The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by greatteacherika, 2021-06-23 10:20:36

KOMUNIKASI 2 HALA EDISI GURU

KOMUNIKASI 2 HALA EDISI GURU

Z-009-2:2015-M01/P(1/3)

COCA 01 APLIKASI KOMUNIKASI

01.01 KOMUNIKASI DUA HALA

Komunikasi Dua Hala

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. memberitahu maksud komunikasi 2 hala dengan betul.
ii. menyebut sekurang-kurangnya 2 tujuan komunikasi dengan betul.
iii. menerangkan proses komunikasi dengan carta alir yang betul.

Apakah maksud komunikasi dua hala?

Proses memindahkan
maklumat

Mencapai Komunikasi Melibatkan
matlamat Dua Hala penghantar
dan penerima

Menghasilkan
tindakbalas

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 2

Apakah tujuan komunikasi?

Menyampaikan
maklumat

Membina Tujuan Menyelesaikan
kepercayaan Komunikasi masalah

Meyakinkan
pendengar

Proses Komunikasi
1. Proses komunikasi melibatkan pemindahan maklumat dari penghantar melalui medium

seperti komunikasi lisan, tulisan, peralatan elektronik, telefon dan televisyen.
2. Proses ini melibatkan :

i. Enkod iaitu proses penghantar menterjemah maklumat atau mesej dalam bentuk
perkataan, bunyi dan tingkahlaku kepada penerima.

ii. Dekod iaitu penerima menterjemah makumat atau mesej yang diterima kepada
sesuatu yang bermakna.

iii. Mesej ialah maklumat yang hendak disampaikan.
iv. Maklumbalas ialah tindakan atau respon oleh penerima selepas memahami

maklumat atau mesej.
v. Saluran ialah medium yang digunakan untuk menghantar maklumat atau mesej.

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 3

AKTIVITI 1: Proses Komunikasi
1. Lukiskan carta alir yang menunjukkan bagaimana proses komunikasi berlaku.
2. Bentangkan hasil kerja kamu di hadapan kelas.
3. Bincangkan bersama guru dan rakan sekelas kamu.

Bincangkan.
Maklumat atau mesej yang cuba disampaikan mungkin terganggu dalam proses komunikasi.
1. Apakah yang boleh mengganggu penyampaian maklumat semasa proses komunikasi?

i. Persekitaran yang bising
ii. Halangan komunikasi (loghat/jargon/slanga)
iii. Masalah artikulasi
iv. Sikap penghantar/penerima
2. Apakah yang boleh dilakukan untuk memastikan maklumat di terima dengan jelas dan
tepat oleh penerima?
i. Mengamalkan dasar “pintu terbuka”
ii. Mendapatkan maklum balas
iii. Teliti maklumat dari semua pihak

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 4

Z-009-2:2015-M01/P(1/3)

COCA 01 APLIKASI KOMUNIKASI

01.01 KOMUNIKASI DUA HALA

Prosedur Komunikasi

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. menjelaskan kepentingan prsedur komunikasi dengan betul.
ii. menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 situasi berkait prosedur komunikasi dengan

betul.

Menjamin komunikasi 1. Urusan rasmi.
berkesan dengan 2. Melaksanakan arahan.
pekerja. 3. Permohonan dari rakan sekerja.
4. Menjawab panggilan telefon.
Prosedur 5. Penggunaan peti perakam suara.
Komunikasi 6. Penggunaan internet dan email.
7. Perbincangan formal dan tidak
Memastikan semua
pekerja melaksanakan formal.
tugas dengan betul.

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 5

AKTIVITI 2: Prosedur Komunikasi
1. Pilih 2 prosedur komunikasi yang ingin kamu bentangkan kepada kelas.
2. Buat carian di internet dan kongsikan maklumat dengan rakan sekelas kamu.

Prosedur Komunikasi Menggunakan Emel
1. Buka dan baca emel dengan segera.
2. Elakkan menambah beban penggunaan intenet.
3. Ringkaskan kandungan emel.
4. Gunakan alamat emel organisasi untuk urusan rasmi.
5. Elakkan mengubah kandungan asal emel.
6. Urus maklumat yang diterima dengan menyediakan folder

khas.
7. Waspada dengan ancaman virus.

Prosedur Komunikasi Menggunakan Telefon
1. Jawab panggilan dengan nada suara yang ceria dan bersedia membantu.
2. Perkenalkan diri dan nama organisasi kepada pemanggil.
3. Jika anda yang menghubungi, pastikan jelaskan tujuan anda membuat panggilan.
4. Pastikan maklumat pemanggil dicatat untuk tindakan lanjut.
5. Tolak panggilan promosi yang tidak berkenaan dengan baik dan sopan.
6. Jika panggilan terputus, pemanggil perlu membuat panggilan semula.
7. Semua panggilan adalah penting dan mesti dijawab dengan penuh tanggungjawab.

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 6

Z-009-2:2015-M01/P(1/3)

COCA 01 APLIKASI KOMUNIKASI

01.01 KOMUNIKASI DUA HALA

Prinsip Etika Komunikasi

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i. menerangkan kepentingan etika dalam komunikasi dengan betul.
ii. menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 prinsip etika komunikasi dengan betul.

Apakah kepentingan etika dalam komunikasi?

Memupuk sikap bermoral
dalam interaksi

Menunjukkan Etika Dalam Membantu
adab dan Komunikasi selesaikan isu
secara harmoni
tanggungjawab

Mewujudkan hubungan
erat dan mesra

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 7

Prinsip Etika Komunikasi

Menghormati
hak peribadi

Adil dan Bertanggung-
saksama jawab

Berintegriti Prinsip Etika Meraikan
(jujur, tepat, perbezaan

amanah)

Hormat dan Prihatin Mengecam
memahami terhadap komunikasi
orang lain kepeluan
individu lain negatif

Rahsia dan Keselamatan

1. Komunikasi yang beretika sangat penting dalam menjaga kerahsiaan dan
keselamatan maklumat dalam organisasi.

2. Maklumat yang dikategorikan sebagai SULIT memerlukan tandatangan pegawai
tertentu sebelum dikeluarkan.

3. Edaran maklumat di atas talian pula akan disertakan dengan kata kunci atau kata
laluan keselamatan.

4. Namun, penyimpanan maklumat secara atas talian atau softcopy masih dianggap
lemah dan tidak meyakinkan.

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 8

KOTAK TOKEN

(Pastikan kamu dapatkan token dari guru selepas menyelesaikan aktiviti dalam tajuk ini.)

AKTIVITI 1 Saya bekerjasama dalam kumpulan. Saya menanyakan soalan.

Saya sebagai pembentang.

Saya aktif menjawab soalan. Saya berfikir secara kreatif dan kritis. Saya boleh kaitkan apa yang cikgu ajar dengan
hidup saya.

AKTIVITI 2 Saya bekerjasama dalam kumpulan. Saya menanyakan soalan.

Saya sebagai pembentang.

Saya aktif menjawab soalan. Saya berfikir secara kreatif dan kritis. Saya boleh kaitkan apa yang cikgu ajar dengan
hidup saya.

Modul Perancahan Minda Core Competency Abilities Tahap 2_____________________________________________________ 9


Click to View FlipBook Version