SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN LAPORAN TAKLIMAT PAJSK, SK@S DAN KHIDMAS Tarikh : 9 Januari 2023 Masa : 12.00 pm - 2.04 pm Tempat : Bilik Pisaan SMK Tambunan Pengerusi : Cikgu Yasimin bin Basir - Penolong Kanan Kokurikulum Kehadiran : Rujuk https://bit.ly/48Jw2ak Perkara Tindakan Kata alu-aluan Cikgu Yasimin bin Basir (PK Kokurikulum) mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. Amanat daripada Tuan Pengetua (Cikgu Johari Ag. Damit) 1. Tuan pengetua mengucapkan tahniah kepada semua guru atas semangat baru yang ditunjukkan dengan menghadiri taklimat khas yang diadakan. 2. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) sedang berjalan dan mesti diselesaikan pada bulan Januari. 3. Bagi guru yang terlibat dengan kenaikan pangkat untuk fasa 1 (Jan - Jun), diminta untuk menyelesaikan sebelum 14 Januari 2024. 4. Nama baharu untuk bilik gerakan SMK Tambunan ialah Bilik Pisaan SMK Tambunan yang mana pemilihan nama dipersetujui melalui undian POLL dalam Telegram Rasmi SMK Tambunan pada 4 Januari 2024. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 1. 90% guru sudah diberi peranan sebagai guru kokurikulum dalam
Aplikasi Pentaksiran - PAJSK dalam sistem IDMe. 2. Semua guru penasihat dikehendaki mengisi data dan markah aktiviti kokurikulum murid. 3. Guru kelas berperanan membuat verifikasi dan mengenalpasti murid yang mempunyai isu data aktiviti kokurikulum sebelum membuat penghantaran. 4. Guru digalakkan membuat pengisian lebih awal memandangkan banyak isu-isu berbangkit berkaitan sistem IDMe agar sebarang isu yang berlaku dikalangan guru dapat diatasi dengan kadar segera sebelum tarikh akhir pengisian peringkat sekolah. 5. Bagi aspek pelibatan murid, semua guru penasihat diminta untuk merekodkan pelibatan murid diperingkat daerah kerana semua murid sudah mengambil bahagian dalam Kuiz Olimpiad Kokum Peringkat Daerah. 6. Bagi murid yang tidak terlibat dengan mana-mana pertandingan diperingkat daerah ke atas, kelab / persatuan yang ada menjalankan pertandingan di peringkat kelab / persatuan bolehlah merekodkan pencapaian (johan sehingga tempat kelima) murid pada baris pencapaian peringkat sekolah. 7. Jika murid tidak ada masalah kehadiran serius, daftarkan jawatan murid sebagai ahli aktif. 8. Untuk aspek khidmat sumbangan murid, guru-guru digalakkan memberikan penilaian berdasarkan Professional Judgement. STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA - KUALITI@SEKOLAH 1. SK@S merupakan panduan utama melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada guru. 2. Penilaian kendiri / pengisian borang SK@S bukanlah satu tindakan untuk menilai guru tetapi merupakan satu instrumen yang lengkap sebagai bimbingan dan panduan untuk mengurus kelab / persatuan masing-masing. 3. Semua guru penasihat dikehendaki membuat penilaian kendiri dalam mengurus kelab / persatuan masing-masing menggunakan borang SK@S - Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum bagi unit AKAL, Beruniform dan Sukan Permainan. 4. Guru diminta untuk menulis evidens berdasarkan semua tindakan mengurus kelab / persatuan yang dinyatakan dalam borang SK@S dan contoh evidens adalah seperti : a. Perancangan Kelab Sofbol Tahun 2023/2024 b. Rancangan dan Pelaporan Aktiviti Kokurikulum Kelab Sofbol Tahun 2023/2024 c. Laporan Akhir Tahun Kelab Sofbol Tahun 2023/2024 Semua guru kokurikulum Semua guru kokurikulum Guru kelas Guru kokurikulum Guru kokurikulum Guru kokurikulum Guru kokurikulum Guru kokurikulum Makluman Makluman Guru kokurikulum Guru kokurikulum
PENATARAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS) 2023 1. Penyelaras KHIDMAS yang dilantik Cikgu Siti Noorliza binti Gontol. 2. Penyeragaman pengisian data khidmat masyarakat murid dalam PAJSK : a. Aktiviti alam sekitar - skor 3 b. Aktiviti keagamaan - skor 1 c. Aktiviti kejiranan / komuniti - skor 1 3. Evidens untuk KHIDMAS dalam PAJSK adalah a. Aktiviti alam sekitar i. Program SUKARELAWAN ii. Gotong royong MADANI b. Aktiviti keagamaan i. Aktiviti Gereja ii. Aktiviti Pendidikan Islam c. Aktiviti kejiranan / Komuniti i. Program GINAWARI HAL-HAL LAIN 1. Semua guru diminta untuk mengisi markah PAT melalui aplikasi Modul Pentaksiran - Keputusan - Pepeperiksaan Dalaman dalam sistem IDMe selewat-lewatnya 20 Januari 2024. 2. Guru kelas diminta untuk memilih “PENGGILIRAN PEPERIKSAAN” Untuk pengisian kehadiran murid tingkatan 4 dalam sistem APDM bermula 8 - 11 Januari 2024. 3. Semua guru diminta melengkapkan data dan markah PBD dan PAJSK selewat-lewatnya 6 Februari 2024 kecuali PAJSK tingkatan 3 perlu dilengkapkan sebelum 28 Januari 2024. Makluman Guru kelas Semua guru Guru matapelajaran tingkatan 4 Guru kelas tingkatan 4 Semua guru Laporan Bergambar
Pencatat, ___________________ (FRENYSIA FRENCIS) Setiausaha Kokurikulum