The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EFOLIO KUMPULAN 6
Tajuk: Peranan ICT Terhadap Perkembangan Dakwah Dalam Era Globalisasi
Kursus: MPU23012 Pengajian Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizfaizzudin18, 2022-06-06 09:11:17

Peranan ICT Terhadap Perkembangan Dakwah Dalam Era Globalisasi_Pengajian Islam

EFOLIO KUMPULAN 6
Tajuk: Peranan ICT Terhadap Perkembangan Dakwah Dalam Era Globalisasi
Kursus: MPU23012 Pengajian Islam

❖ MUHAMMAD FAIZZUDIN ❖ KHAIRUL ANAM FAKHRI
BIN ABD MANAF BIN HAMZAH

❖ 17DIB21F1043 ❖ 17DIB21F1001

❖ ARIF IZZUDDIN BIN ABDUL ❖ NUR MUHAMMAD HAZIQ
RAHIM BIN ZULKIFLI

❖ 17DIB21F1067 ❖ 17DIB21F1025

ISI KANDUNGAN

01 02 03

PENGENALAN HADIS BERKAITAN PERANAN MEDIA
DAKWAH DALAM DAKWAH

04 05 06
CADANGAN BUKTI KEMAJUAN
PENAMBAHBAIKAN MEDIA DALAM RUJUKAN

DAKWAH

07
LAMPIRAN



APA ITU ICT ?

✓ Dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang
mana teknologi maklumat tersebut ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan seorang individu mengumpul data dan
menganalisis data menjadi maklumat berguna

✓ Menghasilkan pelbagai maklumat dengan cara yang lebih
menarik menggunakan bentuk seperti teks, grafik, suara,
animasi dan maya.

✓ Teknologi komunikasi pula digunakan oleh individu atau kelompok
individu yang bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan
tempat yang tidak terbatas dengan cepat dan dalam masa yang sama
melalui rangkaian setempat atau global.

✓ Teknologi maklumat boleh disimpulkan bahawa satu proses pengaliran,
penyebaran, penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi

APAKAH ITU
DAKWAH DALAM
ICT?

DEFINISI DAKWAH DALAM ICT

✓ Dakwah merupakan satu amanah daripada Ilahi yang bersifat mulia yang mengajak untuk membuat
kebaikan dan menuju ke jalan yang benar. Dalam Ict dakwah perlu dimegahkan dengan penggunaan bahan
teknologi seperti power point, laman web dan lain-lain platform.

✓ Pekerjaan dakwah ini diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya’ dan awlia’dari satu generasi ke
generasi. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu’asirah) yang bertanggungjawab melakukan
dakwah adalah tugasan umat islam yang tiada sebarang pengecualian.

✓ Institusi Masjid wajar diperluaskan dan diperhebatkan lagi dengan menggunakan teknologi bagi
menyampaikan dakwah dalam Islam.

✓ Laman web institusi masjid juga boleh dijadikan contoh dalam medium untuk berdakwah bagi memastikan
masyarakat Islam dapat manfaat dalam isi dakwah tersebut.

✓ Semua umat Islam hendaklah berdakwah walaupun tidak memiliki ilmu yang banyak di dalam diri dengan
menggunakan teknologi dan memastikan ianya sahih untuk dikongsikan dan dimanfaatkan kepada saudara
islam yang lain.

HADIS BERKAITAN DAKWAH

“Sampaikanlah dariku walau
hanya satu ayat”

—HADIS RIWAYAT BUKHARI—

Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa sebagai
umat Islam kita hendaklah menjalankan tanggungjawab iaitu dengan
berdakwah bagi menyampaikan isu dan pengajaran serta peringatan
kepada saudara Islam yang lain supaya dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian. Walaupun ianya satu ayat yang ringkas, ia amat
bermakna bagi umat Islam untuk dijadikan panduan. Contohnya, Allah
tidak akan mengubah seseorang melainkan dia berusaha mengubahnya.
Ayat ini amat ringkas tetapi amat memberikan makna kepada
kehidupan umat Islam.

PERANAN MEDIA
DALAM DAKWAH

Membentuk peribadi yang Menyebarkan Islam dan
baik, menyenangkan dan menjelaskan kebenaran

bermanfaat bagi orang kepada orang ramai
lain.
34
12

Berperanan sebagai Menghadapi perang media
pendidik (Muaddib) propaganda asing serta
kepada masyarakat melindungi ummah dari

usaha yang menyesatkan

01 Berperanan sebagai pendidik
(Muaddib) kepada masyarakat

Media dalam dakwah Islam berperanan sebagai pendidik iaitu Muaddib kepada masyarakat
agar melaksanakan segala perintah yang diterima daripada Allah Swt dan menjauhi segala laranganNya.
Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.
Dengan media sosial, pembelajaran dan dakwah lagi mudah untuk berkongsi pendapat atau maklumat tidak
kira masa atau tempat yang jauh. Dengan cara tersebut maklumat yang didapati lebih mudah dan cepat.
Dalam mengajar menggunakan aplikasi yang mudah seperti Google Meet, Msteam dan banyak lagi yang
dapat memudahkan pelajar yang mempunyai masalah untuk datang ke sekolah atau tempat belajar untuk
belajar. Dalam menyampaikan sesuatu perkara ilmu dalam media juga adalah salah satu cara untuk
mendidik dalam kalangan masyarakat Islam seperti menyampaikan ilmu atau dakwah di media sosial di
YouTube, Facebook dan juga menyiarkan di siaran television. Dengan cara yang telah diterangkan, bahawa
media dalam pembelajaran dan dakwah Islam berperanan sebagai pendidik amat penting untuk
menerangkan tentang agama Islam pada zaman yang serba canggih dari dari segi kemodenan dan
kecanggihan pada masa kini.

02 Membentuk peribadi yang baik,
menyenangkan dan bermanfaat
bagi orang lain.

Penggunaan media dalam dakwah bagi menyampaikan mesej agama berkaitan peringatan,
pengajaran dan perbuatan kepada masyarakat Islam amatlah digalakkan kerana komunikasi dalam Islam
kerana merupakan dakwah dengan mengajak umat untuk meyakini aqidah dan syariat Islam. Media dalam
dakwah Islam dapat mengubah sikap atau perilaku manusia, dari yang tidak berakhlak menjadi berakhlak
dan dari yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan kepada menjadi manusiawi. Hal ini merujuk pada salah
satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa Baginda diutus ke muka bumi untuk menyempurnakan akhlak
manusia. Oleh yang demikian, tujuan utama penyebaran Islam adalah untuk membentuk peribadi yang baik,
menyenangkan dan bermanfaat bagi orang lain. Hal yang demikian, medium dakwah merupakan elemen
penting dan memberikan impak yang tinggi kepada aktiviti dakwah kerana dengan medium dakwah yang
kreatif dan kaedah penyampaian yang baik serta kandungan isi dakwah yang berkualiti memudahkan urusan
pendakwah dan memantapkan lagi gerak kerja aktiviti dakwah. Justeru itu, dakwah boleh dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah dalam usaha mengajak manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan khususnya
untuk kembali kepada Allah sama ada dalam bentuk ceramah, forum dan media massa.

03 Menghadapi perang media propaganda
asing serta melindungi ummah dari
usaha yang menyesatkan

Dalam menyampaikan dakwah melalui media, terdapat juga segelintir pendakwah yang
berusaha untuk menjatuhkan agama Islam dengan menyebarkan dakwah melalui fahaman agama yang sesat.
Hal ini boleh diketahui dengan penambahan kata dan hadis yang tidak sahih dalam menyebarkan dakwah.
Melalui capaian laman web juga, terdapatnya dakwah yang tidak sahih yang boleh mengelirukan fahaman
pengguna laman web tersebut. Oleh itu, dakwah dalam media berperanan untuk menghadapi perang media
propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan oleh pendakwah yang mempunyai
fahaman sesat. Hal ini demikian kerana dapat menghindari masyarakat Islam daripada terus terpesong
dengan ajaran sesat tersebut. Walaupun ianya nampak menarik, tetapi dari segi isinya adalah amat
menyesatkan. Tidak mustahil bahawa terdapatnya pendakwah asing yang berusaha untuk menjatuhkan umat
Islam. Jika kita lihat, antara buktinya adalah penggunaan telefon pintar yang sering digunakan sehingga
mengabaikan tuntutan agama Islam. Ini merupakan salah satu cara dan strategi yang digunakan untuk
menjatuhkan umat Islam. Justeru itu, dakwah dalam media haruslah memerlukan bukti dan kenyataan yang
sahih di dalamnya bukan sahaja dari segi ayat malah dari segi kesahihan oleh mana-mana perbadanan Islam
supaya masyarakat Islam tidak terpesong dengannya.

04 Menyebarkan Islam dan
menjelaskan kebenaran kepada
orang ramai

Penggunaan media dan Ict dalam dakwah juga berperanan menyebarkan Islam dan menjelaskan
kebenaran kepada orang ramai supaya dapat menyatupadukan masyarakat yang mempunyai fahaman yang
sama dari segi agama Islam. Hal ini kerana, terdapat beberapa negara yang menggunakan mazhab yang
berbeza seperti mazhab Syafi’e, Hanafi, Maliki, Hanbali. Islam amat menitikberatkan soal menyatupadukan
masyarakat terutamanya mengenai fahaman supaya tidak berlakunya sebarang perselisihan dan kekeliruan
oleh masyarakat Islam yang lain. Di dalam dakwah melalui media hendaklah sentiasa menggunakan mazhab
utama apabila berkomunikasi dengan masyarakat Islam yang lain dan tidak seharusnya menggunakan
mazhab yang lain bagi mengelakkan kekeliruan serta menjelaskan kebenaran yang sebenar-benarnya kepada
orang ramai. Dalam negara kita, iaitu negara Malaysia sering menggunakan mazhab Syafi’e. Sering kali kita
lihat terdapatnya sesetengah orang melaksanakan solat dengan cara lain dan sesetengah lagi dengan cara
lain. Oleh itu, para pendakwah hendaklah mengutamakan mazhab Syafie terlebih dahulu dalam
penyampaian dakwah supaya masyarakat tidak terkeliru dengan perlaksanaan dan hukum-hakam berkaitan
agama.

BUKTI KEMAJUAN MEDIA
DALAM DAKWAH

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
DAKWAH DALAM ICT

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Menyediakan pelbagai Menggunakan bahasa
bahan dakwah yang dan tulisan yang

kreatif, ringkas, padat, mudah difahami serta
santai, ringan dan mudah menarik

difahami.

12 34

Komunikasi antara Ibu bapa bertanggungjawab
pendakwah mengawasi anak-anak

dengan pendengar mereka tentang maklumat
yang mereka dapati
daripada Internet

KOMUNIKASI ANTARA PENDAKWAH

01 DENGAN PENDENGAR

Pada zaman serba canggih ini, kebanyakan masyarakat yang menggunakan media masa untuk
mempelajari sesuatu ilmu atau keseronokkan yang ada dalam media sosial. Penambahbaikan dari segi media
dalam berdakwah perlu dilaksanakan untuk ramai masyarakat kini dapat melihat dan mencari dengan mudah
tentang ilmu Islam. Dengan penambahbaikan yang dibuat, ramai masyarakat akan menonton atau mendapat
sesuatu ilmu yang mana sebelum ini mereka tidak tahu perkara tersebut serta mereka juga akan tertarik dengan
media dakwah dan ingin mendalami ilmu agama dengan lebih lagi. Antara penambahbaikan yang boleh
dilakukan adalah dari segi cara komunikasi pemberi dakwah dengan pendengar jika melakukan siaran
langsung dalam media seperti Facebook, Youtube, Instagram dan sebagainya. Dengan komunikasi yang baik
atau cara intonasi yang baik dalam menyampaikan dakwah dapat menarik minat ramai orang untuk menonton
video dakwah yang disampaikan. Selain itu, penambahbaikan dari segi menyampaikan ilmu dalam nada suara
haruslah lebih kreatif dan menyebarkan di media sosial yang mana ramai masyarakat akan tertarik dengan
penyampaian dakwah tersebut. Contoh penggunaan dakwah dalam media ialah Ustaz Wadi Annuar yang
menggunakan media seperti Facebook, Youtube, dan Instagram dalam menyampaikan dakwah disamping
menggunakan nada suara yang menghayat hati masyarakat Islam. Oleh itu, cadangan sebegini amatlah
diperlukan untuk digunakan bagi memberikan masyarakat Islam lebih memahami dengan ajaran Islam.

Menyediakan pelbagai bahan dakwah
yang kreatif, ringkas, padat, santai,
02 ringan dan mudah difahami

Usaha-usaha untuk menambah baik perlu dilakukan untuk merealisasikan dan memberi nafas baru
kepada pendekatan dakwah yang lebih efektif, interaktif dan berinovasi dengan menjadikan media sosial
sebagai medium utama dakwah. Untuk menarik minat penggunaan media sosial sebagai medium dakwah, maka
beberapa cadangan disyorkan iaitu menyediakan pelbagai bahan dakwah yang kreatif, ringkas, padat, santai,
ringan dan mudah difahami. Pendakwah perlu mempelbagaikan informasi berbentuk penceritaan dan sejarah
seperti kisah-kisah para rasul, para sahabat dan alim ulama serta tokoh agama kepada umum kerana kisah-kisah
tauladan sangat diminati ramai. Pendakwah juga perlu memperbanyakkan dakwah secara interaktif seperti
siaran langsung Facebook untuk menggalakkan orang ramai menuntut ilmu dengan penuh yakin, pelbagai ilmu
dan jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan dapat disampaikan secara terus oleh pendakwah dan guru
yang mengajar. Media sosial mampu meningkatkan hubungan tali persaudaraan yang jauh atau dekat. Oleh
yang demikian, setiap ahli keluarga perlu digalakkan menggunakan media sosial sebagai medium untuk
mengeratkan hubungan silaturahim dan berdakwah. Anak muda masih belum meminati kandungan mesej
dakwah di media sosial, maka sebaiknya dakwah Islam melalui media sosial perlu dikemaskan dalam bentuk
yang kreatif seperti cerpen, komik, gambar, video dan animasi. Budaya suka membaca, mendengar dan
menonton serta menyebarkan bahan-bahan berbentuk dakwah Islam perlu diterapkan dalam jiwa masyarakat.
Bagi mengatasi masalah kurang promosi laman sosial dakwah, maka digalakkan mempromosikan laman sosial
sebagaimana laman sosial berbentuk jual beli online

Ibu bapa bertanggungjawab
mengawasi anak-anak mereka
03 tentang maklumat yang mereka

dapati daripada Internet

Usaha-usaha untuk menambah baik perlu dilakukan agar cara dakwah berjalan seiring dengan
waktu dan terus sampai kepada masyarakat tanpa tapisan. Teknologi telah membuka ruang bagi penyebaran
informasi tentang agama yang lebih cepat dan efisien. Namun, banyaknya pengumuman tidak menjamin
kualiti pemahaman agama Islam. Di sinilah, hambatan nyata dalam misi yang akan datang dalam membentuk
penerapan nilai murni tanpa aturan apa pun. Sebagai pengguna teknologi, terkadang kita tidak menilai faktor
dan ancaman dari keterbukaan dunia saat ini. Oleh karena itu, dunia teknologi saat ini sangat memerlukan
sebuah institusi untuk memantau informasi di Internet dari waktu ke waktu agar tidak terjadi kekeliruan atau
ucapan yang menyimpang dari keyakinan yang dapat mempengaruhi pemikiran dan keyakinan umat Islam.
Justeru itu, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengawasi anak anak mereka tentang
maklumat yang mereka dapati daripada internet terutamanya tentang fahaman agama Islam yang
berkemugkinan akan menimbulkan keraguan pada sesetengah pihak. Ini juga menjadi tuntutan kepada ibu
bapa untuk mengajar mereka kepada panduan asas yang perlu mereka ketahui agar tidak ada sesal pada
kemudian hari. Ia merupakan satu penyelesaian untuk meletakkan masyarakat muda di barisan hadapan dalam
kepincangan mencari maklumat pada masa kini.

Menggunakan bahasa dan tulisan
yang mudah difahami serta
04 menarik

Cadangan yang seterusnya adalah menggunakan bahasa dan tulisan yang mudah difahami serta
menarik supaya dapat menarik perhatian masyarakat Islam untuk mendengar dakwah yang boleh memberikan
kesan yang besar terhadap kehidupan seharian. Hal ini kerana memastikan masyarakat Islam mengamalkan
hidup seharian disamping berlandaskan syariah dan as-sunnah. Dalam berdakwah melalui media dan Ict,
penulisan tersebut hendaklah ditulis dengan menarik serta ringkas agar orang yang dapat ilmu tersebut
memahami tentang isinya yang ringkas dan padat. Dengan cara tersebut, dapat menarik minat ramai orang
untuk membaca ilmu yang amat bermakna dan dapat memahami perkara tersebut. Begitu juga dengan
penulisan di bloger yang mana penulisan tersebut hendaklah menggunakan ayat yang mudah difahami ramai
orang dan tulisan yang menarik berserta dangan penambahan gambar-gambar yang menarik untuk menarik
minat pembaca. Contoh penulisan yang menarik ialah dengan menggunakan font yang jelas dan menyerlah
dan menggunakan bahasa yang gramatis bagi manarik lagi minat penuntut ilmu mendalami ilmu tersebut,
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa cadangan ini dapat dijadikan penambahan dalam menyampaikan dakwah
melalui media bagi memastikan masyarakat Islam dan para pencari ilmu serta penuntut ilmu dapat memahami
dengan jelas dan betul mengenai dakwah yang berkaitan dengan agama Islam disamping tidak mengelirukan
mana-mana pihak.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, media sosial dapat memberikan banyak manfaat yang baik
dan boleh juga memberi impak yang buruk. Baik sekiranya digunakan untuk
mendapatkan informasi dan buruk bila digunakan untuk perkara-perkara yang negatif.
Media sosial membolehkan penggunanya di seluruh dunia untuk saling berkomunikasi
dan berkongsi informasi. Penggunaan media sosial sebagai medium dakwah sangat
memberi manfaat yang efektif kerana maklumatnya tanpa sempadan dan tidak terbatas
dengan ruang dan waktu. Dakwah Islam boleh disebarkan dan diterima secara pantas
dan efisien. Informasi dan ilmu pengetahuan yang disebarkan melalui media sosial
dapat menjangkau sesiapa sahaja dan di mana sekali pun asalkan mempunyai akses
dengan internet. Dari segi kos ianya sangat murah, umat Islam mestilah mampu
menguasai dan memanfaatkan sebesar-besarnya perkembangan teknologi komunikasi
serta menggunakan media sosial sebagai medium dakwah dengan pelbagai cara untuk
berdakwah.

RUJUKAN

http://abbysyahrill. http://journalarti
blogspot.com/201 cle.ukm.my/677
4/12/peranan-ict-
1/1/35-94-1-
dalam- SM.pdf
penyebaran-
dakwah_24.html

https://www.bharia
n.com.my/kolumni
s/2016/10/202309/

teknologi-
maklumat-ejen-
baharu-dakwah

https://online.a https://journal.
nyflip.com/pwq ump.edu.my/ij
y/eaec/mobile/ htc/article/dow
nload/6667/14
https://ms-
my.facebook.com/ 06/23817
JAWIWP/photos/a.
130063756999508 https://www.ikim.go
5/2963603833698 v.my/new-
442/?type=3&theat
wp/index.php/2009/
er 11/10/dakwah-dan-

teknologi-teras-
pembangunan-jiwa-

ummah/

LAMPIRAN:
PEMBAHAGIAN TUGASAN

NAMA NO. PENDAFTARAN PEMBAHAGIAN TUGASAN (TAJUK)
KHAIRUL ANAM 17DIB21F1001
FAKHRI BIN HAMZAH ✓ PENGENALAN
17DIB21F1067 ✓ 1 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH (1)
ARIF IZZUDDIN BIN ✓ 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (1)
ABDUL RAHIM 17DIB21F1043
✓ 1 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH (2)
MUHAMMAD 17DIB21F1025 ✓ 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (1)
FAIZZUDIN BIN ABD ✓ KESIMPULAN
MANAF
NUR MUHAMMAD ✓ 1 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH (3)
HAZIQ BIN ZULKIFLI ✓ 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (3)
✓ PENGURUS EFOLIO

✓ 1 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH (4)
✓ 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (4)

TERIMA KASIH

-DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 6-


Click to View FlipBook Version