INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072
Markah : KANDUNGAN: Bahagian A: Penghasilan Produk
KRITERIA i. Bahagian B: Penulisan Akademik
ii.
Pemeriksa 1 : NURFARHANA BINTI ANWAR
Nama Guru Pelatih : P21074253
No. Kad Matrik : PPISMP BMSK1
Kumpulan : JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Ambilan : 1/September 2021
Semester/Sesi : 017-8167360
No. Telefon Bimbit : [email protected]
Alamat E-mel : Hj Bustam Bin Daman
Nama Pensyarah Kursus
40% 40% Jumlah
Penghasilan Produk Penulisan ( 80 %)
Akademik
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 08/11/2021
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN
BERFIKIR
Tema:
‘Kemahiran Berfikir Pencetus Suatu Kejayaan’
DISEDIAKAN OLEH:
NURFARHANA BINTI ANWAR
Kandungan
1.0 Penghargaan................................................................1
2.0 Pengenalan...................................................................2
3.0 Kepentingan................................................................3
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir....................4
5.0 Justifikasi......................................................................5
6.0 Kesimpulan..................................................................6
7.0 Rujukan..........................................................................7
1.0 Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus
GKEB1072 dengan baik mengikut masa yang telah
ditetapkan. Dalam penghasilan kerja kursus ini, setinggi
penghargaan diberikan kepada pensyarah saya iaitu En.
Bustam Bin Daman kerana banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dan juga rakan-rakan dalam menyiapkan
kerja kursus yang diberi. Hubungan yang baik dengan
rakan, pensyarah dan keluarga telah memudahkan saya
untuk bertanya bagi mendapatkan maklumat yang
betul. Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga
dan rakan-rakan di atas dorongan, teguran dan nasihat
yang diberikan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dengan cemerlang.
1
2.0 Pengenalan
Kemahiran berfikir merupakan proses penggunaan
minda untuk mentafsir, menganalisis, menghasilkan
idea-idea yang bernas dan menyelesaikan masalah
dengan cara yang betul. Kemahiran berfikir adalah
proses berfikir yang tinggi yang perlu dicapai oleh
semua murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid yang bermakna.
Tambahan pula, Kemahiran berfikir dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu jenis-jenis
kemahiran berfikir dan kemahiran kritis. Keupayaan
murid dalam menguasai kemahiran berfikir ini akan
membantu mereka dalam menentukan keputusan
yang tepat diikuti dengan pertimbangan yang logik
serta adil.
2
3.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir
Antara kepentingan kemahiran berfikir ialah
memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan
berkesan. Selain itu, kepentingan kemahiran berfikir
adalah untuk mengamalkan budaya berfikir secara
kritis dan kreatif. Seterusnya, mengelakkan kesilapan
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan
fikiran yang terburu-buru tanpa berfikir panjang dan
melihat dari semua aspek. Akhir sekali, melahirkan
individu yang bijak dan bermoral.
3
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir
Bagi tujuan penghasilan produk alat kemahiran
berfikir, saya telah memilih alat kemahiran berfikir
peta i-think jenis peta dakap bagi kemahiran berfikir.
Peta i-think ini merupakan hasil daripada kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
4
5.0 Justifikasi
Saya memilih alat kemahiran berfikir peta i-think jenis
peta dakap disebabkan beberapa kelebihannya iaitu
mudah untuk memahami sesuatu tajuk dengan baik.
Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mengingat
isi penting yang ditulis semasa hendak menduduki
peperiksaan. Seterusnya, peta i-think jenis peta dakap
bersifat lebih berstruktur dan sistematik
membolehkan saya memahami sesuatu tajuk dengan
lebih jelas. Di samping itu, maklumat ringkas dan
padat yang terdapat pada peta i-think jenis peta dakap
telah menarik minat saya untuk membaca dan
memahami sesuatu tajuk yang dipelajari. Akhir sekali,
menggunakan peta dakap ini dapat menggabungkan
fungsi bahagian otak kiri dengan otak kanan semasa
belajar.
5
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kemahiran berfikir sangat penting
dalam proses pembelajaran murid untuk
menghasilkan hasil yang baik. Kegagalan dalam
menguasai kemahiran berfikir akan menyebabkan
sesuatu hasil tersebut tidak dapat dicapai dengan
cemerlang. Tambahan pula, kemahiran berfikir ini
harus disokong oleh alat kemahiran berfikir supaya
dapat meningkatkan daya pemikiran mereka dalam
mengingat serta menghasilkan sesuatu perkara. Oleh
itu, guru berperanan penting dalam memperkenalkan
kemahiran berfikir serta alat kemahiran berfikir ini
kepada murid-murid. Kerjasama daripada guru dan
juga murid mampu melahirkan individu yang berdaya
maju, kreatif dan inovatif.
6
7.0 Rujukan
7