PROFAIL SEKOLAH DAN SURAU AISHAH
HUMAIRA’
SEKOLAH SERI PUTERI,
PERSIARAN TASIK, 63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-83192414 FAX: 03-83193937
www.seriputeri.edu.my
PENGENALAN
Sekolah Seri Puteri ditubuhkan di Jalan Kolam Ayer, Kuala
Lumpur pada 6 Mei 1968 pada mulanya dikenali sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan
Kolam Ayer. Sekolah yang dibina atas tapak seluas 19
ekar ini, yang sebelumnya menempatkan Sekolah
Menengah Teknik, dibina khusus untuk memberi
pendidikan peringkat menengah kepada pelajar-pelajar
perempuan daripada sekolah-sekolah aliran kebangsaan di
seluruh negara.
SEKOLAH SERI PUTERI KOLAM AYER
PENGENALAN
Pada 1 Mac 2003, premis lama SSP di Jalan Kolam
Ayer terpaksa ditinggalkan dengan perpindahan ke
premis baru yang lebih moden di Cyberjaya. Sekolah
Seri Puteri Cyberjaya mula dibina pada 5 April 2001
dengan kos pembinaan sebanyak RM56,245,450.00.
Kerja-kerja pembinaan telah disiapkan pada 26
Januari 2003. Majlis Perasmian Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya telah diadakan pada Selasa, 10 April
2007.
PENGENALAN
DYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur
Zahirah telah berkenan mencemar duli
menyempurnakan majlis perasmian sekolah
dalam suasana gilang gemilang, yang pastinya
akan terpahat dalam memori warga SSP.
PENGENALAN
Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dibina atas tapak seluas
20 ekar. Tapak asal merupakan bukit tinggi dan lereng
bercerun yang sebahagiannya mengandungi pokok
getah tua. Sekolah Bestari Elit ini terletak di Flagship
Zone Cyberjaya di atas tanah tinggi yang menghadap
sebahagian tasik buatan yang membentuk Tasik
Putrajaya. Tapak bersegi tiga ini diapit oleh laluan ERL di
sebelah barat, jalan B di selatan dan Tasik Putrajaya di
bahagian timur. Selari dengan laluan ERL ialah
Lebuhraya Putrajaya – Dengkil – KLIA
PENGENALAN
Konsep pembangunan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
menerap ciri-ciri yang boleh menjana pembelajaran sains
dan teknologi berteraskan penggunaan ICT serta dapat
menggalakkan murid-muridnya berinteraksi dan
berinovasi. Kapasiti maksimum sekolah boleh
menampung sehingga 1200 orang murid dan 250 orang
staf akademik dan staf sokongan.
PENGENALAN
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya juga mempunyai sebuah
Dewan Besar yang boleh memuatkan 1200 orang dan
Dewan Kuliah yang boleh menampung 255 orang.
Terdapat juga kediaman Murid(Asrama), kediaman Guru
dan kediaman Staf Sokongan, Dewan Makan dan Surau.
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya merupakan Sekolah
Berasrama Penuh Elit dan juga berstatus Sekolah Bestari.
Murid-muridnya datang daripada seluruh pelusuk negara
termasuk Sabah dan Sarawak.
ALBUM SERI PUTERI
Sambutan Jubli
Emas ke-50 pada
16 Julai 2018
ALBUM SERI PUTERI
Di antara kejayaan-kejayaan yang dimenangi di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PENGENALAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
SEKOLAH SERI PUTERI
PENGENALAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Surau Sekolah Seri Puteri atau lebih di kenali
dengan nama Surau Aishah Humaira’ telah wujud
di awal penubuhan sekolah iaitu tahun 2003
bertempat di atas bangunan Dewan Makan
sekolah. Surau ini boleh menampung melebihi
1200 orang jemaah dalam satu masa dengan
memiliki keluasan seluas 49m panjang dan 42m
lebar.
KEJAYAAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Surau Aishah Humaira’ telah dinobatkan sebagai
JOHAN kategori Musolla Peringkat Negeri
Selangor pada tahun 2018 yang melayakkan surau
ini dipertandingkan ke Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2019 dalam ANUGERAH SURAU IMARAH
SEKOLAH-SEKOLAH KPM (ASISS) yang
dipertandingkan.
KEJAYAAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Beberapa tahun berturut-turut surau Aishah Humaira’
telah berjaya mendapat tempat dan kedudukan dalam
pertandingan Anugerah Surau Imarah
Sekolah-sekolah KPM(ASISS) dan juga Anugerah
Pengurusan BADAR (Badan Dakwah Rohani)
Terbilang Sekolah-sekolah Berasrama Penuh selain
mendapat Anugerah Tokoh Nadwah Kepimpinan Islam
dari kalangan murid-murid SSP.
SURAU AISHAH HUMAIRA’
KEKANGAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Bagi merealisasikan Surau Aishah Humaira’ Sekolah
Seri Puteri terus menjadi unggul seimbang kejayaan
akademik, kokurikulum mahupun sahsiah, maka usaha
untuk menaiktaraf surau ini harap dapat membantu
kejayaan dalam pertandingan Surau Imarah ASISS
KPM peringkat Kebangsaan mewakili negeri Selangor
yang akan dipertandingkan nanti
KEKANGAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Setinggi penghargaan dan segunung harapan agar pihak
di luar sana dapat membantu pihak sekolah menaiktaraf
dan membaik pulih kerosakan serta menyediakan ruang
dan keperluan yang lebih selesa agar surau Aishah
Humaira’ ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh murid
yang seramai 850 orang, kakitangan, alumni dan ibubapa
sebaliknya dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah dan
jabatan-jabatan luar (yang sering menggunakan SSP
sebagai tempat mesyuarat dan kursus).
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Keretakan pada bin surau
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Keretakan pada siling
surau
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Hampir semua pintu
surau (9 buah pintu)
pecah di bahagian
tepi pintu dan
mengalami
keretakan yang
teruk.
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Lompongan tingkap di
sekeliling surau (pecah
dan berkarat pada besi)
menyebabkan laluan
angin lantas pendingin
hawa tidak dapat
berfungsi dengan baik.
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Pecahan dan rekahan pada tembok
dinding surau
KEROSAKAN SURAU AISHAH HUMAIRA’
Tembok berlumut
dan air hujan akan
memasuki ke ruang
koridor surau yang
membahayakan
murid-murid kerana
lantai agak licin.
(Cadangan untuk
membina awning)
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN
KEPERLUAN UNTUK PEMANTAPAN
SURAU AISHAH HUMAIRA’
SEKOLAH SERI PUTERI
CADANGAN KEPERLUAN UNTUK DANA
1 Memerlukan replika kaabah
dan keperluan amali haji
seperti contoh sekolah yang
bertanding ASISS 2018.
Manfaatnya dapat
digunakan untuk pelajar
dan kegunaan orang awam
menjalani latihan amali dan
kursus haji.
CADANGAN KEPERLUAN UNTUK DANA
Penggantian tingkap dan pintu surau yang telah
2 rosak dan pecah kepada pintu dan tingkat
bercermin (sliding) di semua bahagian surau.
Mengecat dan membuat deco (islami) di bahagian 3
luar dan di bahagian dalam surau.
CADANGAN KEPERLUAN UNTUK DANA
Penyediaan 4
almari dan rak
berkaca untuk 3
bilik pameran bagi
mengubah suai
dan menaik taraf
bilik pameran
yang sedia ada
supaya lebih
eksklusif dan
menarik.
SEKOLAH SERI PUTERI
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS
KEPRIHATINAN PIHAK TUAN