KEMAHIRAN BERFIKIR
NAMA PELAJAR: NURFARHANA BINTI ANWAR
NO KAD PENGENALAN: 020820-12-0058
ANGKA GILIRAN: 2021072310021
KUMPULAN: BMSK1
KOD/NAMA KURSUS : GKEB1072/KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA PENSYARAH : EN. BUSTAM BIN DAMAN
Tema:
‘Kemahiran Berfikir Pencetus Suatu Kejayaan’
Kandungan
1.0 Penghargaan...................................................................................................................................1
2.0 Pengenalan......................................................................................................................................2
3.0 Kepentingan.....................................................................................................................................3
4.0 Justifikasi..........................................................................................................................................3
5.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir....................................................................................................4
6.0 Kesimpulan.......................................................................................................................................5
7.0 Rujukan.............................................................................................................................................6
1.0 Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus
GKEB1072 dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam penghasilan kerja kursus ini, setinggi
penghargaan diberikan kepada pensyarah saya iaitu En. Bustam Bin Daman kerana banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya dan juga rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi. Hubungan yang baik
dengan rakan, pensyarah dan keluarga telah memudahkan saya untuk bertanya bagi mendapatkan maklumat
yang betul. Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan di atas dorongan, teguran dan
nasihat yang diberikan dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan cemerlang.
1
2.0 Pengenalan
Kemahiran berfikir merupakan proses penggunaan minda untuk mentafsir, menganalisis, menghasilkan
idea-idea yang bernas dan menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Kemahiran berfikir adalah
proses berfikir yang tinggi yang perlu dicapai oleh semua murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid yang bermakna.
Tambahan pula, Kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu jenis-
jenis kemahiran berfikir dan kemahiran kritis. Keupayaan murid dalam menguasai kemahiran berfikir ini
akan membantu mereka dalam menentukan keputusan yang tepat diikuti dengan pertimbangan yang logik
serta adil.
2
3.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir
Antara kepentingan kemahiran berfikir ialah memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan. Selain itu,
kepentingan kemahiran berfikir adalah untuk mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif. Seterusnya,
mengelakkan kesilapan berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan fikiran yang terburu-buru tanpa
berfikir panjang dan melihat dari semua aspek. Akhir sekali, melahirkan individu yang bijak dan bermoral.
4.0 Justifikasi
Saya memilih alat kemahiran berfikir peta i-think jenis peta dakap disebabkan beberapa kelebihannya iaitu mudah
untuk memahami sesuatu tajuk dengan baik. Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mengingat isi penting yang
ditulis semasa hendak menduduki peperiksaan. Seterusnya, peta i-think jenis peta dakap bersifat lebih berstruktur
dan sistematik membolehkan saya memahami sesuatu tajuk dengan lebih jelas. Di samping itu, maklumat ringkas
dan padat yang terdapat pada peta i-think jenis peta dakap telah menarik minat saya untuk membaca dan memahami
sesuatu tajuk yang dipelajari. Akhir sekali, menggunakan peta dakap ini dapat menggabungkan fungsi bahagian otak
kiri dengan otak kanan semasa belajar.
3
5.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir
Bagi tujuan penghasilan produk alat kemahiran berfikir, saya telah memilih alat kemahiran berfikir peta i-think jenis peta
dakap bagi kemahiran berfikir. Peta i-think ini merupakan hasil daripada kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
Lateral Menggunakan daya imaginasi dan bukan
secara logik atau tradisional.
Jenis-jenis Kemahiran Kritis Penerokaan untuk mengkaji sesuatu dengan
Berfikir Kreatif menghasilkan rumusan dilengkapi dengan
semua maklumat yang ada.
Dapat mengembangkan idea dan mencipta
hasil yang baru.
Kemahiran Berfikir Reflektif Satu pemikiran untuk menyelesaikan
masalah secara peringkat, imbas kembali
pengalaman dan penilaian terhadap
kemungkinan penyelesaian.
Kemahiran Kritis Tinggi Melibatkan proses kognitif dan metakognitif:
Rendah membuat ramalan, mencari sebab dan
membuat kesimpulan. 4
Melibatkan proses kognitif sederhana:
membanding beza, membuat kategori.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kemahiran berfikir sangat penting dalam proses pembelajaran murid untuk menghasilkan hasil
yang baik. Kegagalan dalam menguasai kemahiran berfikir akan menyebabkan sesuatu hasil tersebut tidak dapat
dicapai dengan cemerlang. Tambahan pula, kemahiran berfikir ini harus disokong oleh alat kemahiran berfikir
supaya dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dalam mengingat serta menghasilkan sesuatu perkara. Oleh
itu, guru berperanan penting dalam memperkenalkan kemahiran berfikir serta alat kemahiran berfikir ini kepada
murid-murid. Kerjasama daripada guru dan juga murid mampu melahirkan individu yang berdaya maju, kreatif dan
inovatif.
5
7.0 Rujukan
Nik Hanis Zuraihan Rahimi., Abdullah Mat Rashid., & Ramlah Hamzah. (2015). Hubungan Antara Penglibatan
Dalam Pembelajaran Dengan Tahap Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan
Teknikal dan Vokasional. Journal of Human Capital Development, 8(1), 2-4.
https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/2078
Nursafra Mohd Zhaffar., Mohd Isa Hamzah., & Khadijah Abdul Razak. (2017). Elemen Pemikiran Kritis Dalam Konteks
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and
Civilization (ACER-J), 1(2), 2-6.
http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/30/30
Nurul Hasna Hassan., Zaharah Hussin., Saedah Siraj., Ahmad Arifin Sapar., & Zawawi Ismail. (2019). Kemahiran
Berfikir Kritis Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap II.
Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 1-2.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/17501
Suppiah Nachiappan., Irna Patricia Julia., Norazilawati Abdullah., Sangkari Chandra Sehgar., Sandra Suffian5., & Noor
Athirah Sukri. (2019). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di tadika. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8,
2-4.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/3154
Zarina Ashikin Zakaria., Norhana Abdullah., Normazla Ahmad Mahir., Suzannah Selamat., & Kharyati Md Bahir. (2021).
Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program I-Think Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Sains Insani, 6(1), 1-4.
6