The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Catatan perkongsian mengenai asas jalinan rambut seperti rope braid, twisted braid, waterfall braid, fishtail braid, 3 strands dan 4 strands.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by greatteacherika, 2020-05-10 00:10:28

JALINAN (BRAIDING)

Catatan perkongsian mengenai asas jalinan rambut seperti rope braid, twisted braid, waterfall braid, fishtail braid, 3 strands dan 4 strands.

COCu03 :
PENGGAYAAN RAMBUT

(HAIR STYLING)

WA 05 : JALINAN (BRAIDING)

Oleh : Cikgu Ika

Pengenalan Jalinan

Jalinan adalah penggayaan rambut yang dihasilkan dengan
menganyam 2 atau lebih ruas rambut. Ia telah digunakan
untuk menggayakan dan menjadi perhiasan manusia dalam
pelbagai budaya di seluruh dunia. Jalinan yang paling mudah
dan biasa ialah jalinan 3. Gaya jalinan yang lebih kompleks
boleh dihasilkan dengan menambah ruas dan struktur
anyaman rambut. Contohnya fishtail braid, rope braid, jalinan
5, French braid dan waterfall braid.

Dalam tajuk ini, murid-murid akan mempelajari cara
menggayakan rambut dengan :
1. Rope braid
2. Twisted braid
3. Fishtail braid
4. 3 Strand
5. Waterfall Braid

Kekemasan dan keseimbangan adalah perkara yang sangat penting dalam penghasilan gaya jalinan
yang menarik.

PERSEDIAAN ALAT DAN BAHAN

1. SIKAT MEMBENTUK/SIKAT GUNTING

Menyikat dan mengurus rambut yang akan dibuat
jalinan

2. PADDLE BRUSH

Merapikan dan melicinkan rambut

3. SIKAT EKOR

Membuat pembahagian rambut

4. BOBBY PIN

Menetapkan kedudukan jalinan atau gaya pada rambut

5. KLIP PEMBAHAGI

Memegang rambut yang dibahagikan

6. GETAH RAMBUT TRANSPARENT

Mengemaskan hujung jalinan

7. GETAH RAMBUT BERWARNA

Mengemaskan hujung jalinan

8. AKSESORI RAMBUT

Menghias hasil akhir jalinan dan menambah seri gaya rambut

9. HAIR MOUSSE

Merapikan jalinan dan memudahkan gaya dibentuk

10. SERUM

Merapikan rambut dan mengemaskan rupa jalinan

11. HAIR SPRAY

Merapikan rambut dan mengemaskan rupa jalinan

PERSEDIAAN PELANGGAN

PERSEDIAAN PELANGGAN

1. Sambut pelanggan dan persilakan ke ruang penggayaan
2. Dudukkan pelanggan dengan selesa.
3. Tanggalkan aksesori rambut pelanggan.
4. Alas bahu pelanggan dengan tuala.
5. Syampu rambut pelanggan jika perlu.
6. Keringkan rambut pelanggan dan leraikan kusut.

LANGKAH-LANGKAH MENGGAYAKAN
RAMBUT DENGAN JALINAN

JALINAN 2 (ROPE BRAID)

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat jalinan 2 (rope braid) di link ini :

https://youtu.be/G7ikne3idPg

LANGKAH-LANGKAH
MENGGAYAKAN RAMBUT DENGAN JALINAN 2

(ROPE BRAID)

Langkah 1:
Satukan rambut menjadi satu ponytail yang tinggi. Ikat
rambut dengan kemas menggunakan getah rambut di
belakang kepala. Anda boleh juga mengikat ponytail
lebih rendah atau di bahagian kiri /kanan kepala.

Langkah 2 :
Bahagikan rambut kepada 2 bahagian yang sama
banyak. Pintal setiap bahagian rambut mengikut arah
jam.

Langkah 3 :
Pintal setiap bahagian antara satu sama lain. Tindan
bahagian kanan ke atas bahagian untuk membentuk
pintalan tali. Pastikan pintalan sentiasa kemas.

Langkah 4 :
Teruskan memintal kedua-dua bahagian rambut dengan
memegang dengan kukuh agar ikatan tidak terlerai.

Langkah 5 :
Apabila sampai ke hujung rambut, kemaskan jalinan dengan gelang
getah transparen. Saiz jalinan boleh ditambah dengan menarik kiri
kanan rambut dengan perlahan-lahan. Jika ada memiliki jumbai
(bangs), ia boleh dipin ke atas atau biarkan sahaja.

JALINAN 2 (TWISTED CROWN UP DO)

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat jalinan 2 (twisted crown up do) di link ini :

https://youtu.be/cGtMDAyLe0w

LANGKAH-LANGKAH
MENGGAYAKAN RAMBUT DENGAN JALINAN 2

(TWISTED CROWN UP DO)

Langkah 1 :
Leraikan kusut pada rambut dan berus rambut
supaya kemas. Gunakan mousse untuk
memudahkan penggayaan.

Langkah 2 :
Ambil 2 ruas rambut (1 dan 2) pada bahagian tepi
rambut untuk memulakan jalinan. Ia boleh
dimulakan dari sebelah kiri atau kanan.

Langkah 3 :
Pintal kedua-dua ruas rambut ke arah muka seperti
memulakan rope braid. Kemudian, tindankan ruas
rambut no.2 ke atas no.1, mengarah ke belakang.

Langkah 4 :
Tambahkan sedikit kuantiti rambut pada ruas no.1.

Langkah 5 :
Pintal rambut no.1 ke arah muka dan tindankan ke
atas rambut no.2.

Langkah 6 :
Teruskan proses sehingga ke belakang
kepala/tengkuk. Pastikan sentiasa tambah sedikit
rambut pada ruas yang berada di hadapan.

Langkah 7 :
1. Kumpulkan semua rambut dalam 1 ponytail.
2. Bahagi rambut kepada 2 bahagian yang sama dan pintal kedua-duanya ke arah kanan.
3. Satukan rambut dengan menjalin kedua-dua bahagian rambut ke arah kiri. Kemaskan

dengan getah rambut.

Langkah 8 :
Bawa jalinan yang telah siap sekeliling kepala hingga bertemu di
tempat permulaan jalinan. Kemaskan dengan bobby pin.

Hasil yang diperolehi boleh dikemaskan dengan hair spray, jika
perlu.

JALINAN 2 (RELAXED TWISTED CROWN)

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat jalinan 2 (relaxed twisted crown) di link ini :

https://youtu.be/svFSkypRHSQ

LANGKAH-LANGKAH
MENGGAYAKAN RAMBUT DENGAN JALINAN 2

(RELAXED TWISTED CROWN)

Langkah 1 :
Leraikan kusut dan bahagikan rambut kepada 2
bahagian yang sama.

Langkah 2 :
Ambil dua ruas rambut (1 dan 2) pada kedudukan di
atas kening.

Langkah 3 :
Silangkan kedua-dua rambut.

Langkah 4 :
Tambah sedikit rambut kepada rambut yang di
bawah. Ambil rambut dari bawah, bukan dari garis
tepi rambut.

Langkah 5 :
Tambah juga sedikit rambut pada rambut yang di
atas untuk menebalkannya.

Langkah 6 :
Silangkan rambut sekali lagi dan tambah sedikit
rambut di bahagian atas dan bawah.

Langkah 7:
Ulang langkah menyilang dan menambah rambut hingga ke tengah
belakang kepala.

Langkah 8 :
Pintal kedua-dua rambut hingga ke hujung tanpa
menambah kuantiti rambut. Kemaskan jalinan
dengan getah rambut (rope braid)

Langkah 9 :
Ulang langkah yang sama dan seimbang pada
bahagian 1 lagi.

Langkah 10 :
1. Buat lubang pada salah satu rope braid
2. Dengan cermat, masukkan jalinan rambut yang 1 lagi ke dalam lubang tadi.
3. Kemaskan kedudukan dengan meletakkan bobby pin pada kedudukan X.

Langkah 11 :
1. Gunting getah rambut dan longgarkan rope braid untuk

menghasilkan volume.
2. Jika perlu, anda boleh tambahkan ikal dengan pengikal elektrik

dan sedikit hair spray.

JALINAN 2 (FISHTAIL BRAID)

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat fishtail braid di link ini :

https://youtu.be/upgtN6R1HbE

LANGKAH-LANGKAH
MENGGAYAKAN RAMBUT DENGAN JALINAN 2

(FISHTAIL BRAID)

Langkah 1 :
Leraikan kusut dan bahagikan rambut kepada 2 bahagian
yang sama banyak

Langkah 2 :
Asingkan sedikit rambut dari sebelah luar salah satu bahagian
rambut tadi.

Langkah 3:
Tindan ke atas bahagian kanan.

Langkah 4 :
Kumpulkan kepada rambut di sebelah kiri.

Langkah 5 :
Asingkan sedikit rambut sebelah luar dari
bahagian rambut yang satu lagi.

Langkah 6 :
Tindan di atas rambut bahagian kiri dan
kumpulkan ke bahagian kanan.

Langkah 7 :
Asingkan sedikit rambut sebelah luar dari bahagian rambut
kanan. Tindan di atasnya dan kumpulkan ke sebelah kiri.

Langkah 8 :
Ulang proses secara bergilir-gilir kanan dan kiri.

Langkah 9 :
Kemaskan jalinan dengan getah gelang. Semburkan
sedikit hair spray jika perlu.

JALINAN 3 ( 3 STRANDS BRAID)

JALINAN 3 (3 STRANDS BRAID)

123 45 6

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat jalinan 3 di link ini :

https://youtu.be/QMW0bwYzaAM

JALINAN 3 (WATERFALL BRAID)

Murid-murid boleh menonton tutorial membuat waterfall braid di link ini :
https://youtu.be/TI5pJKWpX54


Click to View FlipBook Version