The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 860-3-najwa, 2022-05-08 09:26:24

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

kk HIJAU

Keywords: EDUCATION

Nuur Najwa binti Abdul Rahim

tugasan 3 pals1012
PENGURUSAN SISA
PEPEJAL

komposisi
komponen
sisa pepejal

Masalah utama yang telah ditanggung dan dihadapi oleh kebanyakkan
bandar di negara-negara yang sedang membangun adalah disebabkan sisa
pepejal yang dihasilkan dari bahan buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi yang
dilakukan oleh manusia yang mempunyai sifat kotor dan tidak bertanggungjawab
di atas perbuatan yang dilakukan. Sisa pepejal dapat ditakrifkan dengan apa-apa
bahan sekerap atau barangan atau bahan yang berlebihan yang tidak dikehendaki
yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses. Tambahan lagi sisa pepejal
merupakan sesuatu benda yang harus dilupuskan kerana barangan atau bahan
mempunyai ciri-ciri sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak (Suffian,2022).

Menurut Abdul Rashid, (2001) jumlah penduduk dan masyarakat di sesuatu negara atau
kawasan menjadi punca sisa pepejal meningkat seiring dengan kepadatan penduduk.
Seterusnya, faktor utama yang menyebabkan peningkatan bahan sisa pepejal ialah bilangan
pertambahan penduduk yang meningkat tahun ke tahun, peningkatan taraf sosioekonomi serta
gaya hidup yang bertambah canggih yang dipengaruhi oleh peningkatan bahan buangan
domestik, perniagaan dan kilang. Di samping itu. Menurut laporanRancangan Malaysia
Kesembilan2006-2010, kuantiti sisa pepejalyang terhasil di Semenanjung Malaysia semakin
bertambah daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada19,100 tan metrik
seharipada tahun 2005. Secara keseluruhannya , rakyat Malaysia telah menjana sisa pepejal
sebanyak 0.8 kilogram sehari dengan kadar peningkatan sebanyak 2.5% setahun. Antara sisa
pepejal yang ada ialah sisa pepejal domestik, sisa pepejal awam,sisa pepejal dari institusi,
sisapepejal import, sisa pepejal komersial dan juga sisa pepejal industri.

Secara umumnya sisa pepejal perlulah diasing
atau tidak dicampur dengan bahan-bahan yang
boleh dikitar semula. Bahan yang boleh dikitar semula
dengan sisa baki iaitu sisa yang pastinya dihantar ke
tempat pelupusan sampah atau sisa bagi tujuan
menghapuskan bahan-bahan tersebut daripada
tercemar. Sisa pepejal boleh dibahagikan kepada
banyak bahagian antaranya ialah sisa pepejal isi
dirumah. Tambahan lagi, sisa pepejal isi rumah ialah
yang terdiri daripada pelbagai-bagai sisa pepejal
yang terhasil daripada bahan-bahan atau sisa
daripada isi rumah, dan kebiasaannya pelbagai jenis
sisa dihasilkan atau terjadi disebabkan dihuni sebagai
rumah kediaman dan juga sisa tanaman (Saufi,
2021).

Sisa pepejal isi rumah wajar diasingkan dengan mengikut aturan serta
komposisi sisa pepejal yang betul. Antara contoh sisa pepejal yang dihasilkan
oleh rumah yang dihuni ialah sisa makanan, sisa tanam, kulit, tekstil, bahan
logam seperti tin aluminium dan sebagainya. Masalah sisa pepejal yang
berpunca daripada isi rumah meningkat setiap tahun. Oleh itu terdapat
beberapa langkah yang boleh diikut dan diterapkan serta diaplikasikan dalam
kehidupan tentang kitar semula iaitu reduce, reuse dan recycle. Tambahan lagi
proses pengasingan sisa pepejal sebagai sesuatu langkah untuk menghargai
sisa pepejal merupakan cara yang baik dan panduan yang boleh digunakan
untuk pembuatan sesuatu produk. Seterusya, secara tidak langsung akan dapat
memastikan lagi sumber- sumber alam semulajadi dapat diuruskan dan diurai
dengan bijak bagi menjaga alam sekitar buat generasi yang akan datang.

Seterusnya, sisa pepejal awam merupakan salah satu
sisa pepejal yang paling banyak terjadi disebabkan
pembuangan sisa pepejal yang tidak terkawal dan
banyak mendatangkan banyak isu-isu berkenaan sisa

pepejal pada sektor awam . Sisa pepejal awam
ditakrifkan sebagai apa-apa sisa pepejal yang terhasil
daripada bahan tempat awam yang diselia ataupun
dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Sejarah pengurusan pepejal boleh dibahagikan kepada

tiga peringkat penting iaitu kawalan penuh PBT,
penswastaan interim dan penyeragaman sistem.

Kawalan penuh PBT bertanggungjawab untuk
menyediakan kemudahan serta perkhidmatan
berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal khususnya
dalam Kawasan PBT (Nur, 2019). Tambahan lagi, PBT
telah memperkenalkan perkhidmatan berkenaan
dengan pengurusan sisa pepejal yang merangkumi
kutipan serta pengangkutan sampah ke tapak
pembuangan sampah yang telah disediakan..

Antara contoh sisa pepejal awam ialah sampah yang terdiri daripada jalan-jalan
dibawah penyelenggaraan oleh pihak berkuasa tempatan PBT, sisa pepejal dari taman
permainan, pantai dan sebagainya. Seterusnya, peningkatan berterusan sisa pepejal di
sektor awam dapat menjadi sebab berkurangnya kawasan tapak pelupusan (Haslinda,

2015) . Hal ini kerana tapak pelupusan adalah penyumbang paling utama bagi
pelepasan gas rumah hijau yang menjadi salah satu penyebab kepada masalah global
iaitu perubahan iklim serta pemanasan global. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
PBT berkenaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Kerajaan mengatakan

PBT mempunyai pelbagai kekurangan yang terdiri dari segi kewangan, kepakaran dan
juga sumber manusia bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam yang baik serta berkualiti. Oleh itu pembaharuan dan amalan
penyelenggaraan sisa pepejal awam harus dititikberatkan dan diutamakan bagi dapat

menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna dan lengkap .

Selain itu, sisa pepejal import merupakan salah satu sisa
pepejal yang terdapat di negara ini. Sisa pepejal import
dapat ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja sisa pepejal
yang terhasil daripada barangan import daripada negara
lain ke negara Malaysia untuk berlakunya proses pelupusan
dan penghapusan sisa pepejal import. Tambahan lagi, sisa
pepejal import kebanyakkannya menyebabkan negara kita
dikenali sebagai pengimport terbesar sisa buangan sejak
tahun 2017 selepas negara China (Zainu, 2017) . Selain itu,
perairan negara telah dicerobohi oleh pendatang tanpa izin
serta kapal asing yang melakukan proses penglupusan sisa
pepejal import di perairan sehingga menyebabkan perairan
yang penuh toksik berlaku. Antara contoh sisa pepejal

import yang wujud di negara Malaysia ini ialah kertas,
kadbod, bahan yang diimport bagi kegunaan industri
pembuatan dan penghasilan barangan atau bahan mentah
atau untuk dikitar semula. Banyak kesan yang terjadi
disebabkan sisa pepejal import terutamanya pada isu
semasa global dan alam sekitar. Perairan menjadi kotor dan
tidak sihat untuk digunakan. Oleh itu kesan daripada sisa
pepejal import yang berleluasa negara Malaysia telah
mengharamkan kemasukkan sisa buangan bagi tujuan
untuk mengawal pencemaran alam sekitar terutamanya

pencemaran air.

Di samping itu, terdapat juga sisa pepejal khas yang
dapat dimaksudkan dengan sisa pepejal yang mampu
dikawal walaupun bahan tersebut berbahaya kepada
kesihatan awam atau tidak. Tambahan lagi sisa pepejal
khas ini merupakan bahan yang sukar dan susah untuk
diolah, diperbaharui, disimpan dan juga dilupuskan. Hal ini
kerana sisa pepejal yang terhasil merupakan daripada
asap yang keluar daripada terobong asap dan juga
pengairan sisa toksik ke dalam sungai berdekatan kilang
atau tempat pembuatan atau sektor perkilangan. Sisa
pepejal khas dapat dicontohkan dengan sisa industri yang
amat merbahaya terhadap kehidupan yang tidak bolej
dilupuskan pada tapak pelupusan yang biasa. .

Sisa pepejal merupakan terdiri daripada merkuri, asid cecair yang boleh
membahayakan hidupan. Sisa pepejal berpunca daripada industri-
industri pembuatan yang berleluasa atas sebab pertambahan bilangan
manusia pada masa kini (Husna, 2020) . Terdapat banyak cara untuk
menangani isu-isu ini antaranya ialah menggunakan kaedah pelupusan
di di tapak pelupusan dan juga membuang dan dikendalikan di pusat
insenarator, tidak membuang sisa toksik ke dalam sungai berdekatan dan
buang sisa-sisa kimia ke dalam tong yang khas untuk membuang sisa
tersebut. Hal ini kerana kesan daripada sisa toksik itu akan membahaya
kan hidupan serta alam sekitar akan tercemar disebabkan pencemaran
sisa kimia, pencemaran air dan juga pencemaran udara. Oleh itu
penguatkuasa diharapkan dapat mengawal pengaliran keluar masuk sisa
pepejal keluar dari industri serta mengambil inisiatif untuk menjaga dan
memelihara alam sekitar .

Tambahan lagi, terdapat juga isu-isu pepejal berkaitan institusi. Sisa pepejal
institusi merupakan sisa-sisa pepejal yang dihasilkan daripada mana- mana
premis yang telah diluluskan di bawah mana- mana undang bertulis atau
daripada pihak berkuasa negeri supaya dapat digunakan secara keseluruhan
atau separuh serta sebahagian daripadanya mempunyai maksud sembahyang
atau berikan khairat. Di samping itu, terdapat juga isu pepejal berkenaan dengan
mana- mana sahaja premis yang mempunyai penghuni oleh jabatan kerajaan
persekutuan atau negeri, mana-mana badan berkanun dan juga mana-mana
pihak berkuasa tempatan (Zuliaty, 2019). Selain itu sisa pepejal institusi terdiri
daripada premis pendidikan seperti sekolah, universiti dan pelbagai kemudahan
jagaan kesihatan yang dicontohkan dengan hospital, klinik dan pusat kesihatan.
Seterusnya sisa pepejal dapat dihasilkan daripada premis yang digunakan seperti
rumah anak yatim, perpustakaan awam, zoo negara dan sebagainya. Terdapat
sisa pepejal institusi yang banyak yang telah dihasilkan oleh pelbagai jenis
kegunaan orang awam yang sehingga menyebabkan isu global pada waktu ini..

.

Puncanya adalah daripada sekolah-sekolah rendah atau menengah, universiti awam atau
swasta, hospital, penjara dan juga bangunan kerajaan yang ditubuhkan. Antara contoh yang
telah dihasilkan daripada sisa pepejal institusi ialah hasil apa-apa jenis sisa pepejal yang
terhasil daripada aktiviti harian institusi yang ada di negara ini dan termasuk sisa pepejal khas
yang memerlukan cara pelupusan yang betul seperti dilupuskan dengan cara berasingan.
Kesan tidak mengambil peduli tentang baja institusi ini akan menyebabkan masalah global
yang teruk kepada alam sekitar. Oleh itu antara cara yang boleh digunakan dan diikuti ialah
dengan mengaplikasikan cara membeli makanan dengan bijak dan mengelakkan membeli
barangan yang tidak diperlukan. Selain itu makanan atau sisa makanan yang tidak habis atau
sudah mencapai tarikh luput boleh digunakan untuk dijadikan sebagai makanan haiwan, bahan
mentah penjanaan biogas serta boleh diguna semula sebagai baja kompos. Penggunaan baja
kompos merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk memastikan sisa pepejal dapat
diproses dengan baik dan juga dapat menangani isu-isu semasa global yang dapat
mencemarkan alam sekitar (Hamid, 2016).

.

Di samping itu, sisa pepejal komersial merupakan sisa pepejal yang terhasil daripada
sebarang aktiviti-aktiviti komersial. Sisa pepejal komersial merupakan sisa daripada bahan
buangan yang mendatangkan keburukan kepada alam sekitar jika tidak dibendung dengan
baik dan teliti kawasan serta alam sekitar akan mengalami pencemaran dan menyebabkan
isu global berleluasa . Sisa pepejal yang terjadi adalah berasal daripada pasaraya yang
tidak diurus dengan baik, rumah tumpangan yang lama, stesen- stesen perhidmatan dan
sebagainya (Abdullah, 2015). Antara contoh sisa pepejal komersial adalah daripada kertas,
kadbod , sisa makanan kaca dan apa- apa sahaja jenis sisa yang tidak termasuk sisa
pepejal khas. Sisa pepejal komersial akan menyebabkan pencemaran alam sekitar serta
merosakkan suasana yang bersih kepada yang kotor. Oleh itu untuk menangani masalah
yang berkaitan sisa pepejal komersial kaedah pembakaran di insenarator boleh
diaplikasikan untuk mengurangkan sisa pepejal daripada dibiarkan begitu sahaja. Amalan
ini boleh dilakukan untuk mengasingkan bahan-bahan yang tidak digunakan dan kaedah
baja kompos juga boleh digunakan untuk menguraikan sisa makanan yang tidak habis atau
sudah melepasi tarikh luput. Manakala sisa pepejal perindustrian merupakan sisa pepejal
yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti perindustrian di dalam negara Malaysia (Seadon,
2010).

Antara punca sisa pepejal perindustrian ini adalah berasal daaripada industri fabrik,
industri pembuatan makananb dan sebagainya. Tambahan lagi contoh sisa pepejal
perindustrian ialah sisa yang terhasil daripada sisa proses pengilangan yang tidak
termasuk sisa pepejal khas. Selain itu, sisa pepejal dapat ditangani dengan menggunakan
amalan produk teknologi hijau yang memastikan kadar pembebasan gas rumah hijau
adalah rendah dan selamat kepada alam sekitar dan berupaya untuk meminimumkan
kemerosotan alam sekitar. Sisa pepejal komersial dan perindustrian merupakan sisa
pepejal dibawah akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (akta 672).
Di samping itu, untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih efektif dan berkesan
kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) telah melaksanakan dua
peraturan yang berkaitan dengan sisa pepejal komersial, industry dan juga institusi.
Peraturan ini adalah wajib pada setiap sisa yang boleh dikitar semula dan tidak boleh
dikitar semula. Oleh itu selaras dengan peraturan ini sisa pepejal dapat dikawal dan dapat
mengurangkan longgokan sisa pepejal yang menyebabkan pencemaran kepada alam
sekitar.

Di samping itu, terdapat juga sisa pepejal khas yang dapat
dimaksudkan dengan sisa pepejal yang mampu dikawal
walaupun bahan tersebut berbahaya kepada kesihatan awam
atau tidak. Tambahan lagi sisa pepejal khas ini merupakan bahan
yang sukar dan susah untuk diolah, diperbaharui, disimpan dan
juga dilupuskan. Hal ini kerana sisa pepejal yang terhasil
merupakan daripada asap yang keluar daripada terobong asap
dan juga pengairan sisa toksik ke dalam sungai berdekatan kilang
atau tempat pembuatan atau sektor perkilangan. Sisa pepejal
khas dapat dicontohkan dengan sisa industri yang amat
merbahaya terhadap kehidupan yang tidak bolej dilupuskan pada
tapak pelupusan yang biasa. Sisa pepejal merupakan terdiri
daripada merkuri, asid cecair yang boleh membahayakan
hidupan.

Sisa pepejal berpunca daripada industri-industri pembuatan
yang berleluasa atas sebab pertambahan bilangan manusia
pada masa kini (Husna, 2020) . Terdapat banyak cara untuk
menangani isu-isu ini antaranya ialah meletakkan penapis di
terobong asap, tidak membuang sisa toksik ke dalam sungai
berdekatan dan buang sisa-sisa kimia ke dalam tong yang
khas untuk membuang sisa tersebut. Hal ini kerana kesan
daripada sisa toksik itu akan membahaya kan hidupan serta
alam sekitar akan tercemar disebabkan pencemaran sisa
kimia, pencemaran air dan juga pencemaran udara. Oleh itu
penguatkuasa diharapkan dapat mengawal pengaliran keluar
masuk sisa pepejal keluar dari industri serta mengambil inisiatif
untuk menjaga dan memelihara alam sekitar .

Yang terakhir merupakan sisa pepejal pembinaan yang

dapat didefinisikan sebagai sisa pepejal yang terhasil

daripada perbuatan atau pelaksanaan aktiviti

pembinaan atau pencerobohan terhadap kerja

pemajuan, pembaikan dan pengubahsuaian sesuatu

projek. Kebanyakkan sisa pepejal pembinaan dibuang

begitu sahaja disebabkan oleh ingin mengurangkan kos

pembuangan di tapak pelupusan yang dikenakan oleh

pihak berkuasa (Suhaila, 2019) . Seterusnya sisa

pepejal ini akan dibiarkan dan tidak terurus sehingga

menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Namun setelah perkara ini sering terjadi maka wujudlah

undang-udang berkaitan pengurusan sisa pepejal

pembinaan yang telah dilaksanakan.

Pelaksaan undang-undang ini adalah bertujuan untuk
mengekalkan kebersihan dan menjaga alam sekitar sebaik
mungkin. Tambahan lagi dengan adanya peraturan dapat
memberikan panduan kepada kontraktor untuk
menguruskan sisa binaan dengan aturan yang betul.
Setelah peraturan ini diadakan ia dapat dijadikan sebagai
satu penanda aras untuk melaksanakan pembersihan di
sebuah kawasan perkhidmatan. Kayu-kayu dan papan
yang tidak digunakan boleh diguna semula sebagai
sesuatu yang baharu terutamanya bagi kegunaan di
rumah atau dimana-mana. Oleh itu dengan cara guna
semula dapat mengurangkan isu sisa pepejal perindustrian
dan dapat menjaga alam sekitar dengan baik dan efektif.

Kesimpulannya, wajarlah untuk pengurusan sisa pepejal ini diambil berat
oleh kerajaan dalam menjaga alam sekitar dan isu-isu global. Pelan
Tindakan kesedaran awam pengasingan sisa pepejal perlu diikut oleh
orang ramai terutamanya kepada sektor yang kerap mengeluarkan sisa
pepejal dan menggunakan amalan-amalan yang diterapkan dalam
sistem rumah hijau bagi membendung kepada pencemaran alam
sekitar dan isu pemanasan global. Selepas wujudnya pelan ini telah
wujudnya kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak serta wujudnya
pengiktirafan dalam amalan pengasingan sisa pepejal. Kolaborasi yang
wujud ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa
pentingnya untuk menguruskan sisa pepejal dan menjaga alam sekitar
pada waktu ini. Oleh itu orang ramai haruslah berganding bahu untuk
mewujudkan sikap kerjasama dalam menangani isu global dengan
mengaplikasikan dan menggunakan produk teknologi hijau yang telah
diperkenalkan.

pengurusan dan pengasingan sisa
pepejal

contoh sisa pepejal

BAR LAB PENGURUSAN SISA PEPEJAL

rujukan

Abdul Rashid , (2001) Municipal solid waste reduction; Material flow analysis. In: Chamhuri Siwar, Hasnah Ali, Abd Rashid Ahmad, Mohd. Zahir Abdul Hamid (eds)
Dasar memperbaiki pengurusan sisa pepejal perbandaran, pp. 107-116. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi



Suffian, (2022). Sisa makanan punca pemanasan global. Berita Harian; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/06/168994/sisa-makanan-punca-
pemanasan-global



‌Saufi, (2021). Sampah makin banyak. Harian Metro; New Straits Times.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732009/sampah-makin-banyak



‌Nur, (2019). Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal Kepada Kesihatan Awam - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH.

http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-pepejal-kepada- kesihatan-awam/



H‌ aslinda ,(2015). Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Pengurusan dan Perundangan. ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/319090214_Sisa_Pepejal_dan_Pembersihan_Awam_Pengurusan_dan_Perundangan



‌Abdullah, (2015). Tumpu aktiviti komersial ekonomi. Harian Metro; New Straits Times. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2014/12/14413/tumpu-aktiviti-

komersial-ekonomi



Husna, (2020). Pengurusan sampah sistematik. Harian Metro; New Straits Times. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2020/04/572429/pengurusan- sampah-
sistematik

S‌ uhaila, (2019). Peraturan urus sisa pepejal sektor pembinaan, ICI dikuat kuasa tahun depan. Berita Harian; Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640043/peraturan-urus-sisa- pepejal-sektor-pembinaan-ici-dikuat-kuasa-tahun


Zuliaty. (2019). SWCorp kesan aktiviti pembuangan sisa pepejal. Berita Harian; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/583811/swcorp-

kesan-aktiviti-pembuangan-sisa-pepejal


Hamid, (2016) . The role of religious community in recycling: Empirical insights Malaysia. Resources, Conservation and Recycling 58: 143-151
Zainu, (2017). Policies, challenges and strategies for Municipal waste management in Malaysia. Journal of Science, Technology and Innovation 3(1): 18-22





Seadon, (2010). Sustainable waste management systems. Journal of Cleaner Production 18(16-17): 1639-1651.

sekian terima
kasih


Click to View FlipBook Version