The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7393156, 2022-07-10 04:01:17

FLIPBOOK SEJARAH - TUN DR. MAHATHIR

FLIPBOOK SEJARAH - TUN DR. MAHATHIR

TUN DR. MAHATHIR

NAMA PENUH : Mahathir Bin Mohamad
NAMA AYAH : Mohamad Bin Iskandar
NAMA IBU : Wan Tempawan Binti Wan Hanapi
TARIKH LAHIR : 10 Julai 1925
TEMPAT LAHIR : Seberang Perak, Alor Setar, Kedah
GELARAN : Tun M (Bapa Pemodenan)
PENDIDIKAN AWAL : Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Kemudian melanjutkan pelajaran di Government English
PENDIDIKAN TINGGI School (GEC), Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
PENGALAMAN AWAL : King Edward Vii College Of Medicine, Universiti Malaya,
Singapura
KEJAYAAN AWAL : Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai
seorang doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang,
Malaysia. Pada tahun 1954, beliau berkhidmat sebagai
pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis
sehingga 1957.
: Membuka klinik swasta pertama orang Melayu di Alor
Setar iaitu Maha Klinik.

PERANAN, JASA DAN SUMBANGAN

Beliau merupakan perdana menteri malaysia yang ulung. Sepanjang lebih 20
tahun memegang jawatan dalam bidang pentadbiran, beliau berjaya mengubah malaysia
daripada sebuah negara dengan masyarakat pertanian yang tiada hala tuju kepada
sebuah negara perindustrian yang dinamik. Beliau mendidik rakyatnya untuk
mengamalkan budaya ilmu dan berjalan jauh untuk belajar di luar negara kerana
golongan inilah yang kembali kemudiannya mengubah corak dan hala tuju Malaysia.
Dengan ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu
Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang juga dikenali dengan gelaran Bapa
Pemodenan Malaysia ini telah membawa perubahan yang sangat besar kepada Malaysia
bukan sahaja dari segi kemajuan dan pemodenan malahan juga dari segi kemakmuran
rakyat serta aspek-aspek lain.

Antara jasa beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 Malaysia termasuklah:
I. Wawasan 2020
II. Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya

III. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 dan merupakan rancangan 30 tahun
mengenai apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi sebuah negara yang maju. Harapan
Tun Dr. Mahathir Mohamad Ketika beliau masih menyadang jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
sepenuhnya menjelang 2020. Wawasan 2020 merupakan satu pernyataan cita-cita.
Bagaikan seorang artis, Tun M menampilkan satu falsafah yang murni yang
kemudiannya disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan. Matlamatnya ialah
pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitran yang seimbang.
Melihat kepada perancangan-perancangan yang terdapat dalam Wawasan 2020, ia
dengan jelas menunjukkan bahawa Tun M mempunyai visi yang jelas mengenai laluan ke
arah pembangunan negara. . Beliau tidak merancang Wawasan 2020 tanpa memikirkan
tentang cabaran yang bakal dilalui. Beliau memikirkan dengan teliti tentang kebaikan
dan keburukan pelaksanaan rancangan ini. Kebolehan beliau untuk merancang laluan
tersebut untuk dijadikan panduan sepanjang 30 tahun akan datang adalah sesuatu yang
luar biasa. Perasaan cinta beliau terhadap negara jelas ditunjukkan apabila beliau
sanggup memerah idea yang bukan mudah untuk difikirkan bagi merancang laluan
pembangunan, pemodenan dan kemakmuran negara.

MENARA BERKEMBAR
PETRONAS DAN PUTRAJAYA

Pada tahun 1996, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat satu lagi impiannya
menjadi kenyataan apabila stuktur tertinggi di Malaysia ditubuhkan. Menara Kuala
Lumpur yang menempatkan pusat transmisi televisyen dan telefon selular yang
merupakan menara konkrit tertinggi di dunia pada ketika itu dan semestinya mercu
tanda ibu kota yang paling bergaya dengan ketinggian mencecah 451.9 m. Namun,
pembinaan bangunan pencakar langit di tanah air tidak bernoktah di situ sahaja. Tun M
juga mengilhamkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ataupun dikenali sebagai Menara
Berkembar Petronas yang juga projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM
2 bilion pada waktu itu . Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga
selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40
hektar. Meskipun beberapa sudut dunia telah menampilkan bangunan yang lebih tinggi,
namun rekod ini masih kekal sebagai menara berkembar yang tertinggi di dunia
sehingga hari ini. Selain itu, PETRONAS juga merupakan salah sebuah syarikat petroleum
nasional yang paling berjaya di dunia pada hari ini.

Pada September 1996, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan pembinaan
bandaraya pentadbiran persekutuan Putrajaya yang bernilai 2.6 bilion di bawah
pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Putrajaya ialah sebuah bandar pentadbiran
terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti
pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan kerajaan elektronik. Putrajaya
melambangkan ego dan wawasan peribadi seseorang manusia. Tanpa Putrajaya, masalah
lalu lintas di Kuala Lumpur akan menjadi semakin teruk. Sifat Tun M yang sentiasa
meramal dan menganalisis keadaan Malaysia akan datang memberi kebaikan kepada
negara dengan adanya pelbagai rancangan menuju kemajuan dan persediaan
menghadapi cabaran. Kesungguhan beliau untuk memikirkan semua ini menunjukkan
kecintaannya terhadap negara dan mahu negaranya untuk membangun dan maju dengan
baik.

LAPANGAN TERBANG
ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR (KLIA)

Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan
pesawat yang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Tun Dr. Mahathir
telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA). Pada hari ini, KLIA merupakan salah satu hab penerbangan
terpenting di rantau Asia Tenggara. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang
utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Kini, KLIA menjadi salah
satu contoh cemerlang pembangunan negara dengan infrastrukturnya yang bertaraf
dunia. Pada April 2002, perkhidmatan kereta api berkelajuan sederhana Express Rail
Link (ERL) yang dilancarkan di KLIA menjadi salah satu factor yang membuktikan
bahawa lapangan terbang ini bertaraf dunia. Kebolehan Malaysia untuk membangunkan
kemudahan-kemudahan ini ketika di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad
adalah sangat mengagumkan dan semangat beliau untuk melaksanakan semua ini
seharusnya dicontohi oleh semua orang termasuklah pemimpin-pemimpin seterusnya.

KESIMPULAN

Jasa dan pengorbanan Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia adalah sangat luar biasa.
Kebolehannya dalam merancang pentadbiran negara dengan cara membangunkan
negara satu persatu perlu kita contohi dan ambil iktibarnya. Cara beliau melihat dunia
dengan sentiasa berpandangan jauh dan tidak mudah berputus asa walaupun dimaki
hamun dan dicemuh ketika cuba untuk membuat perubahan yang besar di Malaysia
harus dicontohi oleh generasi muda yang bakal mewarisi cucuk pimpinan negara suatu
hari nanti. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang dapat menikmati kehidupan selesa di
negara ini, saya berasa sangat bersyukur kerana terdapat insan berani seperti Tun M
yang tidak berputus asa membangunkan negara ini suatu ketika dahulu walaupun ianya
kelihatan mustahil pada mulanya. Beliau membuktikan bahawa tiada yang mustahil
dengan usaha gigih dan dedikasi terhadap sesuatu perkara.


Click to View FlipBook Version