The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by redhazulirfan, 2021-09-11 08:56:32

Kajian Lapangan akmal

Kajian Lapangan akmal

KAJIAN TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN AWAN DI
KAWASAN SUNGAI LIMAU

TARIKH DAN PERKARA

~27/7/2021 MENENTUKAN TAJUK DAN KAWASAN PILIHAN. SAYA
DAN RAKAN RAKAN MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA GURU
GEOGRAFI KAMI, PUAN RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID.

~3/8/2021 MEMBUAT PENDAHULUAN DAN PERHARGAAN.

~12/8/2021 MEMBUAT TAFSIRAN PETA TOPOGRAPI DAN HASIL
KAJIAN.

~18/8/2021. MEMBUAT JENIS PENGANGKUTAN AWAM, FAKTOR,
KESAN NEGATIF DAN CARA UNTUK MENGATASINYA.

OBJEKTIF KAJIAN

~ MENERANGKAN KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM.

~ MENJELASKAN LATAR BELAKANG KAWASAN SUNGAI LIMAU.
~ MENGHURAIKAN KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM

PENGANGKUTAN DI KAWASAN SUNGAI LIMAU.
~ MENGHURAIKAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN

AWAM TERHADAP ALAM SEKITAR DAN PENDUDUK DI KAWASAN
SUNGAI LIMAU.
~ MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN
KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM SUNGAI
LIMAU.

PENGHARGAAN

SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA PENGETUA SPBI KUBANG PASU,ENCIK HARIS GANAE BIN NAINAR
KERANA MENGIZINKAN SAYA MENJALANKAN SELEPAS WAKTU SEKOLAH.
SETERUSNYA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GURU GEOGRAFI SAYA,
PUAN RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID YANG TELAH BANYAK MEMBERI
PANDUAN DAN MEMBIMBING SAYA SEPANJANG MENJALANKAN KAJIAN
LAPANGAN INI. SEKALUNG BUDI JUGA KEPADA IBU BAPA SAYA, ENCIK
SAPRI BIN RAMLI DAN PUAN NORMAH BINTI ISHAK YANG TELAH MEMBERI
DORONGAN DAN GALAKAN SERTA BANTUAN KEWANGAN SEPANJANG
KAJIAN DILAKSANAKAN. SAYA JUGA BERTERIMA KASIH KEPADA ABANG
ABANG, ADIK SAYA YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN KEPADA SAYA.
TIDAK LUPA RAKAN RAKAN SAYA YANG SENTIASA MENOLONG SAYA
DAN MENEGUR JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN.

PENDAHULUAN

SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH GURU GEOGRAFI SAYA, PUAN
RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID BAHAWA KERJA LAPANGAN INI
ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MURID. TAJUK KAJIAN SAYA IALAH
KAJIAN TENTANG SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN
SUNGAI LIMAU SEBAGAI KAWASAN KAJIAN SAYA. SELAIN ITU, KAMI
PERLU MENGKAJI PENGURUSAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG
BOLEH DILAKSANAKAN AGAR MENDATANGKAN KESAN POSITIF DALAM
KALANGAN PENDUDUK DI SUNGAI LIMAU. KAMI TELAH DIBERI MASA
SELAMA 6 MINGGU UNTUK MENYIAPKAN KERJA LAPANGAN, MENCARI
MAKLUMAT DAN DATA LALU MENYEDIAKAN LAPORAN KERJA
LAPANGAN.

PETA TOPOGRAPI

TAKSIRAN POTOGRAFI

PETA TOPOGRAPI MENUNJUKKAN KAWASAN SUNGAI LIMAU.
CIRI PANDANG DARAT YANG TERDAPAT DI KAWASAN INI IALAH
LAUT, PAYA DAN SUNGAI. MANAKALA CIRI PANDANG DARAT
BUDAYA IALAH PETEMPATAN, MASJID, JALAN RAYA DAN SAWAH
PADI.

SEBAHAGIAN BESAR BENTUK MUKA BUMI DI KAWASAN INI IALAH
TERDIRI DARIPADA KAWASAN TANAH PAMAH YANG RATA.
KAWASAN TANAH PAMAH DIGUNAKAN PETEMPATAN,
PERNIAGAAN DAN PERTANIAN.

BERDASARKAN PETA, KEGIATAN UTAMA PENDUDUK IALAH
PERTANIAN SAWAH PADI DAN PERNIAGAAN. PERNIAGAAN YANG
DIUSAHAKAN ADALAH SEPERTI KEDAI RUNCIT DAN KEDAI MAKAN.

HASIL KAJIAN

• SAYA TELAH MENJALANKAN KAJIAN TENTANG SISTEM
PENGANGKUTAN AWAN DI KAWASAN SUNGAI LIMAU.

• ANTARA MAKLUMAT YANG SAYA PEROLEH IALAH

JENIS PENGANGKUTAN

• BERDASARKAN PEMERHATIAN TERHADAP KAWASAN SUNGAI LIMAU,
SAYA DIPATI BAHAWA DI KAWASAN INI MENGGUNAKAN
PENGANGKUTAN DARAT DAN TERTUMPU KEPADA PENGANGKUTAN
AWAM, TERUTAMANYA TEKSI. HAL INI JELAS DAPAT DILIHAT DI
KAWASAN SUNGAI LIMAU KEBANYAKAN ORANG AKAN
MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK PERGI KE
SEKOLAH, KE TEMPAT KERJA ATAU HENDAK KE LUAR TEMPAT
TINGGAL. CONTOHNYA PENGANGKUTAN AWAM SEPERTI BAS ATAU
TEKSI.

FAKTOR

• BERDASARKAN RUJUKAN SAYA DI PAUTAN INTERNET, SAYA TELAH
DAPATI BAHAWA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN INI IALAH BENTUK MUKA
BUMI.

• BENTUK MUKA BUMI MERUPAKAN ANTARA FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI JARINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM
DI PEKAN AHAD SUNGAI LIMAU DALAM. DI MANA KAWASAN
TERSEBUT IALAH KAWASAN TANAH PAMAH.

• KAWASAN TANAH PAMAH MEMBOLEHKAN SALAH SATU
PENGANGKUTAN AWAM IAITU TEKSI DAPAT DIWUJUDKAN BAGI
MEMUDAHKAN PENDUDUK DI KAWASAN SUNGAI LIMAU.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

• BERDASARKAN RUJUKAN SAYA DI PAUTAN INTERNET, SAYA
MENDAPATI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN SUNGAI LIMAU IALAH
BENTUK MUKA BUMI. BENTUK MUKA BUMI MERUPAKAN
ANTARA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN INI. DI MANA
KAWASAN TERSEBUT MERUPAKAN KAWASAN TANAH
PAMAH. KAWASAN TANAH PAMAH MERUPAKAN KEADAAN
TANAH YANG RATA DAN SESUAI UNTUK PEMBINAAN
JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM.

KESAN NEGATIF

• KESAN NEGATIF YANG TERDAPAT DI KAWASAN SUNGAI LIMAU
ADALAH KESESAKAN LALU LINTAS. HAL INI BOLEH
MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA.
SELAIN ITU, KESAN NEGATIF YANG TERDAPAT DI KAWASAN INI
ADALAH PENCEMARAN UDARA. HAL INI KERANA ASAP GAS
MONOKSIDA BERLEBIHAN DARIPADA KENDERAAN SEPERTI
KERETA DAN MOTOSIKAL.

CARA MENGATASI KESAN NEGATIF

• PADA PENDAPAT SAYA, CARA UNTUK MENGURANGKAN
KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN SUNGAI LIMAU ADALAH
MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM YANG DISEDIAKAN
SEPERTI BAS, TEKSI, KERETAPI DAN LAIN-LAIN. SELAIN ITU, CARA
UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA ADALAH DENGAN
BERKONGSI KENDERAAN, MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
ATAU HANYA MENAIKI BASIKAL.

KEPENTINGAN

• ANTARA KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DARAT ADALAH
DAPAT MEMBANGUNKAN KAWASAN SEKITAR. HAL INI DAPAT
MEMBINA PETEMPATAN BARU DAN MEMAJUKAN KEGIATAN
EKONOMI. SEBAGAI CONTOH, PEMBANGUNAN BANDAR BARU
NILAI AKIBAT PEMBINAAN LEBUHRAYA ANTARA KUALA
LUMPUR DENGAN SEREMBAN. SELAIN ITU, IA DAPAT
MENINGKATKAN KEGIATAN EKONOMI DENGAN PENJUALAN
TIKET BAS DAN BAYARAN UNTUK PEMANDU TEKSI. SEBAGAI
CONTOH, PENGGUNAAN BAS DI TERMINAL BERSEPADU
SELATAN (TBS). PADA TAHUN 2011, MENCAPAI JUMLAH
SEBANYAK 40,000 ORANG PADA SETIAP BULAN. SELAIN ITU,
DAPAT MEMBANGUNKAN BANDAR SATELIT. BANDAR SATELIT
MENYOKONG JALAN RAYA BERHAMPIRAN DAN SESUAI
DIJADIKAN KAWASAN KEDIAMAN DAN PERINDUSTIAN.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

• TERDAPAT BEBERAPA KEPENTINGAN PENGANGKUTAN
AWAM. ANTARANYA IALAH DAPAT MEMPERTINGKATKAN
DARJAH KETERSAMPAIAN. HAL INI DISEBABKAN
PENGANGKUTAN AWAM MEMUDAHKAN KITA SAMPAI KE
DESTINASI DENGAN CEPAT DAN MUDAH. CONTOHNYA LRT,
KOMUTER DAN LAIN-LAIN. SELAIN ITU, KEPENTINGAN
PENGANGKUTAN AWAM ADALAH DAPAT MENJIMATKAN KOS.
HAL INI KERANA PENGGUNAAN KENDERAAN AWAM
ADALAH LEBIH MURAH BERBANDING DENGAN MENAIKI
KERETA SENDIRI. SEBAGAI CONTOH, BAS DAN KOMUTER.

RUMUSAN

• SAYA AMAT BERSYUKUR KERANA TELAH BERJAYA MENYIAPKAN
KERJA LAPANGAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN.
SEPANJANG SAYA MEMBUAT KAJIAN LAPANGAN INI, SAYA DAPAT
MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENGANGKUTAN AWAM DAN MENGENAL PASTI JENIS
PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN SUNGAI LIMAU. KAJIAN
LAPANGAN INI JUGA DAPAT MENGENAL PASTI KESAN NEGATIF
DAN CARA UNTUK MENGATASINYA. OLEH YANG DEMIKIAN, KITA
PERLULAH MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF DAN
MENJAMIN KAWASAN ALAM SEKITAR.


Click to View FlipBook Version