SISTEM PENGANGKUTAN DI
CHANGLUN
NAMA:ARIF REDHAZULIRFAN BIN AZMAN
KELAS:2 IKRAM
TARIKH PERKARA
27/7/2021
Menentukan tajuk dan Kawasan pilihan bersama rakan-rakan
3/8/2021 dan mendengar taklimat dari guru geografi saya iaitu Puan
Ruzianah binti Hamid.
Melakukan perancangan tugasan untuk kajian lapangan 2021
Menentukan konsep objektif kajian bersama rakan –rakan
Melakukan penghargaan kepada guru,ibu bapa,dan rakan-
rakan saya
Menyatakan pendahuluan tentang kajian lapangan saya
Menentukan peta dikawasan kajian saya
Mentafsirkan peta yang saya pilih berdasarkan kawasan kajian
saya
31/8/2021 Menentukan hasil kajian bersama sama rakan sekelas saya.
Saya membincangkan tentang jenis pengangkutan yg berada
dikawasan Changlun.
Menyatakan faktor tentang sistem pengankutan di Changlun.
Saya memikirkan tentang kesan negatif yang berlaku di Kawasan
Changlun.
Saya mencadangkan cara untuk mengurangkan kesan negatif
yang telah dinyatakan.
Saya membuat satu rumusan tentang kajian lapangan saya
OBJEKTIF
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Allah S.W.T akhirnya saya mampu menyiapkan kajian
lapangan saya.Saya Arif Redhazulirfan bin Azman ingin merakamkan
Jutaan terima kasih kepada guru saya yang banyak membantu iaitu
Puan Ruzianah binti Abdul Hamid.Tidak lupa juga semua rakan-rakan
Saya yang telah banyak memberikan idea dan membantu saya dalam
menyempurnakan kajian lapangan ini.Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang meberi dorongan dan
Sokongan dalam menyempurnakan kajian lapangan ini.
PENDAHULUAN
Saya telah dimaklumkan oleh guru Geografi saya iaitu
Puan Ruzianah binti Abdul Hamid bahawa kerja lapangan
ini adalah wajib bagi setiap murid.Saya menjalankan
kajian lapangan ini dengan cara carian internet dan buku
teks geografi.Tajuk kajian lapangan saya ialah Sistem
Pengangkutan di kawasan Changlun.Saya telah diberi
beberapa minggu untuk menyiapkan kajian lapangan
secara individu.
TAFSIRAN
Seperti yang dapat dilihat di dalam peta di kawasan
Changlun.Hampir sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan
itu adalah tanah pamah yang rata.Hal ini menyebabkan penduduk di
sini lebih banyak menggunakan kenderaan darat seperti kereta dan
motor berbanding bot, ferry dan lain-lain.Berdasarkan peta,kegiatan
ekonomi utama penduduk di situ ialah pertanian.hal ini akan
menyebabkan kenderaan keluar masuk untuk mengambil hasil
pertanian.
HASIL KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian berkaitan sistem pengangkutan di
kawasa Changlun.Antara maklumat yang saya perolehi ialah
kawasan di sini lebih banyak kawasan pertempatan seperti
rumah,sekolah,tempat ibadat dan lain-lain.
JENIS PENGANGKUTAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Changlun,saya mendapati
bahawa di kawasan ini menggunakan pengangkutan darat dan
tertumpu kepada pengangkutan awam terutamanya bas dan kereta.
Hal ini jelas dapat di lihat kerana bentuk muka bumi di sini ialah tanah
pamah yang rata.Selain bas dan kereta penduduk disini menggunakan
motosikal .
FAKTOR
Antara faktor yang menyebab penduduk disini banyak menggunakan pengangkutan darat ialah
kerana di kawasan Changlun ini adalah bentuk muka bumi yang rata dan tidak banyak Kawasan
berbukit.Hal ini menyebabkan bentuk muka bumi ini sesuai untuk pengangkutan darat seperti
bas,kereta dan motosikal
Selain itu,faktor yg seterusnya adalah kegiatan ekonomi,kegiatan ekonomi utama penduduk disini
ialah pertanian,mereka menanam sawah padi,nenas dan lain-lain.Hal ini menyebabkan banyak
pengangkutan darat yang akan keluar masuk,sebagai contoh alat pengangkutan darat adalah lori.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
Berdasarkan rujukan saya melalui pautan internet.Saya
mendapati factor yang mempengaruhi pengangkutan awam di
Kawasan tersebut ialah bentuk muka bumi.Bentuk muka bumi
merupakan antara factor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan awam di Changlun,di mana Kawasan tersebut
merupakan kawasan tanah pamah.Kawasan tanah pamah
merupakan keadaan tanah yang rata dan sesuai untuk
pembinaan jaringan pengangkutan.
KESAN NEGATIF
Kesan negatif yang terdapat di kawasan ini adalah kesesakan lalu lintas.
Hal ini boleh menyebabkan banyak berlaku kemalangan di kawasan ini.
Selain daripada berlakunya kemalangan,kesesakan lalu lintas juga
disebabkan pengguna kenderaan bermotor memerlahankan kenderaan
mereka untuk melihat hal yang terjadi di kawasan kemalangan dan
mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.Selain itu,kesan
negative di kawasan ini adalah pencemaran udara.Hal ini disebabkan
pelepasan bahan tercemar yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor.
Hal ini juga boleh menyebabkan penduduk disini jatuh sakit akibat
terlalu banyak menghirup bahan tercemar kenderaan.Sebagai contoh
penyakit adalah asma.
CADANGAN UNTUK
MENGURANGAKAN
KESAN NEGATIF
Pada pendapat saya,cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan ini adalah dengan
menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti bas,teksi dan lain-lain.Denga cara ini
kita dapat mengurang kesesakan lalu lintas dan kemalangan yang berlaku di kawasan Changlun ini.
Di samping itu,cara untuk mengurangkan pelepasan bahan yang tercemar yang dikeluarkan oleh
kenderaan bermotor adalah dengan berkongsi kenderaan.Hal ini dapat mengurangkan
pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan,malahan dengan cara ini juga kita dapat mengurang
kos untuk penggunaan minyak
KEPENTINGAN
Antara kepentingan pengangkutan darat adalah dapat membangunkan
kawasan sekitar.Hal ini dapat membina petempatan baharu dan
memajukan kegiatan ekonomi.Sebagai contoh,pembangunan Bandar
Baru Nilai akibat pembinaan lebuh raya antara Kuala Lumpur dengan
Seremban.Selain itu,dapat membangunkan bandar satelit.Bandar satelit
menyokong bandar raya berhampiran dan sesuai dijadikan Kawasan
kediaman dan perindustrian,ianya juga dihubungkan dengan bandar
utama melalui bas,LRT dan komuter.Sebagai contoh,Petaling Jaya
menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur.
KEPENTINGAN
PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan awam juga mempunyai kepentingan antaranya
ialah dapat mengurangkan kos.Hal ini kerana penggunaan
kenderaan awam lebih murah berbanding dengan penggunaan
kenderaan persendirian,sebagai contoh bas dan teksi.Selain itu
Pengangkutan awam dapat mempertingkatkan darjah
ketersampaian.Hal ini disebabkan pengangkutan awam
memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat
dan mudah.Sebagai contoh,LRT,Komuter dan lain-lain
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyelelesaikan kerja
lapangan ini dalam beberapa minggu yang ditetapkan.Sepanjang saya
membuat kajian lapangan ini,saya dapat mengenal pasti jenis
pengangkutan di Changlun.Kajian lapangan ini juga saya dapat mengenal
pasti dan masalah negative akibat kenderaan yang dinaiki oleh kita.
Selain itu,saya juga dapat tahu cara unuk mengatasi atau mengurangkan
kesan negative yang telah dinyatakan.Oleh itu yang demikian kita
haruslah mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut dan menjamin
kawasan alam sekitar kita.