BAHAGIAN SIRAH
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Bilakah ianya
berlaku ?
Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada
Bulan Zulkaedah Tahun ke 6 hijrah
Sebab Berlaku
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji dan
umrah. Apabila orang Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah
untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka Rasulullah menghantar Uthman
Bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun
berikrar untuk menuntut bela atas kematiannya. Ikrar ini dikenali sebagai Baiatul Ridwan. Apabila
mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail
ibn Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada PERJANJIAN
HUDAIBIYAH.
Isi Perjanjian
Genjatan senjata selama 10 tahun
Orang Islam dibenarkan memasuki Mekah pada tahun berikutnya, tinggal di
Mekah selama 3 hari sahaja dengan membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga
dikembalikan semula.
Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu
dikembalikan
Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan
mana-mana qabalah Arab tetapi tidak boleh membantu
peperangan.
Hikmah Perkembangan syiar Islam
Perjanjian Kehidupan masyarakat aman dan damai
Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada
Musyirikin Quraisy
Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan
Qabilah Arab yang lain.