The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurarifahmuhammad, 2023-07-13 00:56:19

RINGKASAN GARIS PANDUAN KONVOKENSYEN

GARIS PANDUAN KONVOKENSYEN TAHUN 2023

Keywords: RINGKASAN GARIS PANDUAN KONVOKENSYEN TAHUN 2023

LAMPIRAN B Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 RINGKASAN GARIS PANDUAN KONVOKESYEN KOMEMORATIF KOLEJ KOMUNITI 2023 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 1.0 PANDUAN BAGI GRADUAN HADIR Penyertaan graduan ke Majlis Konvokeysen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 dan tuntutan Diploma/Sijil hanya sah setelah graduan menyempurnakan perkara-perkara berikut: 1.1 Menjelaskan bayaran penyertaan Majlis Konvokesyen sebanyak RM180.00 dan bayaran Alumni sebanyak RM60.00 selewat-lewatnya pada 01 Ogos 2023. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun koperasi KOPERASI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT (1101542726 / BANK RAKYAT) atau secara tunai di Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Batu Pahat. 1.2 Memberikan maklumbalas kehadiran dan membuat pra pendaftaran di portal igms.kolejkomuniti.my bermula 27 Jun 2023 hingga selewat-lewatnya 01 Ogos 2023 dengan menyempurnakan perkara-perkara di bawah: i. Memuat naik bukti pembayaran Majlis Konvokesyen dan Alumni bagi perkara 1.1. ii. Memilih saiz jubah konvokesyen berdasarkan jadual berikut: PILIHAN SAIZ KETINGGIAN ANDA (cm) SS / XS 140 - 165 S 166 - 170 M 171 - 174 L 175 - 179 XL 180 ke atas (90-100kg) 2XL 180 ke atas (101-120kg) 3XL 180 ke atas (120kg ke atas) ** Atau jika diukur dengan saiz t-shirt yang dipakai, saiz jubah diturunkan 1 saiz daripada saiz t-shirt. Contohnya, jika t-shirt saiz S = jubah saiz XS. ** Sila maklumkan kepada pembekal jika ada graduan yang saiz istimewa / OKU / menggunakan kerusi roda untuk padanan saiz jubah yang lebih sesuai. 1.3 Memuat turun dan mencetak Borang Pra Pendaftaran Lulusan (BPPL) daripada portal igms.kolejkomuniti.my untuk urusan di kaunter pendaftaran, peminjaman jubah, pemulangan jubah dan tuntutan Diploma/Sijil.


LAMPIRAN B Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 1.4 Semua graduan WAJIB menyelesaikan Kajian Pengesanan Graduan. (Sila rujuk Puan Sihaijuwati binti Sidek di talian 019-7027767) 1.5 Semua pelajar DIWAJIBKAN menghadiri Majlis Raptai / Taklimat Konvokesyen yang ditetapkan (Rujuk Jadual di Lampiran A) dan mematuhi Arahan Am berikut: 1.5.1 Graduan perlu berpakaian kemas, tidak menjolok mata dan memakai kasut bertutup. Pemakaian seluar “jeans”, selipar, capal, sandal dan Tshirt tanpa kolar tidak dibenarkan. 1.5.2 Graduan lelaki dilarang sama sekali berambut panjang, berekor, diwarnakan dan berfesyen seperti “punk” atau fesyen seumpamanya yang tidak sesuai untuk majlis rasmi. 1.5.3 Graduan dilarang memakai pakaian yang jarang, tidak sopan, ketat atau mendedahkan. 1.5.4 Penggunaan telefon bimbit di dalam dewan tidak dibenarkan sama sekali. 1.5.5 Graduan dikehendaki mengambil dan memulangkan jubah seperti yang dijadualkan. 1.5.6 Graduan perlu mematuhi semua arahan yang diberikan bagi mempercepatkan dan melancarkan upacara majlis raptai. 1.6 Membuat pendaftaran dan menghadiri Majlis Konvokesyen sebagaimana ditetapkan dalam jadual di Lampiran A dengan mematuhi Arahan Am berikut: 1.6.1 Kenderaan perlu diparkir di tempat yang telah ditetapkan oleh Urusetia Konvokesyen dengan mempamerkan Pas Kenderaan. 1.6.2 Urusan peminjaman jubah akan dilakukan semasa sesi pendaftaran graduan seperti yang dijadualkan dan peminjaman lebih awal adalah tidak dibenarkan. Sila patuhi masa yang telah ditetapkan (Rujuk Jadual di Lampiran A). 1.6.3 Graduan perlu menyerahkan Borang Pra Pendaftaran Lulusan (BPPL) yang telah dicetak daripada portal igms.kolejkomuniti.my kepada pegawai bertugas untuk urusan di kaunter pendaftaran dan peminjaman jubah. 1.6.4 Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari peminjaman jubah boleh mewakilkan orang lain dengan membawa bersama salinan Borang Pra Pendaftaran Lulusan (BPPL) bagi graduan yang diwakilkan. 1.6.5 Semua graduan dikehendaki memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti dan pakaian rasmi seperti yang ditetapkan. Graduan dinasihatkan memahami KEHORMATAN JUBAH dan TIDAK DIBENARKAN menyalahgunakan atau mencemarkan kehormatan jubah. 1.6.6 Para graduan dikehendaki berkumpul pada hari Majlis Konvokesyen bagi mengesahkan semula kehadiran pada pukul 7.00 pagi (sidang sesi pagi) dan 1.30 petang (sidang sesi petang) mengikut sidang konvokesyen masing-masing. Graduan perlu mengikut arahan pemandu lulusan yang bertugas. 1.6.7 Graduan hanya dibenarkan membawa DUA (2) orang tetamu sahaja dan perlu menunjukkan Pas Masuk Ibu Bapa / Tetamu untuk masuk


LAMPIRAN B Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 ke dalam dewan. Pas Masuk Ibu Bapa / Tetamu dan Pas Kenderaan akan diedarkan semasa sesi pendaftaran. ** Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan 1.6.8 Graduan dan ibu bapa / tetamu dikehendaki menghormati Majlis Konvokesyen dengan penuh adab serta mematuhi protokol. 1.6.9 Graduan dan ibu bapa / tetamu TIDAK DIBENARKAN melakukan perkara-perkara berikut: i) Mengambil gambar semasa majlis sedang berlangsung. (Jurugambar rasmi akan disediakan) ii) Keluar dewan setelah majlis bermula. iii) Merokok atau menghisap vape. iv) Membuat bising ketika majlis berlangsung. v) Menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam dewan. vi) Memakai pakaian yang menjolok mata. vii) Tidak dibenarkan membawa masuk makanan / minuman atau barangan persendirian yang boleh mengganggu perjalanan Majlis Konvokesyen ke dalam dewan seperti beg, kamera, peranti atau alatan elektronik dan sebagainya. viii) Mematikan telefon bimbit / tablet atau menukarkan kepada “Mod Senyap” sepanjang berada di dalam dewan konvokesyen. 1.6.10 Etika Pakaian: Graduan dan Ibu Bapa / tetamu TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri Majlis Konvokesyen sekiranya tidak mematuhi kod pemakaian yang diberikan. Graduan juga digalakkan menyediakan safety pin yang kecil / sederhana atau jarum peniti untuk dilekatkan pada pakaian konvokesyen agar kelihatan kemas. 1.6.10.1 Graduan Lelaki i) Memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher, seluar panjang berwarna hitam, kasut berwarna hitam dan berstoking hitam ATAU baju melayu berwarna hitam beserta samping, kasut berwarna hitam dan berstoking hitam. (Kasut sukan dan sandal tidak dibenarkan) ii) Semua graduan lelaki Melayu DIWAJIBKAN memakai songkok berwarna hitam. iii) Graduan kaum Sikh dibenarkan memakai ‘turban’ berwarna hitam sahaja. iv) Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (bowtie). v) Graduan WAJIB berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan. vi) Graduan tidak dibenarkan memakai aksesori tambahan seperti subang, rantai leher, rantai tangan dan lain-lain. 1.6.10.2 Graduan Wanita i) Memakai baju kurung ATAU kebaya labuh / kebarung dan kasut hitam bertutup. Graduan beragama Islam hanya dibenarkan memakai tudung kepala berwarna


LAMPIRAN B Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 cream / putih. (Kasut sandal atau separuh tertutup tidak dibenarkan) ii) Graduan bukan beragama Islam boleh memakai pakaian labuh dan sopan serta kasut hitam bertutup. Manakala rambut perlu disisir rapi dan kemas. iii) Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan seperti jarang, singkat, ketat dan terdedah (kain berbelah adalah dilarang). 1.6.10.3 Tetamu Lelaki dan Wanita i) Pakaian rasmi / kebangsaan lengkap / lounge suit / batik atau pakaian tertib bagi tetamu lelaki. Seluar jeans dan Kemeja-T adalah tidak dibenarkan. ii) Pakaian rasmi / kebangsaan / baju kurung / kebaya labuh / kebarung atau pakaian tertib bagi tetamu wanita. iii) Tetamu yang bukan beragama Islam boleh memakai pakaian labuh dan sopan. iv) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar pendek adalah dianggap tidak sesuai serta tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan. 1.6.11 Urusan tuntutan Diploma / Sijil akan dilakukan semasa sesi pemulangan jubah seperti yang dijadualkan. Sila patuhi masa yang telah ditetapkan (Rujuk Jadual di Lampiran A). 2.0 PANDUAN BAGI GRADUAN TIDAK HADIR 2.1 Menjelaskan bayaran ketidakhadiran Majlis Konvokesyen sebanyak RM100.00 dan bayaran Alumni sebanyak RM60.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun koperasi KOPERASI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT (1101542726 / BANK RAKYAT) atau secara tunai di Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Batu Pahat selewat-lewatnya 15 Ogos 2023. 2.2 Memberikan maklumbalas kehadiran di portal igms.kolejkomuniti.my bermula 27 Jun 2023 hingga selewat-lewatnya 15 Ogos 2023. 2.3 Semua graduan WAJIB menyelesaikan Kajian Pengesanan Graduan. (Sila rujuk Puan Sihaijuwati binti Sidek di talian 019-7027767) **Nota: Maklumat terkini dan sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui portal igms.kolejkomuniti.my dari semasa ke semasa. Para graduan dikehendaki merujuk portal tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti masing-masing.


Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 PELAN L PINTU M UNIVERSITI SAINS ISL


LAMPIRAN B LOKASI MASUK LAM MALAYSIA (USIM) Pintu Masuk USIM


Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 PELAN L DEWAN TUANK UNIVERSITI SAINS ISL


LAMPIRAN B LOKASI KU CANSELOR LAM MALAYSIA (USIM) Dewan Tuanku Canselor USIM Pintu Masuk USIM


Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 PELAN L KOMPLEK UNIVERSITI SAINS ISL MAJLIS


LAMPIRAN B LOKASI KS ISLAM LAM MALAYSIA (USIM) RAPTAI Pintu Masuk USIM Kompleks Islam USIM


Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023 SIDANG TARIKH, HARI, MASA DAN TE MAJLIS RAPTAI PENDAFTARAN & PEMINJAMAN JUBAH MAJLIS KONVOKES 1 Tarikh: 17 September 2023 Hari: Ahad Masa: 9.00 Pagi Lokasi: Dewan Tuanku Canselor, USIM Tarikh: 17 September 2023 Hari: Ahad Masa: 2.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi: Kompleks Islam, USIM Tarikh: 18 September Hari: Isnin Masa: 7.00 Pag Lokasi: Dewan Tua Canselor, US


LAMPIRAN B MPAT ZON SENARAI KOLEJ KOMUNITI YEN PENYERAHAN SIJIL & PEMULANGAN JUBAH r 2023 gi nku SIM Tarikh: 18 September 2023 Hari: Isnin Sesi: I Masa: 2.00 Petang – 4.00 Petang Lokasi: Kompleks Islam, USIM Johor Kolej Komuniti Segamat Kolej Komuniti Ledang Kolej Komuniti Bandar Penawar Kolej Komuniti Bandar Penawar Caw. Gelang Patah Kolej Komuniti Segamat 2 Kolej Komuniti Pasir Gudang Kolej Komuniti Kluang Kolej Komuniti Batu Pahat Kolej Komuniti Muar Kolej Komuniti Bandar Tenggara Kolej Komuniti Tanjung Piai Kolej Komuniti Pagoh Kolej Komuniti Kota Tinggi


Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2023


LAMPIRAN B


Click to View FlipBook Version