Rashidi bin Bahari, Tarikh : 26 Januari, 2018
KM 30,Kg.Sebatu,
77400 Sg.Rambai,
Melaka.
( No.HP :0197221263 )
Kepada,
Pengetua,
SM Sains Rembau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.
( u.p : En.Shafian bin Hj.Ishak
Guru Penolong Kanan HEM )
Tuan,
MOHON KEBENARAN PULANG LEWAT KE ASPURA
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan saya bapa kepada MUHAMMAD NUR RAZIQ BIN RASHIDI,
Tingkatan 1 memohon kebenaran pulang lewat ke asrama pada 28 Januari 2018(Ahad).Permohonan
ini di buat kerana anak saya mendapat Undangan Ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan
Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 Sek Agama Kesang,Muar,Johor.
3. Untuk pengetahuan tuan, anak saya merupakan salah seorang pelajar yang akan menerima
anugerah kecemerlangan dalam majlis tersebut.
4. Saya berusaha menghantar anak saya semula ke Aspura setelah majlis tersebut tamat dan
jangkaan tiba di Aspura semula pada jam 9.00 malam(28 Januari,2018).
5.Dilampirkan salinan surat undangan majlis tersebut.
6.Saya berharap agar permohonan ini diluluskan oleh pihak tuan.
Sekian terima kasih. Wassalam.
Yang benar,
t.t
( RASHIDI BIN BAHARI )