The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1445-24-lingchin, 2024-04-28 23:33:04

MPU 3441 Ling Chin Ping BMSJKC

E-Buku Log Pandu Puteri

Gambar pelaksanaan


6.2.1 Pembentukan Ladam Kuda dan tujuannya Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan Besar. Istiadat mengangkat bendera diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Kemudian, Kapten akan meneruskan istiadat dengan menjemput seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Diterusi dengan kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. Pada masa itu kapten boleh mengumumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya dengan arahan “Pasukan, keluar baris!” manakala semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda. Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, pasukan diminta melantik ketua pasukan berdasarkan bilangan ahli, tiga orang bagi pasukan bendera, seorang pembaca doa serta seorang penyampai kata-kata hikmat. Pertama sekali, ladam kuda dibentuk sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Pembentukan ladam kuda memudahkan pemimpin guru untuk mengenal pasti jumlah ahli Pandu Puteri yang terlibat dalam aktiviti, pemantauan pemakaian setiap ahli, pemberian arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan. Lebih-lebih lagi, pembentukan ladam kuda merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. 6.2.2 Arahan serta Langkah Pembentukan


Pengenalan Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak beradab-adab lamanya. Ikatan telah digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya terutamanya masa perkhemahan. Tujuan Pelaksanaan Aktiviti - Bertujuan melahirkan kadet yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam asas ikatan dan simpulan - Memupuk semangat kerjasama antara rakan sepasukan Pelaksanaan Aktiviti - Aktiviti telah dilaksanakan pada 13 March 2024 di depan kawasan lapang Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru - Pada masa itu, setiap kumpulan dibahagi mengikut patrol telah diberi masa 30 minit untuk belajar cara ikatan dan simpulan lalu setiap kumpulan diberi masa untuk menghasilkan video pengajaran ikatan serta memberi simulasi di hadapan semua kadet. Gambar pelaksanaan 6.3 Simpulan dan ikatan


Definisi : 6.3 Simpulan dan Ikatan Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar. Simpulan: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana Contoh: Buku Sila, Simpul Manuk, Bunga Geti, Tindih kasih, Simpul Balak, Simpul Belit Ikatan: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh,tiang dan papan untuk membuatjambatan,tiang bendera, menara dan sebagainya. Ikatan Seraya, Ikatan Serong, Ikatan Lilit Kacang, Ikatan Silang Tungku, Ikatan Silang Gunting


6.3.1 Buku Sila Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Teknik: Fungsi: Menyambung 2 tali yang sama saiz. Mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas 1.Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. 2.Masukkan hujung A di bawah B. 3.Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah. Video Pengajaran Ikatan Buku Sila:


Ikatan Simpul Manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya Digunakan untuk mengikattali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Teknik: 6.3.2 Simpul Manuk 1.Mulakan simpul pada kayu 2.Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi 3.Tarik hujung tali. Fungsi: Video Pengajaran Simpul Manuk:


6.3.3 Bunga Geti Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsi: Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Tarik kedua-dua talitersebut untuk membentuk simpul Mengikattali kesuatu tanjul. Teknik: Mulakan simpul Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul


Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. 6.3.4 Tindih kasih Teknik: Fungsi: Digunakan untuk membuattanjul yang tidak boleh menjerut. Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu di sekeliling badan mangsa 1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. 2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. 3. Video Pengajaran Simpulan Tindih Kasih:


6.3.5 Simpul Balak Ikatan Lilik Balak atau simpul balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Fungsi: Ikatan sementara untuk mengikattali ke batang kayu,tiang atau papan dengan tujuan menariknya Mengangkat kayu bulat, papan atau tiang Memulakan ikatan serong Teknik: Gunakan tali dengan mengelilingi kayu. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas. Video Pengajaran Simpul Balak:


Digunakan untuk mengikattali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal. Mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat 6.3.6 Simpul Belit Simpul belit merupakan satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang,pokok dan sebagainya. Fungsi : Teknik: Video Pengajaran Simpul Belik:


6.3.7 Ikatan Seraya Ikatan Seraya ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, buku, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Ikatan seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk. Teknik: Fungsi: Mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,tiang, bendera dan lain-lain 1. Mulakan dengan simpulan manuk. 2. Lilitkan ketat-ketat seperti di dalam rajah. 3. Matikan dengan simpulan manuk juga. Video Pengajaran Ikatan Seraya:


6.3.8 Ikatan Serong Ikatan Serong digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Ikatan ini juga merapatkan dan mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang berbentuk “X”. Teknik: Fungsi: Membuatjambatan, menara, gejet dan menyambung kayu. Merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. 1. 2.Belitkan membujur dan melintang. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas. 3. Matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk. 4. Video Pengajaran Ikatan Serong:


6.3.9 Ikatan Lilit Kacang Ikatan Lilit Kacang dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga. Ikatan ini digunakan untuk mengikat batang-batang kayu atau buluh bagi membuatlantai sesuatu gajet atau projek. Teknik: Fungsi: Mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/binaan. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak. 1. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai. 2. Kayu Lantai Kayu Utama Video Pengajaran Ikatan Lilit Kacang:


6.3.10 Ikatan Silang Tungku Ikatan Silang Tungku digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu sehingga boleh didirikan seperti tungku untuk digunakan sebagai penyokong. Teknik: Fungsi: Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. Gunanya ialah bagi membuatrakit. 1.Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. 2.Belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang. 3.Masukkan di celah-celah batang kayu Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah. 4. Video Pengajaran Ikatan Silang Tungku:


Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat. Belitkan dicelah-celah dengan kuat. 6.3.11 Ikatan Silang Gunting Ikatan Silang Gunting digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu atau buluh yang selari supaya boleh menghasilkan silang seperti gunting. Caranya ialah dengan memulakan lilitan manuk dan kemudian lilitkan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celah-celah kayu atau buluh agar bersilang seperti gunting. Menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang Menyambung kayu supaya menjadi panjang Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat Teknik: Fungsi: Matikan dengan simpul manuk. Video Pengajaran Ikatan Silang Gunting:


Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version