KESALAHAN FRASA
Kesalahan yang FRASANAMA kerap dilakukan ialah kesalahan kata bilangan, hukum DM, kata nama majmuk dan rangkai kata setara (i) Setiap-setiap anggota masyarakat mempunyai peranan masingmasing dalam mengekalkan kesejahteraan negara. (ii) Kita akan membincangkan lain-lain hal pada sesi mesyuarat yang akan datang. (iii) Alat tulis-alat tulis itu dia beli di Kedai Buku Pak Tam. (iv) Pinggan-pinggan mangkuk yang bersih itu telah dicuci oleh ibu. Penerangan: (i) Setiap - setiap sudah menunjukkan bentuk jamak (ii) hal-hal lain - perkataan hal mesti mendahului perkataan lain untuk menunjukkan hal yang banyak (iii) Alat tulis - Alat tulis sudah menunjukkan kata majmuk jadi tidak perlu digandakan lagi (iv) Pinggan mangkuk - Pinggan mangkuk merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak perlu digandakan lagi.
FRASAADJEKTIF Kesalahan dari segi penggunaan dan kata penguat yang tidak betul (i) Bangunan itu paling cantik sekali corak pembinaannya. (ii) Encik Ahmad sentiasa menjadi orang yang paling terawal datang ke pejabat. (iii) Bilik Farah begitu kemas benar persis bilik hotel. Penerangan: (i).paling cantik/ cantik sekali (ii) paling awal/ terawal (iii) begitu kemas/ kemas sekali Kata penguat seperti sekali dan ter tidak boleh digabungkan dengan kata penguat lain kecuali kata penguat bebas (sungguh,amat, sangat).
FRASASENDI Kesalahan yang selalu berlaku ialah penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat dan pengguguran frasa sendi antara kata kerja intransitif dan kata nama. (i) Adik Mila antara yang paling lewat keluar daripada kelas ketika waktu rehat. (ii) Rita ingin menyampaikan sesuatu perkara yang amat mustahak ke Wani. (iii) Dia tetap menyempurnakan segala tugasan yang diberikan oleh ibunya walaupun di dalam kesibukan. Penerangan: (i)....paling lewat keluar dari kelas.... (ii) ....amat mustahak kepada Wani... (iii) ..... walaupun dalam kesibukan.... Frasa sendi 'dari' digunakan untuk menunjukkan arah, tempat dan masa (atm). Dalam ayat (ii), kata sendi nama yang sebetulnya digunakan ialah 'kepada ' sebelum kata nama. Frasa sendi 'di dalam ' pula tidak boleh digunakan di hadapan 'kesibukan ' kerana kesibukan bukan kata nama.
FRASAKERJATRANSITIFDAN TAKTRANSITIF (i) Ali akan menjemur kemudian baju itu. (ii) Mereka perlu menjelaskan segera hutang yang perlu dibayar. (iii) Adik berfikir dia akan menang pertandingan mewarna yang disertainya semalam. Penerangan: (i) ....menjemur baju itu kemudian. (ii) ....menjelaskan hutang yang perlu dibayar dengan segera. (iii) ...Adik berfikir bahawa dia akan.... Dalam ayat (i) dan (ii), kata kerja transitif melibatkan kata kerja (menjemur, menjelaskan) yang diikuti oleh objek/frasa nama (baju, hutang). Dalam ayat (iii), kata hubung ‘bahawa’ perlu digunakan sebagai penyambung kepada keterangan. Kesalahan yang lazim terjadi ialah kesalahan dalam pembentukan frasa.
FRASAKERJAPASIF Kesalahan yang sering terjadi ialah kesalahan dalam pembentukan frasa kerja pasif kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga yang tidak tepat. (i) Minyak wangi itu dijual oleh saya kepada dia. (ii) Buku-buku itu kamu akan beli esok. (iii) Beliau dilayan para tetamu dengan baik sekali. Penerangan: (i) Minyak wangi itu saya jual kepada dia. (ii) Buku-buku itu akan kamu beli esok. (iii) Beliau dilayan oleh para tetamu dengan baik sekali. Dalam ayat (i), pelaku perlu diletakkan terlebih dahulu diikuti oleh kata kerja pasif. Dalam ayat (ii) pula, kata bantu aspek atau kata bantu ragam tidak boleh diletakkan antara pelaku dengan kata kerja. Ayat (iii) memerlukan kata hubung ‘oleh’ selepas kata kerja pasif ‘dilayan’.