The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN RASMI, BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT
DAN ALUMNI (PJIM&A), UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN (UiTMCNS)
EDISI NOVEMBER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullahyahya, 2021-10-29 10:49:19

e-Buletin ICAN UiTMNS 2021

BULETIN RASMI, BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT
DAN ALUMNI (PJIM&A), UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN (UiTMCNS)
EDISI NOVEMBER 2021

42

BENGKEL PEMBANGUNAN BAKAT
ANALITIK DATA RAYA (BDA):
MELONJAKKAN
KEBOLEHPASARAN BAKAL
GRADUAN DI ERA DIGITAL

JAMILAH OTHMAN, NOOREZATTY MOHD YUSOP, AZ’LINA ABDUL HADI,
NURUL AINI ABDUL WAHAB & NORNADIAH MOHD RAZALI
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK UITM

Penggunaan teknologi digital secara meluas dengan capaian internet yang berkelajuan
tinggi serta keupayaan memproses dan menyimpan data yang besar telah
menghasilkan ledakan informasi dikenali sebagai Data Raya (Big Data). Timbunan data
yang disimpan tidak akan membawa apa-apa makna sehinggalah data tersebut
dianalisa. Justeru, cabang ilmu analitik data raya telah diperkenalkan dan digunakan
secara meluas dalam pembuatan keputusan berasaskan model analisis data raya.

Di era IR4.0, industri-industri yang berpusatkan data seperti telekomunikasi, perbankan
teknologi maklumat, perniagaan dan kejuruteraan telah menerajui pengambilan
pekerja mahir di dalam bidang sains data dan analitik di Malaysia. Profesion seperti
saintis data, penganalisis data, jurutera data, arkitek data dan seumpamanya telah
menjadi tren dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) pernah melaporkan, hanya terdapat 80 orang saintis data yang
ada dalam pasaran tempatan sekitar tahun 2017.

Inisiatif Big Data Analytics (BDA) di UiTM telah bermula dengan pengenalan dan
perasmian Big Data Lab @ UiTM di Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah
Alam pada 25 Mei 2017 oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi ketika
itu. UiTM seterusnya telah meningkatkan usaha untuk memastikan fasiliti dan
prasarana BDA UiTM mencukupi dengan mengadakan 13 makmal analitik data raya di
kampus-kampus UiTM dan telah dirasmikan pada 29 Oktober 2017. UiTM Kampus
Seremban tidak terkecuali mendapat makmal analitik data raya ini. Sebuah makmal
komputer di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Kampus Seremban telah
dipilih dan diubahsuai untuk tujuan tersebut.

Seiring dengan permintaan sumber manusia yang mahir dalam bidang analitik data
raya, dan kemudahan makmal analitik data raya yang telah diwujudkan di UiTM
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, serta sejajar dengan halatuju UiTM,
suatu inisiatif telah diambil untuk membantu kebolehpasaran bakal graduan yang
dihasilkan.

43

Bengkel “Pembangunan Bakat Analitik Data Raya – Phyton/R Programming” adalah
salah satu inisiatif yang signifikan dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM
Cawangan Negeri Sembilan (BHEA, UITMCNS) bagi memberi nilai tambah kepada para
pelajar UiTMCNS. Program ini diperkenalkan bermula Julai 2017 yang dianjurkan oleh
BHEA UiTMCNS dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM)
UiTMCNS, Kampus Seremban hingga kini. Ianya diadakan secara berkala ketika cuti
semester di mana para peserta diminta untuk menetap di kolej kediaman bagi
memudahkan urusan pembelajaran mereka dengan mengoptimumkan penggunaan
makmal data raya di UiTM Kampus Seremban. Lazimnya bengkel ini berdurasi
sekurang-kurangnya selama 11 hari berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
pihak BHEA UiTM Shah Alam.

Terkini, program ini telah diadakan bermula 31 Oktober 2020 sehingga 16 Januari
2021. Bengkel yang berdurasi 11 hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh tiga orang
fasilitator merangkap pensyarah kanan FSKM UiTMCNS, Kampus Seremban yang
berpengetahuan luas dalam bidang masing-masing. Fasilitator ini telah terlebih dahulu
mengikuti kursus Data Camp yang dianjurkan oleh pihak UiTM setelah mendapat
kelulusan di peringkat Majlis Eksekutif UiTM. Program Data Camp merupakan salah
satu cara untuk mempelajari kursus BDA dengan pantas dan menyeluruh di atas talian.

Perbandingan data merekodkan penyertaan kursus ini mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada para pelajar pada setiap semester. Rekod menunjukkan
seramai 92 orang peserta telah mengikuti bengkel pada sesi ini yang diadakan secara
atas talian akibat pandemik Covid –19 yang telah melanda dunia sejak November 2019.
Perasmian bengkel kali ini telah disempurnakan oleh mantan Timbalan Rektor Hal
Ehwal Akademik (TRekHEA), Prof Madya Dr. Abdul Halim Ramli melalui platform Google
Meet pada 31 Oktober 2020 yang juga merupakan hari terakhir beliau bertugas
sebagai Timbalan Rektor HEA UiTMCNS.

Kaedah pelaksanaan bengkel kali ini disesuaikan dengan situasi Pandemik COVID-19
yang menuntut program ini dilaksanakan secara atas talian bagi membantu kerajaan
dalam mengatasi penularan jangkitan COVID-19. Sesi terkini program telah
dilaksanakan di hujung minggu (Sabtu) bagi memberi peluang para pelajar yang sedang
menjalani latihan industri untuk turut serta. Hasil dapatan menunjukkan, pelbagai
manfaat telah diterima oleh para pelajar menerusi pelaksanaan program ini. Di
antaranya adalah, bengkel ini sebagai satu platform untuk menambah nilai
kebolehpasaran para pelajar setelah bergraduasi nanti. Selain itu, program ini
meningkatkan pengetahuan para pelajar dengan tidak berlimitasikan akademik sahaja
malah menyediakan ruang para pelajar berfikir di luar kotak pemikiran.

Sebagai implikasinya, implementasi program ini dapat menghasilkan para pelajar yang
kreatif dan berdaya saing. Manfaat melalui program ini juga tidak terhenti pada para
pelajar malah memberi kesan yang positif kepada para pensyarah yang bertindak-

44

sebagai fasilitator dalam memastikan kejayaan program ini. Para pensyarah dapat
memantapkan kaedah penyampaian ilmu dan meningkatkan prestasi dalam karier
masing-masing. Melalui aspek universiti pula, UiTM CNS menyahut saranan oleh Naib
Canselor UiTM dalam menjana pendapatan menerusi program-program yang
dianjurkan. Sehubungan itu, penganjuran program ini merupakan salah satu usaha
bagi menbantu pihak universiti dalam penjanaan pendapatan kendiri.

Rata-ratanya, bekas pelajar yang telah mengikuti program ini memberikan testimoni
positif terhadap penganjuran program. Program ini telah membantu para peserta
untuk menempatkan diri mereka dalam pasaran kerja yang berkaitan. Berdasarkan
maklum balas seorang bekas peserta terhadap program ini, beliau menghargai
peluang kedua yang tersedia untuk beliau membina kemahiran analitik data raya
menggunakan perisian R dan Phyton yang sebelum ini hanya dipandang ringan semasa
belajar di dalam kelas. Beliau telah menyedari tentang permintaan yang tinggi daripada
majikan yang mengenakan syarat perlu memiliki kemahiran mengendalikan R dan
Phyton. Kini, beliau telah berjaya membina kerjaya dalam bidang data analitik. Beliau
telah pun ditawarkan jawatan sebagai Data Entry Specialist di 32clicks.com.

Laluan membina kerjaya untuk seorang lagi bekas peserta program ini juga tampak
lancar, apabila graduan Fakulti Sains Komputer dan Matematik dari Kampus Seremban
ini berjaya mendapatkan tawaran untuk memegang peranan sebagai Junior Data
Scientist di SOCIO Intelligence sejurus selepas beliau selesai mengikuti latihan industri
di syarikat yang sama. Terkini, beliau telah berhijrah ke satu syarikat e-commerce,
Vetton, dalam bidang yang sama. Bekas peserta lain yang telah mengikuti program ini,
dengan yakin mengatakan kemahiran ini sangat membantu mereka mendapatkan kerja
pertama setelah bergraduasi terutama kepada pelajar yang berminat dengan bidang
data analitik. Mereka juga amat mengesyorkan kepada pelajar yang lain untuk tidak
melepaskan peluang untuk mengikuti program ini.

Sebagai kesimpulan, bidang data raya ini telah menjadi suatu fenomena dalam
kalangan ahli akademik dan profesional pada masa kini. Seiring dengan kemajuan
teknologi dan keperluan industri semasa, program-program berkaitan analitik data
raya wajar diteruskan bagi melahirkan graduan UiTM yang berdaya saing. Pelajar UiTM
juga seharusnya bijak mengambil peluang untuk mendalami bidang analitik data raya
bagi meletakkan diri mereka sebaris dengan graduan-graduan dari universiti lain.
Pengetahuan dalam bidang ini juga mampu melonjakkan kebolehpasaran mereka.
Seorang graduan yang cemerlang bukan hanya dengan memperoleh Himpunan Purata
Nilai Gred (HPNG) yang tinggi sahaja, tetapi mereka juga perlu bijak mempromosikan
diri dengan memberikan nilai tambah kepada diri sendiri dan seterusnya tampak lebih
menyerlah berbanding graduan-graduan yang lain.

45

Makmal Big Data, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Kampus Seremban
Gambar kenangan peserta dan fasilitator program ketika bengkel diadakan secara bersemuka

46

KONGSI KASIH RAMADHAN,
INDAH SENYUMAN SYAWAL

AISHAH NADIRAH MOHAMED ALAUDDIN, MARDIANA MAZAULAN &
HASMIZA ABDUL MAJEED

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

Program Tanggung Jawab Sosial Universiti Meskipun negara sedang berdepan dengan
(USR) adalah merupakan antara agenda situasi semasa pandemik Covid 19, projek ini
penting pendidikan tinggi negara yang dapat masih dapat dijalankan dengan sempurna
memberi banyak manfaat dan impak positif tanpa mengenepikan SOP yang telah
kepada masyarakat dan komuniti setempat. ditetapkan oleh pihak kerajaan. Seramai 25
Sehubungan dengan ini, penglibatan aktif orang kanak-kanak di Rumah Anak-anak
staf akademik dan bukan akademik dalam Yatim Al-Khair, Sikamat serta 12 keluarga
aktiviti khidmat masyarakat dilihat dapat dari golongan asnaf sekitar Seremban dan
membantu merealisasikan hasrat universiti Bangi telah terlibat dalam projek USR ini.24
ke arah memenuhi matlamat ini. Dalam orang pensyarah Fakulti Sains Sukan dan
usaha memenuhi dan menyokong Rekreasi, UiTM Kampus Seremban telah
pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial terlibat dalam program ini dimana mereka
Universiti ini, barisan para pensyarah Fakulti telah dibahagikan kepada tiga kumpulan
Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Kampus mengikut kawasan untuk melaksanakan
Seremban telah menganjurkan Projek urusan pengagihan dan pemberian
“Kongsi Kasih Ramadhan, Indah Senyuman sumbangan kepada keluarga asnaf juga
Syawal” pada 3 hingga 7 Mei 2021. anak-anak yatim yang terpilih.

Melalui projek komuniti ini, para pensyarah Sumbangan berbentuk barangan keperluan
yang terlibat berpeluang untuk mendekati asas serta keperluan tambahan telah
komuniti luar kampus, menyantuni dan disediakan dengan sempurna dan
membantu golongan asnaf serta anak yatim dibahagikan sama rata untuk diagihkan
melalui sumbangan barangan khusus untuk kepada keluarga asnaf dan anak-anak yatim
keperluan bulan ramadhan juga persiapan yang telah dikenalpasti. Istimewanya
mereka menjelang Aidilfitri. Projek ini juga program yang dilaksanakan ini, dimana ianya
bermatlamat untuk menjalinkan silaturahim dapat mengembalikan keceriaan dan
serta merapatkan ukhuwah di antara warga membawa kesejahteraan hidup bagi
fakulti dengan masyarakat dan komuniti golongan yang memerlukan perhatian dan
setempat khususnya golongan yang tidak sokongan ini terutamanya dalam
berkemampuan. Projek ini juga dilihat dapat menyambut bulan Ramadhan dan Syawal
membuka ruang kepada para pensyarah yang mulia.
untuk memanfaatkan cuti semester mereka
dengan melibatkan diri dan meluangkan Impak dari projek tanggung jawab sosial
masa dan tenaga bagi program berbentuk “Kongsi Kasih Ramadhan, Indah Senyuman
kemasyarakatan. Syawal” ini dilihat dapat memberi impresi-

47

positif kepada pihak luar akan keprihatinan pihak universiti kepada golongan yang
memerlukan perhatian, bantuan dan sokongan. Usaha-usaha yang dilakukan melalui
projek ini dapat membantu meringankan tekanan kehidupan, sosial, dan emosi yang
dialami oleh individu keluarga asnaf dan anak-anak yatim terbabit. Program ini juga telah
mewujudkan perasaan ukhuwah, bertimbang rasa dan menyayangi masyarakat sekeliling
khususnya golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan sokongan.
Aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan secara bersama dalam kumpulan FSR ini juga
dapat memberi impak toleransi, rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di kalangan
ahli kumpulan tersebut.

Persiapan pembungkusan barang-barang sumbangan Pengagihan sumbangan kepada keluarga asnaf di
dilakukan secara gotong-royong oleh pensyarah- sekitar area Kajang dan Bangi pada 3 Mei 2021.
pensyarah FSR di Makmal Rekreasi.

Sebahagian pensyarah yang terlibat pengagihan Program “Kongsi Kasih Ramadhan, Indah Senyuman
barang-barang keperluan kepada keluarga asnaf di Syawal” di akhiri dengan pengagihan sumbang duit
raya dan barang keperluan raya kepada anak-anak
sekitar Seremban
yatim di Rumah Anak Yatim Al-Khair.

48

PROGRAM TADARRUS
(AL-QURAN & TAJWID)

MUHAMMAD WAFI A. RAHMAN, SITI AIDA LAMAT, DR. RAJA NURUL
JANNAT RAJA HUSSAIN, ADAM LUQMAN ASHBAKHRI
& MUHAMMAD AIDIL AB GHANI
FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT ataupun debut sebagai kalamullah yang
mengandungi mukjizat dan telah diwahyukan kepada baginda, Nabi Muhammad SAW
melalui malaikat Jibril a.s. secara mutawatir. Al-Quran juga merupakan kitab suci bagi umat
islam dan umat Islam wajib untuk beriman kepadanya sepertimana dinyatakan dalam
rukun Iman yang ketiga iaitu beriman kepada kitab. Kita sebagai umat Islam perlu untuk
mempelajari mengenai kitab-kitab terutamanya Al-Quran kerana ia merupakan fardhu Ain
dan hukumnya adalah wajib. Oleh itu sebagai inisiatif tambahan bagi memperkasakan ilmu
berkaitan Al-Quran terutamanya hukum tajwid, PERSATUAN FAKULTI SAINS SUKAN &
REKREASI (FoSRec) UiTM Kampus Seremban telah menganjurkan satu program Tadarrus
(Al-Quran & Tajwid). Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mei dan 4 Jun
2021 dengan menggunakan platform atas talian iaitu melalui siaran langsung (live) di
Youtube FoSRec Official. Program ini telah melibatkan seluruh mahasiswa, mahasiswi serta
kakitangan UiTM Kampus Seremban dan juga terbuka kepada masyarakat setempat.
Seperti yang telah dinyatakan, program ini dijalankan bagi memenuhi beberapa objektif
yang telah diletakkan oleh pihak persatuan FoSRec. Antaranya ialah memberi dan
menyebarkan pengetahuan dan kefahaman mengenai penggunaan tajwid serta
terjemahan ayat dalam Al-Quran dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah harfiah
iaitu menterjemah perkataan demi perkataan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk
menzahirkan keharmonian dan mengeratkan hubungan ukhwah dalam kalangan warga
UiTM serta menjadikan pelajar UiTM dan peserta dari seluruh Malaysia mahir dengan
hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran.

49

Pihak FoSRec telah menjemput saudara Ammar Husaini Bin Hazman sebagai panel
jemputan bagi Program Tadarrus (Al-Quran & Tajwid) ini untuk berkongsi tentang cara-
cara menterjemah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 dengan
menggunakan kaedah harfiah serta menerangkan berkaitan hukum-hukum tajwid yang
terdapat dalam Al-Quran. Beliau mempunyai tauliah serta kelulusan dari Jabatan Mufti
Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Selain itu, beliau
mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengajaran seawal tahun 2018
dengan mengajar bidang Bahasa Arab dan kemudian beliau beralih fokus pada bidang Al-
Quran & Tajwid. Sepanjang program ini berlangsung, pihak urusetia yang bertugas akan
memastikan bahawa penonton yang mempunyai soalan perlulah menulisnya di ruangan
komen serta memastikan soalan yang diajukan penonton dijawab oleh panel jemputan
semasa dan selepas program ini dijalankan. Tujuannya adalah bagi menjadikan para
penonton lebih memahami serta mendapat apa yang disampaikan oleh panel jemputan
iaitu berkaitan dengan Al-Quran dan Tajwid.

50

Kesimpulannya, pada zaman ini, tidak dapat dinafikan, bahawa fenomena globalisasi
memberikan pengaruh kepada kehidupan umat Melayu-Islam. Namun, pengaruhnya lebih
cenderung kepada negatif berbanding positif dan ia bergantung kepada umat Islam untuk
mendepaninya dengan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpaksikan
kepada al-Qur'an dan al-Hadits yang mampu menyelamatkan umat manusia khususnya
umat Islam daripada terjerumus ke dalam kemungkaran yang tjidak dituntut dalam syariat
Islam. Justeru, mempelajari serta memahami isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran
seperti terjemahan ayat dan hukum-hukum tajwid amatlah penting serta wajib hukumnya
bagi setiap masyarakat yang bergelar Mukmin dan Muslim lebih-lebih lagi kepada pelajar
dan seluruh warga UiTM. Hal ini kerana ilmu pembelajaran Al-Quran merupakan
pembelajaran sepanjang hayat kerana kita sebagai umat Islam akan mengaplikasikan apa
yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Al Quran dalam kehidupan khususnya ketika
beribadah.

Sehubungan dengan itu, program-program ilmu seperti ini perlulah dikekalkan serta
diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai peserta sehingga
menjadi suatu program yang amat berguna kepada mereka yang memerlukan kerana
terdapat manfaat besar yang boleh diambil dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita
sebagai seorang Mukmin dan Muslim yang Berjaya di dunia dan akhirat.

51

ASIMILASI KECEMERLANGAN
OPERASI DALAM PROSES DAFTAR
RAKAN KERJASAMA (MOU/MOA)

UITM NEGERI SEMBILAN

SITI NOR ATIKA BAHARIN, NOR MONICA AHMAD, MOHD SYAHRIL
IBRAHIM, ABDULLAH YAHYA & NUR RABIATUL ADAWIAH MOHAMMAD

NOOR

Kecemerlangan operasi bukanlah suatu yang asing lagi dan banyak digunapakai di
organisasi swasta mahupun kerajaan. Secara definasinya kecemerlangan operasi ialah
kepemimpinan, kerja berpasukan, dan ideologi penyelesaian masalah yang menumpukan
pada permintaan pelanggan, pemerkasaan sumber manusia, dan mengoptimumkan
proses yang ada untuk mencapai peningkatan berterusan di seluruh organisasi. Dalam
konteks universiti, ini bermaksud bahawa universiti mesti menyelesaikan proses dengan
betul, tanpa sedikit kesalahan, untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan, dan dengan
pembaziran minimum agar dapat menjimatkan kos. Selain itu, kecemerlangan operasi
juga merangkumi dokumentasi, memelihara, memantau, dan meningkatkan prestasi hasil
proses yang ditambah baik. Secara dasarnya, kecemerlangan operasi beraspirasi untuk
menjadikan institusi berdaya saing dan berkesinambungan dalam menghadapi berbagai
cabaran. Kecemerlangan operasi juga dapat memacu keupayaan organisasi untuk adaptif
secara dinamik bagi kekal relevan dalam menghadapi suatu perubahan dan cabaran.

Bagi menyahut cabaran dalam memastikan warga UiTM Negeri Sembilan peka akan
manfaat kecemerlangan operasi dalam sebuah organisasi, satu inisiatif pemetaan proses
daftar rakan kerjasama UiTM Negeri Sembilan (PRODAK) melalui dokumentasi MoU/MoA
telah dirangka bersama melibatkan beberapa unit di dalam UiTM Negeri Sembilan yang
terdiri daripada ICAN, Penasihat Undang-Undang (PUU), Department of International
Affairs (DIA) dan Unit Komunikasi Korporat (UKKO) (Gambarajah 1). Penambahbaikkan
dalam proses dokumentasi MoU/MoA adalah penting bagi memastikan suasana operasi
menjadi lebih efektif dan sistematik. Proses yang dirangka telah mengambil kira beberapa
hasil utama seperti kepuasan pelanggan, penjimatan masa/kos/sumber manusia dan
dapat menyumbang kepada pencapaian UiTM 2025.

Organisasi proses daftar Kerjasama (PRODAK)

52

Bagi mengenalpasti masalah yang dialami Satu sesi temubual Coffee Talk: Penyediaan
Dokumen MoU & MoA - Peringkat UiTMCNS
warga UiTM Negeri Sembilan dalam (Gambarajah 2) berkaitan proses baru yang
ditambah baik ini telah berlangsung pada 16
pembentukan MoU/MoA bersama Jun 2021 yang disertai oleh warga UiTM
Negeri Sembilan. Sesi temubual ini disertai
organisasi luar, borang kepuasan pelanggan bukan sahaja warga UiTM Negeri Sembilan
bahkan juga terdapat penyertaan daripada
proses sedia ada diedarkan. Melalui soalan beberapa fakulti dan cawangan seluruh
UiTM. Objektif utama sesi temubual adalah
kaji selidik didapati 66.3 peratus warga UiTM untuk memastikan prosedur yang dirangka
jelas dan mudah difahami oleh warga UiTM
Negeri Sembilan berpendapat prosedur Negeri Sembilan khasnya.

sedia ada sukar kerana tidak mempunyai Poster hebahan Coffee Talk:

maklumat yang jelas dan kurang peka akan Penyediaan dokumen MoU/MoA

proses sedia ada. Disamping itu 66.2 Seterusnya, usaha asimilasi kecemerlangan
operasi diteruskan lagi dengan menyediakan
peratus responden menyatakan prosedur tab (Gambarajah 3) di dalam laman web
UiTM Negeri Sembilan yang boleh diakses
sedia ada sukar kerana mengakibatkan ralat bagi memudahkan warga untuk
mendapatkan maklumat, menyemak dan
dari segi komunikasi dan siapakah pihak menghantar dokumen MoU/MoA serta
berkongsi laporan aktiviti kerjasama yang
bertanggungjawab sewajarnya dirujuk. telah dilaksanakan. Akses dihujung jari ini
bukan sahaja sebagai pemudah cara
Manakala, terdapat 35.7 peratus responden kepada-

berpendapat bahawa mereka tidak

mengetahui impak dan kesan dokumen

MoU/MoA keatas pencapaian PI kampus

dan universiti. Terdapat juga beberapa

maklum balas terhadap proses sedia ada

yang dianggap sukar seperti tidak

mempunyai minat dalam melakukan

kerjasama, melibatkan prosedur yang rumit,

tidak mengetahui garis masa yang tepat

untuk setiap proses, tidak tahu bagaimana

untuk memulakan kerjasama, prosedur tidak

mudah diakses oleh warga dan kerja hakiki

lebih penting berbanding pembentukan

MoU/MoA. Berdasarkan respon dari

responden, terdapat 95.5 peratus

menyatakan wajar untuk mewujudkan

proses daftar kerjasama yang jelas di

peringkat UiTM Negeri Sembilan dan

mencadangkan pihak ICAN, DIA, PUU dan

UKKO perlu bekerjasama dalam berkongsi

data dan proses supaya tidak ada kekeliruan

tentang siapa yang sepatutnya dirujuk.

Strategi kedua adalah pemetaan prosedur
dengan melibatkan pihak-pihak berwajib
(ICAN, DIA, PUU dan UKKO) untuk
menjadikan proses lebih teratur dan
mengelakkan masalah komunikasi.

53

warga UiTM ia juga dapat memberi kesan yang baik keatas operasi diantara unit-unit
yang terlibat didalam UiTM Negeri Sembilan iaitu ICAN, DIA, PUU dan UKKO.

Tab PRODAK di laman web UiTM Negeri Sembilan

Akhir sekali, bagi menjadikan sesebuah institusi dapat berdaya saing dan
berkesinambungan dalam menghadapi berbagai tentangan, penambahbaikan proses
perlu dilaksanakan. Diharapkan inisiatif kecemerlangan operasi yang diaplikasikan dalam
penambahbaikan prosedur daftar rakan kerjasama melalui dokumen MoU/MoA dapat
menjadikan proses ini lebih bermakna, diterima warga serta bermanfaat kepada
universiti.

54

RELEVANSI STATISTIK SEBAGAI
PEMACU TRANSFORMASI NEGARA

&NORNADIAH MOHD RAZALI, AZ’LINA ABDUL HADI, NURALINA AZLAN
& CHE NORHALILA CHE MOHAMED

Statistik seringkali disalah tafsir sebagai Melihat kepada kepentingan bidang statistik
matematik di kalangan pelajar. Terdapat ini, UiTM telah mengambil langkah proaktif
sesetengah pihak yang mentafsir statistik bagi melahirkan para graduan yang
sebagai satu cabang atau aplikasi berkebolehan dan mampu menyumbang
matematik. Namun begitu, sesetengah ahli kepada transformasi negara. Seiring
statistik percaya bahawa statistik bukanlah dengan aspirasi UiTM melahirkan graduan
cabang kepada matematik. Mereka percaya yang kompetitif, global dan beretika,
bahawa statistik itu sendiri adalah suatu pelbagai program diperkenalkan di UiTM. Di
bidang yang meluas di mana ia adalah antara program yang signifikan di era
suatu disiplin sains seperti fizik, kimia dan globalisasi ini adalah Diploma Statistik dan
sebagainya. American Statistical Association Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Statistik.
(ASA) mendefinisikan statistik sebagai suatu Kedua-dua program yang ditawarkan ini
bidang sains yang melibatkan pembelajaran adalah bercirikan inklusif dan holistik di
daripada data, pengukuran, pengawalan mana kursus-kursus di dalam pelan
dan penyampaian ketidakpastian. Statistik pengajian bagi kedua-kedua program ini
adalah berbeza dengan matematik pada adalah sejajar dan relevan dengan
suatu sudut di mana statistik memberi keperluan industri. Kedua-dua program ini
makna kepada nombor. ditawarkan di UiTM Shah Alam, UiTM
Cawangan Negeri Sembilan dan UiTM
Kepentingan statistik kepada industri dan Cawangan Kelantan bagi program di
peringkat ijazah manakala diploma hanya
seterusnya menjadi pemacu kepada dikendalikan oleh UiTM Cawangan
Kelantan. Bagi memberi nilai tambah
transformasi negara tidak dapat dinafikan kepada para pelajar, pelan pengajian juga
diintegrasikan dengan kursus-kursus
lagi di mana statistik telah diaplikasikan tambahan seperti Bengkel Excel, Bengkel
Big Data Analytics dan SAS. Pertambahan
secara meluas dalam pelbagai bidang pelajar daripada semester ke semester
menggambarkan bahawa program yang
seperti perubatan, perniagaan, sains sosial, berkaitan statistik mendapat sambutan
yang baik di kalangan calon mahasiswa dan
pendidikan, pembuatan dan sebagainya. mahasiswi.

Pemerkasaan bidang statistik Bagi melihat relevansi bidang statistik dan
kejayaan program statistik yang ditawarkan
diperkukuhkan lagi dengan kewujudan di UiTM, suatu kajian telah dilakukan
terhadap alumni bidang statistik.
Jabatan Perangkaan Negara yang

berperanan untuk mengumpul dan

mentafsirkan perangkaan bagi tujuan

pembentukan atau pelaksanaan dasar-

dasar kerajaan dalam apa jua bidang yang

diperlukan oleh kerajaan atau bagi

memenuhi keperluan-keperluan

perdagangan, perniagaan, perindustrian,

pertanian dan lain-lain.

55

Hasil dapatan yang dijalankan oleh penulis ke atas 110 orang alumni menunjukkan
bahawa 78.2% (86 orang) telah mendapat pekerjaan daripada pelbagai sektor. Sektor
yang tertinggi adalah sektor swasta yang merangkumi 73.2% daripada keseluruhan
alumni yang telah bekerja. Antara syarikat-syarikat yang membuka peluang pekerjaan
kepada alumni Statistik adalah daripada Industri Perkhidmatan Perbankan dan
Kewangan seperti Maybank, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad. Selain itu,
Industri Rantaian Bekalan dan Logistik seperti Ninja Logistics Sdn Bhd, Shopee Express,
Line Clear Express and Logistics dan Rapid Rail Sdn Bhd serta pelbagai industri penting
dalam negara. Manakala, bagi sektor perkhidmatan awam pula adalah seperti Jabatan
Perangkaan Malaysia, PERKESO, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah,
Jabatan Audit Negara dan pelbagai lagi. Sejumlah 48.3% daripada alumni yang telah
bekerja mendapat pekerjaan kurang dari 3 bulan selepas tamat pengajian. Manakala,
18.4% mendapat pekerjaan antara 3 hingga 6 bulan selepas menamatkan pengajian.
Terdapat 70.9% daripada alumni yang bekerja pernah mengikuti kursus khas anjuran
UiTM Cawangan Negeri Sembilan di dalam modul pembangunan pelajar seperti Big
Data Analytic, Microsoft Excel dan SAS yang mana kebanyakan diantara mereka adalah
pelajar yang memilih aliran Big Data dalam pengajian mereka. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan bahawa statistik adalah salah suatu bidang penting dan relevan dalam
industri negara.

Statistik Status Pekerjaan Alumni Statistik

Sebagai konklusi, bidang statistik bukanlah suatu bidang yang harus dipandang enteng.
Bidang ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membangunkan
negara. Peranan UiTM, pusat pengajian dan pensyarah dalam merancang pelbagai
bengkel dan program yang bersesuaian dengan peredaran dan perkembangan kerjaya
amat penting bagi memantapkan lagi bidang ini. Bagi pelajar pula, selain penguasaan
yang baik dalam ilmu statistik, pelajar juga perlu diterapkan dengan kemahiran insaniah
sepanjang pengajian mereka. Kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran
kreatif dan penyelesaian masalah juga perlu dipelajari dari masa ke semasa. Ini kerana,
bakal majikan bukan sahaja menilai daripada sudut akademik, tetapi juga kemahiran
insaniah yang turut dianggap penting di dalam pemilihan calon pekerja. Akhir kata,
penulis percaya bahawa usaha dan peranan yang ditunjukkan oleh UiTM, pusat
pengajian, pensyarah dan pelajar sendiri mampu menghasilkan graduan statistik yang
berkualiti dan seterusnya memastikan bidang statistik ini kekal relevan dalam pasaran
pekerjaan di negara ini.

56

HALA TUJU GRADUASI AM226

MUHAMAD SYAFIQ HASSAN, NUR ZUHAIRAH ZAHR, MARNI HJ GHAZALI,
FARAH ADILLA AD RAHMAN & NUR AISHAH HANIM MOHD HASHIM

Program ini telah dijalankan bertujuan untuk

memberi pendedahan terutamanya kepada

mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda

Pentadbiran Alam Sekitar terutamanya bagi

mereka yang sedang berada dalam semester

4, 5 dan 6 kerana mereka adalah golongan

yang tidak lama lagi akan menamatkan

tempoh pengajian. Melalui pelaksanaan

program ini, mahasiswa akan lebih bersedia

dalam merancang hala tuju mereka di masa

hadapan kerana mereka mendapat

pendedahan luas melalui program ini

terutamanya tentang bidang atau sektor yang

Poster hebahan “HALA TUJU GRADUASI AM226” mungkin boleh diceburi oleh mereka di masa
yang disertai Mahasiswa dan penasihat hadapan. Program ini merupakan salah satu
projek di bawah PROJEK PENYELIDIKAN
akademik UiTM Negeri Sembilan, Kampus DENGAN KOMUNITI, Unit of Industry,
Seremban 3 terutamanya bagi mereka yang

sedang berada pada semester 4, 5 dan 6.

Community & Alumni Network (ICAN), anjuran

Isu kebolehpasaran dalam pasaran kerja oleh Persatuan Bachelor of Environmental
dan hala tuju pelajar selepas menamatkan Administration (BEVA), Fakulti Sains
pengajian sebagai graduan bertaraf Ijazah Pentadbiran dan Pengajian polisi, UiTM
Sarjana Muda adalah amat penting. Ianya Kampus Seremban 3.

merupakan salah satu agenda Pelan
Pendidikan Nasional negara, serta Program yang telah berlangsung pada 27 Jun
Perancangan Strategik Fakulti yang seiring 2021 dengan menggunakan Platform
dengan gagasan UiTM sendiri. Persatuan Microsoft Teams. Program ini juga telah
BEVA (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada
Alam Sekitar) telah mengadakan program pukul 9 pagi hingga 11 tengah hari. Kumpulan
“HALA TUJU GRADUASI AM226” sebagai sasaran program ini adalah mahasiswa dan
salah satu program pengisian pada penasihat akademik UiTM Negeri Sembilan,
semester ini. Oleh itu, program ini telah Kampus Seremban 3 terutamanya bagi
dijalankan di bawah program “Ascar Career” mereka yang sedang berada pada semester 4,
yang mengumpulkan beberapa program 5 dan 6.

yang akan memberikan pengetahuan

kepada mahasiswa untuk meneruskan

kerjaya mereka di masa hadapan.

57

Dr. Shawal Sahid Hamid@Hussain beramah Penceramah jemputan, tetamu jemputan,
mesra bersama peserta program sebelum barisan ahli jawatankuasa serta para peserta

majlis bermula. bersiap sedia untuk sesi bergambar yang
dijalankan di penghujung majlis.

Penilaian program daripada peserta Peserta telah memberikan penilaian program
yang amat positif terhadap program ini.

Kesimpulan

Program “Hala Tuju Graduasi AM226” telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun
2021 iaitu pada hari Ahad. Sebagai langkah penambahbaikan program yang berbentuk
seperti ini di masa akan datang, peserta bersependapat adalah lebih baik jika waktu
pelaksanaan program dipanjangkan, agar lebih ramai pelajar mempunyai kesempatan
untuk bertanyakan soalan.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI,
MASYARAKAT DAN ALUMNI (PJIM&A),
UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN


Hakcipta@2021 PJIM&A UiTMCNS


Click to View FlipBook Version