The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Graduasi PTE SMK Tagasan Kali Ke-10 di Hotel Seafest

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asura Jz, 2024-04-24 06:11:36

Buku Atur Cara Majlis Graduasi

Majlis Graduasi PTE SMK Tagasan Kali Ke-10 di Hotel Seafest

Majlis Graduasi Kali ke-10 PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN SEMPORNA


Dirasmikan Oleh 27 April 2024 (Sabtu) Grand Ballroom Hotel Seafest, Semporna Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SEJARAH RINGKAS PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN Program Pengajian Persediaan Universiti atau Tingkatan Enam SMK Tagasan mula ditubuhkan pada tahun 2005, iaitu kohort Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2006. Pada peringkat awal, Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan beroperasi di bangunan sekolah Blok C SMK Tagasan dengan hanya mempunyai dua buah kelas, iaitu satu kelas 6 Atas dan satu kelas 6 Bawah. Pada tahun 2008, bilangan kelas bertambah kepada tiga buah kelas untuk setiap tingkatan disebabkan permintaan yang tinggi oleh pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran ke pengajian Tingkatan Enam atau Prauniversiti. Bermula tahun 2012, kelas Tingkatan Enam SMK Tagasan berpindah ke bangunan khas yang diberi nama Blok Prauniversiti SMK Tagasan dan kemudiannya diberi penjenamaan menjadi Blok Harmoni pada tahun 2023. Di samping itu, pengurusan Tingkatan Enam atau Prauniversiti SMK Tagasan telah dikemudi oleh dua orang penolong kanan sepanjang penubuhannya. Sepanjang tahun 2008 hingga tahun 2015, pengurusan Tingkatan Enam atau Prauniversiti SMK Tagasan diselia oleh Encik Mohammad Ahad bin Abd. Laja (Sejarah) yang kemudiannya diteruskan oleh Encik Amir Kassan bin Attan sejak bulan Ogos 2015 sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2023, Encik Amir Kassan dibantu oleh Ketua-ketua Unit yang terdiri daripada Encik Shorab bin Syed Ali, Puan Rogayah binti Hussin dan Cik Hafizah binti Maasad. Pusat Tingkatan Enam atau Prauniversiti SMK Tagasan kini mempunyai 14 orang Guru Akademik dan seorang kaunselor yang menguruskan pelajar Tingkatan Enam seramai 168 orang setakat tahun 2024. Menyingkap sejarah pencapaian STPM SMK Tagasan dari tahun 2006 hingga 2022, Pusat Tingkatan Enam atau Prauniversiti SMK Tagasan telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang mencapai keputusan 4A dengan pointer 4.00, antaranya Rasidah binti Arbain (STPM 2009), Sulaiman bin Muhtar (STPM 2013), Anel bin Musid dan Hasni binti Mahalia (STPM 2015), Mohammad Qadri bin Aidi (STPM 2017), Ernidah binti Mekih (2019), Mashuri binti Hussien dan Nurjannah binti Angngi (STPM 2020).


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ATUR CARA MAJLIS 8.00 am : Ketibaan Pelajar dan Barisan Guru Akademik 8.30 am : Ketibaan Tetamu Kehormat 9.00 am : Perarakan Masuk Para Penerima Sijil Graduasi Tahun 2024 9.15 am : Perarakan Masuk Tetamu Kehormat dan Barisan Guru Akademik Tingkatan Enam (GATE) 9.30 am : Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku 9.45 am : Pengisytiharan Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Tahun 2024 : Alunan Surah Al-Alaq : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan Pengetua : Ucapan Perasmian : Pengisytiharan Jumlah Pelajar Senior 2023 : Penganugerahan Sijil Graduasi 2023 : Persembahan Multimedia : Penyampaian Anugerah Gemilang Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Anugerah Khas Kokurikulum Anugerah Khas Hal Ehwal Pelajar Anugerah Kehadiran 100% Anugerah Khas Hal Ehwal Pelajar Anugerah ICON Hal Ehwal Pelajar Anugerah Khas Akademik Anugerah Kecemerlangan MUET 2023 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Anugerah Terbaik Mengikut Kelas


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 : Persembahan Selingan Anugerah Khas Akademik (Sambungan) Anugerah Mata Pelajaran Lulus 100% STPM Tahun 2022 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Mencapai GP 3.00 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik PPD Anugerah Lonjakan Saujana Anugerah TOPAZ Anugerah Tunas Harapan STPM 2024 Anugerah Penghormatan Pengetua Tahun 2023 : Penyampaian Cenderamata Perasmi : Pengisytiharan Penangguhan Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Tahun 2024 11.00 am : Perarakan Keluar Tetamu Kehormat 11.05 am : Sesi Bergambar Rasmi 11.30 am : Bersurai


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SECETUS BICARA (Penolong Kanan Tingkatan Enam) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan, Kitalah Harapan, Kitalah Di Hadapan.. Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah S.W.T., kita dapat berhimpun dalam Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam atau Prauniversiti SMK Tagasan kali ke-10 tahun 2024 yang diadakan pada hari ini. Saya mewakili warga pentadbir dan guru-guru akademik Tingkatan Enam SMK Tagasan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini bagi sama-sama meraikan kejayaan putera-puteri PTE SMK Tagasan. Majlis pada hari ini juga berasa begitu bertuah kerana turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan kita. Terima kasih kerana menyokong usaha PTE SMK Tagasan. Pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana atas keredhaanNya jua kita diberi peluang untuk menghadirkan diri ke majlis yang sungguh bermakna ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang telah membantu meningkatkan imej PTE SMK Tagasan untuk sekali lagi mencatat sejarah merakam memori indah dalam peperiksaan STPM dan Malaysian University English Test (MUET). PTE SMK Tagasan telah berjaya mencatatkan peningkatan untuk Gred Purata Sekolah (GPS) apabila memperoleh GPS 2.80 dalam STPM 2022 berbanding GPS 2.71 dalam STPM 2021. Berkat usaha semua pihak, PTE SMK Tagasan juga telah berjaya mencatatkan keputusan lulus penuh 100% buat tahun ke-8 berturut-turut, iaitu sejak tahun 2015 lagi. Majlis Graduasi PTE SMK Tagasan merupakan majlis tahunan yang diadakan sejak tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun kelima majlis ini diadakan di Hotel Seafest. Sesungguhnya majlis ini dilaksanakan khusus untuk menzahirkan penghargaan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar PTE SMK Tagasan tahun 2023 ini. Selain itu, majlis ini diharap mampu untuk menyuntik semangat calon STPM tahun 2023 dalam mengejar impian dan cita-cita dalam hidup.


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah buat pelajar-pelajar STPM 2023 PTE SMK Tagasan yang berjaya ke IPTA kelak. Pada kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak ibubapa, barisan guru akademik dan pentadbir serta pelajar-pelajar PTE SMK Tagasan yang telah bertungkus lumus memastikan Majlis Graduasi edisi kali ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada tuan perasmi, tetamu VIP dan para ibubapa serta penjaga yang sudi hadir majlis pada hari ini. Akhir kalam, semoga segala usaha yang dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan kejayaan anak-anak PTE SMK Tagasan akan sentiasa mendapat limpahan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. “KITALAH HARAPAN, KITA DI HADAPAN” Encik Amir Kassan bin Attan, Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Tagasan, Semporna. Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SEUNTAI KATA (Pengetua) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam SMK Tagasan Bertekad Cemerlang Bersama... Syukur Alhamdulillah dengan izin dan keredhaan Allah S.W.T., Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan kali ke-10 ini berjaya dilaksanakan. Saya mewakili warga pendidik SMK Tagasan amat mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini bagi sama-sama meraikan kejayaan anak-anak kita. Saya juga berasa begitu bertuah dan bersyukur kerana majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan kita. Keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan pastinya akan menyuntik lebih semangat kami warga pendidik, para ibu bapa, khususnya warga PTE SMK Tagasan untuk terus membangunkan dunia pendidikan juga meningkatkan martabat negara secara holistik. Sesungguhnya, kehadiran para ibu bapa dan penjaga diharap mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin antara kita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi Kali ke-10 Tahun 2024 ini kerana telah berjaya merealisasikan majlis ini dengan penuh gemilang di lokasi penuh prestij ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah buat putera puteri Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan yang telah berjaya menghabiskan pengajian di peringkat prauniversiti ini. Majlis ini juga diadakan sebagai perangsang dan pemberi motivasi kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini. Malah, saya berharap majli ini mampu merakamkan nostalgia penuh makna dalam lipatan sejarah warga pendidik dalam pelajar PTE SMK Tagasan. Seterusnya, buat putera puteri PTE SMK Tagasan, saya berharap sentuhan majlis ini dapat membuatkan anakanda putera dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan barisan pendidik anda di SMK Tagasan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar. Warga pendidik SMK Tagasan amat berharap kalian dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih


tinggi, seterusnya dapat berkongsi kepakaran dan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Sebenarnya, peperiksaan STPM hanyalah titik permulaan akan kehidupan yang bakal ditempuhi. Kelak akan terbentang pelbagai ranjau dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang utuh dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan kalian meneruskan perjalanan hidup dengan penuh sabar. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kalian. Sebagai penutup, teruskan melangkah bagi memertabatkan dunia pendidikan negara kita. Buat ibu bapa dan penjaga sekalian, iringilah perjuangan anak-anak kita ini dalam menempuh liku ranjau ujian kehidupan dan alam pekerjaan nanti dengan doa yang berterusan agar kecemerlangan yang diharapkan mampu direalisasi. Buat pelajar-pelajar senior PTE SMK Tagasan sekalian, ingatlah bahawa perjuangan hidup kalian belum berakhir. Teruskan berjuang, sulami perjuangan dengan usaha dan doa yang berterusan, sifat tawaduk dan tidak sekali-kali memiliki sifat takbur dan bangga diri, serta sentiasa bersyukur demi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Semoga PTE SMK Tagasan mampu melakar lebih banyak kejayaan gemilang pada masa hadapan dengan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. “BERTEKAD CEMERLANG BERSAMA” Tuan Umar bin Katek, Pengetua Sekolah, SMK Tagasan, Semporna. Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SEKAPUR SIRIH (Perasmi) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengetua dan guru-guru serta barisan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi Prauniversiti SMK Tagasan Kali Ke-10 Tahun 2023 yang sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang yang penuh gemilang ini. Syabas kepada warga SMK Tagasan khasnya kepada barisan pentadbir yang dipimpin oleh Tuan Pengetua, Yang Berusaha Tuan Umar bin Katek dan Guru-Guru Akademik Tingkatan Enam kerana telah berjaya merealisasikan majlis yang begitu bermakna seperti ini. Secara peribadi, saya amat yakin penganjuran majlis seperti ini mampu memberi impak yang besar dalam diri pelajar SMK Tagasan dan anak-anak Semporna, amnya untuk terus cemerlang. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Hadirin sekalian, Saya berbangga kerana majlis sebegini dapat diadakan di daerah yang jauh terletak di hujung Pantai Timur Sabah. Hal ini secara tidak langsung akan membuka mata dan minda para pelajar untuk mengorak langkah, membangunkan potensi diri dan membawa perubahan dalam keluarga. Saya percaya, majlis penghargaan seperti ini, mampu menggerakkan motivasi pelajar ke arah kecemerlangan pendidikan. Semoga segala usaha ini dapat membantu merealisasikan hasrat pihak sekolah, juga Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dan Jabatan Pendidikan Negeri serta Kerajaan Negeri untuk melahirkan pelajar Prauniversiti dari negeri Sabah yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan terutama sekali dalam pendidikan dan keperibadian diri. Hadirin yang saya hormati, Sesungguhnya, memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan seperti STPM amat penting sebagai tiket untuk meneruskan impian menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi di universiti dalam negara mahupun luar negara. “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Besar kemungkinan anda akan ditawarkan untuk menyambung pengajian di universiti ternama, bukan sahaja dalam negara malah universiti di luar negara dengan penajaan daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta.


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Tuan-tuan dan Puan-Puan, Pelajar-pelajar Prauniversiti harus sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerohanian agar tidak ketinggalan dalam apa jua bidang. Kemampuan menguasai ilmu mampu melahirkan sebuah masyarakat berilmu dan keperibadian mulia serta dapat merealisasikan aspirasi negara. Saya berharap pada tahun ini SMK Tagasan sekali lagi dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang akan mengharumkan nama baik sekolah dan daerah Semporna, juga negeri Sabah. Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, SMK Tagasan telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam STPM dengan pencapaian 4 Prinsipal A iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bermula STPM tahun 2009, kemudiannya pada STPM tahun 2013, dua orang dalam STPM 2015, seorang pada STPM 2017, seorang pada STPM 2019, dan dua orang dalam STPM 2020. Sungguh, kejayaan gemilang seperti ini perlu diwarisi oleh generasi SMK Tagasan dan anak-anak Semporna. Saya juga secara peribadi amat kagum tatkala melihat kejayaan SMK Tagasan apabila sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di daerah Semporna yang telah mengekalkan keputusan Lulus Penuh 100% selama LAPAN tahun berturut-turut dalam STPM 2015 hingga STPM 2022 serta memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) yang telah mengatasi Gred Purata (GP) Negeri dan Kebangsaan. Kejayaan seperti ini perlu diteruskan dan menjadi cabaran besar buat pelajar-pelajar Senior dan Junior Tingkatan Enam agar dapat mengekalkan momentum kejayaan SMK Tagasan ini. Para pelajar yang diraikan, Para sarjana dan bijak pandai ada membuat tamsilan iaitu “Belajar pada waktu kecil bagai mengukir di atas batu, belajar sesudah dewasa bagai mengukir di atas air”. Anda masih muda. Belajarlah untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Perjalanan untuk memburu kejayaan dalam hidup masih jauh dan terbentang luas. Jangan mempersiakan peluang yang ada, kerana kata sarjana, “Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya umpama lampu yang kehabisan minyak, semakin lama semakin malap, dan kemudiannya terus menjadi gelap.” Justeru itu, fikir-fikirkanlah. Setinggi-tinggi tahniah saya zahirkan kepada pihak pentadbir, guru-guru akademik, dan para pelajar Prauniversiti SMK Tagasan serta Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi tahun ini kerana telah berjaya merealisasikan majlis dengan penuh gemilang. Kepada para ibu bapa dan semua pendidik, saya berharap kerjasama yang erat dapat dimantapkan seterusnya mampu menangani apa jua masalah anak-anak kita di sekolah. Semoga usaha gigih ini akan diteruskan demi agama, negara, dan bangsa. Sekian, terima kasih.


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Pensyarah Prauniversiti SMK Tagasan TUAN UMAR BIN KATEK Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan Matematik Universiti Putra Malaysia, Selangor PPPS DG54 CIK HAFIZAH BINTI MAASAD Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL Universiti Malaysia Sabah, Sabah GATE MUET DG44 PUAN ROGAYAH BINTI HUSSIN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sosial Geografi / Sejarah Universiti Malaysia Sabah, Sabah GATE Sejarah DG48 ENCIK SHORAB BIN SYED ALI Sarjana Pendidikan Teknologi Instruksional Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Pengajian Am DG44 ENCIK AMIR KASSAN BIN ATTAN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Seni Visual DG48


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ENCIK YUSSOP BIN JAHARUN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor GATE Ekonomi DG52 PUAN HARTINI BINTI THAMRIN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Kedah GATE Pengajian Perniagaan DG48 ENCIK JASNI BIN AB. SINEE Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan Geografi / Sejarah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang GATE Sejarah DG44 ENCIK MOHD FHAZRULAFIFI BIN ZAINOR AZIZI Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Pengajian Am DG44 CIK SUHAIRI BINTI ABD LATIF Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Bahasa Melayu DG44


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ENCIK NAZIR BIN NAJARIN Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Geografi DG44 ENCIK AZUAN BIN TAKDIR Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Sejarah DG41 PUAN OLIVIA BINTI PHILIP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL Universiti Tun Abdul Razak, Selangor GATE MUET DG41 CIK SITTI HASMAH BINTI JAIB Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak GATE Pengajian Am DG41 PUAN NORAINIE BINTI SHAFIE Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Guru Kaunselor DG44 ENCIK MOHD MAZNIH BIN NAJIM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sosial Geografi Universiti Malaysia Sabah, Sabah GATE Geografi DG44


BIL NAMA PELAJAR 1 AIRRUL SHAZWAN BIN KARININ 2 AKMAL ADIB BIN PALAMANI 3 AZMAN BIN KHALID 4 CRISTY SANA 5 FIRA INSIRA BINTI SINARDAY 6 KHAIRUNNISA ADAWIYAH 7 MOHAMAD ANIQ AQIL BIN JAIMAL 8 MOHAMMAD NAWI BIN NORALAM 9 MOHD AZNIL BIN ABDUL KAFRAH 10 MOHD ILHAM BIN YUSRAN 11 MUHAMMAD AZMI BIN JALAH 12 MUHAMMAD SHAHZIMIE BIN USME 13 NORLINA BINTI HANCHAM 14 NORSYUHADA BINTI ALI Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Penganugerahan Sijil Graduasi Ekonomi 2023


BIL NAMA PELAJAR 15 NUR ALIAH ADIBA BINTI ISMAIL 16 NURFADILA BINTI DAHRUD 17 NURALIA BINTI AJES 18 NURNISA AFIQAH BINTI ABD RASHID 19 NURUL ALLEYA MAYSARAH BINTI JAMALUDIN 20 SAHRIFAH BINTI SALLEHAJIH 21 SITI NUR AISYAH BINTI MORNI WONG 22 SITI SUHANA BINTI MOHAMMAD SALLI 23 SYAKIRAH BINTI HAMIRUDDIN 24 WARDINA SHYFIQAH BINTI UMMAL SALLEH 25 MUHAMMAD YUSRI BIN AB RAHMAN 26 AMISA NURUL HUDA BINTI RASAH 27 NURSYAEDAH BINTI HAMDAN Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Penganugerahan Sijil Graduasi Geologi 2023 BIL NAMA PELAJAR 1 ARSYA ROZIANA BINTI ABDUL KADIR 2 ARTINA HARISHAH BINTI ABDUL MUNIB 3 BORHAN BIN INARUN 4 EDZMA DANIEL BIN MOHD HASHIM 5 LIZAH BINTI MOHAMAD @ HASAN 6 MOHAMMAD RIZAN BIN MARASIM 7 MUHAMMAD IZZAT IZZUDDIN BIN HADIS 8 MUHAMMAD RUZAINI RIZAN BIN ROSSI 9 NASHAFIFAH BINTI NASIR 10 NOR SAFINA BINTI ISMAIL 11 NORHASHIMAH BINTI IBNO HASHIM 12 NORSYAHIDAH BINTI ABD SAID 13 NUR AISYAH AIN BINTI ROSLEH 14 NUR FATIN SHYERAH BINTI SAMSUDDIN


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 BIL NAMA PELAJAR 15 NURLIYANA BINTI RAMLEH 16 NURMILA BINTI LADJASA 17 NURUL AIN NADZLIA RAMADANI BINTI TAJUDDIN 18 NURUL HAMIZAH BINTI SARIFUDIN 19 RAIS NOR BIN OMAR HITAM 20 RINDIANI 21 ROHAYU BINTI RASIF 22 SHARMILA BINTI MAZZLAN 23 SITTI AISYAH BINTI JAFRI 24 WIRDIANI BINTI RUSTAM 25 YASIN BIN HARIS 26 MOHAMMAD TAUFIQ FIRDAUSY BIN ARAS 27 ROZAIMA BINTI MUHAJIR 28 HAIKEL 29 NUR FARAH HARITHMAH BINTI HARISIN 30 NUR IZYAN WEE


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 Penganugerahan Sijil Graduasi Artistik 2023 BIL NAMA PELAJAR 1 AFZAINIZAM BIN MOKHTAR 2 AZAMI BIN ARMAN 3 CT NURHANA HIDAYU BINTI NURAHIM 4 ESNIHANNAH BINTI KANNI 5 EZRAN ALIFF BIN AHMAD SALLEH 6 MAZWIN BIN MAZLAN 7 MOHAMMAD HAIKAL BIN SARAKAL 8 MOHD AL NASHIR BIN BASIR 9 MUHAMMAD FARID BIN MAD SARIP 10 MUSLIHUDDIN BIN MORSID 11 NOR FAEZAH BINTI MOHD YUSUF 12 NUR HASIMAH BINTI LAUDI 13 MAYSARAH BINTI ABDUL SARI 14 NURUL ASHLIANA BINTI ABDIN HAMID


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 BIL NAMA PELAJAR 15 NURUL MURSYIDAH BINTI MOHD KADAPI 16 NURSHUHADAH BINTI AYYUB 17 PUTERI MUFRIKA BINTI GAIM 18 RYDANURAMYRAH BINTI REYDANTE 19 SITTI BALQIS BINTI JIRRY 20 SITTI JUMDAH BINTI AKMAN 21 NUR BALQIS ADILAH BINTI MUHAMAD MEDAN 22 NURUL NATASHA BINTI MANSOR 23 NUR AISYAH BALQIS BINTI SULAIMAN 24 NURADILA BINTI ABDU RAZAK 25 HAIRUL BIN OMAR 26 MOHAMMAD SUFIAN BIN AZMIL 27 NORAZMI ZALNIJAM BIN ABDUL RAJAK


ANUGERAH KOKURIKULUM Anugerah Khas Kokurikulum 1. NURUL ASHLIANA BINTI ABDIN HAMID 6A3 Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH GEMILANG PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR (HEP) Anugerah Kehadiran 100% 1. SITTI BALQIS BINTI JIRRY 6A3 2. NUR ALIAH ADIBA BINTI ISMAIL 6A1 3. MUHAMMAD SHAHZIMIE BIN USME 6A1 4. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1 ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR (HEP) Anugerah Khas Khas Hal Ehwal Pelajar (HEP) 1. AZMAN BIN KHALID 6A1 2. SITI NUR AISYAH BINTI MORNI WONG 6A1


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Kecemerlangan MUET 2023 1. NORSYUHADA BINTI ALI BAND 4 2. CRISTY SANA BAND 4 3. NURNISA AFIQAH BINTI ABDUL RASHID BAND 4 4. SITTI AISYAH BINTI JAFRI BAND 4 5. KHAIRUNNISA ADAWIYAH BAND 4 6. SITI NUR AISYAH BINTI MORNI WONG BAND 4 7. AMISA NURUL HUDA BINTI RASAH BAND 4 8. AKMAL ADIB BIN PALAMANI BAND 4 9. MOHD ILHAM BIN YUSRAN BAND 4 10. NURALIA BINTI AJES BAND 4 11. NUR ALIAH ADIBA BINTI ISMAIL BAND 4 ANUGERAH HAL EHWAL PELAJAR (HEP) Anugerah ICON Hal Ehwal Pelajar (HEP) 1. NUR FATIN SHYERAH BINTI SAMSUDDIN 6A2


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Pengajian Am 1. AZMAN BIN KHALID 6A1 2. MOHAMAD AINQ AQIL BIN JAIMAL 6A1 3. MUHAMMAD SHAHZIMIE BIN USME 6A1 4. MUHAMMAD YUSRI 6A1 5. NORSYUHADA BINTI ALI 6A1 6. NUR ALIAH ADIBA BINTI ISMAIL 6A1 7. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1 8. SITI NUR AISYAH BINTI MORNI WONG 6A1 9. SYAKIRAH BINTI HAMIRUDDIN 6A1 10. NURUL HAMIZAH BINTI SARIFUDIN 6A2 11. RINDIANI 6A2


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu 1. MOHD AZNIL BIN ABDUL KAFRAH 6A1 2. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Sejarah 1. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Seni Visual 1. MOHD AZNIL BIN KAFRAH 6A1


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Pencapaian Terbaik Mengikut Kelas Kelas Senior Ekonomi 1. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1 2. MOHD AZNIL BIN ABDUL KAFRAH 6A1 3. NUR ALIAH ADIBA BINTI ISMAIL 6A1 Kelas Senior Geologi 1. LIZAH BINTI MOHAMMAD @ HASSAN 6A2 2. NURUL HAMIZAH BINTI SARIFUDIN 6A2 3. WIRDIANI BINTI RUSTAM 6A2 Kelas Senior Artistik 1. EZRAN ALIFF BIN AHMAD SALLEH 6A3 2. NORAZMI ZALNIJAM BIN ABDUL RAJAK 6A3 3. AZAMI BIN ARMAN 6A3


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Mata Pelajaran LULUS 100% Tahun 2022 1. BAHASA MELAYU 100% 2. SEJARAH 100% 3. PENGAJIAN PERNIAGAAN 100% 4. SENI VISUAL 100% ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Mencapai GP 3.00 Tahun 2022 1. PENGAJIAN AM ENCIK SHORAB BIN SYED ALI ENCIK MOHD FHARULAFIFI BIN ZAINOR AZIZI CIK SITTI HASMAH BINTI JAIB 3.12 2. BAHASA MELAYU CIK SUHAIRI BINTI ABD LATIF 3.46 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Mata Pelajaran MUET Terbaik PPD Sesi 2 Tahun 2023 1. MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST CIK HAFIZAH BINTI MAASAD PUAN OLIVIA BINTI PHILIP ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Lonjakan Saujana STPM Tahun 2022 1. PENGAJIAN PERNIAGAAN PUAN HARTINI BINTI THAMRIN NAIK 0.69


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANUGERAH AKADEMIK Anugerah TOPAZ Tahun 2022 1. ENCIK AMIR KASSAN BIN ATTAN ENCIK YUSSOP BIN JAHARUN ENCIK SHORAB BIN SYED ALI PUAN ROGAYAH BINTI HUSSIN ENCIK HAFIZAH BINTI MAASAD PUAN HARTINI BINTI THAMRIN CIK SUHAIRI BINTI ABD LATIF ENCIK MOHD FHAZRULAFIFI BIN ZAINOR AZIZI ENCIK NAZIR BIN NAJARIN ENCIK MOHD MAZNIH BIN NAJIM ENCIK AZUAN BIN TAKDIR ENCIK JASNI BIN AB SINEE CIK SITTI HASMAH BINTI JAIB PUAN OLIVIA BINTI PHILIP ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Tunas Harapan STPM 2024 1. 2. ANUGERAH AKADEMIK Anugerah Penghormatan Pengetua Tahun 2023 1. MOHD AZNIL BIN ABDUL KAFRAH 6A1 2. NURSYAEDAH BINTI HAMDAN 6A1


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SEJARAH PENCAPAIAN STPM PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANALISIS PENCAPAIAN STPM 2023 SEMESTER 1


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 ANALISIS PENCAPAIAN STPM 2023 SEMESTER 2


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 SEJARAH PELAJAR TERBAIK PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN DARI TAHUN 2013 HINGGA 2022 PELAJAR CEMERLANG MUET PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN TAHUN 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (1) Penjenamaan Blok Harmoni Tingkatan 6 SMK Tagasan, Semporna Program Ambang Menara Gading pada 13 Julai 2023 Penyerahan Kit Saringan Covid-19 dan Pemeriksaan Kesihatan Tingkatan 6 Mengikut keperluan 13 Julai 2023 PTE SMK Tagasan


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (2) Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PTE SMK Tagasan pada 16 Jun 2023. Pelajar menandatangani AKUJANJI untuk cemerlang dalam STPM. Mohon Restu Pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Sebelum peperiksaan STPM 16 Jun 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (3) Penyampaian Sijil Kecemerlangan STPM Semester Satu Tahun 2023 Gotong Royong Blok Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Ziarah Cakna Penolong Kanan, KU HEP dan GATE ke Rumah Pelajar Mengikut keperluan Mengikut keperluan 12 Jun 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (4) Sukan Dalaman Tingkatan Enam SMK Tagasan (SUKTAS) Sukan Prauniversiti (SuPra-U) di Kolej Tingkatan Enam Tawau dengan Pencapaian 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan Dua Pingat Gangsa Penyampaian Anugerah Pencapaian STPM 2022 kepada Tuan Umar bin Katek, Pegetua SMK Tagasan di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu 13 Julai 2023 20-23 September 2023 13-15 September 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (5) Lawatan Penanda Aras ke Pusat Tingkatan Enam SMK Batu Sapi, Sandakan 05-07 Oktober 2023 Program Student of the Month untuk pelajar Tingkatan Enam SMK Tagasan Jan - Dis 2023 22-30 Ogos 2023 Kelas Tambahan STPM atas inisiatif PTE dan Guru.


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (6) Bacaan Surah Yasin Mingguan di Surau SMK Tagasan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Tagasan Program Hari Pendaftaran Pelajar Baharu dan Orientasi Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Tagasan 17-21 Julai 2023 Setiap hari Jumaat


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (7) Solat Sunat Dhuha dilaksanakan setiap pagi Program Pilihan Raya Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan 2023 bagi memilih anggota Majlis Tertinggi PERTESTA Perkampungan Akademik STPM 2022/2023 dengan kerjasama Unit Asrama SMK Tagasan Setiap pagi 14 April 2023 13-15 Januari 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (8) Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan kali ke-9 di Hotel Seafest Melibatkan 3 kohort STPM Seminar Teknik Menjawab Sejarah STPM Semester 2 di Grand Wing Tat Hotel, Semporna 29 September 2022 12 Ogos 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (9) Perjumpaan Kokurikulum Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Lawatan Pusat Tingkatan Enam SMK Sri Nangka, Tuaran ke Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan, Semporna 27 Oktober 2023 Mengikut takwim


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (10) 29 Oktober 2023 Kumpulan Pelajar Bertugas Harian di pintu pagar masuk SMK Tagasan setiap pagi Perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat daerah mewakili SMK Tagasan Mengikut jadual Pembentangan Head-Count pelajar STPM 2023 02 November 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 RANGKUMAN AKTIVITI PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 (11) Perhimpunan rasmi mingguan di Dataran Blok Tingkatan Enam Setiap hari Isnin Open House Pusat Tingkatan Enam sempena Hari Raya Aidilfitri Program Audit Akademik Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan 12 Januari 2024 26 Mei 2023


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 PELAJAR-PELAJAR PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TAGASAN 2022/2023 BERSAMA GURU, IBUBAPA DAN PENJAGA 6 Senior Artistik (6A3) 6 Senior Geologi (6A2) 6 Senior Ekonomi (6A1)


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Pengerusi : Tuan Umar bin Katek Timbalan Pengerusi : Encik Amir Kassan bin Attan Naib Pengerusi I : Encik Abdul Ham bin Okasa Naib Pengerusi II : Puan Wadwia binti Larawiki Naib Pengerusi III : Encik Ismail bin Haji Sapie Naib Pengerusi IV : Encik Zubir bin Osman Penyelaras : Puan Rogayah binti Hussin Setiausaha : Cik Sitti Hasmah binti Jaib Bendahari : Encik Shorab bin Syed Ali Floor Manager Encik Azuan bin Takdir Pelajar AJK Protokol, Pengacara Majlis & Bacaan Doa Encik Mohd Fhazrulafifi bin Zainor Azizi Pelajar AJK Sambutan Tetamu Tuan Umar bin Katek Encik Amir Kassan bin Attan Encik Abdul Ham bin Okasa Puan Wadwia binti Larawiki Encik Ismail bin Haji Sapie Encik Zubir bin Osman Encik Yussop bin Jaharun AJK Pendaftaran, Surat Jemputan & AJK Pelajar Cik Hafizah binti Maasad Pelajar


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 AJK Dana & Sumbangan Puan Norainie binti Shafie Cik Sitti Hasmah binti Jaib AJK Persiapan Tempat, Susun Atur Pelajar & Sistem P.A. Encik Shorab bin Syed Ali Pelajar AJK Sijil, Hadiah & Cenderahati Cik Suhairi binti Abd Latif Pelajar AJK Makanan Puan Hartini binti Thamrin Pelajar AJK Fotografi & Video Montaj Puan Olivia binti Philip Cik Salawati binti Latip Pelajar AJK Banner, Buku Program & Persembahan Encik Jasni bin Ab. Sinee Pelajar AJK Disiplin & Kawalan Pelajar Encik Nazir bin Najarin Encik Mohd Maznih bin Najim


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 PENAJA PROGRAM ~ Jutaan Terima Kasih ~


Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Tagasan Kali ke-10 CATATAN


Click to View FlipBook Version