The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 1
1) KANAGGA NITHIYAA SRI A/P MUNIANDY
2) LAAVANYA A/P NADARAJAH
3) KATHIKA LAXMI A/P RAGU RAMU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kshivvthika, 2021-12-08 08:10:20

KESEDARAN NILAI PATRIOTISME DI KALANGAN PELAJAR

KUMPULAN 1
1) KANAGGA NITHIYAA SRI A/P MUNIANDY
2) LAAVANYA A/P NADARAJAH
3) KATHIKA LAXMI A/P RAGU RAMU

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KESEDARAN NILAI PATRIOTISME DI
KALANGAN PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH:

KANAGGA NITHIYAA SRI A/P
MUNIANDY

33DTM19F1038

KATHIKA LAXMI A/P RAGU RAMU
33DTM19F1057

LAAVANYA A/P NADARAJAH
33DTM19F1039

PENSYARAH:
EN FIRDAUS MAMAT JUNOH

DITERBITKAN OLEH:



Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
KM 1 Jalan Panchor
84600 Pagoh, Johor


TEL: 06-974 2288
FAKS: 06-974 2395
WEBSITE: www.ptsn.edu.my
EMEL: [email protected]



LIMITED EDITION
HAK CIPTA @ 2021
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED

ISMAIL

ISI KANDUNGAN

04 OBJEKTIF

05 - 11 PENDAHULUAN

12 - 13 SEMANGAT PATRIOTISME

14 - 17 ISU-ISU PRO & KONTRA
SEMANGAT PATRIOTISME

18 - 21 PUNCA-PUNCA
KEKURANGAN
KESEDARAN NILAI
PATRIOTISME DALAM
KALANGAN PELAJAR

22 - 24 KEPENTINGAN
KESEDARAN NILAI
PATRIOTISME DALAM
KALANGAN PELAJAR

25 - 27 LANGKAH-LANGKAH
MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM
KALANGAN PELAJAR

28 KESIMPULAN

29 LAMPIRAN

30 RUJUKAN

OBJEKTIF

Untuk mengukuhkan kefahaman kami mengenai isu
yang dinyatakan dalam tajuk tugasan kumpulan kami
iaitu Kesedaran Nilai Patriotisme Dalam Kalangan
Pelajar.

Untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai

nilai patriotisme.




Untuk mengetahui tahap kesedaran nilai

patriotisme dalam kalangan mahasiswa.

Untuk mencari hubungkait antara isu-isu
pro dan kontra semangat patriotisme.

Untuk mengaji punca - punca kekurangan
kesedaran nilai patriotisme dalam
kalangan pelajar.

Untuk mengenal pasti langkah -
langkah melahirkan nilai patriotisme
dalam kalangan golongan muda.

Untuk meluaskan pengetahuan

mengenai kepentingan nilai patriotisme

antara kalangan mahasiswa.

4

PENDAHULUAN

Semangat patriotisme merupakan salah
satu sentimen yang menekankan aspek
kesetiaan dan cintakan negara. Pada awal
era kemerdekaan, masyarakat Malaysia
menunjukkan semangat sayangkan negara
yang tinggi, sentiasa bersedia dan rela
berkorban nyawa untuk mempertahankan
negara. Nilai patriotik seperti ini wajar dipupuk melalui pembelajaran dan
pengajaran di institusi pendidikan. Ia merupakan langkah komprehensif
agar sejarah pembentukan peradaban tidak dilupakan.

Malah, patriotisme boleh dibahagikan
kepada patriotisme peribadi dan
patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi
bersifat sentimental dan sukarela. Patriot
menegaskan nilai patriotik tertentu,
seperti menghormati bendera negara.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi
yang penuh dengan kandungan simbolik
dan ritual. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negara itu sendiri, dan
keberkesanannya berpunca daripada ekspresi kepentingan bersama
masyarakat politik. Monumen negara dan Hari Pahlawan dan upacara
peringatan adalah contoh patriotisme ini. Patriotisme rasmi biasanya
dikawal oleh etika, dengan peraturan tertentu untuk mengendalikan
bendera, atau jaminan atau bukti kesetiaan tertentu.

5

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta (x2)

Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru
rakyat dari berbagai bangsa, agama dan
sosiobudaya hidup bersatu padu dan
mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu,
lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan
dari Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat
dan negara tercinta Malaysia.

6

SSEEJJAARRAAHH KKEEMMEERRDDAAKKAAAANN

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di
stadium yang baru dirasmikan iaitu
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah
menyaksikan peristiwa bersejarah bagi
Tanah Melayu iaitu secara rasminya
penyerahan pemerintahan Persekutuan
Tanah Melayu daripada pemerintahan
British kepada warganegara Tanah
Melayu. Pengisytiharan tersebut telah
dibuat oleh Tunku Abdul Rahman
disertakan laungan “MERDEKA” 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya
diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu
dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan
meriam seratus satu das. Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd,
Setiausaha Negara Jajahan. Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir,
Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Keadaan dalam
Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.

Sebelum Almarhum Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan
Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan
kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta
nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau
Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh
Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan
kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Syeikh
Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab:“am khir atana” (tahun baik datang
kepada kita) bagi hari Sabtu , 31 Ogos 1957.

7

Beliau berperasan supaya jika tarikh untuk pengisytiharkan kemerdekaan Tanah
Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun
1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau
juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari
memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31
Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki
itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu
pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah
dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31
Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar
Hilir, Melaka.

Masing-masing hadir dengan harapan menggunung
menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti yang
tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan
nafas terakhir. Tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat
bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu hampir
20 000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik
bersejarah kemerdekaan negara di depan mata. Tatkala
Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘merdeka’,
bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack
di Padang Kelab Selangor (Kini Dataran Merdeka) diikuti
pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka,
semua yang hadir tidak mampu menahan air mata. Air
mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi
merdeka’ ini.

Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan
merupakan ganjaran paling besar. Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup
membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium
Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu.
Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat
menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana
di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia. Walaupun hampir dirobohkan suatu
ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka
masih berdiri gagah sehingga hari ini.

8

Tanggal 31 ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi
seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika
rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan
yang sebenarnya. Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi. Mungkin ramai yang
tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja
bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kemerdekaan telah mengangkat
maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana
sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara
bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh
seluruh rakyat. Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil
usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,
marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga

di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa
menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di
mana kita berada. Antara perkara paling penting yang
dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di
akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya
persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu
Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah
menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan
penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini
berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi
menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

9

27 JULAI 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. UMNO telah mengadakan kerjasama dengan
MCA yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan MIC ditubuhkan pada Ogos 1946
membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

10 OGOS 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil
Cina dan 2 wakil India.

18 JANUARI – 6 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu di London.

8 FEBRUARI 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 FEBRUARI 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka.

21 MARCH 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28-29 DISEMBER 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu,
Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 OGOS 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara
mencapai kemerdekaan.

31 OGOS 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur.

10

Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang
Kemerdekaan

Penghulu Dol Said Datuk Siamang Gagap Yamtuan Tunku Antah Dato’ Maharajalela,

di Naining di Seri Menanti di Sungai Ujong Dato’Sagor

Sultan Abdullah di Dato’Bahaman Tok Janggut Raja Mahadi
Perak di Kelantan di Selangor

Haji Abdul Rahman Tok Gajah dan Mat Kilau di Mat salleh dan Antanum
Limbong di Terengganu Pahang di Sabah.

Tengku Kudin, Tok Moris Tunku Muhammad Roslie Dhoby dan Sharif
Saad di Kedah, Rentap Mashor di Sarawak

11

SEMANGAT
PATRIOTISME

Patriotisme merupakan salah satu emosi
yang mementingkan kesetiaan dan
patriotisme. Pengertian patriotisme ialah
semangat perjuangan dan pengorbanan
berdasarkan nilai-nilai seperti cinta,
kasih sayang, kasih sayang, kesetiaan,
kebanggaan, ketulusan, kerelaan,
keikhlasan, dan komitmen seseorang

terhadap agama, bangsa dan negara. Patriotisme biasanya dikaitkan dengan
kesetiaan dan cinta kepada negara. Apabila kepercayaan, amalan dan tingkah laku
seseorang menepati ciri-ciri patriotisme dan patriotisme, seseorang itu dianggap
sebagai patriot. Definisi itu berasal daripada bahasa Greek patriotisme iaitu
patriotes bermaksud fellow countrymen iaitu warganegara dan Patrice bermaksud
fatherland atau country iaitu tanah air atau negara. Ini membawa maksud individu
atau kumpulan di barisan hadapan mempertahankan tanah air.

Konsep patriotisme ialah sikap berani, tidak berputus
asa, dan sanggup berkorban untuk bangsa dan
negara. Patriotisme memainkan peranan dalam
membentuk bangsa Malaysia dan memperkukuh daya
tahannya. Istilah patriotisme mula digunakan di
Malaysia sekitar tahun 1990-an. Menurut Kamus
Dewan (2005), “Patriot” merujuk kepada seseorang
yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan
negara atau mempertahankan kedaulatan negara.

12

Perkataan patriotisme dikatakan berasal
daripada beberapa bahasa asing seperti
Latin (patriota) dan Perancis (patriote).
Nilai-nilai patriotik adalah sebahagian
daripada nilai-nilai luhur, yang perlu
dicerminkan dan diamalkan dengan baik.
Patriotisme boleh dimanifestasikan dengan
mengibarkan Jarugmiran, menyanyikan
lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan

nasionalis, memasang pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara lain untuk
menunjukkan kesetiaan dan cinta kepada negara. Kepentingan patriotisme terletak pada
pemupukan nilai persefahaman dan perpaduan antara kaum yang menjadi penggerak
kepada kemakmuran dan pembangunan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sedar
akan kepentingan patriotisme dalam memupuk perpaduan yang tinggi dalam kalangan
rakyat.

1.Apakah maksud patriotisme ?

2.Perkataan patriotisme berasal dari bahasa
apa ?

3.Apakah konsep patriotisme yang
dinyatakan dalam perenggan sebelumnya ?

4.Adakah nilai patriotisme penting kepada
rakyat Malaysia? Jika ya, jelaskan
sebabnya.

5.Pada pendapat anda, adakah semangat
patriotisme ini masih berterusan dalam
kalangan pelajar ?

13

ISU-ISU PRO DAN KONTRA
SEMANGAT PATRIOTISME

Golongan muda khususnya pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia mempunyai dua tahap
patriotisme yang berbeza. Jika dilihat dari sudut positif, masih terdapat sebilangan peratus
golongan muda yang memberikan sokongan dan sumbangan padu kepada negara ini.
Sebaliknya, tidak dinafikan jangkaan kemerosotan patriotisme dalam kalangan anak muda
adalah rendah, menyebabkan kontroversi ini memerlukan perbincangan yang lebih mendalam
untuk diselesaikan. Oleh itu, isu ini akan dikupas dalam bahagian seterusnya.




Menghadirkan diri ke perasmian Hari

Kemerdekaan secara besar besaran,

mengibarkan bendera Jalur Gemilang, dan

berpakaian kebangsaan tidak sewajarnya

menjadi lambang seseorang peribadi tersebut,

memiliki nilai patriotisme dan cinta akan

negara dalam jiwa mereka. Dengan Namun, di sebalik sokongan itu, terdapat
kecanggihan media massa kini, golongan segelintir masyarakat kurang menyenangi dan
muda lebih banyak memanfaatkannya sebagai mendakwa semangat patriotisme dalam
saluran dalam menyampaikan semua perkara kalangan golongan muda semakin luntur. Ini
berbanding menunjuk secara terang terangan. dilihat apabila menjelang kemerdekaan, tiada

lagi Jalur Gemilang dikibarkan di atas

kenderaan sebagai sokongan kepada

kebebasan negara kita. Pada 3I Ogos pula,

ramai memilih berehat di rumah berbanding

meraikan dan memeriahkan majlis sambutan

kemerdekaan kerana tarikh itu adalah cuti
Kontribusi yang menakjubkan daripada belia umum.
muda ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14


tiga tahun lepas yang mewakili lebih 40

peratus pengundi berdaftar membuktikan

semangat cintakan negara tidak pernah pudar

malah semakin utuh dalam diri belia muda

terutamanya para mahasiswa. Hal ini juga

antara medium yang disampaikan golongan

muda dalam menyemaikan semangat

patriotisme kepada kedaulatan negara.

Suasana ini sedikit sebanyak mampu

menolak persepsi sesetengah pihak yang

mendakwa golongan muda masa kini tidak

menjiwai semangat kemerdekaan. 14

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Jabatan Sosio-Budaya Kesenian Melayu Universiti
Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sokongan ketika PRU14
itu sekali gus menjadi simbolik kesetiaan dan kecintaan rakyat terhadap negara serta
kerajaan yang memerintah ketika ini. Beliau menjelaskan, semangat patriotisme tidak hanya
dilahirkan melalui kibaran bendera, tetapi pelbagai cara dan bentuk boleh dilakukan. Katanya,
sejajar dengan perkembangan semasa, pelbagai wadah boleh digunakan untuk
mempamerkan kebersamaan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam
menlahirkan ketaatan kepada tanah air tanpa membenarkan sebarang campur tangan asing
terhadap negara ini. Semangat patriotisme masih lagi wujud dalam kalangan mahasiswa
sekarang, cuma ianya berbeza dengan masyarakat muda pada zaman 30 atau 40 tahun yang
lalu. Masyarakat dulu sering dikaitkan dengan perarakan bendera dan menghadiri upacara
rasmi kemerdekaan yang memberikan semangat berbeza. Tentu saja penzahiran semangat
cinta negara orang dulu tidak sama dengan sekarang.

Jelas beliau, kewujudan pelbagai interaktif pada masa kini turut mendorong golongan
muda lebih dekat dengan media sosial dalam menyatakan sokongan kepada kedaulatan
negara. Katanya, konsep ekspresi golongan muda berbeza selari dengan perbezaan zaman,
jika dulu masyarakat berusaha menonjolkan semangat patriotik dengan kibaran jalur
gemilang dan berpusu-pusu ke sambutan kemerdekaan. Tapi golongan muda kini gemar
memanifestasi semangat merdeka itu dalam konsep demokratik yang lebih luas iaitu
melahirkan rasa cinta kepada negara dengan benci rasuah, memastikan integriti dalam setiap
pentadbiran serta mahukan satu tadbir urus negara yang baik. Bagi memanfaatkan semangat
merdeka itu sebenarnya ia perlu menanam sikap patriotik dalam pelbagai bentuk iaitu
membenci gejala yang boleh menjatuhkan kedaulatan negara seperti rasuah, budaya kerja
kurang beretika dan sifat yang tidak bertanggungjawab.

15

Dr Awang Azman
berkata, 31 Ogos bukan hanya
untuk berkumpul di padang tetapi menjurus
kepada tugas muhasabah dalam kalangan anak muda
iaitu apa sumbangan yang boleh mereka berikan pada zaman
ini sesuai dengan generasi terkini yang dekat dengan teknologi
maklumat. Katanya, cara lafaz taat setia kepada negara turut berbeza
kerana jurang pada zaman berkenaan. Contohnya, perlawanan yang
membabitkan pasukan negara dalam apa saja peringkat pertandingan, tidak
kira siapa dan apa bangsa pemainnya, golongan muda adalah yang paling
ramai menyokong dengan meluahkan pelbagai harapan untuk kemenangan
negara. Jika ramai anak muda yang tidak pergi melihat perbarisan hari
kemerdekaan, itu bukan tanda semangat patriotik sudah pudar. Kita juga perlu
melihat kepada perkembangan teknologi sekarang yang lebih boleh melihat
secara lintas langsung melalui televisyen, media sosial Facebook atau apa-apa
wadah media yang ada kerana medium itu lebih dengan golongan muda. Jika
zaman dulu, ayah membawa anak ke tempat sambutan kemerdekaan bagi
memupuk semangat kecintaan kepada negara. Namun perlu diketahui, pada
zaman itu bukan semua orang mempunyai televisyen, malah tiada rakaman
ulangan dibuat pihak penyiaran seperti sekarang. Oleh itu, kita jangan terlalu
mudah menilai masyarakat khususnya golongan lama yang menghukum
belia tidak cintakan negara atau tiada semangat patriotik. Beliau
berkata lagi, semangat yang ditonjolkan orang muda itu adalah
satu entiti baru, malah suara mereka jelas dengan
pengisian. Buktinya, ramai yang mengundi kerana
mereka sedar hak sebagai warganegara yang
bakal menentukan nasib dan

generasi mereka.

16

Hasil kajian Indeks Patriotisme Negara membabitkan 1,200 responden terutamanya pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan berada pada skor rendah iaitu purata 3.8 antara
setuju dan tidak setuju. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
yang mendedahkan laporan ini berkata, hasil dapatan indeks ini sedikit sebanyak mencerminkan tahap
semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat di negara ini yang secara relatifnya masih
rendah dan merisaukan. Walaupun jumlah 1,200 orang responden itu mungkin tidak mewakili suara
seluruh rakyat Malaysia mahupun kesemua mahasiswa, namun sampel ini tetap memberi signal yang
jelas kepada semua pihak terutamanya kepada pembuat dasar supaya perlu ada tindakan susulan
mahupun pencegahan diambil bagi mengatasi isu ini. Hal ini adalah penting kerana walaupun jumlah
responden kecil berbanding jumlah populasi yang sedia ada namun tujuh dimensi pengukuran yang

terlibat dalam pengukuran indeks ini dilihat mencakupi semua aspek yang cukup signifikan dan


penting dalam kita menilai dan mengukur tahap patriotisme dalam kalangan warga kita. Indeks ini telah

diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Biro Tatanegara (BTN) yang berpandangan ia adalah cukup
mustahak dalam merencana usaha untuk membina dan memperkukuh semula tahap patriotisme dalam
kalangan warga negara ini yang kini dilihat berhadapan dengan cabaran yang getir. Dalam konteks ini

indeks patriotisme dilihat sebagai wadah dan platform terbaik untuk kita menguji diri sendiri
sejauhmana dan sekukuh mana perasaan cinta kita terhadap tanah air tercinta. Tidak perlu kita menilai
mahupun mencurigai kesetiaan orang lain andai cinta dan setia kita sendiri terhadap negara ini masih
lemah, rendah kesetiaan orang lain andai cinta dan setia kita sendiri terhadap negara ini masih lemah,

rendah dan boleh dipertikai. Hakikatnya perasaan cinta tidak boleh dipaksa mahupun dijual beli. Ia
melibatkan elemen perasaan dan emosi di mana perlu lahir dan hadir dari dalam jiwa kita sendiri.
Natijahnya, kita perlu terima kenyataan bahawa kebanyakan belia pada hari ini sedang berhadapan
dengan krisis kecelaruan identiti yang turut menjejaskan tahap kesetiaan dan patriotisme mereka

terhadap negara sendiri.

Bezakan antara isu-isu pro dan kontra semangat patriotisme.

17

PUNCA-PUNCA KEKURANGAN
KESEDARAN NILAI PATRIOTISME

DALAM KALANGAN PELAJAR

Patriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk

terhadap kesetiaan terhadap bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu dipupuk dan
dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana
remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita
sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan.
Kita mesti sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan
jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu
ketika dahulu. Semangat patriotisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan
remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan
patriotisme antara pihak mahasiswa ini.

MtdpideaepaplnsneakaygtnitinaamnpMrdirngaokaaeatutpkundrsisriaarygaoamuttahltnaasikresignramaim.annkddAuieahKiahjlkbkuetinedkaattegbkiipiunvdrramiaiiinhipeaantppieinsknmaeetspnatildrmdeirucaemknhaapadgmaegablkeraiarrtiaeuaremrihlaktnntakiadlene
btgaakinaDk,nneiielnaysdigamrhmr.auyeakmaieBanspmaprSnaagieanakaeihknngattmnnkiea-kilsseagkdbebmaeuernaainemjmnremagtnyritryadabgaeupeanatustbkekkantaamaanmam-abmnpnepkaneke.aersesanenetsyrnaakgkeamm.aahmdraH,arabaaenskyaarriagaaylhbe-tantahkuk.atnaaakdngnlan

18

Terpengaruh dengan Budaya Barat



Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka selama 60 tahun dan ke atas, tidak lagi dijajah oleh
kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak

lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah,
sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak
mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka berikut dengan gaya

berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada
gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak lagi diberi
perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat. Isu ini perlu

diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat
patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya

luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.



Leka Dengan Lambakan Hiburan



Pada era modernisasi ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan.
Berhibur tidak akan menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga dan mengikut batas- batas

dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat
khususnya golongan remaja terbabit dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga
akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat patriotisme semakin luntur dalam diri mereka.
Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah
negara. Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta perlulah bekerjasama antara satu sama lain
untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan semangat patriotisme. Contohnya, seperti
kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini
sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati
dan memahami semangat patriotisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda
yang terdiri daripada golongan remaja perlulah menaikkan semangat patriotisme dalam diri dan
lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di

persada dunia.



19

Tiada Perasaan Cinta akan Negara



Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan
nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotism pada Malaysia.

Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan
pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah

menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan
hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup yang aman
pada ini adalah menyebabkan sumbangan tentera dulu. Semangat
patriotisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat
kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib
bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun

kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan
perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.




Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan



Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan
para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan, jadi genarasi

kini kurang menghayati semangat patriotism. Masyarakat tidak
mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Negara Malaysia kita yang

aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi
menuntut kemerdekaan. Tokoh- tokoh tempatan yang dulu terkenal
telah kurang dikenali dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan,

dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa
tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi

akan datang.




20

Patriotisme Berasaskan Kaum



Malaysia adalah masyarakat majmuk dan umum mengetahui terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kaum-kaum in dalam Malaysia
telah diasingkan kepada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina
dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor
dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat patriotism
ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan
negara. Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi
penghalang kerana kita semua. Bersatu dan menjadi rakyat
Malaysia. Kita perlulah berasa bangga dengan negara kita kerana
walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup
dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan
menghayati semangat patriotisme, hubungan sesama kaum akan
lebih erat, dapat menyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan
perpaduan.

Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet 1. Senaraikan punca-punca

kekurangan kesedaran nilai
patriotisme antara kalangan
Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan pelajar.
sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga
internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana 21
masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka
baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun
blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman
teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di
internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak
bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan
memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan
sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa
akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap
mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan
undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang
tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang
setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media
cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang
telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan
informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga
seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan
sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan
berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara
tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan
membangkit semangat patriotisme dalam segenap
masyarakat di Malaysia.

KEPENTINGAN KESEDARAN NILAI PATRIOTISME
DALAM KALANGAN PELAJAR

Isu-Isu yang berkaitan dengan semangat patriotism sudah menjadi bahan
perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat
patriotisme adalah bahan yang amat penting antara masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki dan
menaikkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya terdapat
beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patriotisme di dalam kalangan
rakyat.

Memupuk dan mengekalkan semangat
cinta akan negara

Negara Malaysia akan dapat aman dan
damai dengan mewujudkan semangat cinta
akan negara di kalangan masyarakat.
Sesungguhnya anasir luar atau musuh
negara amat menyukai jika rakyat Malaysia
tidak mempunyai semangat patriotisme.
Apabila rakyat Malaysia tidak sikap cinta
akan negara, pasti akan mudah ditakluki
oleh negara yang ingin menjajah lagi negara
kita.

Memupuk perpaduan kaum
Semangat patriotism akan membentuk rakyat
yang lebih mementingkan kepentingan negara
daripada kepentingan kaum. Maka kerajaan
akan dapat melaksanakan program program
pembangunan untuk kemudahan rakyat jika
mewujudkan perpaduan antara satu sama lain.
Di samping itu, Harmoni antara kaum akan dapat
diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini
akan dapat merangsang perkembangan sektor
pelancongan negara.

22

Dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara
Dengan mewujudkan perpaduan dan semangat patriotisme,
rakyat akan bekerja tanpa malas untuk memajukan negara.
Setiap rakyat Malaysia akan juga bekerja dengan
bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar dapat
menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat
patiotisme akan bawah keamanan negara dan ini akan
mendorong lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di
Malaysia. Selain itu, kedatangan pelabur asing ini dapat
peluang untuk membuka pekerjaan, meningkatkan lagi taraf
hidup rakyat dan perkara tersebut dapat membantu negara kita
akan terus maju.

Menjadi contoh kepada generasi muda
Kepentingan semangat patriotisme semakin luntur kerana generasi
muda yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan
semangat patriotism. Pelbagai program yang mewujudkan
kepentingan semangat patriotisme seperti Sambutan Bulan
Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi
muda. Selain itu, semangat patriotisme akan membantu generasi
muda hari ini menyingkirkan perkara negative seperti gejala social
dan vandalism. Seterusnya, mata pelajaran sejarah yang diajar di
setiap sekolah adalah baik bagi setiap pelajar dapat ilmu
pengetahuan tentang sejarah negara kepada generasi muda.

23

Menaikkan imej negara
Malaysia sudah menjadi terkenal sebagai sebuah negara yang
aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat
membangun dengan pesat kerana ia mewujudkan semangat
patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita
perlulah berasa bangga dan tidak hairan dengan negara kita yang
dapat menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan
semangat patriotism dalam kalangan rakyat. Malaysia juga telah
beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik
kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

1.Pada pendapat anda, nyatakan
kepentingan kesedaran nilai patriotisme
dalam kalangan pelajar selain daripada
yang dinyatakan?

2.Bagaimanakah semangat patriotisme
dapat memupuk perpaduan antara
kalangan mahasiswa?

24

LLAANNGGKKAAHH--LLAANNGGKKAAHH MMEEMMUUPPUUKK SSEEMMAANNGGAATT PPAATTRRIIOOTTIISSMMEE DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN PPEELLAAJJAARR

PIHAK KERAJAAN

Pihak kerajaan merupakan tonggak yang menjamin kemajuan
pembangunan dan perkembangan negara. Salah satu langkah
yang boleh dilaksanakan untuk menyuburkan semangat
patriotisme ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen
patriotisme secara berterusan dan meluas untuk disertai oleh
pelajar. Kempen-kempen ini tidak boleh diadakan secara
bermusim seperti pada bulan kemerdekaan sahaja dan mesti
dalam bentuk menarik, kreatif serta sesuai dengan kehendak


generasi muda. Pihak kerajaan tidak boleh bersikap bagai

melepaskan batuk atas tangga dan menjayakan kempen tersebut
dengan sempurna. Program sambutan kemerdekaan juga perlu
diadakan secara besar-besaran oleh pihak kerajaan. Penyertaan
generasi muda haruslah digalakkan untuk menyertai sambutan
ini dan bukan setakat pelajar yang terpilih sahaja. Kempen
mengibarkan Jalur Gemilang juga perlu diperluas sepanjang
tahun agar semangat patriotisme terpahat dalam diri pelajar.
Sekiranya terdapat warganegara yang menunjukkan sikap tidak
patriotik, tindakan tegas harus diambil agar perbuatan ini tidak
dicontohi oleh orang lain terutamanya belia muda yang masih
tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata lagi.
Justifikasinya, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan semangat patriotisme pelajar.




25

Selain itu, semangat patriotik dalam kalangan pelajar juga boleh
ditingkatkan melalui kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta
untuk menyiarkan program-program bercorakan kenegaraan di
televisyen dan media sosial. Misalnya, pihak kerajaan boleh
bekerjasama dengan penerbit filem untuk menerbitkan filem-filem
berkaitan perjuangan perajurit-perajurit tanah air mempertahankan
negara. Filem-filem seperti ini perlu diperbanyakkan lagi kerana
kita dapat melihat bahawa sambutan rakyat Malaysia terhadap
filem ini amat menggalakkan. Misalnya, filem Leftenan Adnan dan
Bukit Kepong mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi, agensi swasta boleh
menaja pelajar melawat tempat-tempat bersejarah di negara kita.
Secara tidak langsung, semangat patriotisme akan tersemai dalam
diri golongan muda kerana mempunyai pengalaman secara
langsung dalam proses pembelajaran sejarah negara. Oleh itu,
jelaslah bahawa kerjasama antara pihak kerajaan dengan pihak
swasta untuk menerbitkan filem-filem bercorak kenegaraan dan
melawat ke tempat bersejarah memaikan peranan dalam memupuk
semangat patriotisme pelajar.

PIHAK SEKOLAH

Di samping itu, pihak sekolah merupakan rumah kedua pelajar yang
menuntut sebahagian besar masa mereka untuk berada di situ. Pihak
sekolah boleh menganjurkan program-program bersifat patriotik seperti
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan Minggu Sejarah.
Aktiviti-aktiviti ini yang melibatkan semua pelajar dapat mendedahkan
mereka kepada peristiwa bersejarah negara. Pada waktu perhimpunan,
pelajar dididik untuk menghormati lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan
menyanyikannya dengan penuh semangat. Penerapan nilai cinta akan
negara turut dapat dilakukan melalui subjek seperti Sivik dan
Kewarganegaraan, Moral serta Sejarah. Hal ini penting agar pelajar
didedahkan kepada sejarah kemerdekaan negara dan pengorbanan tokoh
pelbagai kaum supaya mereka lebih menghargai watan tercinta. Menerusi
pendidikan di sekolah, jiwa pelajar akan ditanam dengan semangat patriotik

yang tinggi sekali gus melahirkan kesanggupan untuk


berkorban demi nusa dan bangsa. Jika hal ini dilakukan

sudah pasti, semangat patriotik sememangnya dapat


dipupuk dalam diri pelajar.

26

PIHAK IBU BAPA

Seterusnya, ibu bapa merupakan tonggak dalam
kehidupan anak-anak dan mempunyai pengaruh yang
amat besar. Dalam hal ini, ibu bapa wajar menjadi suri
teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sifat
patriotik kepada mereka sejak kecil lagi kerana bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Misalnya ibu bapa boleh mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang
bulan kemerdekaan dan membawa anak-anak untuk menyertai sambutan kemerdekaan.
Hal ini dikatakan demikian kerana tingkah laku yang kecil akan memberikan impak besar
kepada perlakuan anak-anak. Bukan itu sahaja,,ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
ke Melaka untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah seperti Kota A
Farmosa. Pada masa ini, ibu bapa boleh mengambil peluang menceritakan betapa
sengsaranya penduduk pada ketika itu mempertahankan Tanah Melayu daripada para
penjajah. Hal ini secara tidak langsung akan membangkitkan semangat patriotik dalam diri
anak-anak. Dalam bidang sukan pula, ibu bapa perlu mempamerkan semangat cinta akan
negara dengan menyerlahkan sokongan kepada pasukan negara dalam acara-acara sukan
peringkat antarabangsa. Dengan perkara yang dilihat remeh ini, penerapan semangat
patriotik dalam diri anak-anak dapat dilakukan secara halus. Pada masa yang sama, ibu
bapa tidak boleh bercakap buruk tentang pemimpin negara di hapadan anak. Hal ini
supaya anak akan sentiasa hormat kepada pemimpin. Anak-anak ini perlu dididik sejak
kecil lagi kerana pada ketika ini mereka mudah menyerap ilmu berbanding apabila mereka
dewasa kelak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu,peranan
ibu bapa sememangnya sangat penting untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
generasi muda.

1) Pada pendapat anda, berikan 3 langkah-langkah memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar selain daripda yang dinyatakan?

2) Mengapakan semangat patriotik amat penting dipupuk dalam kalangan
pelajar berbanding dengan anggota masyarakat lain?

27

Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri
dalam diri pelajar. Perkara itu perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil
lagi, agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu. Ini adalah sesuatu yang amat penting
terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan
dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia
perlu dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang
negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan. Belia muda tidak pernah
melalui pahit getir zaman darurat, mereka lahir dan hidup dalam era diwarisi daripada
dalam generasi sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mempertahankan
maruah bangsa dan kedaulatan negara. Pendidikan patriotisme perlu diberikan
penghayatan yang maksimum agar perkembangan personaliti yang seimbang dapat
dikekalkan. Hal ini kerana, penerapan nilai patriotisme adalah proses pembelajaran
sepanjang hayat. Oleh itu, semangat patriotisme perlu ditambah nilai daripada semasa ke
semasa secara konsisten agar semangat patriotik tersebut tidak mudah pudar dan terhakis
dalam jiwa setiap individu terutamanya pelajar. Pihak-pihak yang bertanggungjawab harus
memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalagan pelajar
dengan cara yang efektif dan proaktif.








28

LAMPIRAN

29

RUJUKAN

Internet

https://www.scribd.com/doc/194766058/Langkah-Punca-Kepentingan-SEMANGAT-PATRIOTISME


http://mannixt.blogspot.com/2018/03/kepentingan-semangat-patriotisme-punca.html

http://durkamallan.blogspot.com/
https://tirto.id/sejarah-kemerdekaan-malaysia-bermula-dari-federasi-malaya-cvD8
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/6611/semangat-patriotisme-perlu-dijiwai-bukan-
sekadar-simbolik
https://www.permohonan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik/
https://bijaktekun.blogspot.com/2016/10/cara-cara-memupuk-semangat-patriotik.html?m=1

Journal

Muslim, N., Alias, J. (n.d.). PATRIOTISME: KONSEP DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA.

Thesi
sHamzah, S.N., Rajali, N.A. & Teh, N.I.A. (2020), Kesedaran Nilai Patriotisme Pelajar Politeknik Balik

Pulau Melalui Kursus Pengajian Malaysia, International Journal of Social Science Research.

30

Sambutan merdeka berulang lagi
Saban tahun ia kembali

Keranamu Malaysia aku di sini
Mencbur bakti ibu pertiwi



Hanya Malaysia negara tercinta
Pejuang bersusah untuk merdeka

Jangan siakan apa yang ada
Sayangilah negara kita

RM 12.30


Click to View FlipBook Version