TANDA BACA Simbol yang menunjukkan struktur gaya penulisan dan intonasi (nada suara) yang digunakan ketika membaca sesuatu penulisan
Tanda Noktah (.) Tanda noktah digunakan untuk mengakhiri suatu ayat dan digunakan untuk menulis huruf ringkasan. Contoh: (i) Ayah menghantar adik ke Tadika Maria. (ii) Prof. Tanda Koma (,) (ii) Amboi, dia sudah tahu menggatal! Digunakan selepas kata seruan, untuk memisahkan jenis perkataan yang sama dan memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat serta selepas kata hubung pada awal ayat. Contoh: (i) Oleh itu, kita hendaklah...
Tanda Tanya (?) Tanda Sempang (-) Tanda tanya digunakan selepas kata tanya. Contoh: (i) Awak nak pergi ke mana? (ii) “Apakah pandangan kau?” tanya Kassim. Digunakan untuk menulis kata ganda, untuk merangkaikan huruf kecil dan huruf besar, merangkaikan awalan angka dengan akhiran an serta merangkaikan awalan ke dengan angka. Contoh: (i) rama-rama (ii) ke-5
Tanda Seru (!) Tanda Pengikat Kata (“) Tanda seru digunakan untuk mengakhiri ungkapan yang menggambarkan kekaguman, keterujaan, emosi diri yang kuat, seruan atau perintah. Contoh: (i) Wah, cantiknya baju kurung ini! (ii) Hai! Biasanya digunakan untuk menulis cakap ajuk atau menulis nama buku, majalah dsb. Contoh: (i) “ Tunggu! Jangan tinggalkan aku sendirian” kata Nita. (ii) Buku yang berjudul “ Bunga di Taman Kejora” dikarang oleh Yusra Miorre
Tanda Titik Bertindih (:)Tanda Koma Bertindih (;) Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat dan menjelaskan sesuatu serta untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan. Contoh: (i) Antara contoh karya yang menarik: (ii) Adli : Selamat pagi.... Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang ada hubungan dan memisahkan bahagian-bahagian yang menggunakan kata hubung. Contoh: (i) Kakak membeli peralatan sekolah; kotak pensel, beg, dan alat tulis.
Tanda Garis Miring (/) Tanda Kurung() Digunakan sebagai pengganti kata ‘dan’ dan ‘atau’ serta digunakan pada nombor dan tahun. Contoh: (i) Tuan-tuan/ Puan-puan, majlis akan berlangsung tidak lama lagi. (ii) Jalan TPS 1/13 Digunakan untuk memberikan penjelasan dan keterangan, mengapit suatu angka atau huruf dan menandakan suatu kata. Contoh: (i) Menurut DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)... (ii) Rozita (kakak mangsa) menjelaskan...