My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 1 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE BAB 3 PENGANGKUTAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SAINS TINGKATAN 3 Cikgu Abye TEMA 2 PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM NASKAH GURU
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 2 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE BAB 3 PENGANGKUTAN 3.1 Sistem pengangkutan dalam organisma 3.2 Sistem peredaran darah 3.3 Darah manusia 3.4 Pengangkutan dalam tumbuhan 3.5 Sistem peredaran darah dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan 3.1 Sistem pengangkutan dalam organisma 3.1.1 Memerihalkan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas 3.1.2 Membanding dan membezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas 3.1.3 Mewajarkan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma. KRITERIA KEJAYAAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.2 Sistem peredaran darah 3.2.1 Mengitlak maksud sistem peredaran darah 3.2.2 Berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung serta salur darah dalam sistem peredaran darah manusia. 3.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi 3.2.4 Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat KRITERIA KEJAYAAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.3 Darah manusia 3.3.1 Mencerakinkan komponen dan kandungan darah manusia 3.3.2 Mengenal pasti kumpulan darah serta kesan menerima darah yang tidak sepadan 3.3.3 Berkomunikasi mengenai kepentingan menderma darah dalam konteks kehidupan harian KRITERIA KEJAYAAN 3.4 Pengangkutan dalam tumbuhan 3.4.1 Memerihalkan transpirasi dalam tumbuhan. 3.4.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. 3.4.3 Membezakan struktur dan fungsi komponen dalam berkas vaskular pada tumbuhan OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.5 Sistem peredaran darah dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan KRITERIA KEJAYAAN 3.5.1 Membandingkan sistem peredaran darah dalam haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan KRITERIA KEJAYAAN I LOVE SCIENCE CIKGUABYE
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 3 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.1 Murid dapat memerihalkan sistem pengangkutan dalam organisma dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.1.1 Memerihalkan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. 3.1.2 Membanding dan membezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. 3.1.3 Mewajarkan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma (Rujuk buku teks ms 81 hingga 82) 1. Apakah kepentingan sistem pengangkutan dalam organisma? (TP2) Satu sistem yang membawa bahan keperluan ke seluruh bahagian badan organisma dan menyingkirkan bahan kumuh keluar dari badan. 2. Nyatakan tiga kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma. Jelaskan jawapan anda. (TP3) a. Untuk mengangkut bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien yang digunakan untuk menghasilkan tenaga melalui respirasi sel. Tenaga ini digunakan untuk semua proses hidup yang berlaku di dalam badan organisma. b. Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh yang bertoksik keluar dari sel di dalam organisma ke persekitaran. Bahan kumuh bertoksik yang gagal disingkirkan dari sel akan meracuni badan dan boleh membunuh organisma tersebut. c. Untuk mengangkut bahan keperluan sel tumbuhan seperti garam mineral, air dan hasil fotosintesis untuk menjalankan semua proses hidup dalam tumbuhan 3. Banding dan bezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. (TP4) ORGANISMA KOMPLEKS CIRI-CIRI ORGANISMA RINGKAS Sistem pengangkutan yang khusus Sistem pengangkutan Sistem pengangkutan yang tidak khusus Proses pertukaran bahan keperluan sel dan bahan kumuh antara organisma dengan persekitaran (secara resapan) berlaku secara perlahan dan tidak menyeluruh Kadar resapan bahan keperluan sel dan bahan kumuh Bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien masuk terus ke dalam sel secara resapan melalui membran sel. Bahan kumuh disingkir keluar dari sel ke persekitaran luar secara resapan melalui membran sel. Manusia, tumbuhan Contoh Organisma unisel seperti Amoeba sp, Euglena sp dan Paramecium sp. 4. Mengapakah organisma kompleks memerlukan sistem pengangkutan yang khusus? TP5 Oleh kerana isipadu organisma kompleks adalah besar maka melalui sistem pengangkutan yang khusus oksigen dan nutrien dapat diangkut ke semua sel badan dalam organisma kompleks serta dapat menyingkirkan bahan kumuh dari semua sel badan ke persekitaran luar
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 4 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 3.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.1 Murid dapat memerihalkan sistem pengangkutan dalam organisma dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan 3.1.1 Memerihalkan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. 3.1.2 Membanding dan membezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. 3.1.3 Mewajarkan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma 1. Apakah fungsi sistem pengangkutan dalam organisma? (TP2) Membawa masuk bahan keperluan sel ke dalam badan organisma dan menyingkirkan bahan kumuh daripada badan organisma ke persekitaran luar. 2. Namakan dua contoh bahan keperluan sel dan dua contoh bahan kumuh yang disingkirkan daripada sel. (TP2) a. Contoh bahan keperluan sel Oksigen, nutrien b. Contoh bahan kumuh yang disingkirkan daripada sel Karbon dioksida, air, urea 3. Apakah kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma? (TP3) Kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma adalah seperti yang berikut: a) Sistem pengangkutan membekalkan bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien yang digunakan untuk menghasilkan tenaga melalui proses respirasi sel. b) Sistem pengangkutan membekalkan bahan keperluan sel tumbuhan seperti karbon dioksida dan air yang digunakan untuk menjalankan proses fotosintesis. c) Sistem pengangkutan juga menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksik daripada sel organisma ke persekitaran luar 4. Terangkan tiga impak terhadap organisma sekiranya sistem pengangkutan organisma tidak dapat berfungsi dengan baik. Huraikan. (TP4) Sekiranya sistem pengangkutan sesuatu organisma tidak dapat berfungsi dengan baik a. respirasi sel tidak dapat dilakukan. Tanpa tenaga, proses hidup tidak dapat berlaku di dalam badan organisma. b. makanan tidak dapat dibuat dalam tumbuhan hijau melalui fotosintesis. Tanpa makanan, tumbuhan dan haiwan akan mati. c. bahan kumuh yang bertoksik yang gagal disingkirkan daripada badan ke persekitaran luar akan meracuni badan lalu membunuh organisma. Nama :………………………………………………………. Tarikh :…………….. Assessment for Learning (AfL) My CATs
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 5 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.2 Murid dapat memerihalkan sistem peredaran darah dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.2.1 Mengitlak maksud sistem peredaran darah haiwan 3.2.2 Berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung serta salur darah dalam sistem peredaran darah manusia. 3.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi. (Eksperimen wajib tingkatan 3 : juga eksperimen wajib tingkatan 4) 3.2.4 Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat (Rujuk buku teks ms 83 hingga 95) 1. Namakan sistem pengangkutan yang khusus bagi manusia dan semua haiwan vertebrata seperti mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan. (TP1) Sistem peredaran darah 2. Bagaimanakah sistem peredaran darah bagi semua haiwan verterbrata berfungsi? (TP2) Darah sentiasa mengalir di dalam salur darah yang berterusan ke seluruh bahagian badan dalam satu kitaran lengkap melalui jantung. 3. a) Labelkan rajah sistem peredaran darah dengan jenis haiwan vertebrata dengan betul. TP3) Ikan Amfibia Reptilia Mamalia dan burung
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 6 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE b) Berdasarkan rajah di atas buatkan perbandingan dan lengkapkan carta yang menunjukkan perbandingan sistem peredaran darah bagi haiwan vertebrata seperti mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan. (TP4) SISTEM PEREDARAN DARAH BAGI HAIWAN VERTEBRATA PERBEZAAN PERSAMAAN Terdiri daripada satu sistem yang membolehkan darah sentiasa mengalir di dalam salur darah secara berterusan melalui jantung yang mengepam darah ke seluruh badan dan kembali ke jantung Ikan Amfibia Reptilia Mamalia dan burung Jenis sistem peredaran darah Sistem peredaran darah tunggal (single circulatory system) di mana darah mengalir melalui jantung hanya sekali dalam satu kitaran lengkap ke seluruh bahagian badan Sistem peredaran darah ‘ganda dua’ yang tidak lengkap (incomplete double circulatory system) di mana darah mengalir melalui jantung dua kali dalam satu kitaran lengkap ke seluruh badan. Sistem peredaran darah ‘ganda dua’ yang tidak lengkap (incomplete double circulatory system) di mana darah mengalir melalui jantung dua kali dalam satu kitaran lengkap ke seluruh badan Mamalia dan burung mempunyai sistem peredaran darah ‘ganda dua’ (double circulatory system) di mana darah mengalir melalui jantung dua kali dalam satu kitaran lengkap ke seluruh badan Bilangan atrium Jantung ikan mempunyai satu atrium Jantung amfibia mempunyai dua atrium Jantung reptilia mempunyai dua atrium Jantung mamalia dan burung mempunyai dua atrium Bilangan ventrikel Jantung ikan mempunyai satu ventrikel Jantung amfibia mempunyai satu ventrikel. Jantung reptilia mempunyai dua ventrikel dengan struktur yang membahagi ruang dalam ventrikel kepada dua bahagian yang berasingan Jantung mamalia dan burung dua ventrikel Pengaliran darah terdeoksigen Darah terdeoksigen mengalir keluar dari jantung ikan ke insang di mana pertukaran gas yang berlaku pada kapilari insang menukarkan darah terdeoksigen kepada darah beroksigen Darah terdeoksigen mengalir keluar dari jantung amfibia ke peparu dan kulit di mana pertukaran gas yang berlaku pada dinding kapilari darah di dalam peparu atau di bawah kulit menukarkan darah terdeoksigen kepada darah beroksigen Darah terdeoksigen mengalir keluar dari jantung ke peparu di mana pertukaran gas berlaku pada dinding kapilari darah di dalam peparu menukarkan darah terdeoksigen kepada darah beroksigen Darah terdeoksigen mengalir keluar dari jantung ke peparu di mana pertukaran gas berlaku pada dinding kapilari darah di dalam peparu menukarkan darah terdeoksigen kepada darah beroksigen. Pengaliran darah beroksigen Darah beroksigen mengalir dari jantung ke seluruh badan, bertukar menjadi darah terdeoksigen dan mengalir balik ke dalam jantung Darah beroksigen mengalir dari jantung ke otak dan campuran darah beroksigen dan terdeoksigen mengalir ke seluruh bahagian badan yang lain kecuali peparu. Darah beroksigen ini bertukar menjadi darah terdeoksigen dan mengalir balik ke dalam jantung Darah beroksigen mengalir dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu, bertukar menjadi darah terdeoksigen dan mengalir balik ke dalam jantung Darah beroksigen mengalir dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu, bertukar menjadi darah terdeoksigen dan mengalir balik ke dalam jantung.
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 7 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 4. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah manusia. Sistem peredaran darah manusia a) Labelkan X dan Y di dalam kotak yang disediakan pada rajah di atas (TP1) b) Lengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat bagi menerangkan sistem peredaran darah manusia. (TP2) Sistem peredaran darah manusia adalah satu sistem bertiub yang mana darah dipam oleh satu organ yang dikenali sebagai jantung dan mempunyai injap untuk memastikan pengaliran darah dalam satu hala sahaja. c) Apakah fungsi jantung dalam sistem peredaran darah manusia? (TP2) Mengepam darah beroksigen ke seluruh sel badan yang memerlukan dan darah terdeoksigen ke peparu untuk proses pertukaran gas. d) Berapakah tempoh masa bagi darah membuat satu peredaran lengkap dari jantung ke seluruh bahagian badan termasuk peparu dan kembali ke jantung? (TP1) Lebih kurang 1 minit X : Vena Y : Arteri Jantung
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 8 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 5. Labelkan struktur jantung manusia pada rajah di bawah dengan tepat. (TP2) 6. Padankan nama injap dan fungsinya dengan tepat. (TP2) INJAP FUNGSI Injap trikuspid Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kiri ke ventrikel kiri Injap sabit Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kanan ke ventrikel kanan Injap biskuspid Terdapat pada arteri pulmonari dan aorta bagi memastikan darah mengalir dalam satu hala dan tidak berpatah balik ke ventrikel Vena kava superior Injap sabit Injap sabit Atrium kiri Arteri pulmonari Atrium kanan Injap trikuspid Vena kava inferior Ventrikel kiri Ventrikel kanan Septum Aorta Vena pulmonari Injap biskuspid
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 9 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 7. a) Labelkan lima salur darah utama yang terdapat pada struktur jantung manusia. (TP1) b) Padankan salur darah dengan fungsinya dengan tepat. (TP2) SALUR DARAH FUNGSI Vena kava superior Vena kava inferior Mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung Aorta Mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu Arteri pulmonari Mengangkut darah terdeoksigen dari sel badan kecuali peparu ke jantung Vena pulmonari c) Apakah fungsi salur darah aorta dan cirinya yang membolehkannya berfungsi dengan efisien dalam sistem peredaran darah manusia ? (TP3) Aorta berfungsi mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan maka aorta mempunyai dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik untuk menahan tekanan darah yang tinggi dan berhalaju tinggi Vena kava superior Arteri pulmonari Vena kava inferior Aorta Vena pulmonari
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 10 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 8. Label dan nyatakan fungsi empat bahagian utama yang terdapat pada struktur jantung manusia. 9. a) Lukiskan dengan menggunakan anak panah berwarna merah bagi darah beroksigen dan anak panah berwarna biru bagi darah terdeoksigen bagi menunjukkan arah pengaliran darah dalam jantung manusia. . b) Lengkapkan peta alir di bawah bagi menerangkan aliran darah beroksigen dan darah terdeoksigen dalam sistem peredaran darah manusia (TP2) i. Darah beroksigen Nama Atrium kanan Fungsi a. Menerima darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu melalui vena kava inferior dan vena kava superior. b. Apabila atrium kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir masuk ke ventrikel kanan Nama Ventrikel kanan Fungsi Apabila ventrikel kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam arteri pulmonari untuk dibawa ke peparu Nama Atrium kiri Fungsi a. Darah beroksigen dari peparu memasuki atrium kiri melalui vena pulmonari. b. Apabila atrium kiri mengecut, darah beroksigen dipaksa mengalir masuk ke dalam ventrikel kiri. Nama Ventrikel kiri Fungsi Apabila ventrikel kiri mengecut, darah beroksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam aorta untuk dibawa ke seluruh badan kecuali peparu Atrium kiri Injap biskuspid Ke seluruh badan Aorta Ventrikel kiri kecuali peparu Vena pulmonari Injap sabit
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 11 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE ii. Darah terdeoksigen 10. Apakah septum dan fungsinya dalam memastikan agar sistem peredaran darah manusia berlaku secara efisien? (TP3) Dinding otot yang memisahkan jantung sebelah kiri dengan jantung sebelah kanan. Fungsinya Menghalang darah beroksigen bercampur dengan darah terdeoksigen 11. Namakan tiga jenis salur darah manusia. (TP1) a) Arteri b) Kapilari c) Vena 12. a) Labelkan rajah di bawah menggunakan maklumat yang diberikan. (TP2) b) Labelkan struktur bagi arteri, kapilari darah dan vena pada rajah di atas dengan maklumat yang diberikan. Atrium kanan Injap trikuspid Pulmonari Ventrikel kanan arteri Ke peparu Vena kava inferior Injap sabit Kapilari darah Arteri Vena Dari jantung Ke jantung Vena Kapilari darah Arteri Lumen Lumen Injap Dinding tebal, berotot dan elastik Dinding nipis, sedikit berotot dan elastik Lumen Injap Dinding tebal, berotot dan elastik Dinding nipis, sedikit berotot dan elastik Satu lapisan sel Lumen Satu lapisan sel
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 12 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 13. Lengkapkan jadual di bawah bagi membanding bezakan ketiga-tiga jenis salur darah dari segi struktur, fungsi dan peredaran darah yang melaluinya. (TP4) JENIS SALUR DARAH ARTERI KAPILARI VENA DINDING SALUR DARAH Dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik untuk menahan tekanan darah yang tinggi Dinding paling nipis setebal satu sel tanpa otot atau tisu elastik Dinding yang nipis, sedikit berotot dan elastik untuk memudahkan pengaliran darah pada tekanan darah yang rendah INJAP Tiada Tiada Ada SAIZ LUMEN Kecil Paling kecil Besar FUNGSI a. Mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu b. Arteri pulmonari mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu. Membenarkan pertukaran gas, makanan dan bahan kumuh antara darah dengan sel badan secara resapan melalui dinding nipis kapilari a. Mengangkut darah terdeoksigen balik semula ke jantung dari seluruh bdan kecuali peparu. b. Vena pulmonari mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung. PEREDARAN DARAH a. Pengaliran darah yang laju pada tekanan darah yang tinggi b. Denyutan nadi dapat dikesan a. Pengaliran darah yang perlahan pada tekanan darah yang rendah b. Tiada denyutan nadi a. Pengaliran darah yang perlahan pada tekanan darah yang rendah. b. Tiada denyutan nadi 14. a) Sistem peredaran darah ‘ganda dua’ pada manusia dan mamalia yang lain terdiri daripada (TP2) i. Sistem peredaran pulmonari ii. Sistem peredaran sistemik b) Apakah perbezaan di antara kedua-dua sistem peredaran yang dinyatakan di 14(a) (TP4) i. Sistem peredaran pulmonari melibatkan pengangkutan darah terdeoksigen dari arteri pulmonari ke peparu untuk proses pertukaran gas dan mengangkut darah beroksigen kembali ke jantung melalui vena pulmonari ii. Sistem peredaran sistemik melibatkan pengangkutan darah beroksigen oleh arteri ke seluruh badan kecuali peparu dan mengangkut darah terdeoksigen ke jantung semula melalui vena.
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 13 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 15. Lakarkan dan labelkan sistem peredaran pulmonari dan sistem peredaran sistemik di bawah. (TP3) 16. Berikan definisi bagi perkataan di bawah. (TP3) a) Diastol Bunyi ‘dub’ dihasilkan oleh penutupan injap sabit pada aorta dan arteri pulmonari semasa pengenduran ventrikel. b) Sistol Bunyi ‘lub’ dihasilkan oleh penutupan injap trikuspid dan biskuspid antara atrium dengan ventrikel semasa pengecutan ventrikel berlaku. c) Bacaan tekanan diastolik Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung d) Bacaan teknanan sistolik Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung Peparu Seluruh bahagian badan kecuali peparu Vena Arteri pulmonari Vena pulmonari Arteri Sistem peredaran pulmonari Arteri pulmonari Peparu Jantung Sistem peredaran sistemik Seluruh badan kecuali Peparu Arteri Vena Jantung Vena pulmonari
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 14 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 17. Perhatikan urutan pembukaan dan penutupan injap-injap di dalam jantung semasa jantung denyut dalam rajah di bawah dan labelkan kedua-dua rajah di bawah dengan tepat. 18. Namakan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah. (TP1) Alat sfigmomanometer 19. Labelkan rajah di bawah dengan maklumat yang diberikan di bawah (TP3) Injap sabit tertutup Injap trikuspid terbuka Injap bikuspid terbuka Injap trikuspid tertutup Injap bikuspid tertutup Injap sabit terbuka Diastolik Apa berlaku pada injap? a. Injap sabit tertutup b. Injap trikuspid dan injap biskuspid terbuka Sistolik Apa berlaku pada injap? a. Injap sabit terbuka b. Injap trikuspid dan injap biskuspid tertutup Sistolik Diastolik Tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut Tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah apabila otot jantung berehat SISTOLIK Tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut DIASTOLIK Tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung berehat
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 15 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 20. Apakah yang dimaksudkan dengan denyutan nadi? (TP1) Denyutan nadi dihasilkan oleh pengecutan dan pengenduran dinding arteri yang berotot. 21. Berapakah purata kadar denyutan nadi bagi (TP1) a. Lelaki dewasa : 70 hingga 72 denyutan per minit b. Perempuan dewasa : 78 hingga 82 denyutan per minit 22. Mengapakah kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki?(TP4) Ini kerana saiz jantung perempuan lebih kecil daripada lelaki menyebabkan kurang darah dapat dipam bagi setiap denyutan dan perlu berdenyut pada kadar yang lebih tinggi berbanding jantung lelaki. 23. Terdapat beberapa tempat pada badan yang menjadi titik nadi. Namun biasanya doktor mengambil bacaan nadi di bahagian pergelangan tangan. Berikan sebab kenapa? (TP3) Ini disebabkan ianya jelas, menonjol dan mudah dikesan sebab arteri terletak sangat dekat dengan permukaan kulit. 24. Nyatakan empat faktor yang memberi kesan terhadap kadar denyutan nadi manusia (TP2) a. Umur b. Jantina c. Jenis aktiviti fizikal d. Kesihatan badan 25. Berikan apakah hubungan bagi setiap faktor berikut dengan kadar denyutan nadi dan berikan sebab mengapa? (TP4) a) Umur Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadi. Kerana Semakin meningkat umur seseorang menjadi kurang aktif maka jantung tidak perlu mengepam darah dengan lebih cepat. b) Jantina Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi daripada lelaki. Kerana Saiz jantung perempuan lebih kecil maka kurang darah dapat dipamkan oleh itu jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak. c) Jenis aktiviti fizikal Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi Kerana Jantung perlu mengepam darah dengan lebih laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen kepada badan.
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 16 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.2 SISTEM PEREDARAN DARAH Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.2 Murid dapat memerihalkan sistem peredaran darah dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.2.1 Mengitlak maksud sistem peredaran darah haiwan 3.2.2 Berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung serta salur darah dalam sistem peredaran darah manusia. 3.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi. (Eksperimen wajib tingkatan 3 : juga eksperimen wajib tingkatan 4) 3.2.4 Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat 1. Apakah maksud sistem peredaran darah bagi haiwan? Sistem peredaran darah ialah satu sistem pengangkutan yang khusus dalam organisma kompleks yang berfungsi untuk nutrien, gas respirasi dan bahan kumuh. 2. Bezakan fungsi antara arteri, kapilari dan vena Arteri Mengangkut darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari) Kapilari Menghubungkan arteri dengan vena dan tempat pertukaran bahan antara sel Vena Mengangkut darah terdeoksigen (kecuali vena pulmonari) 3. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi dan jelaskan hubungan antara faktor dengan kadar denyutan nadi. a) Umur Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadi. Kerana Semakin meningkat umur seseorang menjadi kurang aktif maka jantung tidak perlu mengepam darah dengan lebih cepat. b) Jantina Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi daripada lelaki. Kerana Saiz jantung perempuan lebih kecil maka kurang darah dapat dipamkan oleh itu jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak. c) Jenis aktiviti fizikal Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi Kerana Jantung perlu mengepam darah dengan lebih laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen kepada badan. 4. Apakah kepentingan menjaga kesihatan jantung? Menjaga kesihatan jantung adalah penting untuk memastikan kelangsungan hidup kita Nama :………………………………………………………. Tarikh :…………….. Assessment for Learning (AfL) My CATs
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 17 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 3.3 Murid dapat memerihalkan darah manusia dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.3.1 Mencerakinkan komponen dan kandungan darah manusia 3.3.2 Mengenal pasti kumpulan darah serta kesan menerima darah yang tidak sepadan 3.3.3 berkomunikasi mengenai kepentingan menderma darah dalam konteks kehidupan harian (Rujuk buku teks muka surat 96-99) 1. Apakah fungsi darah manusia? (TP1) Mengangkut oksigen dan nutrien ke sel badan dan bahan kumuh dari sel badan. 2. Namakan proses bagi mengasingkan darah kepada dua kompenan utama nya. (TP1) Proses emparan 3. Namakan tiga komponen darah serta peratus komposisinya dalam darah (TP1) a. Plasma (55%) b. Sel darah putih dan platlet (<1%) c. Sel darah merah (45%) 4. Labelkan komponen darah manusia di bawah (TP2) 5. Apakah fungsi setiap komponen darah di bawah (TP3) a) Sel darah merah Mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh badan dan gas karbon dioksida dari seluruh badan ke peparu b) Sel darah putih Menghasilkan antibodi untuk membunuh patogen c) Platlet Pembekuan darah d) Plasma Mengangkut sel-sel darah ke seluruh tubuh bersama dengan nutrien, antibodi, protein, hormon, dan protein Plasma Sel darah putih dan platlet Sel darah merah
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 18 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 6. Plasma darah terdiri daripada kira-kira 90% air dan 10% bahan terlarut mengalir ke seluruh bahagian badan. Nyatakan apakah bahan terlarut tersebut? (TP1) Nutrien, gas karbon dioksida, enzim, hormon dan bahan kumuh. 7. Darah manusia boleh dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu (TP1) 8. Sel darah merah mengandungi dua jenis antigen yang menentukan kumpulan darah manusia. Namakan dua antigen tersebut (TP1) a) Antigen B b) Antigen A 9. Padankan rajah di bawah dengan kumpulan darah yang betul bagi menunjukkan pengelasan kumpulan darah manusia. JENIS ANTIGEN KUMPULAN DARAH PENERANGAN AB Individu daripada kumpulan darah AB mempunyai hanya antigen A dan antigen B 0 Individu daripada kumpulan darah O tidak mempunyai antigen A atau antigen B A Individu daripada kumpulan darah A mempunyai hanya antigen A sahaja B Individu daripada kumpulan darah B mempunyai hanya antigen B sahaja A B AB O
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 19 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 10. Plasma darah mengandungi dua jenis antibodi. Namakan dua jenis antibodi tersebut. (TP2) 11. a) Lengkapkan jadual di bawah bagi menerangkan jenis darah, antigen dan antibodi dalam darah. (TP2) Jenis darah Jenis antigen (Di permukaan sel darah merah) Jenis antibodi (Dalam plasma darah) A A Anti-B B B Anti-A AB A dan B - O - Anti-A dan Anti-B b) Kaji pernyataan di bawah dan buatkan rumusan berdasarkan rajah di bawah.(TP4) Plasma Antibodi Anti-A Antibodi Anti-B Antibodi akan menyerang antigen yang sepadan dengannya dan menyebabkan penggumpalan darah berlaku dan hal ini boleh menyebabkan kematian. Kebolehan seseorang menerima darah bergantung pada kehadiran antibodi dalam plasma darahnya Contoh : antibodi Anti-A akan menyerang antigen A dan antibodi Anti-B akan menyerang antigen B Antigen A Anti-B Antigen Tiada Anti-A dan Anti B Antigen B Anti-A Antigen B dan A Antibodi Tiada Individu yang mempunyai antibodi Anti-A (darah jenis B) Individu yang mempunyai antibodi Anti-B (darah jenis A) Individu yang mempunyai antibodi Anti-B dan Anti-A (darah jenis O) Individu yang darah jenis AB tidak mempunyai antibodi dalam darahnya TIDAK BOLEH menerima darah jenis A dan AB Sebab Kedua-dua jenis darah A dan AB mempunyai antigen A TIDAK BOLEH menerima darah jenis A, AB dan B Sebab Kehadiran antibodi Anti-A dan Anti-B dalam plasma darahnya TIDAK BOLEH menerima darah jenis B dan AB Sebab Kedua-dua jenis darah B dan AB mempunyai antigen B BOLEH menerima darah jenis A, AB, B dan O Sebab Tiada antibodi dalam plasma darahnya
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 20 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 12. Lengkapkan jadual di bawah bagi menerangkan padanan kumpulan darah penerima dan penderma yang tepat. (TP3) 13. Namakan kumpulan darah yang manakah dikenali sebagai (TP3) a) Penerima universal Kumpulan darah AB b) Penderma universal Kumpulan darah O 14. Nyatakan tiga kriteria yang melayakkan seseorang menderma darah. (TP1) a) Individu yang sihat b) Umur antara 18 tahun hingga 60 tahun c) Berat badan melebihi 45 kg. 15. Apakah kebaikan menderma darah kepada seseorang individu? (TP4) Apabila seseorang individu menderma darah, jumlah sel darah merah di dalam badannya akan berkurang. Ini akan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah baharu. Badan individu tersebut akan menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. 16. Kempen menderma darah sering dianjurkan oleh pihak tertentu terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Wajarkan kepentingan menderma darah dalam konteks kehidupan harian. (TP5) Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, membantu mangsa kemalangan dan juga membantu pesakit leukimia, hemofilia dan talassemia yang sentiasa memerlukan darah untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu kesedaran kepentingan menderma darah perlu diperkukuhkan di kalangan masyarakat amnya dan individu yang layak menderma khasnya PENERIMA DARAH PENDERMA DARAH A B AB O A B AB O √ X X √ X √ X √ √ √ √ √ X X X √
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 21 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 3.3 DARAH MANUSIA Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.3 Murid dapat memerihalkan darah manusia dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.3.1 Mencerakinkan komponen dan kandungan darah manusia 3.3.2 Mengenal pasti kumpulan darah serta kesan menerima darah yang tidak sepadan 3.3.3 berkomunikasi mengenai kepentingan menderma darah dalam konteks kehidupan harian 1. Nyatakan empat komponen darah manusia. Sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma darah 2. Nyatakan komponen yang paling besar dalam darah manusia. Plasma darah 3. Tandakan (√) pada kumpulan darah penderma dan penerima yang serasi dan (X) pada kumpulan darah penderma dan penerima yang tidak serasi. Kumpulan darah penderma Kumpulan darah penerima A B AB O A √ X √ X B X √ √ X C X X √ X D √ √ √ √ 4. a) Apakah kepentingan menderma darah? Untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan darah. b) Nyatakan dua contoh penyakit yang dapat dirawat melalui pendermaan darah. Leukimia, hemofilia 5. a) Mengapakah seorang penderma darah dengan kumpulan O dikenali sebagai penderma universal? Seseorang dengan kumpulan darah O boleh menderma darah kepada sesiapa sahaja yang berdarah kumpulan O, A, B dan AB b) Mengapakah seorang penerima darah dengan kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima universal? Seseorang dengan kumpulan darah AB boleh menerima daripada penderma dari mana-mana kumpulan darah, iaitu darah kumpulan O, A, B dan AB kerana plasmanya tidak mengandungi antibodi Anti-A atau Anti-B 6. a) Nyatakan dua tempat orang ramai menderma darah? Hospital, Pusat Darah Negara (PDN) b) Berikan satu situasi yang memerlukan proses pendermaan darah yang banyak. Kemalangan jalan raya, peperangan 7. Rajah di bawah menunjukkan sebuah beg darah berisi darah seorang penderma darah yang telah diuji. a) Berdasarkan Rajah di atas, nyatakan kumpulan darah penderma tersebut. Kumpulan darah B b) Selain kumpulan darah, apakah yang diuji pada sampel darah penderma? Kehadiran virus dan bahan yang tidak dikehendaki c) Beg darah tersebut mengandungi beberapa bahan kimia seperti natrium sitrat. Apakah fungsi natrium sitrat? Menghalang pembekuan darah Nama :………………………………………………………. Tarikh :…………….. Assessment for Learning (AfL) My CATs
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 22 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.4 Murid dapat memerihalkan pengangkutan dalam tumbuhan dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.4.1 Memerihalkan transpirasi dalam tumbuhan 3.4.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi (eksperimen wajib tingkatan 3) 3.4.3 Membezakan struktur dan fungsi komponen dalam berkas vaskular pada tumbuhan (Rujuk buku teks muka surat 102 hingga 111) 1. Apakah definisi bagi transpirasi? (TP1) Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan daun ke udara secara penyejatan. 2. Rajah di bawah menunjukkan proses transpirasi dan penyerapan air dalam tumbuhan. Labelkan dengan tepat rajah berikut dengan maklumat yang diberikan. (TP2) 3. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas daun. Labelkan dengan tepat struktur daun di bawah dengan menggunakan maklumat yang diberikan (TP3) Xilem Sel mesofil palisad Kutikel Epidermis atas Floem Epidermis bawah Sel mesofil berspan Stoma Penyerapan air secara osmosis ke dalam tumbuhan melalui akar Kehilangan air secara penyejatan dari permukaan daun melalui transpirasi Laluan air naik ke atas tumbuhan Penyerapan air secara osmosis ke dalam tumbuhan melalui akar Kehilangan air secara penyejatan dari permukaan daun melalui transpirasi Laluan air naik ke atas tumbuhan Kutikel Epidermis atas Sel mesofil berspan Epidermis bawah Stoma Sel mesofil palisad Xilem Floem
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 23 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 4. Gariskan jawapan yang betul tentang fungsi stoma dalam transpirasi? (TP2) a) Kebanyakan (wap air / cecair) yang hilang semasa transpirasi dalam tumbuhan berlaku melalui (liang stoma/floem) yang terdapat pada epidermis daun. b) Semasa (respirasi/fotosintesis) berlaku pada waktu siang, liang stoma biasanya (terrtutup/terbuka). Ini menyebabkan tumbuhan kehilangan air secara (transpirasi/gutasi) 5. Selain daripada transpirasi, tumbuhan juga boleh kehilangan air melalui pelembakan atau gutasi. Apakah yang dimaksudkan dengan pelembakan atau gutasi? (TP2) Kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui hidatod yang sentiasa terbuka pada pinggir daun. 6. Berikan dua perbezaan antara transpirasi dan pelembakan atau gutasi. (TP4) TRANSPIRASI PERBEZAAN PELEMBAKAN @ GUTASI Berlaku pada waktu siang iaitu semasa proses fotosintesis berlaku Masa berlaku Berlaku pada waktu malam atau ketika kelembapan udara yang tinggi Liang stoma yang terdapat pada epidermis daun Tempat berlaku Hidatod yang sentiasa terbuka di pinggir daun Wap air Kehilangan air pada tumbuhan dalam bentuk Cecair 7. Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Huraikan jawapan anda dengan membuat hubungan antara faktor dan kadar transpirasi. (TP4) a) Suhu Huraian Semakin tinggi suhu persekitaran semakin tinggi kadar transpirasi. b) Keamatan cahaya Huraian Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi c) Bilangan stoma Huraian Semakin banyak bilangan stoma semakin tinggi kadar transpirasi d) Kelembapan udara Huraian Semakin tinggi kelembapan udara semakin rendah kadar transpirasi e) Pergerakan udara Huraian Semakin tinggi pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 24 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 8. Apakah satu kebaikan proses transpirasi kepada tumbuhan? Huraikan jawapan anda. (TP5) Proses transpirasi memudahkan proses pengangkutan air dan garam mineral dalam tumbuhan. Semasa transpirasi, air dan garam mineral terlarut meresap ke dalam tumbuhan melalui akar ke batang dan daun. 9. Padankan dua tisu pengangkut dalam berkas vaskular pada tumbuhan berbunga yang memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan dengan fungsinya dengan tepat (TP2) 10. Rajah di bawah menunjukkan taburan berkas vaskular dalam daun, batang dan akar. Labelkan dengan tepat kedudukan xilem dan floem pada ketiga-tiga rajah tersebut. (TP2) Xilem Mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar ke daun dan batang bagi menjalankan fotosintesis dan untuk menggantikan kehilangan air semasa transpirasi Floem Mengangkut sukrosa yang terhasil dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian lain tumbuhan Floem Xilem Floem Xilem Xilem Floem
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 25 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 11. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan bagi mengkaji laluan air dalam tumbuhan dengan menggunakan larutan eosin. a) Lukiskan satu rajah berlabel bagi setiap keratan yang diperhatikan. Kenal pasti serta label tisu yang berwarna merah yang diwarnai oleh larutan eosin. (TP3) b) Adakah larutan eosin tersebar secara sama rata atau mempunyai corak khusus dalam daun, batang dan akar tumbuhan? (TP3) Larutan eosin tersebar mengikut corak 10 khusus di dalam daun, batang dan akar tumbuhan c) Nyatakan bahagian yang berwarna merah dalam keratan daun, akar dan batang dalam aktiviti ini. Berikan sebab atas jawapan anda. (TP3) Xilem. Ini kerana xilem merupakan tisu pengangkut dalam tumbuhan yang berfungsi mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar ke daun dan batang bagi menjalankan fotosintesis dan untuk menggantikan kehilangan air semasa transpirasi Daun Larutan eosin Akar Keratan rentas batang Keratan rentas akar Keratan rentas daun
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 26 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 12. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti yang dijalankan bagi mengkaji laluan makanan dalam tumbuhan. Lakarkan perubahan bahagian ranting dengan kulit yang telah dibuang pada awal dan akhir aktiviti ini. (TP3) Awal eksperimen Akhir eksperimen Bahagian yang bengkak
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 27 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 3.4 PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.4 Murid dapat memerihalkan pengangkutan dalam tumbuhan dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.4.1 Memerihalkan transpirasi dalam tumbuhan 3.4.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi 3.4.3 Membezakan struktur dan fungsi komponen dalam berkas vaskular pada tumbuhan 6. Rajah di bawah menunjukkan struktur xilem dan floem di dalam bekas vaskular pada bahagian tumbuhan yang berbeza. Nama :………………………………………………………. Tarikh :…………….. 1. Apakah maksud transpirasi? Transpirasi ialah suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan. 2. Gariskan jawapan yang betul tentang sistem pengangkutan dalam tumbuhan. a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam keadaan (cecair/wap) manakala kehilangan air melalui pelembakan adalah dalam keadaan (cecair/wap) b) Tisu yang mengangkut air dalam tumbuhan ialah (floem/xilem) manakala yang mengangkut sukrosa ialah (floem/xilem) 3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan. Keamatan cahaya, kelembapan udara, suhu, pergerakan udara 4. Mengapakah pewarna digunakan untuk mengkaji laluan air di dalam struktur xilem? Laluan air di dalam struktur xilem tidak dapat dikesan tanpa penggunaan pewarna kerana tisu xilem tidak berwarna Floem Xilem Floem Floem Xilem Xilem Assessment for Learning (AfL) My CATs
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 28 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Standard kandungan/Objektif Pembelajaran 3.5 Murid dapat memerihalkan sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan dengan tepat. Standard Pembelajaran/Kriteria kejayaan Murid dapat 3.5.1 Membandingkan sistem peredaran darah dalam haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan (Rujuk buku teks muka surat 113) 1. Berikan persamaan dan perbezaan di antara sistem peredaran darah dalam haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan. (TP4) SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM HAIWAN PERSAMAAN SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN 1. Kedua-duanya ialah sistem pengangkutan. 2. Kedua-duanya mengangkut air, nutrien dan bahan terlarut 3. Kedua-duanya wujud dalam organisma kompleks PERBEZAAN Sistem bertiub dengan jantung dan injap Struktur Sistem bersalur tanpa pam atau injap Tiga jenis salur iaitu arteri, vena dan kapilari Jenis salur pengangkutan Dua jenis salur iaitu salur xilem dan floem Arteri. Kapilari dan vena disambung menjadi satu salur yang berterusan Sambungan antara salur pengangkutan Xilem dan floem tidak bersambung dan merupakan dua salur yang berasingan 2. Kajian sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan telah menyedarkan kita bahawa kita patut mensyukuri keunikan sistem peredaran dalam kesinambungan kehidupan organisma ciptaan Tuhan. Wajarkan mengapa kita patut mensyukuri keunikan sistem peredaran in. (TP5) Organisma tidak dapat terus hidup jika organisma ini tidak mempunyai sistem peredaran yang unik mengikut keperluan masing-masing
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 29 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE Assessment for Learning (AfL) BAB 3 PENGANGKUTAN NAMA :……………………………………………………... TARIKH :…………………. 1. Selesaikan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul. (TP1) Melintang (a) Melakukan aktiviti aktif dapat meningkatkan kadar denyutan nadi (b) Kehilangan air daripada tumbuhan berlaku melalui proses transpirasi (c) Salur darah yang berdinding paling nipis kapilari Menegak (a) Sukrosa diangkut melalui salur floem (b) Organ yang mengepam darah ialah jantung (c) Kumpulan darah AB mempunyai dua jenis antigen. 2. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan tandakan (X) bagi pernyataan yang salah tentang pengangkutan dalam organisma. (TP2) Amoeba sp tidak mempunyai sistem pengangkutan yang khusus √ Fungsi sistem pengangkutan adalah untuk membawa bahan keperluan ke seluruh bahagian badan organisma sahaja X Dalam sistem peredaran sistemik, darah beredar dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung semula X Penggumpalan darah merupakan kesan daripada tindakan menerima kumpulan darah yang sepadan X 3. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis salur darah dalam badan manusia.
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 30 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE P Q R a) Nyatakan struktur dalam salur darah P yang tidak ditunjukkan dalam Rajah 1 Injap b) Nyatakan fungsi salur darah Q. Mengangkut darah beroksigen c) Terangkan adaptasi dalam struktur salur darah yang berikut i. Salur darah Q Salur darah Q berdinding tebal untuk menahan tekanan darah yang tinggi ii. Salur darah R Salur darah R berdinding setebal satu sel untuk memudahkan pertukaran bahan antara darah dan sel badan melalui resapan 4. (a) Nyatakan lima bahan yang diangkut dalam badan manusia Oksigen, karbon dioksida, air, makanan tercerna, bahan kumuh (b) Nyatakan tiga bahan yang meresap melalui membran atau dinding sel tumbuhan dan diangkut dalam tumbuhan. Oksigen, karbon dioksida, air (c) Mengapakah sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan oksigen dari luar pada waktu siang? Pada waktu siang, sel tumbuhan menjalankan fotosintesis dan menghasilkan oksigen. Oleh itu, sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan oksigen, iaitu pengangkutan oksigen dari luar ke sel tidak diperlukan 5. (a) Gariskan jawapan yang betul tentang penghasilan bunyi “lub” dan “dub” semasa jantung berdenyut dan tekanan darah i. Bunyi (lub/dub) dihasilkan oleh penutupan injap aorta dan arteri pulmonari. ii. Bunyi (lub/dub) dihasilkan oleh penutupan injap antara atrium dengan ventrikel. iii. Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dikenali sebagai bacaan tekanan (diastolik/sistolik) iv. Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dikenali sebagai bacaan tekanan (diastolik/sistolik)
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 31 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE (b) Antara bacaan tekanan diastolik dengan sistolik, yang manakah lebih tinggi? Jelaskan jawapan anda. (TP4) Bacaan tekanan sistolik adalah lebih tinggi daripada bacaan tekanan diastolik. Bacaan tekanan sistolik ialah bacaan tekanan darah yang lebih tinggi semasa ventrikel jantung mengecut untuk memaksa darah keluar dari jantung lalu diedarkan ke seluruh badan. Bacaan tekanan diastolik ialah bacaan tekanan darah yang lebih rendah semasa ventrikel jantung mengendur lalu memudahkan darah mengalir dari seluruh badan kembali ke jantung 6. a) Jadual 1 menunjukkan empat orang penderma darah daripada kumpulan darah yang berlainan. Penderma darah Kumpulan darah Hana A Hani B Afiq AB Alif O Seorang mangsa kemalangan jalan raya telah kehilangan darah yang banyak. Dia disahkan mempunyai darah kumpulan B i) Penderma darah yang manakah sesuai untuk mendermakan darah kepada mangsa tersebut? (TP2) Hani dan Alif ii) Terangkan kesan kepada mangsa tersebut sekiranya dia menerima darah daripada Afiq (TP3) Mangsa tersebut akan mati. Hal ini disebabkan oleh berlakunya penggumpalan darah. b) Persatuan Bulan Sabit Merah menganjurkan kempen “Jom Derma Darah” untuk mengisi tabung darah. Terdapat tiga individu yang berminat untuk menyertai kempen tersebut. Jadual 2 menunjukkan umur, jantina dan jisim badan mereka. Individu Umur (Tahun) Jantina Jisim badan (kg) 1 15 Lelaki 62 2 30 Perempuan 70 3 61 Lelaki 66 i) Berdasarkan Jadual 2, individu yang manakah paling sesuai untuk menderma darah?Terangkan jawapan anda. (TP2) Individu 2. Hal ini disebabkan dia memenuhi syarat umur 18 tahun ke atas tetapi kurang daripada 60 tahun. Dia juga memenuhi syarat jisim badan lebih 45 kg ii) Apakah syarat tambahan khas bagi penderma darah tentang kesesuiannya menderma darah? (TP3) ▪ Perempuan yang mengandung tidak sesuai menderma darah ▪ Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit dalam darah, sakit jantung ▪ Paras hemoglobin (Hb) individu yang rendah tidak sesuai untuk menderma darah.
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 32 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 7. Rajah 2 menunjukkan keratan rentas batang suatu tumbuhan a) Nyatakan satu fungsi X (TP1) Mengangkut makanan b) Nyatakan struktur dalam batang tumbuhan yang mengangkut air dari akar ke daun. (TP2) Xilem atau Y c) i. Apakah yang akan berlaku pada tumbuhan tersebut sekiranya gegelang kulit tumbuhan dan X dibuang? Terangkan jawapan anda (TP3) Bahagian atas gegelang kulit yang dibuang akan menjadi bengkak. Makanan terkumpul di bahagian atas gegelang kulit dan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah gegelang kulit disebabkan oleh ketiadaan X ii. Apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut sekiranya gegelang kulit tumbuhan, X dan Y dibuang? (TP3) Bahagian atas gegelang kulit yang dibuang akan menjadi kering dan mati 8. Rajah 3 menunjukkan susunan radas suatu penyiasatan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi pada tumbuhan dan keputusannya selepas tiga jam Keputusan Set Jisim awal (g) Jisim akhir (g) Kadar transpirasi (g/minit) A 300 246 0.3 B 300 264 0.2 Hitung kadar transpirasi dalam penyiasatan ini dengan menggunakan formula (TP4) Kadar transpirasi = − () Set A = − = . / Set B = − = . / X Y
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 33 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE 9. Tiga orang murid Luqman, Danish dan Amirul menjalankan satu aktiviti kecergasan untuk mengkaji kesihatan jantung mereka. Jadual 3 menunjukkan kadar denyutan nadi untuk mereka bertiga sebelum dan selepas aktiviti kecergasan tersebut. (TP4) Keadaan Kadar denyutan nadi (bilangan nadi per minit) bagi Amirul Danish Luqman Sebelum aktiviti 70 72 71 Sebaik sahaja selepas aktiviti 130 95 94 15 minit selepas aktiviti 75 71 75 a) Namakan murid yang paling berisiko menghidap penyakit jantung. Jelaskan jawapan anda. Amirul. Dia mempunyai kadar denyutan nadi paling tinggi sebaik sahaja selepas aktiviti. b) Namakan murid yang mempunyai jantung yang paling sihat. Jelaskan jawapan anda. Danish. Kadar denyutannya kembali ke kadar asal dalam sela masa 15 minit selepas aktiviti. 10. Semua ahli kelab Sains sekolah anda telah bersetuju untuk menjalankan satu projek tanaman herba di sekolah. Herba yang hendak ditanam ini akan tumbuh dengan subur jika kadar transpirasi adalah sederhana dan pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi untuk menjalankan fotosintesis. Rajah 4 menunjukkan tiga kawasan iaitu • Kawasan A di dalam bilik makmal yang gelap • Kawasan B di bawah bumbung yang redup dalam kawasan yang cerah • Kawasan C di padang sekolah yang panas di bawah Matahari a) Berdasarkan Rajah 4, kawasan manakah paling sesuai untuk dijadikan tapak projek tersebut? Terangkan jawapan anda. (TP4) Kawasan B. • Kawasan A tidak sesuai bagi pertumbuhan herba. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan cahaya yang diperlukan oleh herba untuk menjalankan fotosintesis. • Kawasan C tidak sesuai bagi pertumbuhan herba. Suhu yang tinggi di kawasan ini akan meningkatkan kadar transpirasi herba. • Kawasan B adalah sesuai bagi pertumbuhan herba. Suhu pada kawasan redup ini dapat mengekalkan kadar transpirasi herba. Tambahan pula, kehadiran cahaya matahari dalam kawasan yang cerah ini membolehkan herba untuk menjalankan fotosintesis
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 34 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE My Classroom Assessment Tracker (My-CATs) Bina sebuah model sebuah rumah kaca atau rumah hijau di mana kelembapan udara dan keamatan cahaya boleh dikawal. Binaan model tersebut hendaklah menggunakan bahan yang berikut. Sekaki payung yang lut sinar Bekas Tisu Air Payung lut sinar yang dapat mengawal keamatan cahaya yang merambat melaluinya Tisu Air Alat pengawal kelembapan udara
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 35 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Selepas mempelajari Bab 3 Pengangkutan, saya dapat: 3.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA 3.1.1 Memerihalkan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma kompleks dan organisma ringkas. 3.1.2 Membanding dan membezakan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma ringkas 3.1.3 Mewajarkan kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma 3.2 SISTEM PEREDARAN DARAH 3.2.1 Mengitlak maksud sistem peredaran darah bagi haiwan 3.2.2 Berkomunikasi untuk menerangkan struktur dan fungsi jantung serta salur darah dalam sistem peredaran darah manusia 3.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi 3.2.4 Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat 3.3 DARAH MANUSIA 3.3.1 Mencerakinkan komponen dan kandungan darah manusia 3.3.2 Mengenal pasti kumpulan darah serta kesan menerima darah yang tidak sepadan 3.3.3 Mewajarkan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat 3.4 PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN 3.4.1 Memerihalkan transpirasi dalam tumbuhan 3.4.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi 3.4.3 Membezakan struktur dan fungsi komponen dalam berkas vaskular pada tumbuhan 3.5 SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM HAIWAN DAN SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN 3.5.1 Membandingkan sistem peredaran darah dalam haiwan dengan sistem pengangkutan dalam tumbuhan I LOVE SCIENCE CIKGUABYE
My Classroom Assesment Tracker (My CATs) Form 3 Cikgu Abye ® 36 | M o d u l M y C A T s ( C l a s s r o o m A s s e s s m e n t T r a c k e r - S c i ) CIKGUABYE SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PBD TEMA 1 : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BAB 3 : PENGANGKUTAN NAMA MURID KELAS STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN PENCAPAIAN YANG DIUJI PENCAPAIAN MURID 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai sistem pengangkutan 2 Memahami sistem pengangkutan dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut. 3 Mengaplikasi pengetahuan mengenai sistem pengangkutan dan dapat melaksanakan tugasan mudah 4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains mengenai sistem pengangkutan dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam 5 Menilai pengetahuan dan kemahiran sains mengenai sistem pengangkutan dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan 6 Mencipta dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai sistem pengangkutan konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baharu secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira sosial/ekonomi/budaya masyarakat Nama Pentaksir : …………………………………………………………………… Nama sekolah : …………………………………………………………………… I LOVE SCIENCE CIKGUABYE