KELAS ONLINE PDPR
TARIKH : 30 JUN 2021
MASA : 12.50 -1.50PM
TINGKATAN : 4LUHUR
TAJUK : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Media
massa sering menyiarkan pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai
bukti isu inisemakin . Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah kurangnya didikan
agama dan moral. Didikan agama dan moral merupakan panduan kita semasa menempuh
belantara kehidupan. Seseorang yang mempunyai iman senipis kulit bawang mudah terpengaruh
oleh dunia hedonistic yang mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka akan leka
mengejar kekayaan dan mudah terjerumus dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah.
Punca lain yang ketara ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita.
Rasuah bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutamanya aspek
pemberian tender, kontrak, dan projek lain. Banyak penjawat awam yang mengambil
kesempatan daripada kelemahan ini untuk mengaut keuntungan dan memberikan rasuah.
Seperkara lagi, penguatkuasaan yang lemah dalam sistem perundangan negara kita turut
menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam kalangan masyarakat.
Untuk menangani isu rasuah, ibu bapa perlu memainkan peranan yang signifikan dalam
menyemaikan nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak. Selain itu, ibu bapa perlu menjadi entiti
mithali dengan bersikap jujur dan menjauhi rasuah. Hal ini dikatakan demikian kerana segala
perbuatan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan
begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Di sekolah, pengajaran
pendidikan agama dan moral perlu diberikan penekanan. Barisan pendidik boleh berkongsi
maklumat terkini tentang gejala rasuah dengan murid-murid sebagai iktibar supaya mereka tidak
melakukan jenayah rasuah dalam kehidupan mereka.
Pihak kerajaan pula boleh membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut sosial ini dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan rasuah di negara
kita. Dalam hal ini, sistem kehakiman negara kita perlulah diperketat dan pesalah-pesalah rasuah
di mestilah ditahan, didakwa dan dihukum tanpa mengira kedudukan mereka. Konklusinya,
rasuah merupakan wabak sosial yang mestilah dibanteras hingga akar umbi. Semua pihak
seharusnya menggembleng tenaga untuk mengatasi gejala rasuah di negara kita. Jika setiap
individu memainkan peranan untuk menolak perlakuan rasuah, pastilah masalah ini dapat
ditangani kerana bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Bahan 2- Grafik
RANGKA RUMUSAN BAHAN 1
FOKUS 1
FOKUS 2 FOKUS 2 - LANGKAH
PENDAHULUAN
FOKUS 1 - PUNCA
ISI BAHAN 2
FOKUS 1 - PUNCA FOKUS 2
KESIMPULAN