LANGKAH MEMARTABATKAN TULISAN JAWI Pensyarah: Dr. Makmur bin Harun BSJ3063 APLIKASI KOMPUTER DALAM TULISAN JAWI
disediakan oleh: NOR SAIDATULNIESA AYUNI BINTI AHMAD ZALANI D20211098697 NURUL BALQIS BINTI MUHAMED NIZAM D20211098700
Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba di kepulauan Melayu bersama kedatangan Islam. Tulisan Jawi berperanan penting dalam usaha penyebaran ilmu terutamanya ilmu agama, seterusnya telah digunapakai secara meluas sebagai medium komunikasi oleh orang Melayu dalam kalangan ahli masyarakat serta dengan pihak luar. Tulisan Jawi merupakan salah satu dari warisan peradaban dan lambang jati diri bangsa Melayu yang wajib diperlihara dan dipulihara. Kedudukan tulisan Jawi telah diambil alih oleh tulisan Rumi dan tidak lagi dilihat sebagai lambang peradaban Melayu sebagaimana yang telah dilalui di zaman kegemilangan ketamaduan Melayu dahulu. Pelbagai langkah boleh diambil bagi memartabatkan tulisan Jawi di negara kita. pengenalan
sistem pendidikan Peredaran masa dan perubahan dasar pendidikan pasca kemerdekaan yang dilaksanakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menjadikan tulisan Jawi seakan dipinggirkan penggunaannya pada zaman sekarang (Naquiah Nahar, 2016). Dari aspek pendidikan dan kurikulum, kerajaan perlu menyokong dan memastikan terdapat pelajaran Jawi dalam sistem pendidikan formal. Ini termasuk mengekalkan atau memperkenalkan mata pelajaran Jawi di sekolah-sekolah. Pihak lain juga boleh membantu dalam menyusun modul atau sumber pembelajaran tambahan untuk guru dan pelajar, serta mengadakan program pembelajaran tambahan di luar sekolah.
Pengajaran Jawi bagi setiap individu
kerjasama kerajaan dan ngo 1) Pelaksanaan Dasar dan Strategi: Kerajaan: Membentuk dasar-dasar yang menyokong penggunaan tulisan Jawi, termasuk dalam dokumentasi rasmi dan media kerajaan. NGO: Boleh memantau dan memberi input kepada kerajaan tentang keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar tersebut, serta menyuarakan keperluan komuniti berkaitan dengan tulisan Jawi.
2) Penerbitan dan Promosi: Kerajaan: Memberi sokongan kewangan dan insentif kepada penerbit untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan dalam tulisan Jawi. NGO: Berperanan mempromosikan karya-karya tulisan Jawi, dan menyokong penulis-penulis yang aktif menggunakan tulisan Jawi. 3) Perayaan Budaya dan Seni: Kerajaan: Menyokong program-program budaya dan seni yang mempromosikan penggunaan dan apresiasi terhadap tulisan Jawi. NGO: Pelaksanaan acara seni budaya yang menekankan penggunaan tulisan Jawi, seperti pameran seni, pertandingan penulisan, dan program-program seni tradisional.
4) Teknologi dan Media Sosial: Kerajaan: Membangunkan aplikasi dan platform digital yang memudahkan penggunaan tulisan Jawi, serta menyokong penggunaan bahasa Melayu dalam domain digital. NGO: Boleh memainkan peranan dalam membina kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan penggunaan tulisan Jawi di media sosial dan dalam konteks digital.
Antara tindakan kerajaan untuk memartabat tulisan Jawi:
PERANAN IBU BAPA 1) Pendidikan Awal: Ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran awal yang membolehkan anak-anak mengenal dan memahami tulisan Jawi. Mendedahkan anak-anak kepada tulisan Jawi sejak usia muda melalui bahan bacaan kanak-kanak, kartun, atau aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif. 2) Sokongan dalam Pendidikan Formal: Memberi sokongan kepada anak-anak dalam pembelajaran tulisan Jawi di sekolah. Memantau kemajuan akademik anak-anak dan memberikan bantuan atau sokongan tambahan jika diperlukan.
3) Mengenalkan Karya Sastera Jawi: Mengenalkan karya-karya sastera atau bahan bacaan dalam tulisan Jawi yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak. Menceritakan atau membacakan cerita-cerita dalam tulisan Jawi untuk meningkatkan minat mereka. 4) Penglibatan Dalam Aktiviti Budaya: Membawa anak-anak menghadiri acara-acara budaya yang menekankan penggunaan tulisan Jawi, seperti pertandingan bacaan Jawi, pameran tulisan Jawi, atau aktiviti-aktiviti seni berunsur tradisional. Melibatkan anak-anak dalam upacara-upacara keagamaan atau budaya penggunaan tulisan Jawi.
peranan mahasiswa ipt Mahasiswa daripada setiap institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memartabatkan tulisan jawi. Golongan mahasiswa ini bakal menjadi pemimpin negara. Sehubungan dengan itu, mereka perlu bergerak seiring bersama-sama bagi mengukuhkan serta menaikkan martabat tulisan jawi pada masa kini. Misalnya, menganjurkan Minggu Tulisan Jawi Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing di seluruh Malaysia. Hal ini akan menarik minat dan memupuk rasa cinta orang ramai terhadap tulisan jawi.
Program Minggu Jawi yang dilaksanakan di Politeknik Kuala Terengganu Minggu Tulisan Jawi yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat memperkasakan dan memartabatkan tulisan Jawi, di samping memupuk kecintaan terhadap tulisan Jawi dalam kalangan generasi pada masa kini.
pelaksanaan kempen Kempen merupakan salah satu cara yang boleh menarik perhatian masyarakat dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi pada masa kini. Kempen-kempen yang berkaitan dengan memartabatkan tulisan Jawi boleh dianjurkan di sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat-pusat ilmu dan tempat-tempat strategik yang lain. Kempen yang dianjurkan mestilah mempunyai aktiviti yang mampu menarik perhatian serta minat generasi muda. Contohnya, pertandingan menulis seni khat Jawi, pameran tulisan khat Jawi, jualan buku berkaitan seni khat Jawi dan sebagainya.
Kempen untuk memartabatkan tulisan Jawi ini perlulah dilaksanakan secara berterusan . Sehubungan dengan itu, media massa hendaklah memberi sokongan dalam melaksanakan kempen ini seperti menyelitkan iklan, berita ataupun papan tanda dalam tulisan Jawi. Berikut merupakan contoh kempen yang dilaksanakan di Malaysia:
meningkatkan bahan bacaan dalam tulisan jawi Bahan bacaan merupakan salah satu bahan rujukan yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Sehubungan dengan itu, para penerbit dan penulis buku hendaklah memperbanyakkan karya mereka supaya dapat menarik golongan muda menceburi tulisan Jawi. Misalnya, melalui komik-komik, buku cerita kanak-kanak, novel dan majalah. Bahan bacaan seperti ini mudah untuk diminati oleh golongan pelajar, mahasiswa dan masyarakat, secara tidak langsung ia dapat menyemai minat mereka terhadap tulisan Jawi.
Berikut merupakan contoh bahan bacaan dalam tulisan Jawi:
kesimpulan Secara rumusannya, tulisan Jawi merupakan salah satu aspek yang penting untuk mengekalkan identiti dan imej budaya Melayu masa kini. Namun begitu, penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat semakin lemah dan berada di tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah mestilah dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Oleh itu, sebagai rakyat yang peka dan prihatin terhadap isu penguasan tulisan Jawi, kita perlulah mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan zaman kegemilangan tulisan Jawi.
rujukan Mohamad Norzaharuddin Kasimon. (6 Ogos 2019). Perlu sokong sepenuhnya tulisan Jawi dan seni khat. Sinar Harian. Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan Surat. (2021). Pemupukan Minat Terhadap Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 103-109. Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (16 April 2021). Melestari Tulisan Jawi Melalui Prosumerisme. Tinta Minda. Muhamad Fairoz Azizan. (13 September 2019). Pahang tekad martabatkan tulisan Jawi. Berita Harian.
Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (6 April 2021). Melestarikan Tulisan Jawi Melalui Prosumerisme. Tinta Minda Bernama. Salleh Immun & Wirwan Nor Rama. (27 Februari 2020). Kempen Tulisan Jawi Tarik Minat Warga JaPen. Malaysia Aktif.
SEKIAN, TERIMA KASIH.