The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PARIT MELANA KALI KE-48
SABTU, 4 MEI 2024
8.30 PAGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK PARIT MELANA-CM8 KPM-SK-CM, 2024-05-03 20:49:27

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PARIT MELANA KALI KE-48

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PARIT MELANA KALI KE-48
SABTU, 4 MEI 2024
8.30 PAGI

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE - 48 SESI 2024/2025 DIRASMIKAN OLEH ENCIK NASARUDDIN BIN RAHMAT Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. TARIKH HARI MASA TEMPAT : 4 MEI 2024 : SABTU : 8.30 PAGI : DEWAN IBNU RUSYD, SK PARIT MELANA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA. EN. NAZARI BIN MOHD ISA YDP PIBG SKPM HJH YUSNITA BINTI MOHD YUSOF GURU BESAR SKPM


Pendahuluan, Objektif dan Matlamat Atur Cara Program Sekapur Sireh Seutas Kata Guru Besar SKPM Sekapur Sireh Seutas Kata YDP PIBG Carta Organisasi PIBG SKPM Sesi 2023/2025 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Surat Jemputan Mesyuarat PIBG Surat Jawapan Mesyuarat PIBG Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-47 2022/2023 Laporan Kewangan PIBG 2022/2023 Laporan Aktiviti Mengikut Unit Sesi 2023/2024 Page Link Facebook SK Parit Melana Penghargaan 02 01 03 04 06 05 07 08 09 2 3 4 5 6 7-9 10 11 12-15 16-19 20-27 28 29 10 11 12 13


Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka merupakan satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat pendidikan. Mesyuarat Agung yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat lagi diantara ibu bapa/penjaga dan juga guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Mesyuarat Agung ini juga membolehkan masyarakat dan warga sekolah bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. Mesyuarat ini juga berperanan sebagai medan untuk membincangkan segala hal berkaitan sekolah dan mencari jalan penyelesaian sesuatu isu yang terjadi di sekolah. MATLAMAT PROGRAM Mendapatkan sokongan 100% daripada PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid. OBJEKTIF PROGRAM i. Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat berkaitan pendidikan. ii. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. iii. Mengeratkan hubungan ibu bapa dan warga sekolah. LATAR BELAKANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 2


02 9.00 pagi PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 01 8.30 - 9.00 pagi Ibu bapa dan guru SKPM akan membuat pendaftaran kehadiran di kaunter pendaftaran secara scan QR Code. Tetamu yang hadir akan mengambil tempat duduk yang disediakan sebelum majlis dimulakan. Persembahan pembuka majlis. S A B T U ATUR CARA PROGRAM MAJLIS BERMULA. Perarakan masuk VIP dan Pentadbir Nyanyian Lagu Negaraku & Melaka Maju Jaya Ucapan alu-aluan Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Ucapan YDP PIBG Ucapan Perasmian oleh : Encik Nasaruddin bin Rahmat, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Melaka. Cabutan Bertuah 1 03 10.00 pagi Persembahan 2 Jemputan akan ke meja jamuan & Ibu bapa dan guru SKPM akan berehat sebentar dan minum pagi. 04 10.45 pagi CABUTAN BERTUAH 2 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Perkara berbangkit Pembentangan laporan aktiviti Pembentangan penyata kewangan Pembentangan usul Hal-hal lain Ucapan penangguhan mesyuarat Cabutan bertuah 3 Cabutan Grand Prizes 3 0512.30 tengah hari Majlis dan mesyuarat tamat. Bersurai


PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Hjh Yusnita binti Mohd Yusof Guru Besar SK Parit Melana 4 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 bagi tahun 2024 untuk sesi persekolahan 2024/2025. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG atas segala kerjasama dan penat lelah dalam usaha yang dicurahkan bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang sesi 2023/2024 serta menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun ini. PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat iaitu ibu bapa/penjaga dengan warga sekolah. PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Justeru, peranan yang dimainkan bukanlah sedikit agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap hala tuju sekolah. Besarlah harapan saya jika kewujudan permuafakatan antara guru dengan ibu bapa/penjaga ini dapat dieratkan dengan lebih utuh dan padu. Jalinan yang penuh bermakna ini seterusnya akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak kita juga akhirnya. Saya mengambil kesempatan ini menjemput tuan/puan bermusyawarah dan berbincang dengan pihak kami terutama dalam apa jua perkara yang boleh meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan menaikkan nama sekolah. Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting bagi anak-anak untuk menimba ilmu. Sebagai pendidik, saya menyeru agar tuan/puan dapat memberi sepenuh sokongan dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat adalah demi kebaikan anak-anak kita bersama. Dalam meniti arus kemodenan, tidak dinafikan akan ada kekurangan, kekhilafan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Idea dan pendapat yang bernas daripada pihak tuan/puan amatlah kami alu-alukan demi penambahbaikan mutu kerja kami. Segala kesulitan akan cuba ditangani bersama. Sesungguhnya kami akan berusaha agar kita sama-sama memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang digubal sebegitu murni untuk kemakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia. Sekian. Terima kasih.


5 SEKAPUR SIREH SEUTAS KATA YDP PIBG SKPM Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Kepada warga PIBG SK PARIT MELANA. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersua lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 bagi tahun 2024. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran tuan puan dalam mesyuarat agung tahunan kali ini. Harapan saya, agar pertemuan dan mesyuarat ini dapat mengeratkan hubungan sekolah dengan ibu bapa serta penjaga seterusnya memberi manfaat untuk kebaikan sekolah. Sepanjang tahun 2023 dan 2024, barisan jawatankuasa bersama-sama pihak sekolah telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab atas kepercayaan yang telah diberi oleh tuan puan. Perbincangan melalui mesyuarat yang acap kali dilakukan bagi memastikan anak-anak di sekolah mendapat manfaat yang sewajarnya seperti kanak-kanak lain. Hal yang dilakukan ini sebagai tanda sokongan bagi membantu usaha pihak sekolah dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang memiliki sahsiah diri terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Anak-anak di sekolah ini dilayan sama rata dan adil, yang susah sama-sama kita usahakan bagi meringankan bebanan ibu bapa, yang sedikit sama sedikit, banyak sama-sama kita kongsikan. Seperti kami mengadakan Program Iftar bersama keluarga anak-anak yatim setelah menggembleng tenaga mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mereka. Selain itu, kami ingin anak-anak dapat belajar dalam keadaan selesa dan tidak rasa terpinggir walaupun mereka hadir daripada keluarga yang mempunyai taraf kehidupan yang berbeza. Saya percaya kejayaan dan kecemerlangan anak-anak di sekolah ini adalah usaha gigih murid, ibu bapa dan warga pendidik secara kolektif kerana kejayaan tidak dapat digapai sekirannya tiada kerjasama daripada semua pihak. Walaupun begitu, kita juga tidak terlepas daripada menghadapi cabaran dan dugaan. Sering diingatkan sama ada dalam mesyuarat agung ataupun perjumpaan-perjumpaan anjuran pihak sekolah, PIBG antara medium yang sesuai untuk kita berbincang hal-hal berkaitan dengan kemajuan dan pendidikan anak-anak. Seharusnya kita menjaga hubungan agar momentum warga pendidik dalam mendidik anak-anak berada pada tahap terbaik. Sekiranya, ada masalah yang timbul perlulah diselesaikan dengan baik tanpa membabitkan pihak luar bagi menunjukkan kesepakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Hal ini, merupakan tanda hubungan baik yang terjalin untuk membentuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita semua. Oleh demikian, permuafakatan sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 SK Parit Melana. Selamat bermesyuarat, semoga berjalan lancar dengan muafakat. Sekian, wassalam (Nazari bin Mohd Isa) Yang Dipertua PIBG SKPM


A J K PI B G SESI 2023/2025 6 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2025 Penasihat Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari : Hajah Yusnita binti Mohd Yusof : Nazari bin Mohd Isa : Azwan bin Supran : Jeffri bin Jinal : Suryahana binti Saedan Mukhtar : Fazidah Noor binti Mohd Salleh : Jazli bin Johari Ahli Jawatankuasa Guru 1. Kamisah binti Nayan 2. Khairun Nissa binti Jamaludin 3. Mohamad Azhar bin Mohd Nor 4. Nor Hidayah binti Ishak 5. Nur Iman Nasuha binti Siuri 6. Siti Norseha binti Ab Rahman 7. Syaza Iylia binti Mustapa Albistamam 8. Nur Hazirah binti Rosli 9. Siti Aisah binti Hamid 10. Mohd Bakrur Rizal bin Mohamed Rani Ahli Jawatankuasa Ibu bapa 1. Khairul Asri bin Abdul Ghani 2. Zulhisham bin Othman 3. Jasmedi bin Mohd Yatim 4. Norashikin binti Noordin 5. Nazirah binti Mohamad Lazi 6. Zuziana binti Erom @ Kadik 7. Wan Anuar bin Wan Mat Sharif 8. Zaharah binti Abdullah 9. Nurul Syazwani binti Abu Hassan 10. Faizah binti Hasmiy 11. Mahaniza binti Mahat


Jawatankuasa Kerja Penasihat: HAJAH YUSNITA BINTI MOHD YUSOF (Guru Besar SKPM) Pengerusi: NAZARI BIN MOHD ISA (Yang Dipertua PIBG SKPM) Naib Pengerusi: AZWAN BIN SUPRAN (Naib Yang Dipertua PIBG) Naib Pengerusi 1: HAJAH SITI NORITAH BINTI TOMPANG (GPK HEM) NOR FARAHANIS BINTI ABD KADIR (GPK Pentadbiran) SAFIZAN BIN ZAKARIA(GPK Kokurikulum) AINUN JARIAH BINTI JAMERAN (GPK PPKI) Setiausaha HAJI JEFFRI BIN JINAL Naib Setiausaha SURYAHANA BINTI SAEDAN MUKHTAR Bendahari Kehormat: FAZIDAH NOOR BINTI MOHD SALLEH Naib Bendahari: JAZLI BIN JOHARI Floor Manager JAZLI BIN JOHARI 7


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 AJK Fotografi ZAIRUL IMRAN BIN AHMAD ‘AIMRAN BIN HAMZAH AJK P.A Sistem/ICT MOHD USWARDI BIN AB RAHIM SITI NORSEHA BINTI AB RAHMAN AJK Sambutan NOOR HAZARULIZA BINTI HASSAN NOR HIDAYAH BINTI ISHAK AJK Gimik Perasmian dan Tayangan Multimedia NUR FARAHIYAH BINTI MOHD OSMAN NOOR AZIAN BINTI ISMAIL AJK Cenderahati VIP & Cabutan Bertuah ROSMALAILI BINTI RAHMAT NUR IMAN NASUHA BINTI SIURI ROSMANI BINTI OMAR KHAIRIAH BINTI A. RAHMAN 8 AJK Protokol/Raptai Majlis AJK Pengacara Majlis AJK Teks Ucapan VIP & Salutasi AJK Bacaan Doa AJK Penyambut Tetamu Semua AJK PIBG & Barisan pentadbir AJK Pendaftaran NORMASLINA BINTI ALIAS KHAIRUN NISSA BINTI JAMALUDIN AJK Brosur & Buku Program HAJI JEFFRI BIN JINAL SURYAHANA BINTI SAEDAN NUR HAZIRAH BINTI ROSLI NADIA ATIQA BINTI ABU HASSAN ASARI AZURA BINTI ARSHAD FAZILAN BIN OTHMAN FAZLINDA BNITI MOHD MATSHOM NGALIMI NABILAH HUDA BINTI MAT JELAN SYAZA IYLIA BINTI MUSTAPA ALBISTAMAM ROSHIDAH BINTI AHMAD ERNIE BINTI DORAHIM AHMAD ARSAD BIN AHMAD PUAT AJK Persiapan Tempat sebelum/semasa/selepas majlis MUHAMAD HAFIS BIN ISMAIL MOHD SYAIFULLAH BIN ZAKARIA MOHD AZHAR BIN MOHD NOR MOHD HELMY BIN IBRAHIM FAZILAN BIN OTHMAN dan pekerja sekolah. AJK Banner Hiasan Pentas/Latar Pentas (Backdrop) NOOR JULIEWATI BINTI AYOB ARNITA BINTI AHMAD SITI AISAH BINTI HAMID NORAIZA BINTI A. RAHMAN TAHUN 2024


AJK Jamuan VIP, Guru, Ibu bapa & Murid yang Terlibat (Sambutan & Persembahan) ZAWARIAH BINTI ABU TALIB FAEZAH BINTI MOHAMAD KAMISAH BINTI NAYAN @SHAMSUDDIN NORAIDAWATI BINTI SULONG ZURAIDAH BINTI RAMLI bersama AJK PIBG KHAIRUL ASRI BIN ABDUL GHANI ZULHISYAM BIN OTHMAN JASMEDI BIN MOHD YATIM NORASHIKIN BINTI NOORDIN NAZIRAH BINTI MOHD LAZI ZUZIANA BINTI EROM@KADIK WAN ANUAR BIN WAN MAT SHARIF ZAHARAH BINTI ABDULLAH NURUL SYAZWANI BINTI ABU HASSAN FAIZAH BINTI HASMIY MAHANIZA BINTI MAHAT AJK Persembahan FATIMAH AZAHRAH BINTI ABDUL MALEK NUR NAIMI BINTI AWANG NUR AZRINA BINTI MOHD YUSUF AJK Pencatat Minit Mesyuarat SITI NORFAQIHAH BINTI NASARUDDIN NOR AZMAH BINTI SAMIN NOOR HIKMAH BINTI MOHD NOOR HASSAN AJK Kebersihan/Keceriaan HAJI RAHMAT BIN ITHNIN MOHD BAKRUL RIZAL MOHAMED RANI (Dibantu pekerja kebersihan) 9 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 AJK Tajaan dan Cabutan Bertuah ROSHIDAH BINTI AHMAD ERNIE BINTI DORAHIM


SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 110


11 BORANG KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48


MINIT MESYUARAT 12 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MELANA KALIKE-47/2023 Tarikh :13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Kantin SK Parit Melana BAHAGIAN 1 PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 / 2023 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis 1.1 Mengalu-alukan kehadiranTetamu Kehormat, Guru Besar,YDP, guru-guru dan ibu bapa/penjaga. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. 1.0 Ucapan Guru Besar (En.Hazman bin Abd Aziz @ Abdul Ghani) 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada mesyuarat kali ke47 pada hari ini. Ini merupakan kali pertama beliau bertemu dengan ibu bapa di SK Parit Melana. Beliau mengharapkan agar mesyuarat kali ini mencapai kesepakatan dalam membuat keputusan. Beliau memaklumkan tentang bayaran lembaran kerja murid-murid dan memohon untuk mendapatkan pengesahan dan persetujuan ibu bapa tentang bayaran sebanyak RM25 daripada ahli mesyuarat. Begitu juga dengan insurans kelompok pengawal keselamatan yang bertugas dalam memastikan keselamatan lalu lintas murid-murid pada waktu awal pagi dan juga pada waktu akhir sekolah. Beliau menjelaskan bahawa keselamatan anak-anak di luar sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa. Oleh itu, guru besar mencadangkan agar pengawal keselamatan ini diberikan token kerana membantu memastikan keselamatan murid dan mengharapkan ahli jawatankuasa baharu dapat berbincang mengenai hal ini. Hasrat guru besar di sekolah ini adalah untuk meningkatkan semua prasrana sekolah terutama sekali interkom sekolah agar murid-murid dan guru dapat mendengar dengan jelas da mesej yang ingin disampaikan semasa membuat pengumuman. Untuk makluman semua, kantin SK Parit Melana baru sahaja dinaik taraf hasil sumbangan dan wakaf guruguru dalam pembelian dan penambahan kipas di kantin. Beliau mengharapkan agar segala aktiviti dan program yang dijalankan mendapat kerjasama dan ibu bapa dan guru-guru dalam melancarkan perjalanan anak-anak untuk belajar secara kondusif di sekolah. 2.0 Ucapan YDP PIBG (IR Fairullizam bin Isahak) Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir pada hari ini. Secara rawaknya, kedatangan ibu bapa hari ini tidak sampai 20 peratus. Beliau mengharapkan agar segala perbincangan pada hari ini adalah yang terbaik untuk anak-anak SK Parit Melana. Beliau menyatakan mengenai jumlah murid sekolah ini semakin ramai akibat pembukaan taman-taman baharu di sekitar sekolah. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa pihak PIBG sekolah memainkan peranan yang penting bagi memastikan prasarana sekolah berada dalam keadaan yang baik dan kondusif untuk anak-anak belajar dengan selesa. Beliau juga menyatakan dana PIBG sekolah banyak membantu menambah baik prasarana sekolah. 2.1 2.2


MINIT MESYUARAT 13 Kehadiran murid di sekolah ini juga kurang memberangsangkan. Beliau mohon semua guru dan ibu bapa dapat membantu dan bekerjasama menambaik baik segala kemudahan sekolah melalui pendekatan yang berterusan dalam memberi segala maklumat kepada ibu bapa lain. Beliau turut mengulas tentang pemberian token kepada pengawal keselamatan. Beliau menyatakan bahawa amat wajar dipertimbangkan untuk memberi token kepada pengawal keselamatan kerana faktor risiko, keselamatan dan faktor geografi kerana jalan di hadapan sekolah ini agak bahaya. Pemberian token dari pihak sekolah juga dapat memastikan dan mengekalkan pekerja tersebut kerana syarikat inusrans berubah pekerja. Beliau mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa supaya minimumkan masa menghantar anak-anak pada waktu pagi bagi memberi ruang kepada ibu bapa lain yang menunggu tidak terlalu lama. Ramai ibu bapa mengambil masa terlalu lama terutama sekali ibu bapa yang menaiki kereta. Diharapkan agar ibu bapa memberi kerjasama dalam memastikan perjalanan menghantar dan mengambil anak berjalan lancar pada setiap hari. Bagi menambah baik isu trafik ini, beliau mencadangkan agar token dimasukkan ke dalam yuran PIBG sekolah dengan penambahan daripada RM3 kepada RM5. Berhubung dengan pembayaran yuran PIBG, ahli jawatankuasa PIBG telah berbincang dan bersepakat untuk mengekalkan bayaran sebanyak RM40 bagi seorang anak dan penambahan RM10 untuk anak kedua dan seterusnya. Hal ini kerana, dana PIBG tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan projek-projek besar di sekolah. Beliau mengharapkan agar ibu bapa akur dengan sumbangan kutipan yuran tersebut. En Azwan bin Supran, wakil ibu bapa bersetuju cadangan bayaran yang dinyatakan. Namun begitu, beliau mencadangkan supaya pihak sekolah memberikan sedikit kelonggaran atau diskaun kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menjelaskan yuran tersebut. YDP PIBG memakumkan bahawa, guru-guru akan mengenal pasti ibu bapa yang kurang berkemampuan melalui senarai nama murid KWAMP dan RMT. Pihak sekolah akan berbincang untuk mengatasi masalah pembayaran yuran PIBG sekiranya ada ibu bapa yang masih tidak mampu menjelaskan. Puan Alifah selaku naib bendahari PIBG memaklumkan bahawa, jumlah pembayaran yuran PIBG sekolah ini masih belum mencapai 80% pada sesi persekolahan yang lepas. 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2022 YDP PIBG, En. IR Fairullizam bin Isahak membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-47 untuk diterima dan disahkan. Cadangan : En. Nazari bin Mohd Isa dan disokong sebulat suara. 4.0 Perkara Berbangkit Tiada 5.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Yang Berakhir pada 31 Disember 2022 Cadangan : En. Azwan bin Supran Sokongan : En. Nazari bin Mohd Isa 5.1 Pn Alifah binti Othman selaku naib bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan untuk diterima dan disahkan.(rujuk lampiran) 5.2 Pn Alifah memaklumkan bahawa sumbangan bagi pembinaan susur gajah sekolah boleh dirujuk di bahagian akhir penyata kewangan. Setakat hari ini, sumbangan yang telah berjaya dikumpul adalah sebanyak RM10,529.00


MINIT MESYUARAT 14 5.3 5.4 YDP PIBG turut memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2022, banyak aktiviti tidak dapat dijalankan. Namun begitu, atas usaha Cikgu Arrif iaitu guru kaunseling SK Parit Melana mengadakan Majlis Hi Tea, dana PIBG telah bertambah dan banyak sumbangan telah diterima hasil majlis tersebut. En Azwan bin Supran mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa guru-guru yang menjayakan Majlis Hi Tea tersebut. Beliau mencadangkan agar memberikan token kepada guru kerana telah bertungkus lumus menjayakan program dalam usaha menambaik dana PIBG sekolah. 6.0 Hal-hal Lain 6.1 En Nazari mewakili guru pemulihan SK Parit Melana memohon sumbangan daripada pihak PIBG untuk membeli buku aktiviti yang baharu bagi murid-murid kelas pemulihan. Hal ini kerana keadaaan buku tersebut telah uzur dan berusia 16 tahun. Buku ini akan digunakan oleh murid-murid tahap 1 yang masih lagi tidak mahir membaca. 6.1 Puan Khairun Nissa selaku Guru Media SK Parit Melana memohon sumbangan daripada pihak PIBG untuk membeli sebuah komputer riba khas untuk sistem automasi peminjaman buku murid-murid di pusat sumber sekolah. Untuk makluman semua, pusat sumber sekolah sedang dinaik taraf kerana semakin kecil akibat penggunaan ruang pusat sumber yang telah dijadikan kelas. 7.0 Pembentangan Usul Tiada 8.0 Pembubaran YDP PIBG, En Fairullizam bin Isahak membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 pada jam 10 pagi. 9.0 Pelantikan Pengerusi Sementara YDP PIBG menyerahkan majlis kepada Guru Besar SK Parit Melana sebagai pengerusi sementara. Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari : Nazari bin Mohd Isa : Azwan bin Supran : Jeffri bin Jinal : Suryahana binti Saedan Mukhtar : Fazidah Noor binti Mohd Salleh : Nor Alifah Binti Othman Ahli Jawatankuasa Guru 1. Kamisah binti Nayan 2. Khairun Nissa binti Jamaludin 3. Mohamad Azhar bin Mohd Nor 4. Nor Hidayah binti Ishak 5. Nur Iman Nasuha binti Siuri 6. Siti Norseha binti Ab Rahman 7. Syaza Iylia binti Mustapa Albistamam 8. Nur Hazirah binti Rosli 9. Siti Aisah binti Hamid 10.Mohd Bakrur Rizal bin Mohamed Rani 10.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023-2025


Ahli Jawatankuasa Ibu bapa 1. Khairul Asri bin Abdul Ghani 2. Zulhisham bin Othman 3. Jasmedi bin Mohd Yatim 4. Norashikin binti Noordin 5. Nazirah binti Mohamad Lazi 6. Zuziana binti Erom @ Kadik 7. Wan Anuar bin Wan Mat Sharif 8. Zaharah binti Abdullah 9. Nurul Syazwani binti Abu Hassan 10.Faizah binti Hasmiy 11.Mahaniza binti Mahat 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik daripada ibu bapa. Segala cadangan daripada ibu bapa akan diambil tindakan yang sewajarnya dan cuba menyelesaikan seberapa segera agar dapat memberi manfaat kepada semua. 11.2 YDP juga mengharapkan agar AJK baru dapat berkhidmat dengan baik untuk anak-anak murid SK Parit Melana. Tahniah dan terima kasih kepada AJK yang dilantik. 11.3 Guru besar mengucapkan tahniah diucapkan YDP baharu dan barisan ahli jawatankuasa baharu PIBG 2023. Guru besar berharap barisan ajk baharu dapat bergabung tenaga dan suara membangunkan SK Parit Melana dengan tujuan kemenjadian murid. Terima kasih kerana dapat hadir. Moga terus ceria, sepakat dalam segala kerja yang dilaksanakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 pagi. Disediakan oleh : ………………………….................. (SURYAHANA BINTI SAEDAN MUKHTAR) Naib Setiausaha PIBG 2023/2025 15


16


17


18


19


BIL NAMA PROGRAM TARIKH 1 MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN 18 APRIL 2023 2 KEM BESTARI SOLAT 1 7 JULAI 2023 3 MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA 31 JULAI 2023 4 SAMBUTAN MAAL HIJRAH 4 OGOS 2023 5 PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 7 OGOS 2023 6 MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKU EN. HELMEE 18 OGOS 2023 7 MINGGU STEM 6 - 10 NOVEMBER 2023 8 LADAP E-RPH & GC DELIMA 9 NOVEMBER 2023 9 KLINIK SAINS 13 DISEMBER 2023 10 PROGRAM CELIK KEMAHIRAN MATEMATIK 3 - 5 JANUARI 2024 11 HARI APRESIASI KECEMERLANGAN 2 FEBRUARI 2024 12 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 11 MAC 2024 13 LET'S DO IT WRITING CHILL 17 APRIL 2024 PROGRAM UNIT KURIKULUM 20


GAMBAR UNIT KURIKULUM 21 Pelancaran Minggu Bahasa Sambutan Maal Hijrah Program Transisi Tahun 1 Minggu STEM Majlis Penutup Ihya’ Ramadan Ladap e-RPH dan GC Delima Pelancaran Bulan Kemerdekaan


BIL NAMA PROGRAM TARIKH 1 PENYALURAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN FASA 1 19 JAN 2023 2 PENDAFTARAN DAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 2023/2024 16 MAC 2023 3 PELAKSANAAN RMT/ SUSU 20 MAC 2023 4 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG 22 MAC 2023 5 PENYALURAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN FASA 2 29 MAC 2023 6 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH 12 JUN 2023 7 ZIARAH CAKNA 1 13 JUN 2023 8 PENYALURAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 26 JUN 2023 9 KURSUS KETERAMPILAN PENGAWAS 8 JULAI 2023 10 PROGRAM SIHAT BERSAMA MILO 21 JULAI 2023 11 PEMERIKSAAN & RAWATAN PERGIGIAN JULAI 2023 12 KEM KEPIMPINAN DAN SAHSIAH SUPER CALIPS BERSAMA UIAM 28-30 JULAI 2023 13 CERAMAH PERGIGIAN & CARA MENGGOSOK GIGI DENGAN BETUL 28-30 JULAI 2023 14 PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN SUNTIKAN IMUNISASI UPKS 3 - 5 OGOS 2023 15 ZIARAH CAKNA 2 8 OGOS 2023 PROGRAM UNIT HEM 22


BIL NAMA PROGRAM TARIKH 16 PENYAMPAIAN SUMBANGAN NUR ALEESYA SOFEA BINTI RAZAK 25 OGOS 2023 17 PENYALURAN BANTUAN (KWAPM) FASA 2 6 SEPTEMBER 2023 18 PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 31 OKTOBER 2023 19 PELANCARAN “SMART LEARNING SPACE (SELESA)” QAISARA BALQIS BINTI MOHD FAIRUZ (6 AL-KHAWARIZMI) 1 NOVEMBER 2023 20 PELANCARAN “SMART LEARNING SPACE (SELESA)” ZURAIDAH BINTI MOHD FADRI (2 AL-BIRUNI) 13 SEPTEMBER 2023 21 PELANCARAN “SMART LEARNING SPACE (SELESA)” PUTERI NURASYIKIN (3 AL-FARABI) 14 SEPTEMBER2023 22 PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2023 23 SEPTEMBER 2023 23 JAWATANKUASA SEBUT HARGA KANTIN  6 OKTOBER 2023 24 PELANCARAN “SMART LEARNING SPACE (SELESA)” MUHAMMAD SYAUQI IRFAN BIN ADNAN (3 AL-KHAWARIZMI) 24 OKTOBER 2023 25 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK  PERINGKAT SEKOLAH  26 OKTOBER 2023 26 PENYAMPAIAN SUMBANGAN NUR ADILA ADRIANA BINTI NORFAIZAL 27 OKTOBER 2023 27 MINGGU SOLIDARITI PALESTIN  30 OKT-3 NOV 2023 28 PROGRAM HIDUP SIHAT MALAYSIA HEBAT DETTOL 2023 1 NOVEMBER 2023 29 LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT  7 NOVEMBER 2024 30 TAKLIMAT KESEDARAN SALAH LAKU SOSIAL & GANGGUAN SEKSUAL 22 NOVEMBER 2023 31 KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE 13 DISEMBER 2023 PROGRAM UNIT HEM 23


GAMBAR UNIT HAL EHWAL MURID 24 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Pelancaran “SELESA” Pelancaran “SELESA” Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Ziarah Cakna Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan Program Gotong-Royong Madani Minggu Solidariti Palestin


BIL NAMA PROGRAM TARIKH 1 MERENTAS DESA 3 MEI 2023 2 SUKANTARA 10-12 OKTOB 2023 3 KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 14 OKTOBER 2023 4 HARI SUKAN NEGARA 14 OKTOBER 2023 5 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 24 - 26 NOV 2023 PROGRAM UNIT KOKU 25 Perkhemahan Unit Beruniform t Merentas Desa Kejohanan Sukan sekolah Hari Sukan Negara


BIL NAMA PROGRAM TARIKH 1 PROGRAM IHYA’ RAMADAN PENDIDIKAN KHAS 2023 25 MAC 2023 (Sepanjang Ramadhan) 2 PROGRAM RIANG RIA KUIH RAYA PENDIDIKAN KHAS 2023 12 APRIL 2023 3 SAMBUTAN AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS 2023 11 MEI 2023 4 KARNIVAL PERMAINAN RAKYAT 2023 23 OGOS 2023 5 HARI BERTEMU WARIS PPKI 2023 21 SEPTEMBER 2023 6 KEM BESTARI SOLAT PPKI SK PARIT MELANA 2023e 28 OKTOBER 2023 7 TERAPI BOLING PPKI SK PARIT MELANA 2023 31 OKTOBER 2023 8 SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SK PARIT MELANA 2023 31 OKTOBER 2023 9 TERAPI KUDA PPKI SK PARIT MELANA 2023 30 NOVEMBER 2023 10 LAWATAN MEGA PPKI SK PARIT MELANA 2023 4 DISEMBER 2023 11 JAMUAN AKHIR TAHUN 30 JANUARI 2024 PROGRAM PPKI 26


GAMBAR PROGRAM PPKI 27 Program Ihya’ Ramadan Pendidikan Khas Sambutan Aidilfitri Pendidikan Khas Program Riang Raya Kuih Raya PK Karnival Permainan Rakyat Hari Bertemu Waris PPKI Terapi Kuda Terapi Boling


28 Jom LIKE dan SHARE Facebook SK Parit Melana untuk dapatkan info, program dan maklumat terkini tentang murid-murid dan sekolah. https://www.facebook.com/profile.php? id=100066812543949&mibextid=ZbWKwL FACEBOOK SK PARIT MELANA


P E N G H A R G A A N Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: Encik Nasaruddin bin Rahmat (Ketua Penolong Pegarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Melaka) Hajah Yusnita bin Hj Mohd Yusof (Guru Besar SKPM) Encik Nazari bin Mohd Isa (YDP PIBG SKPM) Encik Azwan bin Supran (NYDP PIBG SKPM) Barisan pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIBG, Jawatankuasa kerja, para penyumbang yang budiman, dan seluruh warga SK Parit Melana yang memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKPM kali ke-48 sesi 2024/2025.


Click to View FlipBook Version