The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizzudin_messi, 2023-07-19 08:13:48

Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas

Persatuan Silat Cekak

1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 2 1.0. PENGENALAN 3 2.0 SEJARAH PENUBUHAN 3 - 4 3.0. CIRI-CIRI PENUBUHAN 4 - 5 4.0. KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN 5 - 6 5.0. AKTIVITI PERSATUAN 6 - 7 6.0. STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN 8 7.0. ANALISIS SWOT 9 - 12 8.0. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12 - 13 9.0. PENUTUP 13 RUJUKAN 14 LAMPIRAN 15


2 PENGHARGAAN Pertama sekali, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan seikhlas hati kepada pensyarah saya untuk subjek Kokurikulum - Persatuan berkod MPU3081, Puan Adelina Hannani BintiAbdullah atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Segala ilmu yang telah beliau curahkan amat memberi manfaat kepada saya bukan sahaja dalam tugasan ini malahan sebagai bekalan saya menjadi seorang guru kelak. Saya juga ingin ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah membantu menyumbangkan idea bagi menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya sokongan moral yang tidak henti sehingga saat akhir tugasan ini disiapkan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Cikgu Daud Bin Mohamad daripada Sekolah Kebangsaan Gong Kapas yang telah banyak membantu saya menyiapkan laporan kajian kes ini dengan menjawab pelbagai pertanyaan serta memberikan bahan-bahan untuk menyelesikan tugasan. Setiap pertanyaan yang diutarakan kepada beliau telah dijawab dengan bernas sekaligus memberi idea kepada saya bagi tugasan ini. Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih


3 PERSATUAN SILAT CEKAK SK GONG KAPAS, KUALA TERENGGANU 1. PENGENALAN Persatuan-persatuan ditubuhkan di sekolah bagi menjalankan fungsinya dalam memberi manfaat dan pengetahuan kepada murid dalam pelbagai aspek dan bidang. Hal ini kerana, setiap persatuan mempunyai ciri-ciri dan pengkhususan tersendiri sama ada berkaitan mata pelajaran major atau minor, kebudayaan dan hobi. Penubuhannya bertujuan memberi pendedahan keada murid untuk bergiat aktif dalam pelnagai persatuan bagi melahirkan murid yang seimbang dari pelbagai sudut selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut Rosli (2022), objektifnya adalah mendidik rakyat secara seimbang dan holistik. Persatuan Silat Cekak Sekolah Kebangsaan Gong Kapas merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi memberi peluang kepada murid mendalami ilmu mempertahankan diri disamping memastikan murid bersifat aktif. Persatuan silat merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi mengekalkan dan memperkasakan pengetahuan tentang kebudayaan Melayu dalam kalangan murid. 2. SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Silat Cekak Sekolah Kebangsaan Gong Kapas telah diasakan oleh beberapa orang guru penasihat yang diketuai oleh Cikgu Hamzah Bin Azman pada tahun 2017. Persatuan ini merupakan cawangan latihan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan setiap ahli akan didaftarkan secara rasmi sebagai ahli PSSCM. Penubuhan persatuan ini adalah berpandukan kepada surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 10 (2016), mengenai garis panduan pelaksanaan program 1 Sekolah 1 Silat bagi memperkasa dan memperkaya ativiti silat di sekolah-sekolah. Program ini merupakan integrasi anatara phiak Kemdenterian Pendidikan Mlaysia bersama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Melalui surat siaran ini, guru-guru Sekolah Kebangsaan Gong Kapas telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Persatuan Silat Cekak yang bernaung di bawah PESAKA. Persatuan ini mempunyai objektif utama iaitu melengkapkan murid dengan ilmu seni bela diri yang mampu bertindak sebagai pelindung kepada murid dalam apa jua situasi serta mengekalkan seni bela diri Melayu daripada ditelan zaman. Persatuan


4 ini mampu menjadi platform untuk murid mengembang bakat dan minta dalam aktiviti persilatan dan mampu ditonjolkan dalam pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Penubuhan Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas berupaya untuk menyemai sifat jati diri dalam diri murid dan berupaya mengelakkan murid terjebak dengan aktiviti-aktviti yang membawa kepada keruntuhan moral. 3. CIRI-CIRI PERSATUAN 3.1. Peluang Pembelajaran Ciri-ciri pertama Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas adalah peluang pembelajaran iaitu murid-murid diberikan peluang untuk mempejari ilmu seni mempertahankan diri iaitu silat. Ilmu ini beperanan untuk meningkatkan keyakinan diri murid dan memastikan murid-murid sedia daripada pebagai situasi. Murid akan diajarkan teknik asas dalam persilatan bersama dengan jurulatih bertauliah. Pesatuan ini juga mampu mengurangakn masalah buli dalam kalangan murid yang telah menjadi maalsah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ilmu seni memeprtahankan diri merupakan ilmu yang penting kepada setiap lapisan masyarakat dan ia harus dipelajari oleh murid-murid. 3.2. Pendedahan Rajah 3.2. Selain itu, Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas mempunyai ciri Pendedahan. Rajah 3.2. menunjukkan bahawa wakil daripada ahli-ahli Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas menyertai pertandingan Silat Olaharga


5 Peringkat Negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peratrungan silat sebenar mengikut eraturan yang telah ditetapkan. Ia dapat meningkatkan semagat kesukanan murid dan membina mentaliti seorang pesilat sebenar. Melalui pertandingan, murid akan bersungguh-sunggu berlatih untuk meningkatkan kemahiran dan memperbaiki teknik persilatan dalam usaha untuk memenangi setiap kejohanan dan layak ke peringkat yang lebih tinggi. 4. KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Guru-guru yang diketuai oleh Cikgu Hamzah Bin Azman telah membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada 8 orang guru bertujuan untuk melaksanakan kajian, pemerhatian dan merangka kertas kerja berkaitan penubuhan Persatuan Silat Cekak Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Pada awalnya, kajian dan pemerhatian dijalankan untuk memastikan kesesuaian perlaksaan dan penubuhan persatuan ini daripada aspek peralatan, tempat latihan, kepakaran dan jumlah murid. Selepas itu, proses merangkan dan menyiapkan kertas kerja dijalankan bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk menubuhkan persatuan ini daripada Guru Besar sekolah. Kertas kera mengandungi pelbagai elemen seperti perturanperaturan dalam persatuan serta membuat perancangan aktiviti tahunan yang mengandungi program, objektif, dan aktiviti yang akan dijalankan pada setiap perjumpaan. Apabla setiap aspek telah dimabil kira, ketas kerja akan diserahkan kepada Guru Besar bagi mendapat pengesahan dan kebenaran untuk menubuhkan Persatuan Silat SK Gong Kapas. Apabila Guru Besar telah meluluskan permohonan dan kertas kerja tersebut, guru-guru penasihat telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi mendaftarkan Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas secara rasmi dan memastikan setiap bakal ahli persatuan menerima sijil keahlian dan dikitiraf sebagai pelatih Silat Cekak Malaysia. Hal ini bertujuan untuk membolehkan setiap ahli Perstauan terlibat secara aktif dalam pertandingan dan perjumpaan yang dianjurkan oleh PSSCM dan PESAKA bagi menarik minta dan mengekalkan komitmen murid. Setelah meneria pengiktirafan daripada PSSCM dan PESAKA, beberapa orang guru yang mempunyai asas persilatan akan dihantar menyertai kursus kejurulatihan Seni Silat Cekak Malaysia


6 bagi mendapatkan sijil sebagai jurulatih rasmi Silat Cekak. Guru-guru tersebut akan didaftarkan sebagai jurulatuh bartauliah yang berperanan untuk melatih murid-murid tentang seni bela diri iaitu Silat Cekak. Setelah itu, guru-guru penasihat yang dilatik mengedarkan borang keahlian dan memo Mesyuarat Agong Tahunan kepada muridmurid ang berminat untuk menyertai Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas. Mesyuarat Agung tersebut membincangkan berkaitan pembentukan Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatakuasa Kerja. Borang-borang keahlian yang telah diisi akan dihantar kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi mendaftarkan ahli Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas secara rasmi. 5. AKTIVITI PERSATUAN 5.1. Pertunjukan Silat Cekak Rajah 4.1. Berdasarkan Rajah 4.1. antara aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas adalah melaksanakan pertunjukan silat kepada murid tahap 1 dan dan ahli-ahli persatuan lain. Aktiviti ini dilaksanakan di padang Sekolah Kebangsaan Gong Kapas bertjuan untuk mempersembahkan kepada murid-murid tentang seni bela diri Silat Cekak dan menarik minat mereka untuk menjadi ahli Persatuan. Antara pertunjukan yang dijalankan adalah teknik asas persilatan dan demonstrasi untuk mempertahankan diri daripada pelbagai ancaman. Mruid-murid daripada Persatuan Silat SK Gong


7 Kapas telah dipilih untuk menajalankan pertujukkan dan dikawal oleh setia oleh julatih bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. 5.2. Latihan Silat Cekak Rajah 4.2. Merujuk kepada Rajah 4.2., ahli-ahli Persatuan Silat Cekak Sk Gong Kapas menjalani latihan asas persikatan yang diketuai oleh tenaga pengajar Cikgu Ariffin. Murid-murid diajar beberapa teknik persilatan seperti teknik kudakuda, teknik pukulan, dan teknik tendangan. Setiap murid akan diajar untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari dengan betul bagi mengelakkan berlakunya kecederaan semasa latihan dijalankan. Latihan silat cekak ini diadakan pada setiap minggu bagi meningkatkan kemahiran murid untuk menguasai asas persilatan. Latihan ini dijalankan secara konsisten bagi membolehkan murid-murid mengusasi setiap teknik dan lulus ujian yang dijalankan bagi menentukan tahap persilatan murid tersebut. Pencapaian murid-murid diukur berdasarkan kepada tahap persilatan mereka. Murid-murid yang cemerlang akan didaftarkan sebagai peserta untuk pertandingan silat sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.


8 6. STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Setiap kelab dan persatuan mempunyai pengurusan kewangan tersendiri bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah kelab (Ahmad Reza, 2011). Hal ini kerana sumber kewangan merupakan tunjang utama bagi sesebuah kelab demi memastikan kelab tersebut dapat kekal aktif. Oleh hal yang demikian, pengurusan kewangan kelab mestilah diaturkan dengan cermat dan teratur supaya sumber kewangan dapat diurus dengan baik dan efisien. Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas telah memperoleh sumber kewangan daripada pelbagai sumber. Persatuan ini memperoleh bantuan kewangan daripada bantuan kokurikulum yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah. Setiap aktiviti yang dijalankan akan disenaraikan dan disediakan kertas kerja bagi memohon bantuan daripada phak sekolah bagi menampung perbelanjaan Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas. Bantuan kewangan yang diperoleh adalah Sebanyak RM 500 bagi setahun. Bantuan tersebut akan dislaurkan terus kepada akaun Persatuan untuk digunakan dalam pelbagai aspek demi melicinkan urusan persatuan. Selain itu, persatuan juga memohon bantuan daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia untuk memohon dana bagi membeli kelengakapan dan perakatan silat. Kertas kerja dan surat pemohonan disediakan oleh guru penasihat bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas. Sumber kewangan yang kukuh diperlukan oleh Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas bagi membolehkan perlatan-peralatan silat dibeli dan disediakan mengikut kapasiti murid dan sentiasa diperbaharui bagi memastikan keselamatan murid terjaga. Jumlah bantuan yang diperoleh daripada PSSCM dan PESAKA adalah sebanya RM 700. Yuran pendaftaran dan ahli juga dikenakan kepada murid bagi menampung perbelanjaan tahunan merangkumi jamuan selepas latihan, jamuan tahunan, peralatan kecemasan dan kelengkapan persilatan. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 5 bagi setiap murid manakala yuran tahun adalah sebanyak RM 30 yang perlu dibayar pada setiap tahun. Bagi ahli yang kurang berkemampuan, mereka akan diberikan bantuan kewanagan secara tetap. Sumber-sumber kewanagn ini mampu menigkatkan lagi keupayaan Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas ke tahap yang lebih baik.


9 7. ANALISIS SWOT SWOT merupakan sebuah akronim yang terdiri daripada kombinasi perkataan Strengths (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman). Analisis ini berdasarkan logik yang boleh memaksimumkan kekuatan dan peluang, tetapi pada masa yang sama boleh meminimumkan kelemahan dan ancaman (Rochman, 2019). Melalui analisis SWOT, Ahli Jawatankuasa Persatuan Silat Cekak Sk Gong Kapas dapat menganl pasti potensi dan cabaran yang dihadapi oleh persatuan bagi menjalanakan penambahbaikan. KEKUATAN (S) - Mempunyai peralatan yang sentiasa dinaik taraf - Jurulatih silat yang berpengalaman KELEMAHAN (W) - Kurangnya kolaborasi bersama agensi luar - Tempat latihan yang kurang sesuai PELUANG (O) - Meningkatkan jati diri dan ilmu seni bela diri - Murid berpeluang menonjolkan bakat Ancaman (T) - Terdapatnya ahli yang tidak aktif - Persaingan dengan kelab taekwando SK Gong Kapas 7.1. Kekuatan (Strengths) Antara kekuatan yang dikenal pasti daripada Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas adaah persatuan ini mempunyai perlatan yang sentiasa dinaik taraf. Peralatan yang disediakan oleh persatuan akan diselenggara bagi memastikan ianya masih sesuai untuk digunakan oleh ahli persatuan. Jika peralatan tersebut telah mengalami kerosakan, ianya akan digantikan dengan perlatan baharu dengan menggukana peruntukan daripada sumber kewanagan yang diperoleh. Antara peralatan yang disediakan adalah pelindung dada, pelindung kaki, Pacing Pad dan Punching Pad. Jika alatan yang rosak digunakan, ia kan menyebabkan keselamatan murid berada dalam keadaan bahaya apabila terdapatnya latihan teknik tumbukan dan sepakan. Maka, ahli-ahli persatuan mempunyai kelebihan apabila dapat menggunakan perlatan yang berada dalam kaedaan yang baik dan mampu melindungi diri daripada kecederaan. Setersunya, Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas juga mempunyai beberpa orang cikgu yang mempunyai tauliah sebagai jurulatih rasmi silat


10 cekak. Ia merupakan kekuatan apabila jurulatih ini telah menjalani kursus dan mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Ilmu yang dimiliki oleh jurulatih tersebut akan dikongsikan bersama setiap ahli bagi memberi peluang kepada murid mendalami ilmu seni bela diri Silat Cekak yang diasaskan oleh Panglima Ismail dan diwarisi oleh Y.M. AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Jurulatih yang bertauliah penting bagi memastikan setiap teknik yang diajarkan adalah tepat dan mengelakkan terdapatnya penggunaan unsurunsur kebatinan yang boleh memberi kesan negatif kepada murid. 7.2. Kelemahan (Weaknesses) Setiap persatuan pasti mempunyai kelemahan yang memerlukan kepada penambahbaikan bagi memastikan persatuan tersebut kekal relevan dari masa ke masa. Natara kelemahan Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas adalah kurangya kolaborasi bersama agensi luar. Ahli jawatankuasa persatuan kurang mengadakan kolaborasi bersama persatuan-persatuan silat luar dan badanbadan bukan kerajaan. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak mempunyai peluang dan pengalaman bersama dengan ahli persatuan silat dan bela diri daripada pelbagai persatuan asing. Ia adalah berpunca daripada sumber kewangan yang kurang sehingga menyukarkan pergerakan dan dan pengangkutan murid untuk menjalankan lawatan dan kolborasi bersama persatuan seni bela diri asing. Antara kolaborasi yang tidak dapat dijalankan adalah perjumpaan dan perkongsiaan ilmu bersama Presiden PSSCM iaitu Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah. Kolaborasi ini membolehkan murid menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada Presiden PSSCM. Seterusnya, kelemahan yang kedua adalah tempat latihan silat dijalankan adalah kurang sesuai. Latihan persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas dijalankan di Padang SK Gong Kapas kerana ia lebih luas dan mampu untuk menepatkan murid dan ahli peratuan yang ramai dalam satu masa. Walaubagaimanapun, ia tidak bersifat kondusif kerana cuaca yang panas akan meneybabkan murid mengalami hidrasi serta kawasan padang yang tidak rata menykarkan pergerakan murid yang mampu mengakibatkan kecederaan. Apabila hujan, latihan tidak dapat dijalankan disebabkan kawasan padang yang basah dan licin yang mampu memberi risiko kepada keselamatan murid sendiri. Jumlah ahli yang ramai menyebabkan latihan tidak boleh dilaksanakan


11 di dalam kelas kerana pergerakan murid akan menjadi terhad dan tidak semua ahli persatuan dapat mengikuti latihan bersama-sama. 7.3. Peluang (Opportunities) Antara peluang yang dilihat daripada Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas adalah ia membuka peluang kepada murid SK Gong Kapas untuk mendalami ilm seni bela diri Melayu iaitu Silat Cekak. Persatuan ini tidak terhad kepada murid berbangsa Melayu sahaja sebaliknya murid daripada pelbagai latar belakang digalakkan untuk menyertai persatuan ini. murid akan diajarkan teknik asas dalam persilatan yang mampu meningkatkan keyakinan diri serta memberi nilai tambah kepada murid untuk melindungi diri dan keluarga mereka dalam apa-apa situasi yang memerlukan mereka mengaplikasikan teknikteknik persilatan yang dipelajari. Silat mampu memupuk perwatakan positif dan menanam konsep wira dalam diri individu (Wan Hasbullah, 2018). Persatuan ini juga meruapakan platform kepada murid yang kurang berkemampuan untuk mempelajari ilmu seni bela diri.Hal ini kerana, persatuan-persatuan silat di luar mengenakan yuran yang lebih mahal berbanding Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas. Ilmu seni bela diri perlu dipelajari oleh setiap lapisan masyaraat bagi meningkatkan jati diri mereka sebagai seorang yang mempunyai prinsip serta keberanian. Selain itu, Persatuan Silat Cekak SK Gong kapas juga memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai pengalaman dan menonjolkan bakat dalam pertandingan Silat yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Silat merupakan sebuah sukan yang telah diiktiraf dan dilaksanakan pertandingannya pad peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ahli-ahli Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas yang mempunyai telah mengusai teknik-teknik persilatan dengan baik akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan silat olahraga pada peringkat daerah. Setiap ahli akan diberikan pelaunag untuk memperbaiki dan beratih setiap teknik bagi memberikan peluang sama arat kepada setiap ahli untuk dipilih mewakili sekolah. Sijil dalam pertandingan pada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan merupakan perkara yang penting kepada murid untuk meohon kemasukan ke sekolah menengah elit seperti Sekolah Berasrama Penuh atau Maktab Rendah Sains Mara. Murid juga berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam dunia persilatan pada setiap pertandingan yang dijalankan.


12 7.4. Ancaman (Threats) Berdasarkan kepada penilaian yang dijalankan, terdapat beberapa ancaman yang dilihat mampu memberi kesan buruk kepada Persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas. Ancaman merupakan satu komponen yang mengganggu sesebuah persatuan daripada mancapai objektifnya (Mashuri, 2020). Antaranya adalah terdapatnya ahli persatuan yang tidak aktif dan tidak berminat untuk menyertai latihan yang dilaksanakan oleh Persatuan Silat. Ahliahli ini akan menyukarkan proses pemilihan murid yang terbaik serta menyebabkan persatuan Silat Cekak SK Gong Kapas dipandang rendah kerana tidak menjaga kebajikan setiap ahlinya. Perkara ini adalah disebabkan oleh terdapatnya murid-murid yang hanya menyertai Persatuan Silat Cekak Sk Gong Kapas kerana mengikuti rakan-rakan dan bukan berdasarkan kepada minat sendiri. Ia menyebabkan murid-murid tersebut tidak komited dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan. Aktiviti yang dijalankan juga tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana terdaptnya gangguan daripada ahli-ahli yang tidak aktif. Seterusnya, Persatuan Silat Cekak Sk Gong kapas juga menerima ancaman dan persaingan daripada kelab taekwando yang baru ditubuhkan. Hal ini kerana, murid-murid yang berminat ntuk mempelajarai ilmu seni mempertahankan diri akan mempunyai dua pilihan iaitu Persatuan Silat Cekak dan Kelab Taekwando. Ia akan menyebabkan murid yang menyertai Persatuan Silat Cekak akan berkurang dan pemilihan atlet untuk mewakili sekolah juga akan mengalami kesulitan. Persatuan Silat Cekak memerlukan penyertaan yang menggalakkan daripada kalangan murid bagi memastikan ianya dapat diteruskan dari masa ke masa dan memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. 8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan penambahbaikan bagi masalah kurangnya kolaborasi bersama agensi luar adalah, guru penasihat perlu memohon sumbangan daripada Parsatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menjemput agensi seta persatuan seni bela diri luar untuk ke hadir ke Sk Gong Kapas bagi menjankan kolaborasi dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman bersama murid-murid dan jurulatih. Ia merupakan alternatif bagi menjimatkan kos pengangkutan murid-murid. Guru mestilah bijak untuk mengambil


13 peluang bagi menjayakan program dengan lebih efektif tetapi menggunakan dana yang minimumguru penasihat juga seharusnya kreatif dengan mewujudkan pelbagai platform media sosial bagi Persatuan Silat Cekak SK Gong Badak dangan memuat naik gambar dan video aktiviti persatuan. Melalui media sosial, pendapatan dan kewangan juga boleh dijana apabila setiap platform yang digunakan memberi manfaat kepada masyarakat serta apabila isi kandungan yang dimuat naik menarik minat umum ia akan membantu menjana keuntungan kepada persatuan untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti. Di samping itu, guru penasihat juga boleh memohon kebenaran daripada Guru Besar Sk Gong Kapas untuk menggunakan dewan tertutup sebagai tempat latihan rasmi Persatuan Silat Cekak Sk Gong Kapas. Dewan tertutup akan memudahkan sesi lathan didakan sama ada ketika hujan atau panas. Murid juga dapat dihindari daripada masalah dehidrasi serta mengelakkan risiko murid cedera ketika latihan disebabkan kawasan padang yang tidak rata. Dewan juga bersifat lebih kondusif dan selesa untuk murid-murid menjalani latihan silat. Masalah ahli yang tidak aktif dalat diatasi dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti persembahan di hadapan murid dan lawatan sambil belajar. Guru penasihat juga perlu menapis setiap penyertaan baharu bagi memastikan setiap hali adalah komited terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan. Aktviti-aktiviti yang menarik juga dapat menarik minat setiap murid untuk menertai Persatuan Silat Cekak Sk Gong kapas berbanding persatuan atau kelab lain. Menurut Fatimah (2016), analisis SWOT berperanan untuk menilai tahap sesebuah persatuan apabila dibandingkan dengan persatuan yang hampir serupa dengannya. Ahli jawatankuasa perlu bergiat aktif menyebarkan dan mengedarkan maklumat tentang pencapaian Persatuan Silat Cekak SK Gong kapas bagi menrik minat dan perhatian warga sekolah. 9. PENUTUP Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu diperhatikan dalam menguruskan sesebuah persatuan. Setiap persatuan tidak boleh diuruskan secara sambalewa kerana ia akan menyebabkan persatuan tersebut tidak dapat beroperasi dengan bak dan tidsk memberi manfaat kepada institusi pendidikan. Gru-guru penasihat perlu menjalankan pemerhatian dari masa ke masa bagi memastikan setiap kelemahan dapat diatasi dengan menjalankan penambahbaikan yang mampu memberi kelebihan kepada persatuan tersebut. ia bagi memastikan persatuan kekal relevan untuk melahirkan murid-murid yang mampu berdaya saing dan kompetetif dalam setiap aspek.


14 RUJUKAN Ahmad Reza Ommani. (2011). Strengths, weaknesses, opportunities and threats(SWOT) analysis for farming system businesses management. African journal of business management, 5(22), 9448. Fatimah, F. N. A. D. (2016). Teknik analisis SWOT. Anak Hebat Indonesia. Wan Hasbullah, W. M. D. (2018). MEOR ABDUL RAHMAN: KONSEP TEMPUR SENI GAYONG DAN INOVASI SILAT MELAYU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 29(1), 262–285. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/15373 Mashuri, M., & Nurjannah, D. (2020). Analisis SWOT Sebagai Strategi Meningkatkan Daya Saing. JPS (Jurnal Perbankan Syariah), 1(1), 97-112. https://doi.org/10.46367/jps.v1i1.205 Rosli, S., Mahmud, S. F., & Azni, M. E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 86-103. Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), Garis Panduan Pelaksanaan Program 1Sekolah 1Silat. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2016. Rochman, I. (2019). Analisis SWOT dalam Lembaga Pendidikan (Studi Kasus di SMP Islam Yogyakarta). Al Iman: Jurnal Keislaman Dan Kemasyarakatan, 3(1), 36-52.


15 LAMPIRAN


79


Click to View FlipBook Version