The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10502421, 2021-09-13 07:52:59

scrapbook

scrapbook

NAMA : KIRTI MICHELLE A/P SATIA
NATHAN

KELAS : 6VETRI

GURU KELAS : CIKGU PUAN KRISHNAVENI

TAJUK : KEUNIKAN MALAYSIA



PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara federal yang terdiri dari tiga belas
negeri dan tiga wilayah federal di Asia Tenggara dengan luas 329.847
km persegi. Ibu kotanya adalah Kuala Lumpur, sedangkan Putrajaya
menjadi pusat pemerintahan federal. Jumlah penduduk negara ini
mencapai 30.697.000 jiwa pada tahun 2015. Negara ini dipisahkan
ke dalam dua kawasan Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Negara
ini terletak di dekat khatulistiwa dan beriklim tropika. Kepala negara
Malaysia adalah seorang Raja atau seorang Sultan yang dipilih secara
bergiliran setiap 5 tahun sekali. Raja Malaysia biasanya memakai
gelar Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
pemerintahannya dikepalai oleh seorang Perdana Menteri.Malaysia
telah meraikan merdeka pada 31 Ogos 1957.

TAJUK

➢ NEGARAKU ➢ PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
➢ RUKUN NEGARA ➢ ALAT MUZIK DI MALAYSIA
➢ JALUR GEMILANG

➢ JATA NEGARA

➢ TOKOH KEMERDEKAAN

➢ PERDANA MENTERI

➢ PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

➢ PERAYAAN DI MALAYSIA

➢ MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA



RUKUN NEGARA

❖ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
❖ KESETIAN KEPADA RAJA DAN

NEGARA
❖ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
❖ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
❖ KESOPANAN DAN KESUSILAN







PERDANA MENTERI

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan salah satu negara
berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia
ialah Melayu,Cina dan India telahpun menetap
di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia
juga merupakan tanah air kepada sebanyak
kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di
Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba
dan Nyonya, Kadazan dusun dan Iban.

PERAYAAN DI MALAYSIA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut
oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk
memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu
masa dahulu.

Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut
pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang
terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.

HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat
Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari
Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di
bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat
islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di
mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya
disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam
saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka
akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang
berkunjung

TAHUN BARU CINA

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru
menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang
yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan
babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya
tersendiri

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk
mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga
yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau'
membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya
sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang
perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa
dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi
berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap

DEEPAVALI

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan
Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan
pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari,
masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan
memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian
mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah
kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan
menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan
membawa bersama apabila berkunjung ke rumah
saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah,‘Rangoli’
iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan
rumah.

KRISMAS
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada
25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus
Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan
hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu
berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan
diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari
tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-
rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang
diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada
kumpulan koir tersebut kerana persembahannya.
Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan
menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan
mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana
semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus
akan datang membawa hadiah kepada mereka.
Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi
hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-
gereja untuk upacara sembahyang.

MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA

Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri
daripada kaum melayu, cina dan india. Ketiga-
tiga kaum ini mempunyai makanan tradisional
mereka sendiri yang melambangkan identiti kaum
masing-masing. Jika bercakap tentang makanan
tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari
perayaan seperti Hari Raya AidilFitri bagi orang
Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya
Cina manakala Kaum India pula pada hari
Deepavali. Ada diantara makanan tradisional ini
yang bukan hanya popular dikalangan kaum-
kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu
popular di seluruh negara.Makanan tradisional
bagi kaum melayu adalah Nasi lemak, lemang,
belacan, rendang, dan lain-lain.

KUIH-MUIH TRADISIONAL MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian Malaysia adalah pakaian
tradisional yang dipakai oleh tiga budaya
utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India. Setiap budaya mempunyai tatacara
pemakaian tradisional yang dipengaruhi
agama dan boleh disesuaikan dengan
pengaruh dan keadaan tempatan.

PAKAIAN TRADIONAL MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang
Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga
termasuk baju kebaya, kain sarung, samping dan selendang.Pakaian orang
Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku
akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang
lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina,
Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah
dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah
dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju
Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju
Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung
Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap
klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju
Menora dan Baju Minangkabau.

PAKAIAN TRADISIONAL CINA

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek
Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan
Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-
wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong
atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau berbunga halus.

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’

❖ Cheongsam mempunyai leher yang
tinggi

❖ Mempunyai butang di bahagian
bahu,

❖ Bentuk yang sendat di pinggang
❖ Mempunyai belahan di kiri dan

kanan kain.
❖ Pakaian ini selalunya diperbuat

daripada kain sutera, satin dan lain-
lain jenis kain lembut.

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti
hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi
muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri
daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak
baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan
dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

ALAT MUZIK MALAYSIA

Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia
bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan
sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri
muzik yang tersendiri.

Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional
zaman dulu banyak dimainkan untuk golongan-
golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran
masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati
alunan muzik tradisional ini.








Click to View FlipBook Version