KUIH BAKUL
LIMAU
MANDARIN
NAMA: NUR ZAHIRAH BINTI HALIS
KELAS: 1 YASSER
NAMA guRU
MATA pELAJARAN:pN. sITI SUZIYANA
BINTI MOHD
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA MUKA
SURAT
011. . Penghargaan 1
2
02. PENGHARGAAN
Sinopsis Cerpen
03. Tema Dan 3
Persoalan 4
5
04. Watak dan 6
perwatakan 7
051. .
PENGHALRGaAtAaNr
06 Nilai dan
. Pengajaran
07. Sumber
Rujukan
1.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulilah, Akhirnya saya dapat
menyiapkan buku skrap Bahasa Melayu iaitu Antologi
berkaitan Kuih Bakul Limau Mandarin.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru Bahasa Melayu kerana memberi kebenaran
kepada saya untuk membuat kerja lapangan ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga
saya yang banyak membantu saya memberi idea.
2.0 SINOPSIS CERPEN
Lim Meng yang dihalau oleh bapanya iaitu Lim Pooi, Lim Meng ingin pulang ke rumah
keluarganya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Keinginan Lim Meng yang
diberitahu melalui telefon aman menggembirakan hati ibunya,iaitu Sim Pau. Berita
gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan
terhadap anak perempuannya itu menyebabkan anak kesayanggannya iaitu Lim
Foong yang mati lemas dalam sungai adalah berpunca daripada Lim Foong sendiri
yang melarikan diri daripada orang yang mengejarnya kerana orang itu meminta
hutang kalah judi dari Lim Foong. Sim Pau juga menceritakan juga perangai buruk
Lim Foong seperti bermain judi.
Lim Pooi memberitahu bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi tetapi
Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi rugi dan tiada orang di kedainya
kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut kerana Lim Pooi
menyorokkan barang di dalam stor sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup.
Kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong
yang berhutang kerana judi.
Penjelasan Sim Pau telah menyedarkan Lim Pooi dan menginsafi kesalahannya akan
sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa salah sehingga jatuh sakit. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan
terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.
3.0 TEMA DAN
PERSOALAN
TEMA:
Kasih sayang keluarga yang kembali
terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng
berkumpul semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik yang
melanda mereka.
PERSOALAN:
Kepercayaan pada perkara
khurafat
Keegoan seorang bapa
Keberanian menyuarakan
pendapat
Keinsafan seorang bapa
Ibu yang berani menentang
suami yang berpendirian salah
4.0 WATAK DAN
PERWATAKAN
Sim Pau Lim Pooi
i. Isteri kepada Lim Pooi i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim
iii. Memiliki keberanian menyatakan k
Meng.
Kebenaran iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan
iv. Memiliki kesabaran
v. Mudah terasa / sensitif mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
v. Ego
vi. Peniaga yang tamak
viii.Menginsafi kesalahannya
Lim Meng Lim Foong
i. Anak bongsu daripada i. Anak sulung daripada
dua beradik. dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim
ii. Bertanggungjawab Pooi.
iii. Suka mengalah iii. Suka berjudi.
iv. Pemaaf iv. Mati lemas.
Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
5.0 LATAR
Latar Masa
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim
Pau dan Lim Pooi bertengkar.
ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.
iii. Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa
menunggu kepulangan Lim Meng.
Latar Tempat
i. Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di
kedai.
iii. Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai
untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa
lain.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya
ialah pembunuh Lim Foong.
2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk
terhadap Lim Meng.
3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.
Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila
suamianya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.
6.0 NILAI DAN
PENGAJARAN
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak
bersalah atas kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas
dasar kasih sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul
periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang
menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian
wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang
menagih hutang.
7.0 SUMBER
RUJUKAN
https://lamankomsas.blogspot.com/201
5/05/kuih-bakul-limau-mandarin.html
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2021
/06/nota-komsas-analisis-cerpen-kuih-
bakul.html
BUKU ANTOLOGI KUINGIN
BERTERIMA KASIH