KKAACCAANNGG--KKAACCAANNGGNNYYAAKACANGKACANGNYA PPIIKKOO DDAANNNur Iffah Yusra binti Samsul Hairi
Di sebuah hutan kecil, tinggal seekortupai bernama Piko. Piko tinggalseorang diri di sebatang pokok besar.Setiap hari, Piko rajin mencarimakanan. Dia kumpul banyak kacang.
Tetapi Piko sangat kedekut. Dia simpansemua kacang di dalam lubang dipokoknya.“Ini semua untuk aku!” kataPiko. Walaupun ada haiwan lain yanglapar, Piko tidak mahu berkongsi.
Suatu hari, musim kemarau datang.Cuaca sangat panas. Buah dan makanansusah dicari. Semua haiwan terpaksaberkongsi makanan dan berjimat cermat.
“Piko, boleh beri sedikit kacang? Sayalapar,” kata Arnab dengan perlahan.“Tak boleh! Ini milik aku!” jawab Pikosambil memeluk kacang-kacangnya.
Burung dan Landak juga datangmeminta makanan. Tetapi Piko tetapberkata,“Tak boleh! Ini semua untukaku!”
Pada suatu malam, ribut kuatmelanda hutan. Angin bertiupkencang. Hujan turun dengan lebat.
Air masuk ke dalam lubang pokokPiko. Semua kacangnya hanyutdibawa air.“Tidak! Kacang aku!”jerit Piko.
Keesokan paginya, Piko sangat lapar.\"Krrrrr\" Perutnya berbunyi. Dia tiadamakanan. Dia penat dan sedih. Pikopergi mencari kawan-kawannya.
“Saya lapar… boleh tolong saya?” tanyaPiko dengan suara perlahan. Haiwan lainjuga susah. Mereka tidak ada banyakmakanan. Tiba-tiba, Arnab datangmembawa sedikit makanan.
“Nah, kita kongsi bersama,” kata Arnabsambil tersenyum. Piko terkejut.“Bukankah aku pernah halau kamu?”Arnab berkata,“Tak apa. Kita tetapkawan.” Sikap baik Arnab membuatkanPiko berasa sangat malu.
Sejak hari itu, Piko berubah. Dia tidaklagi kedekut. Jika ada makanan, diaakan berkongsi.“Kita makan samasama!” kata Piko dengan gembira.
Hutan menjadi ceria semula. Pikosedar berkongsi membuat hati lebihbahagia daripada menyimpan untukdiri sendiri.
PENGAJARANKita hendaklahmenyayangi danmembantu kawan dalamkesusahan serta tidakkedekut untuk berkongsisesuatu.
TAMAT