PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD 3
BAHAGIAN AKIDAH
BERIMAN KEPADA KITAB
MAKSUD KITAB ALLAH
Kitab Allah SWT bermaksud Kalam Allah yang
diwahyukan kepada para nabi dan rasulnya.
Kitab ini mengandungi syariat dan petunjuk ,
memimpin manusia ke jalan yang benar dan
diredhai Allah SWT
Nama Kitab dan Nabi
yang menerimanya
Kitab Zabur Kitab Taurat Kitab Injil Kitab Al-Quran
Nabi Daud Nabi Musa Nabi Isa Nabi
Muhammad
KESAN BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
1. Iman semakin bertambah
2. Mendapat syafaat Al-Quran
3. Hidup menjadi tenang dan teratur
4. Masyarakat sejahtera
5. Dikasihi Allah SWT
Syafaat = Pertolongan
# Bacalah Al-Qurab kerana sesungguhnya pada hari kiamat Al-Quran akan
datang memberi syafaat kepada pembacanya.
Bukti Keimanan Kepada Kitab Allah Melalui Tindakan Seseorang
1) Menunaikan solat
2) Menjadi seorang yang amanah
3) Tidak berbohong
4) Menutup aurat dengan sempurna
5) Bersungguh-sungguh belajar membaca Al-quran dan berusaha
memahaminya
6) Memelihara kesucian Al-quran
7) Tekun menuntut ilmu
8) Mengamalkan akhlak mulia