guru. 8 Sekiranya berlaku kemalangan, laporkan segera kepada guru. 9 Pastikan anda sihat dan bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti. Lakukan pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti. 10 JAGALAH DISIPLIN DIRI DAN UTAMAKAN KESELAMATAN. UNIT BERUNIFORM 1 Sila tepati masa dan berada di lokasi yang ditetapkan. 2 Pakailah uniform atau baju yang ditetapkan. 3 Pastikan anda sihat untuk beraktiviti. Jika tidak sihat, laporkan kepada ketua atau guru penasihat. 4 Ketua pasukan mesti merekodkan kedatangan ahli pada awal perjumpaan. 5 Setelah semua bersedia, tunggu arahan ketua, jurulatih atau guru penasihat. 6 Anda mestilah bertanggungjawab menjaga sebarang alatan yang digunakan. Jika terdapat kerosakan, buat laporan segera. 7 Utamakan disiplin diri dan kerjasama kumpulan amat penting. Jangan mementingkan diri sendiri. 8 Jagalah keselamatan diri dan rakan kumpulan. Berhati-hati dalam setiap tindakan. Sebarang kemalangan perlu dilaporkan segera kepada guru. 9 PATUHI ARAHAN, SENTIASA BERSEDIA. ZAHIRKAN KECEMERLANGAN MELALUI TAULADAN “MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH”
32 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 32: TATACARA TINDAKAN DISIPLIN L A M PI R A Tingkahlaku jenayah Tingkahlaku jenayah Tingkahlaku jenayah Tingkahlaku jenayah Tingkahlaku jenayah Tingkahlaku jenayah Memukul, Bergaduh dan Mencedera
33 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail Bil Tema Kesalahan/ perlakuan Tindakan sekolah 7 Tingkahlaku jenayah Membawa senjata dan berniat jahat 1. 2. 3. 4. Senjata dirampas. Memanggil ibubapa. Digantung persekolahan. Amaran dan dilaporkan kepada polis. 8 Merosak harta benda 1. 2. Membayar ganti rugi. Panggil ibubapa. 3. Digantung persekolahan. 4. Pengakuan bertulis. 9 Ahli kumpulan haram 1. Rujuk kepada Pek. Ikhtisas 9/75. 10 Fitnah 1. 2. 3. Menghubungi ibubapa. Kaunseling. Amaran/ digantung sekolah. 11 Tingkah laku lucah Membaca, menunjuk dan menyebar bahan-bahan dan gambar lucah. 1. 2. 3. Dirampas dan disimpan sebagai bukti. Rujuk kepada guru kaunseling. Kerja amal. 12 Mengintai muridmurid perempuan 1. 2. Rujuk kepada guru kaunseling. Kerja amal. 13 Menulis surat cinta 1. 2. 3. Amaran dan nasihat. Rujuk kepada guru bimbingan. Kerja amal. 14 Bercumbu/ berdua-duan dan bercinta dalam kawasan sekolah 1. 2. 3. 4. Amaran dan nasihat. Gantung persekolahan. Panggil ibubapa. Buang sekolah. 15 Ditangkap kerana berkhalwat dan didenda di mahkamah 1. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. 2. Panggil ibubapa. 16 Pelacuran/Zina/ hamil/homo/ lesbian/kahwin/ nikah gantung 1. 2. Panggil ibubapa. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. 17 Tingkah laku antisosial Sengaja mengotori sekolah atau kelas 1. 2. 3. Kelas tahanan. Bayar ganti rugi. Kerja amal. 18 Sengaja mengganggu ketenteraman sekolah/kelas 1. 2. Kerja amal. Rujuk kepada guru kaunseling.
34 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 33: PERBUATAN SALAH LAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH ( Syarat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 ) Berikut ialah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin seperti menggantung persekolahan atau buang sekolah boleh diambil : 33.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram/samseng/murid nakal. 33.2 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat. 33.3 Memukul/ menumbuk guru, pekerja sekolah atau murid. 33.4 Mengancam pengetua atau guru secara lisan atau perbuatan. 33.5 Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran. 33.6 Menulis/ memberi maklumat tentang sekolah di dalam akhbar atau mana-mana media sosial tanpa meminta keizinan pihak berkuasa sekolah. 33.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan/ sekolah. 33.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru, pelawat atau murid. 33.9 Mencuri. 33.10 Mengancam / buli murid lain dengan ancaman yang serius dan berbahaya. 33.11 Menghisap/ membawa/ menyimpan rokok, vape dan menyalahgunakan dadah/hidu gam (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1975 dan 7/1975). 33.12 Berjudi. 33.13 Minum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. 33.14 Masih membantah hukuman guru sekali pun sudah tiga empat kali diberi amaran. 33.15 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada pengetua dan guru. 33.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum. 33.17 Melanggar peraturan-peraturan atau menangkis pendapat dan budi bicara pengetua/ penyelia petang/ guru. 33.18 Memeras ugut/ meminta wang. 33.19 Membawa masuk orang/ murid luar tanpa kebenaran pihak sekolah. - Disiplin Diri - Disiplin adalah kunci keberhasilan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Disiplin Waktu, Disiplin Kerja, Disiplin Rohani, Disiplin Jiwa dan Disiplin lainnya. …..Budi Bicara Pengetua …..Segala tindakan buang sekolah bagi kes berat seperti yang tersenarai dan kes-kes lain yang dikategorikan setaraf akan diputuskan oleh Pengetua. Sebarang pindaan tertakluk kepada Pengetua sepenuhnya seperti yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Peraturan Pelajaran (Disiplin sekolah ) 1959. “4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud ini hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu. 5. (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid. Guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
35 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail POLISI VANDALISME SIFAR SMK Tun Syed Nasir Ismail berasa bangga dan selamat sekiranya anda:- 1. Memelihara kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan sekolah. 2. Menjaga harta benda sekolah dengan penuh tanggungjawab 3. Menggunakan harta benda dan kemudahan sekolah dengan baik. 4. Memastikan perabot dalam kelas/ makmal/ bengkel/ pusat sumber/ dewan/ surau dalam keadaan baik & untuk digunakan. 5. Memastikan tiada cermin tingkap yang kotor atau pecah. 6. Memastikan segala kemudahan di tandas, kantin, stor sukan tidak rosak. 7. Menghindarkan diri daripada aktiviti menconteng atau mengotorkan kelas/ bengkel/ makmal/ surau. 8. Mengelakkan diri daripada merosakan gril, pintu kelas, papan tulis, pagar sekolah serta perabot yang lain. 9. Memastikan tiada pendawaian elektrik yang rosak sehingga menimbulkan bahaya kepada warga sekolah. 10. Mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran daripada penggunaan air dan tenaga elektrik. 11. Menggunakan padang atau gelanggang sambil memelihara keceriaan kawasan berkenaan. 12. Memulangkan sebarang peralatan yang dipinjam kepada pihak berkenaan tanpa sebarang kerosakan. 13. Membuat laporan terus kepada guru atau pentadbir sekiranya terdapat kerosakan pada harta benda sekolah. MENGHINDARI VANDALISME DAN SAYANGI SEKOLAH KITA “DISPLIN DIDAHULUKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DIUTAMAKAN”
36 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail
37 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail SENARAI AMALAN BAIK (Senarai berdasarkan SSDM-KPM, 2014) **Murid akan mendapat merit daripada amalan baik yang dilakukan. ‘Setiap amalan baik yang dilakukan adalah sebuah saham untuk kita di akhirat’ Kod Amalan Baik 01 02 03 04 05 06 07 08 MENZAHIRKAN MANA-MANA AMALAN BAIK SUKARELA MEMBANTU GURU SUKARELA MELAPOR KES SALAH LAKU MEMBANTU MELAKSANA KERJA-KERJA LANDSKAP/ TAMAN MEMBANTU MENGEMAS / MENYUSUN ATUR BILIK-BILIK KHAS MEMBERSIH KAWASAN / BILIK KHAS KERJA-KERJA MENGECAT MENYERTAI AKTIVITI LUAR DI BAWAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
38 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail SENARAI KESALAHAN/KES KHAS (Senarai berdasarkan SSDM-KPM, 2014) Kod SENARAI KES S DADAH S01 URIN S02 TANGKAPAN S03 PENGAKUAN A TINGKAH LAKU JENAYAH A01 BERJUDI A02 MENCURI A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK A09 BERGADUH C BULI C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN D ROKOK D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP E PONTENG E01 PONTENG SEKOLAH E02 PONTENG KELAS E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG PERHIMPUNAN F TINGKAH LAKU LUCAH F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
39 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail F07 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK G TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN G03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA H KESALAHAN VANDALISME H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID J TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR K KENAKALAN K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN K09 BERMAIN DALAM DORM K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA L TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
40 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA M KEKEMASAN DIRI M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 BERTATOO M09 MENCUKUR BULU KENING M10 MEMAKAI ALAT SOLEK N PENGLIBATAN POLITIK N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK R KES KHAS R06 KES KHAS - MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN R07 KES KHAS - BERTATOO R08 KES KHAS - MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI R09 KES KHAS - CUBAAN MEMBUNUH DIRI R10 KES KHAS - TERJUN BANGUNAN R11 KES KHAS - PENYALAHGUNAAN RACUN R12 KES KHAS - HAMIL R13 KES KHAS - LUMBA HARAM R14 KES KHAS - KEMALANGAN DALAM SEKOLAH R15 KES KHAS - LARI DARI RUMAH R16 KES KHAS - AJARAN SESAT/MILITAN R17 KES KHAS - MEMBUNUH DIRI ‘DISIPLIN ADALAH JAMBATAN ANTARA CITA-CITA DAN PENCAPAIAN’ Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku khabarkan mengenai orang-orang yang tidak akan disentuh api neraka? Iaitu setiap Muslim yang (qaribin) dekat (dengan kaum mukminin), (hayyin) tenang dan (sahlin) mudah (lembut akhlak dan sifatnya).” (Riwayat al-Tirmidzi dalam as-Sunan no 2488. Al-Tirmidzi berkata: “Hasanun gharib,” dan hadis itu dinyatakan sahih oleh Syaikh al-Albani)
41 Buku Peraturan dan Undang-undang SMK Tun Syed Nasir Ismail PERKARA 34 : TINDAKAN TATATERTIB 34.1 Semua salah laku murid yang berdaftar di sekolah ini boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagai hukuman agar dijadikan pengajaran dan teladan serta untuk mengawal disiplin dan kesejahteraan sekolah dari setiap ketika. 34.2 Hukuman Bebas 34.2.1 Hukuman Dera (Corporal Punishment) iaitu rotan (minimum satu kali). 34.2.2 Kelas Tahanan (Defention Class) Satu kaedah mengawal murid yang delinkuen atau bermasalah dalam tempoh waktu tertentu dengan melakukan aktiviti berfaedah yang memanfaatkan dirinya dan sekolah. 34.2.3 Dendaan Membabitkan kesalahan tingkah laku musnah. Setiap kerosakan / kehilangan perlu diganti dengan wang yang setimpal dengan harga. 34.2.4 Amaran Amaran diberi untuk menyedarkan murid pada peringkat awal agar menjaga disiplin diri. Murid yang melakukan salahlaku akan diberi Amaran Pertama, Amaran Kedua, Amaran ketiga dan selepas itu Amaran Keras sebelum digantung persekolahan. 34.2.1 Penggantungan Satu arahan dan hukuman melarang murid terbabit memasuki kawasan sekolah atau menikmati kemudahan sekolah dalam tempoh waktu tertentu. Maksimum 14 hari persekolahan. Sekiranya selepas penggantungan, murid masih melakukan kesalahan salahlaku, maka murid itu boleh dikenakan tindakan buang sekolah. 34.3 Pembuangan Seseorang murid yang telah melakukan salahlaku atau tingkahlaku yang menganggu berulang kali dan didapati tiada perubahan selepas tindakan memulih diambil oleh Pengetua ATAU tingkahlaku yang mendatangkan gangguan yang serius kepada murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, maka, tindakan paling sesuai adalah mengarahkan pembuangan murid dari sekolah. 34.3.1 Pembuangan tertakluk kepada bidang kuasa Pengetua sekolah. 34.3.2 Murid yang dibuang sekolah boleh membuat rayuan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. PERKARA 35 : SURAT-MENYURAT Segala surat-menyurat kepada sekolah ini perlu menggunakan alamat berikut : Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail, Jln Bunga Raya Kecil, KG. Dato Sulaiman Menteri 81100, Johor Bahru Segala surat murid yang beralamat sekolah akan dibuka dahulu dan ditapis. Pihak sekolah berhak menyisihkan surat-surat yang tidak berfaedah. PERKARA 36 : PINDAAN Peraturan dan undang-undang sekolah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa: 36.1 Senarai peraturan dan undang-undang sekolah tidak terbatas kepada undang-undang yang tercatat dalam buku ini sahaja. Peraturan dan undang-undang sekolah merangkumi arahan dan undang-undang peraturan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri Johor Darul Takzim, Kementerian Pelajaran Malaysia dan undang-undang Kerajaan Malaysia. 36.2 Peraturan baru atau pindaan peraturan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pengetua dan pihak sekolah berhak dan berkuasa mengenakan tindakan tatatertib terhadap sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan termasuk buang sekolah atau yang setimpal.