Akauntabiliti Guru PROFESIONALISME KEGURUAN (EDUP 2132) PDPP PAI KUMPULAN 1
ANDY AZFAR BIN JUMAIN AHMADHAMDIE BIN HAJIRI HUSRIL BIN MULA ABBAS BIN OSMAN YUSUF BIN LAHADI MOHAMAD HAYAT BIN ROSLI AHMAD SAFWAN BIN JAMALUDIN MOHAMMAD NOR ANWAR BIN MOHD SABRI MOHAMMAD AFHAM HAFIZ BIN MALINDEMAN MOHAMAD BADROL HISYAM BIN MD NOOR NABILAH NASUHA BINTI MAT NAWI AWATHIF BINTI AZAHAR AHLI KUMPULAN
Menurut Kamus Dewan 2007, akauntabiliti memberi maksud kepada sikap bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. APAKAH ITU AKAUNTABILITI?
Konsep akauntabiliti keguruan Tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguruan yang berkaitan dengan akauntabiliti kerja seperti melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum, patuhi prosedur kerja, hayati etika kerja dan laksana tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi
Akauntabiliti guru terhadap diri Akauntabiliti guru terhadap pelajar Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa Akauntabiliti guru terhadap sekolah Akauntabiliti guru terhadap masyarakat Akauntabiliti guru terhadap rakan sejawat dan profession
Akauntabiliti guru terhadap diri Mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam mata pelajaran yang diajar Meneroka dan mencari ilmu baharu serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam bidangnya. Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran penyampaian maklumat secara berkesan, kemahiran interpersonal, pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin
Seorang guru harus menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dengan mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan muridmurid berbanding hal-hal lain Bersikap adil terhadap murid-murid tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, sosial dan perkara-perkara lain. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian yang kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Akauntabiliti guru terhadap pelajar
Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa Melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka menjadi insan berguna Memastikan perkembangan dan kemajuan pelajar di sekolah Mewujudkan perhubungan erat dengan ibu bapa
Akauntabiliti guru terhadap sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid Bersifat optimisrik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik Kawalan disiplin yang berkesan
Akauntibiliti guru Akauntibiliti guru terhadap masyarakat terhadap masyarakat Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat
Akauntabiliti guru terhadap rakan sejawat dan profesion 1 Elak diri daripada menjatuhkan maruah seseorang guru dan bekerjasama menjaga imej profesion. Rakan Sejawat 2 3 Tidak libatkan diri dalam kegiatan yang boleh jejaskan kecekapan sebagai seorang guru. Sentiasa bersedia dalam membantu rakan sejawat. Profesion Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajarab yang di ajar Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi subjek yang diajar Menyertai seminar-seminar pendidikan dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan dan pihak pentadbir sekolah Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid menerima ilmu yang betul dan tepat 1 2 3 4
Orang yang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat Sekian Terima Kasih