The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Nalia Nawi, 2019-02-26 23:18:48

BAB 21 HIJRAH DETIK BERSEJARAH

BAB 21 HIJRAH DETIK BERSEJARAH

BAB 21

SIRAH

HIJRAH DETIK
BERSEJARAH

TINGKATAN 2

MAKSUD HIJRAH RASULULLAH SAW

BAHASA:
Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

ISTILAH:
Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah
ke Madinah atau Yathrib. Peristiwa hijrah ni berlaku pada
tahun ke-13 kerasulan.

● Umat Islam berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur
selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW.\

● Mereka keluar dari kota Mekah secara rahsia supaya tidak
diketahui oleh kaum Musyrikin Quraisy. Tiada seorang pun
sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan
kecuali Umar bin al-Khattab.

● Setelah hampir 2 tahun, para sahabat beransur-ansur
berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah SAW berhijrah
setelah mendapat isyarat daripada Allah SWT.

SPEKTRUM ILMU:

HIJRAH juga diertikan sebagai

berpindah daripada kehidupan yang

buruk kepada kehidupan

yang lebih baik.

Rasulullah melaksanakan
hijrah dari Mekah ke
Madinah tidak melalui jalan
utama. Tidak lain untuk
menghindari pengejaran
yang dilakukan oleh kaum
kafir Quraisy.

Beliau memilih jalur yang
berseberangan dengan
jalan umum.

Beliau berangkat dari Mekah kemudian
menuju Tsaniatul Ghazal, Ar Raudha,
Qudaid, Kulay, Juhfah, Badr, Ar
Rauhana, Dzul Hulaifah, dan sampai
Yastrib (Madinah).

Sementara, jalan utama yang biasa
digunakan oleh penduduk Mekah dan
sekitarnya sengaja dihindari. Jalur-jalur
itu membentang dari Mekah, Hudaibiyah,
Usfan, tsaniatul marrah, dzatul jasy yang
langsung ke Gerbang Yastrib.

Dengan menghindari
jalur utama ini, rasulullah
selamat dari kejaran
kaum kafir Quraisy,
bahkan sebagian mereka
yang berupaya mengejar
beliau dan rombongan
kehilangan jejak.

FAKTOR

YANG
MENDORONG
BERLAKUNYA

HIJRAH

...FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA HIJRAH...

1- ISYARAT ALLAH SWT:

ALLAH mengisyaratkan Rasulullah SAW
supaya berhijrah sebagaimana firman-Nya:

… sambungan 1- ISYARAT ALLAH SWT:

Maksudnya:
“ Dan ingatlah,ketika orang kafir musyrik
(mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu
untuk menahanmu atau membunuhmu atau
mengusirmu.Mereka menjalankan tipu daya
dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka)
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan
tipu daya”.

2- MEMELIHARA AKIDAH:

Umat Islam mengorbankan tanah air dan
harta mereka demi menyelamatkan akidah
tauhid yang lebih berharga.

3- PELAWAAN PENDUDUK YATHRIB (MADINAH):

● Sekumpulan penduduk Yathrib telah
mempelawa Rasulullah untuk menjadi
pemimpin mereka.

● Rasulullah mengadakan bai’ah Aqabah pertama
dan bai’ah Aqabah kedua dengan sekumpulan
penduduk di Yathrib.

● Baginda telah menghantar Mus’ab bin Umair
untuk berdakwah dan mengajar al-Quran
kepada penduduk Yathrib.

ISI KANDUNGAN BAI’AH AQABAH PERTAMA:

1. Tidak menyukutukan Allah
2. Tidak mencuri
3. Tidak berzina
4. Tidak membunuh anak
5. Tidak mengada-adakan dusta
6. Tidak menderhakai perkara yang baik

ISI KANDUNGAN BAI’AH AQABAH KEDUA:

1. Melindungi dan mempertahankan
Rasulullah SAW seperti
melindungi keluarga
sendiri.

SPEKTRUM ILMU:

Antara orang Beliau tidak dapat
terawal membawa isteri dan
berhijrah
termasuklah anaknya berhijrah
Abu Salamah. bersama-sama

kerana dihalang
oleh anggota
keluarganya.

4-PENENTANGAN MUSYRIKIN QURAISY SEMAKIN
K●UAMTusyrikin Mekah melakukan pelbagai bentuk

penentangan termasuklah penyeksaan terhadap
umat Islam.
● Tekanan atas Rasulullah SAW pula semakin
hebat terutamanya selepas kematian bapa
saudara baginda iaitu Abi Talib.
● Kemuncak kepada penentangan mereka ialah
mereka berpakat di Darun Nadwah untuk
membunuh Rasulullah SAW.

PAKATAN MEMBUNUH NABI MUHAMMAD DI DARUN
NADWAH :

Mesyuarat bersetuju agar seorang
pemuda yang gagah daripada setiap
puak di pilih membunuh nabi Muhammad
SAW secara serentak supaya bani
hashim tidak dapat menuntut bela atas

kematian nabi Muhammad SAW.

PERISTIWA

PENTING SEMASA

HIJRAH

RASULULLAH

27 SAFAR - DI MEKAH

Pada waktu tengah malam Rasulullah keluar

1 bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar.
Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat baginda

untuk mengelirukan musyrikin Quraisy.

Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri 2
jalan yang tidak biasa dilaui oleh orang ramai ke
Madinah .

27 SAFAR - DI MEKAH

Abdullah, putera Saidina Abu Bakar bertugas

meninjau dan melaporkan situasi yang

berlaku di Mekah.

3 Asma’, pterinya pula bertugas menyediakan
bekalan makanan.

Amir bin Fihairah, hambanya pula membawa

kambing ke pintu gua untuk menyediakan

bekalan susu dan menghilangkan kesan jejak

kaki Rasulullah SAW.

27 SAFAR - DI MEKAH

5 Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada

sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW.

Kumpulan Quraisy membuat operasi besar-besaran 4
menjejaki Rasulullah SAW. sebahagian daripada
mereka telah tiba ke Gua Thur dengan bantuan Allah
SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah SWT.
Dalam keadaan yang cemas itu, Rasulullah
mententeramkan Saidina Abu Bakar sebagaimana
yang di sebut dalam ayat 40 surat at-Taubat.

SURAT AT- TAUBAT: AYAT 40

MAKSUD SURAT AT- TAUBAT: AYAT 40

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka
sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang
kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang
dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam
gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu
berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita". Maka Allah
menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan
Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan
kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.

GUA THUR

Setelah 3 hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah

1 bersama-sama dengan seorang penunjuk jalan, iaitu

Abdullah bin Uraikid iaitu seorang musyrik yang jujur.

Suraqah bin Malik berjaya menjejaki Rasulullah tetapi 2
apabila dia menghampiri Rasulullah, kuda yang
ditunggangnya terperosok ke dalam pasir sebanyak 3
kali. Rasulullah memaafkan Suraqah dan memintanya
merahsiakan pertemuan mereka lalu menjanjikan
mahkota “KISRA” untuknya.

8 RABIUL AWAL - DI QUBA’

Rasulullah SAW tiba di Quba’ dan tinggal

1 beberapa hari di sana. Semasa berada

di Quba’, Rasulullah SAW telah membina masjid
yang dinamakan Masjid Quba’.

12 RABIUL AWAL - DI YATHRIB (MADINAH)

Ketibaan Rasulullah SAW di sambut gembira
oleh penduduk Yathrib.
Mereka berlumba-lumba merebut tali unta

1 tunggangan Rasulullah SAW dengan harapan

Rasulullah SAW menetap di rumah mereka.
Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti
di rumah Abu Ayub al-Ansori.



KESAN

PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH
KE MADINAH

KESAN PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH dari aspek...

AGAMA Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah
dapat dilaksanakan secara lebih terbuka.

Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada
SOSIAL sistem hidup yang lebih baik dari segi akidah,

syariat dan akhlak.

POLITIK Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat
di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

EKONOMI Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh
melalui sistem ekonomi Islam yang dilaksanakan.

IKTIBAR

PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH
KE MADINAH

Umat Islam perlulah….

1 Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi
sebelum melakukan sesuatu tindakan.

2 Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti
bersama-sama dengan orang yang benar.

Mencari teman yang soleh/ solehah, baik budi pekerti dan
3 ikhlas membantu.

Umat Islam perlulah….

4 Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.

5 Sentiasa bertawakkal dan memohon pertolongan dengan
Allah SWT serta mematuhi segala perintahnya.

6 Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah
dan keselamatan nyawa.



LATIH TUBI: KBAT

JOM
UJI MINDA

KITA...

INGAT!!! SSP
boleh….

SOALAN 1 (KBAT): “Hijrah memerlukan keimanan yang mantap
dan semangat pengorbanan yang tinggi”.

Berikan hujah anda bagi menyokong penyataan di atas?

JAWAPAN:

SOALAN 2 (KBAT): “Hijrah bermaksud perubahan kepada yang
lebih baik”.

Bagaimanakah anda dapat merealisasikan penyataan di atas
dalam kehidupan?

JAWAPAN:

Terima kasih
-SSP-


Click to View FlipBook Version