The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normazni388, 2023-02-21 22:29:34

AHP BORANG PENGESAHAN N PELANTIKAN

AHP BORANG PENGESAHAN N PELANTIKAN

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI SAINS (PEMAKANAN) FUNGSI Fungsi Pegawai Sains (Pemakanan) di klinik adalah memberi khidmat teknikal kepada pesakit/pelanggan berkaitan pemakanan dan menjalankan program serta aktiviti pemakanan, termasuk intervensi, ke arah meningkatkan taraf pemakanan individu dan masyarakat. Beliau juga diperlukan untuk merancang, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti pemakanan, menjalankan latihan pemakanan kepada pelanggan dalaman dan luaran serta menjalankan kajian pemakanan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pegawai Sains (Pemakanan) ditempatkan di Pejabat Kesihatan/Klinik Kesihatan dan bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah. 1. Perkhidmatan Pemakanan 1.1 Memberi khidmat pemakanan di peringkat klinik kesihatan dan komuniti/ institusi. 1.1.1 Klinik kesihatan Mengendalikan perkhidmatan pemakanan termasuk : • Menjalankan saringan/diagnosis pemakanan. • Memberi khidmat runding cara dan nasihat pemakanan secara individu/berkumpulan khusus seperti pelanggan/pesakit dengan penyakit kronik, kanak-kanak dan remaja kurang berat badan/obesiti,anemia, ibu hamil dan ibu menyusu. • Menerima rujukan daripada Pakar Perubatan Keluarga/ Pegawai Kesihatan dan Perubatan. 1.1.2 Komuniti / institusi Memberi khidmat nasihat bagi perancangan dan penilaian aktiviti pemakanan di peringkat komuniti / institusi termasuk perancangan menu, demonstrasi masakan sihat, pengubahsuaian resepi dan pemilihan makanan secara sihat, di tempat-tempat tertentu, contohnya kawasan kediaman, pejabat, kilang, kantin/ kafetaria, Taska/ Tadika, sekolah dan rumah kebajikan.


2 2. Perancangan dan Pembangunan Pemakanan 2.1 Pembangunan Program • Menentukan hala tuju program pemakanan di peringkat operasi klinik berdasarkan hala tuju dan pembangunan program pemakanan peringkat daerah dan negeri. • Merancang dan melaksanakan aktiviti dalam pelan perancangan strategik program pemakanan klinik, daerah dan negeri. • Menjalankan diagnosa komuniti (community diagnosis). • Menjalankan program intervensi. • Memantau dan menilai program intervensi. • Melaksanakan program-program yang bersesuaian, bagi menangani masalah pemakanan yang khusus di kawasan operasi klinik. 2.2 Pengawasan Pemakanan • Menyelenggara dan menjalankan sistem pengawasan pemakanan peringkat klinik. • Menganalisa maklumat pemakanan. 3. Pengurusan Program Pemakanan 3.1 Menyediakan Pelan Tindakan Pemakanan Klinik • Mengenal pasti sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemakanan samada dari Jabatan Kesihatan Negeri atau agensi-agensi lain. • Menilai keberkesananan aktiviti pemakanan. • Menyedia dan mengemas kini profail pemakanan klinik/daerah. • Menganalisa dan melapor status pemakanan penduduk, berdasarkan reten yang diperolehi dari peringkat daerah ke Jabatan Kesihatan Negeri. 3.2 Mengurus peruntukan kewangan (budget allocation) bagi program pemakanan, termasuk perjanjian program dan spesifikasi output (jika perlu). 3.3 Mengawasi dan menilai perbelanjaan bagi program-program pemakanan. 3.4 Mengenal pasti keperluan tenaga manusia, peralatan dan ICT serta memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, bagi tujuan penyediaan Dasar Baru/One-Off dan lain-lain. 3.5 Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pelaksanaan program. 3.6 Menjalankan tugas-tugas penyeliaan teknikal/ audit di klinik kesihatan dan klinik Desa dibawahnya bagi memastikan:


3 • Teknik yang betul digunakan untuk pengukuran antropometri. • Peralatan antropometri diselenggara dengan baik. • Data pemakanan direkod dan ditafsir dengan betul. • Buku rekod dan reten pemakanan diselenggara dengan baik. • Kes-kes yang perlu diberi bantuan bagi meningkatkan taraf pemakanan (seperti bakul makanan dan garam beriodin) diurus mengikut keperluan yang sesuai. 4. Promosi dan Pendidikan Pemakanan 4.1 Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti promosi pemakanan di peringkat klinik dan daerah sama ada secara community-based atau clinic-based, termasuk: • Pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil • Promosi makan secara sihat • Penyajian hidangan sihat semasa mesyuarat • Kafeteria sihat • Latihan katering sihat • Promosi pemakanan sihat di sekolah • Pemakanan sihat di institusi • Pemakanan Orang asli • MyMeal • Pilihan Lebih Sihat • Penyusuan Susu Ibu • HiTS 4.2 Bekerjasama dalam mengelolakan aktiviti promosi pemakanan yang dijalankan, samada intra atau inter unit/ agensi. 4.3 Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti promosi pemakanan di Pusat Dalam Komuniti


4 5. Pemulihan Pemakanan 5.1 Melaksana, memantau dan menilai program/ aktiviti pemulihan pemakanan berkaitan masalah-masalah berikut: • Kekurangan makronutrien (PEM) o Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan • Kekurangan mikronutrien o Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin o Aktiviti kawalan dan pencegahan anemia • Penyakit kronik berkaitan amalan pemakanan o Aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti o Program Trim & Fit o KOSPEN o Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 6. Kajian dan Penyelidikan Menjalankan kajian/ penyelidikan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan taraf pemakanan masyarakat di peringkat daerah. 7. Inisiatif Kualiti Melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti bagi program pemakanan di peringkat klinik yang dijaga. o Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 o Projek QAP


Click to View FlipBook Version