The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
2. SEJARAH PENDIDIKAN
3. STRUKTUR DAN ORGANISASI
4. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
5. PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MILIA MAISARAH BT KAMARULZAMAN, 2024-03-30 07:37:24

BUKU LOG BSMM

1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
2. SEJARAH PENDIDIKAN
3. STRUKTUR DAN ORGANISASI
4. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
5. PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH RENDAH

UNIT BER BUL U AN SA N BIT M I ER F AH M O ALAY R SIA MBUKU LOG


SEJARAH PENDIDIKAN STTRUKTUR & ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH RENDAH LAIN-LAIN SEPANJANG KURSUS ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Prinsip BSMM Perlembagaan Pertubuhan Lambang, Logo dan Cogan kata IKrar BSMM Lagu BSMM Pengasas Perang Solferino Sejarah BSMM di Malaysia Tujuan Penubuhan Istiadat-Istiadat Rasmi BSMM Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat IPG Peringkat Sekolah E-Buletin Refleksi Pendaftaran Kuasa Penganjur Struktur Unit Tanggungjawab Pemimpin Pakaian seragam Takwim & Rancangan Aktiviti RPH RUJUKAN ILMIAH


UNIT BERUNIFORM - BSMM MPU3451a PROFIL PELAJAR BSMM BIODATA NAMA : MILIA MAISARAH BINTI KAMARULZAMAN OPSYEN / KELAS : PKMP KELAS 1 ANGKA GILIRAN : 2021012340133


1 2 3 UNIT BERUNIFORM - BSMM MPU3451a PENSYARAH PENGAJAR NAMA DARI KIRI (1) : DR HENRY NICHOLAS LEE TENGAH (2) : SIR FAVIAN MICCO BIN UJIN KANAN (3) : PUAN HAZLIAH @ ROSETIFA BINTI YUNI


PENGENALAN DAN OBJEKTIF BSMM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat (Fadillah Ismail et. al., 2021). BSMM beribu pejabat di Kuala Lumpur, beserta 16 pejabat negeri dan lebih daripada 150 cawangan di seluruh negara. BSMM juga mempunyai kehadiran yang sangat aktif dalam kalangan belia dan dewasa melalui rangkaian unit sukarelawan yang teratur di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dibawah Peruntukan Akta Perbadanan, dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiao negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva OBJEKTIF


PERLEMBAGAAN PERTUBUHANPRINSIP BSMM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN IKRAR BSMM LAGU BSMM LAMBANG, LOGO DAN COGAN KATA


7 PRINSIP DALAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KESAKSAMAAN Memberikan bantuan tanpa melakukan diskriminasi kepada yang tercedera Untuk melindungi nyawa dan kesihatan KEMANUSIAAN Menghulurkan bantuan tanpa membanding bezakan bangsa, kaum, agama darjat, dan fahaman politik dalam kegiatannya KETUNGGALAN Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah sahaja dalam sesebuah negara Persatuan ini mestilah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputih seluruh negara KEBERKECUALIAN Tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik SUKARELA Badan sukarela yang bertindak dan beraksi tanpa memikirkan keuntungan atau balasan KESEJAGATAN Gerakan yang meliputi seluruh dunia dan saling bekerjasama bantu membantu antara satu sama lain KEBEBASAN Menjaga segala kebebasan dalam tindakan yang berasaskan perikemanusiaan


Berdasarkan Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan untuk mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St. John Ambulans merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen. Secara dasarnya, setiap persatuan yang ditubuhkan perlulah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tersendiri. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN FUNGSI PERLEMBAGAAN Garis panduan dalam menggerakkan persatuan terutamanya dalam pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun. Melicinkan perjalanan persatuan kerana mempunyai penetapan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli BSMM. Menjadi rujukan pertama apabila berlakunya masalah dalaman seperti perjalanan aktiviti BSMM dan salah guna kuasa.


Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, objektif BSMM "Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneve dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva." PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia : Peraturan 1 : Nama dan alamat Peraturan 2 : Matlamat Peraturan 3 : Objektif Peraturan 4 : Keahlian Peraturan 5 : Guru Penasihat Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 : Penyertaan Peraturan 9 : Aktiviti Peraturan 10 : Peraturanperaturan Peraturan 11 : Pindaan perlembagaan Peraturan 12 : Perbubaran persatuan Peraturan 13 : Tindakan disiplin Peraturan 14 : Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah dalam perlembagaan ialah : 1.Lencana / logo persatuan 2.Cogan kata / moto Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah dan negeri 3. 4.Pendaftaran persatuan 5.Jawatankuasa kecil


LAMBANG, LOGO DAN COGAN KATA LAMBANG LAMBANG BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA (IFRC) Gerakan Bulan Sabit Merah di peringkat antarabangsa dikenali sebagai International Federation of Red Cross and Red Credcent Societies (IFRC) LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Emblem berbentuk bulan sabit yang berwarna merah digunakan sebagai lambang BSMM rasmi selaras dengan Akta 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) ACt 1975


Seperti persatuan yang lain, BSMM juga mempunyai logo rasminya yang tersendiri. Logo ini menjadi identiti utama BSMM bagi membezakan gerakan persatuan ini dengan persatuan yang lain. LAMBANG, LOGO DAN COGAN KATA LOGO DAN COGAN KATA LOGO COGAN KATA dilekatkan pada pakaian seragam logo rasmi pada laman sesawang BSMM “CERGAS PADA MASA AMAN DAN PERANG”


Lambang tidak boleh diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu. UKURAN PIAWAI LAMBANG & BENDERA UKURAN PIAWAI BAGI LAMBANG BSMM UKURAN PIAWAI BAGI BENDERA BSMM (Sama seperti nisbah) sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.


IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


LAGU BSMM


MPU3451a UNIT BERUNIFORM - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Sejarah Pendidikan


Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya. Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan tetapi dia dilatih berdisiplin dan kuat beragama. Dia amat mementingkan kepercayaan moral yang tinggi. Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan menyertai beberapa pergerakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan. Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemudapemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama kesatuan ini yang juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Dan cadangan penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Beliau kemudian meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau beroleh banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. SEJARAH PENGASAS


Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsa-mangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Oleh itu, beliau telah mencetak beberapa naskhah bukunya menggunakan wang saku sendiri untuk diedarkan kepada ketua-ketua negara Eropah (Noer et.al. (2021) PEPERANGAN SOLFERINO Sekitar Jun 1959, Henry menyaksikan Perang Solferino ketika beliau dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Peperangan yang berlanjutan selama 16 jam itu mengakibatkan kawasan peperangan itu dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban dan juga cedera. Beliau telah bertindak membantu mangsa-mangsa yang tercedera dengan membawa mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Segala yang berlaku semasa beliau berada di kawasan peperangan itu telah dicatatkan lalu diterbitkan sebagai sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino".


Dalam penulisannya, beliau telah mencadangkan dua perkara untuk diambil perhatian. Cadangan pertama, membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang tercedera semasa peperangan. Cadangan kedua, mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada mana-mana pasukan perlulah dibantu. PEPERANGAN SOLFERINO Tindakan beliau telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1864, jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk serta termeterainya Konvensyen Geneva. Namun begitu, penubuhan ICRC dilakukan tanpa kehadiran Henry ekoran beliau dikatakan terlalu idealis.


SEJARAH BSSM DI MALAYSIA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (kini Bulan Sabit Merah Malaysia) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negeri-negeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.


Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. SEJARAH BSSM DI MALAYSIA


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan). Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan PalangMerah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta1975 oleh Parlimen Malaysia. SEJARAH BSSM DI MALAYSIA


B S M M Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut TUJUAN PENUBUHAN Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan-penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang Memberikan bantuan sukarela kepada orang sedera samada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvokesyen tersebut Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspekaspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara MALAYSIA MERAH SABIT BULAN


Antara istiadat-istiadat rasmi yang menjadi sebahagian daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ialah istiadat perhimpunan dan istiadat meningkat naik. ISTIADAT-ISTIADAT RASMI Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan 1. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dddengan ringkas tujuan istiadat 2. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian 3. Berjabat tangan dengan kawan-kawan 4. Ahli lain memberi satu sorakan 5. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai 6. Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander 1. Bacaan doa oleh ahli bertugas 2. Nyanyian lagi sekolah, negeri dan Negaraku 3. Laporan dari komander kepada guru penasihat 4. Arahan komander supaya membuka barisan 5. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander 6. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan 7. Arahan komander supaya menutup barisan 8. 9.Keluar baris MENINGKAT NAIK PERHIMPUNAN


Apabila seorang pelajar telah menyatakan kebersediaan beliau untuk menjadi seorang ahli BSMM, beliau perlu disahkan keahliannya melalui satu istiadat. Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenangan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru ISTIADAT-ISTIADAT RASMI Semua ahli berada dalam bulatan (kecuali ahli baru). Ketua Komander berdiri di tengah bulatan manakala Penolong Ketua Komander berdiri di luar bulatan. Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan dan berdiri di hadapan Ketua Komander. Penolong Ketua Komander masuk ke dalam bulatan bersama dengan lencana keahlian BSMM lalu berdiri di sebelah Ketua Komander. Ketua Pasukan melafazkan ikrar dan diikuti oleh ahli baru. Ketua Komander berjabat tangan dengan ahli baru dan mengingatkan beliau sudah menjadi ahli BSMM. Ketua Komander menyematkan lencana keahlian kepada ahli BSMM tersebut. Ahli BSMM itu memberi tabik hormat kepada Ketua Komander kemudian ahli tersebut masuk ke dalam bulatan. ISTIADAT PELANTIKAN AHLI BARU


MPU3451a UNIT BERUNIFORM - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Struktur & Organisasi


CARTA ORGANISASI - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT ANTARABANGSA TERBAHAGI KEPADA 3: Tubuh pada 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak pada mana-mana pihak Keputusan berasaskan kepada perimbangan kemanusiaan Peranan Utama Menyediakan anggota perubatan sekiranya ada peperangan Beri bekalan kepada mangsa-mangsa seperti makanan, ubatan dan pakaian (Komang dan Setiawan, 2020) Tubuh pada 1919 Merupakan LIga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Peranan utama : memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggotaanggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orangorang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan International Federation of Red Cross (IFRC) International Committe of Red Cross (ICRC)


CARTA ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN


CARTA ORGANISASI PERINGKAT NEGERI


CARTA ORGANISASI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)


CARTA ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH


MPU3451a UNIT BERUNIFORM - BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Pengurusan dan Pentadbiran


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI KEAHLIAH TERBUKA Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang sosiobudaya mereka. Ahli dan sukarelawan yang hadir daripada pelbagai golongn dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan haasrat dan prinsip persatuan KOMPOSISI KEAHLIAN Ahli kanak-kanak : 9 - 12 tahun Ahli Belia : 13 - 18 tahun Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup : 18 tahun ke atas Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN JENIS AHLI ; AHLI BIASA Yuran tahunan RM2.00 setahun Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang AHLI BELIA (PERMOHONAN AKAN DILULUSKAN JAWATANKUASA CAWANGAN) Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di Unit Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di Unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) AHLI SEUMUR HIDUP Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Bayaran yuran ialah RM500 AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang daripada setiap tahun PASUKAN BANTUAN SUKARELA Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk 5 tahun


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN P E N D A F T A R A N K U M P U L A N PENDAFTARAN BAGI PASUKAN KANAK-KANAK / BELIA setiap sekolah hanya diber=narkan untuk menubuhkan 1 pasukan BSMM Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi 1 pasukan Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan PENDAFTARAN BAGI PASUKAN BELIA TERBUKA Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja Bil. minimum ahli ialah 15 orang Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak & dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan PENDAFTARAN BAGI PASUKAN BANTUAN SUKARELA Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Bil. minimum ahli seramai 15 orang Langkah pendaftaran adalah sama seperti Pasukan Kanak-kanak / Belia


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN REKOD & KAD KEAHLIAN Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan Cawangan dan Unit akan simpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan Kad keahlian diberi nombor bersiri & diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kpd ahli perlu didaftarkan Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang BORANG & KELULUSAN KEAHLIAN Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar Apabila permohonan telah diluluskan oleh ppihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada : Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan Salinan kedua disimpan oleh Cawangan Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang @ Unit Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup


KUASA PENGANJUR Penganjur merupakan salah seorang daripada 2 penurun tandatangan rasmi dan seorang lagi adalah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut Mengesahkan penyatan akaun unit yang disediakan pemimpin BSMM Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dnegan unit BSMM apabila diperlukan Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada warga institusi


STRUKTUR UNIT SUMBER : NURUL MAIZATUL (GOOGLESITES) Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Menurut Husen et.al. (2022), pemimpin adalah individu yang boleh memberi pengaruh kepada indivdiu lain dan menjalankan tanggungjawab penting dalam sesebuah oeganisasi. Pemimpin dalam badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antaranya :


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN NO. 5 BSMM BERKENAAN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


Click to View FlipBook Version