SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Tema : Kemerdekaan
Kategori : Terbuka
Bahasa : Bahasa Melayu sahaja
Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.
Tiada had untuk jumlah patah perkataan dan gambar yang
digunakan. Tetapi bilangan muka surat dihadkan sebanyak tidak
kurang dari 5 muka surat dan tidak lebih 7 muka surat (termasuk
muka hadapan).
Penggunaan gambar bendera Jalur Gemilang hendaklah mematuhi
syarat penggunaan yang ditetapkan.
Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk link digital flipbook
(sila guna aplikasi flipbook yang percuma dan tiada had masa untuk
mengelakkan masalah seperti link yang tidak boleh dibuka).
Kriteria Pemarkahan : Isi (30%), Bahasa (30%), Kreativiti (30%),
Struktur (10%).
Keputusan hakim adalah muktamad dan komen serta markah tidak
akan dikongsikan kepada peserta.