The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH BAGI TUJUAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tjelawat, 2022-12-14 03:22:02

GARIS PANDUAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH BAGI TUJUAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

GARIS PANDUAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH BAGI TUJUAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Perutusan

PENGARAH TANAH DAN GALIAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., ke
atas keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda sekeliannya.

Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa’ala kerana dengan limpah kurniaNya, satu
“Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu diberi perhatian untuk Penyediaan Ulasan
Teknikal di dalam Laporan Tanah bagi Tujuan Permohonan Kebenaran Merancang kepada
Pihak Berkuasa Tempatan” dapat dirangka dan disediakan untuk dilaksanakan bermula 1
Februari 2022. Tahniah diucapkan di atas usaha jitu segenap lapisan pegawai yang terlibat.

Pentadbiran tanah merupakan salah satu agensi yang penting dalam usaha menyemak,
meneliti dan menyusun atur permohonan pembangunan yang dirancangkan selari dengan
kehendak undang-undang, peraturan serta dasar-dasar kerajaan yang telah ditetapkan.
Perkara tersebut penting bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan kelak
merupakan pembangunan yang mesra dengan alam sekitar.

Arahan penggunaan garis panduan ini adalah sebagai rujukan kepada Penolong Pegawai
Tanah (PPT) dan pegawai-pegawai lain yang terlibat dalam penyediaan laporan tanah
untuk ulasan teknikal ke atas permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) supaya laporan yang disediakan menepati kehendak pentadbiran dan
pengurusan tanah berkaitan perkara-perkara yang penting mengenai isu pembangunan
tanah tersebut.

Akhir kata, sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua warga kerja Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta Pentadbiran Tanah Daerah yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung di atas kerjasama yang erat serta komitmen
yang tinggi dalam penyediaan garis panduan ini. Harapan saya, agar garis panduan yang
disediakan ini memberi manfaat serta panduan dalam penyediaan ulasan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan supaya pembangunan yang akan dibangunkan kelak merupakan satu
pembangunan yang lebih lestari.

Sekian, terima kasih.

YBHG. DATO’ HAJI MOHD FAUZI BIN MUSTAFFA, DSSS., AMK., BCK.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERUTUSAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN 1
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

1. TUJUAN 9
2. LATAR BELAKANG 9-10
3. OBJEKTIF
4. DEFINISI 11
5. PENYEDIAAN LAPORAN 10
5.1. F ormat Laporan 14
14

5.2. Perkara-Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Penyediaan 14
Laporan untuk Ulasan Teknikal bagi Permohonan Kebenaran
Merancang

5.3. B orang Senarai Semak Penyediaan Laporan untuk Ulasan 17
Teknikal bagi Tujuan Permohonan Kebenaran Merancang

6. CADANGAN/PANDANGAN BAGI ULASAN TEKNIKAL 17

6.1. P andangan Pentadbiran Tanah ke atas Cadangan 17
Pembangunan

6.2. Kategori Tanah dan Kegunaan Tanah yang Terlibat Dengan 18
Pembangunan

6.3. Pandangan bagi Tindakan yang Perlu Diambil Bersesuaian 18
dengan Kategori Tanah dan Kegunaan Tanah

6.4. Nyatakan Tanah yang Terlibat di dalam Tanah Simpanan Melayu 18

ISI KANDaUtaNuGSAeNba liknya MUKA SURAT

6.5. Nyatakan Peruntukan Lot-Lot Kuota Melayu dan Ciri-Ciri 19
Kedudukannya

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

6.6. N yatakan Cadangan Pembangunan ini Melibatkan 19
Pembinaan Rumah Kos Rendah atau Sebaliknya
21
6.7. Jalan atau Laluan Keluar Masuk ke Tapak 21
22
6.8. Perkara melibatkan Pembangunan Strata

6.9. B orang Senarai Semak Kriteria-Kriteria bagi Cadangan/
Pandangan untuk Ulasan Teknikal bagi Tujuan Permohonan
Kebenaran Merancang

7. KUATKUASA 22
8. PENUTUP 23
24
LAMPIRAN

Lampiran A - Borang Senarai Semak Penyediaan Laporan
Untuk Ulasan Teknikal Bagi Tujuan Kebenaran
Merancang

Jadual A - Ringkasan Garis Panduan Perkara-PerkaraYang
Perlu Diberi Perhatian Dalam Penyediaan
Laporan Untuk Ulasan Teknikal Permohonan
Kebenaran Merancang

Lampiran B - Borang Senarai Semak Kriteria Yang Perlu
Dimasukkan Di Bahagian Ulasan Teknikal

Jadual B - R ingkasan Garis Panduan Cadangan Dan
Pandangan / Ulasan Teknikal

3

ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
BILANGAN 1/2022

PEMAKAIAN GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN
TANAH BAGI TUJUAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PIHAK

BERKUASA TEMPATAN.

1. TUJUAN

Arahan ini dikeluarkan bagi memaklumkan kepada semua Pentadbir Tanah Daerah
(PTD), Penolong Pegawai Tanah (PPT) dan pegawai-pegawai yang terlibat berkaitan
pemakaian Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu diberi perhatian untuk
Penyediaan Ulasan Teknikal di dalam Laporan Tanah bagi tujuan Permohonan Kebenaran
Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pihak Pentadbiran Tanah Negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri
Kedah (PTG) dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bertanggungjawab
bersama agensi-agensi kerajaan yang lain bagi memastikan sesuatu cadangan
pembangunan yang akan dilaksanakan memenuhi serta menepati peraturan,
dasar dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan dan digunapakai secara
khusus di dalam Negeri Kedah Darul Aman dan secara umumnya di negara ini.

4

2.2 Penglibatan Pentadbiran Tanah serta Penolong Pegawai Tanah dalam mesyuarat-
mesyuarat teknikal seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat [“One
Stop Centre” (OSC)] di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Daerah adalah penting
dalam memastikan pelaporan tanah dan ulasan teknikal dapat diberikan dengan
gambaran yang jelas untuk merancang atau melaksanakan sesuatu pembangunan
tanah agar memberi impak yang baik kepada persekitaran pada masa akan
datang.

2.3 Berdasarkan faktor-faktor tersebut, satu Garis Panduan dan Senarai Semak
yang perlu diberi perhatian untuk Penyediaan Ulasan Teknikal di dalam Laporan
Tanah bagi Tujuan Permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) adalah perlu untuk dikemaskini bagi memastikan keseragaman
format pelaporan dapat disediakan oleh Penolong Pegawai Tanah. Cetusan idea
tersebut dikemukakan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Ketua Unit Teknikal
Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman bil 1/2021 pada 16 Ogos 2021 yang
diadakan secara maya (on-line) dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pembangunan).

2.4 Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Pejabat Tanah dan
Galian (PTG) Negeri Kedah Bil. 4/2021 yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah
dan Galian Negeri Kedah pada 21 Oktober 2021 telah bersetuju dan mengesahkan
untuk mengguna pakai Garis Panduan dan Senarai Semak untuk Penyediaan
Ulasan Teknikal Di Dalam Laporan Tanah Bagi Tujuan Kebenaran Merancang
Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi semua Penolong Pegawai Tanah
di seluruh Pentabiran Tanah Daerah di Negeri Kedah Darul Aman.

3. KAEDAH PELAKSANAAN

3.1 Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu diberi perhatian untuk Penyediaan
Ulasan Teknikal di dalam Laporan Tanah bagi tujuan Permohonan kebenaran
Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan ini merangkumi dua (2) bahagian
utama iaitu:-

i. Penyediaan Laporan; dan
ii. Cadangan/Pandangan bagi Ulasan Teknikal.

5

3.2 Garis Panduan ini hendaklah digunapakai oleh semua Penolong Pegawai Tanah
(PPT) dan pegawai-pegawai yang terlibat di setiap Pejabat Daerah dan Tanah
Negeri Kedah bagi tujuan rujukan serta panduan di dalam penyediaan ulasan
teknikal ke atas laporan tanah bagi tujuan permohonan kebenaran merancang
kepada pihak berkuasa tempatan.

3.3 Garis panduan ini juga perlu dibaca dan dirujuk bersama dasar, peraturan dan
undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa bagi memastikan laporan yang
disediakan menepati serta selaras dengan dasar, peraturan dan undang-undang
tersebut.

4. TARIKH KUATKUASA

Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu diberi perhatian untuk Penyediaan Ulasan
Teknikal di dalam Laporan Tanah bagi tujuan Permohonan Kebenaran Merancang
kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti pada LAMPIRAN. Arahan ini berkuat
kuasa mulai tarikh 1 Februari 2022.

5. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung Arahan ini boleh dikemukakan
kepada :

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah
Wisma Negeri, 05576
ALOR SETAR.
(u.p. : Seksyen Teknikal, Bahagian Pembangunan)

No.Tel : 04-7028008
No. Fax : 04-7028007
E-mail : [email protected].
[email protected].

6

6. PENUTUP
Arahan ini dipanjangkan kepada semua Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah dan

Penolong Pegawai Tanah Negeri Kedah untuk perhatian dan tindakan sewajarnya.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA”
Saya yang menjalankan amanah,
(DATO’ HAJI MOHD FAUZI BIN MUSTAFFA, DSSS., AMK., BCK.)
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman

7

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK YANG PERLU
DIBERI PERHATIAN UNTUK PENYEDIAAN ULASAN
TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH BAGI TUJUAN
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA

PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
(VERSI 1 TAHUN 2022)

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Negeri Kedah Darul Aman.

8

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

1. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada Penolong Pegawai
Tanah (PPT) dan pegawai-pegawai lain yang terlibat dalam penyediaan laporan
tanah untuk ulasan teknikal ke atas permohonan Kebenaran Merancang kepada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya laporan yang disediakan menepati kehendak
pentadbiran dan pengurusan tanah berkaitan perkara-perkara yang penting berkaitan
isu pembangunan tanah tersebut.

2. LATAR BELAKANG

Profesion Penolong Pegawai Tanah secara umumnya merupakan tulang belakang
kepada pentadbiran tanah. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh Penolong
Pegawai Tanah adalah sangat penting khususnya dalam penyediaan maklumat-
maklumat penting seperti laporan tanah, memproses pengambilan balik tanah untuk
projek-projek Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan membantu merancang sesuatu
pembangunan yang direncanakan agar suatu perkara atau dasar berkaitan pentadbiran
tanah dapat dibuat atau diputuskan dengan cepat dan tepat.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat [“One Stop Centre” (OSC)] diwujudkan
di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah bertujuan untuk memproses
permohonan-permohonan pembangunan tanah [Seksyen 124A dan 204D Kanun
Tanah Negara (Akta 828)], Kebenaran Merancang dan Pelan Pembangunan secara
serentak bersama agensi-agensi teknikal lain yang berkaitan dalam mempercepatkan
proses kelulusan tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian
prosedur dan proses cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT ke arah menzahirkan
perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang
ramai.

9

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

Penglibatan Penolong Pegawai Tanah dalam mesyuarat-mesyuarat teknikal seperti
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat [“One Stop Centre” (OSC)] di setiap Pihak
Berkuasa Tempatan Daerah adalah penting dalam memastikan pelaporan tanah dan
ulasan teknikal dapat diberikan dengan gambaran yang jelas untuk merancang atau
melaksanakan sesuatu pembangunan tanah agar memberi impak yang baik kepada
persekitaran pada masa akan datang.

Merujuk kepada perkembangan teknologi terkini di dalam bidang tugas Penolong
Pegawai Tanah dengan penggunaan teknologi terkini seperti Global Positioning
System (GPS) Field Area Measurement, Electronic Distant Measurement (EDM), dan
Drone Multicopter dalam pelaksanaan tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Tanah,
kecepatan dan ketepatan maklumat di dalam Laporan Tanah dan Ulasan Teknikal yang
berkaitan semestinya perlu ke arah peningkatan kualiti kerja yang dijalankan.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, satu Garis Panduan dan Senarai Semak yang perlu
diberi perhatian untuk Penyediaan Ulasan Teknikal di dalam Laporan Tanah bagi Tujuan
Permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah
perlu untuk dikemaskini bagi memastikan keseragaman format pelaporan dapat
disediakan oleh Penolong Pegawai Tanah. Cetusan idea tersebut dikemukakan dan
dipersetujui untuk disediakan di dalam Mesyuarat Ketua Unit Teknikal Pentadbiran
Tanah Negeri Kedah Darul Aman bil 1/2021 pada 16 Ogos 2021 yang diadakan secara
maya (on-line) dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri
Kedah (Pembangunan).

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Pejabat Tanah dan Galian
(PTG) Negeri Kedah Bil. 4/2021 yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan
Galian Negeri Kedah pada 21 Oktober 2021 telah bersetuju dan mengesahkan untuk
mengguna pakai Garis Panduan dan Senarai Semak untuk Penyediaan Ulasan
Teknikal Di Dalam Laporan Tanah Bagi Tujuan Kebenaran Merancang Kepada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi semua Penolong Pegawai Tanah di seluruh
Pentabiran Tanah Daerah di Negeri Kedah Darul Aman.

10

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

3. OBJEKTIF

Terdapat tiga (3) objektif utama yang digariskan bagi memastikan Garis Panduan dan
Senarai Semak Laporan Tanah ini dapat dicapai seperti berikut :-

3.1. Memastikan Laporan Tanah yang disediakan oleh Penolong Pegawai Tanah
adalah lengkap dan berinformasi.

3.2. Menyelaras dan menambahbaik Pelaporan Tanah dan Senarai Semak bagi
membantu proses atau pemudah cara dalam proses Kebenaran Merancang
bersama agensi-agensi lain berkaitan.

3.3 M emberi keseragaman kepada seluruh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul
Aman terhadap maklumat serta butiran laporan yang bakal dikemukakan.

4. DEFINISI

i. Kebenaran Merancang

Kebenaran Merancang adalah kebenaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan dengan, atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.

“ Tiada seorangpun, selain pihak berkuasa tempatan boleh memulakan,
mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika Kebenaran
Merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah
Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24 (3).”


Ruj: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172):
subseksyen 19(1) Akta 172

11

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

ii. Pemajuan
Ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan,

perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di
sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material
mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana
bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah;
dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

iii. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat [OSC (One-Stop Centre)]

Mesyuarat yang diwujudkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang dianggotai
oleh agensi-agensi teknikal dengan bertujuan memendekkan tempoh masa bagi
proses kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan
proses kelulusan tanah [Seksyen 124A dan 204D KTN (Akta 828)], kebenaran
merancang dan pelan bangunan secara serentak. Ianya secara langsung dapat
meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan
tanah di peringkat PBT ke arah menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh,
cepat dan tepat serta memenuhi kehendak pelanggan.

iv. Peranan Pusat setempat ( OSC )
Peranan Pusat Setempat adalah seperti berikut :-

a) Menyelaras dan memproses permohonan Kebenaran Merancang, Pelan
Bangunan dan Permohonan Pembangunan Tanah di bawah Seksyen 124A
dan 204D KTN (Akta 828)

b) Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan Kebenaran Merancang
dan pelan bangunan kepada pemohon

c) Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah terlibat

d) Menyediakan Laporan Status Permohonan

12

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

v. Tanah
Merujuk kepada Kanun Tanah Negara (Akta 828), di bawah Seksyen 5 berkenaan

definisi “tanah” termasuklah:-

a) permukaan bumi dan semua benda yang menjadi permukaan bumi tersebut;

b) bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya ;

c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau
tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya,
dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;

d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan
kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas
atau di bawah permukaan bumi;

e) tanah yang diliputi air;

f) apa-apa harta atau kepentingan mengenai, atau hak ke atas tanah.

vi. Tanah Berimilik
Merujuk kepada Kanun Tanah Negara (Akta 828), di bawah Seksyen 5 berkenaan

definisi “tanah berimilik” adalah:

“tanah berimilik” ertinya mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak dari
sebuah bangunan pecah-bahagian) berkenaan dengan mana satu hakmilik
berdaftar buat masa itu sedia ada, sama ada muktamad atau bersyarat, sama
ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, dan sama
ada diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini atau dalam menjalankan
kuasa-kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi
tidak termasuk tanah lombong.

13

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

5. PENYEDIAAN LAPORAN

5 .1. Format Laporan

Semua Penolong Pegawai Tanah dan lain-lain pegawai yang menyediakan
laporan berkaitan hendaklah menggunapakai Format Laporan seperti arahan
yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah
melalui Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Bil 1/2020 yang
berkuatkuasa pada 1 Ogos 2020 yang lalu.

5.2. P erkara-Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Penyediaan Laporan
untuk Ulasan Teknikal bagi Permohonan Kebenaran Merancang

5.2.1. Semak Pelan Tapak Cadangan
Semakan dibuat hendaklah secara menyeluruh ke atas Pelan Cadangan

Tapak pembangunan tersebut yang biasanya melibatkan tataletak tapak
cadangan pembangunan yang akan dibangunkan. Semakan hendaklah
lebih tertumpu kepada tapak-tapak cadangan kedudukan kawasan
lapang, tapak rumah ibadat (masjid, surau), tapak awam (dewan) dan lain-
lain cadangan tapak untuk serahan kepada kerajaan. Semakan ini dibuat
bagi memastikan lokasi tapak yang dicadangkan bersesuaian dengan
kedudukan tujuan cadangan tersebut dan supaya menepati peraturan
atau syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Simpanan Kawasan lapang perlu strategik dan tidak boleh berselerak
(boleh digunakan sepenuhnya bagi maksud simpanan tersebut) – Tapak
kawasan lapang, tapak surau, tapak dewan dan seumpamanya hendaklah
dipisahkan dengan plot tapak rumah. (mungkin perlu disediakan gili-gili).

Di samping itu, semakan secara kasar juga boleh dibuat ke atas lain- lain
tapak cadangan pembangunan, jalan ,laluan dan saliran yang berkaitan di
kawasan tapak cadangan berkenaan.

14

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

5.2.2. Semakan Butiran Dalam Hakmilik Tanah Terlibat

Semakan secara menyeluruh dan teliti hendaklah dibuat ke atas hakmilik
yang terlibat seperti :-

• N o. hakmilik, no. lot, tempoh pegangan, Mukim/ Bandar/ Pekan,
Daerah.

• Luas tanah, kategori kegunaan tanah, syarat nyata, tanah rezab melayu
atau tidak dan butiran-butiran lain yang terdapat dalam hakmilik.

• Semak perihal tanah seperti terdapat endorsan pengambilan balik
tanah atau sebaliknya, endorsan gadaian, kaveat dan endorsan lain. Jika
terdapat endorsan pengambilan tanah, pegawai yang menyediakan
laporan hendaklah membuat semakan lanjut hakmilik sambungan dan
sebagainya.

• Sekiranya tanah berhakmilik tersebut merupakan Hakmilik Sementara
sambungan daripada Hakmilik Tetap samada melalui proses pecah
bahagian, pecah sempadan atau seumpamanya, rujukan pengesahan
daripada JUPEM berkaitan keluasan yang tepat hendaklah dibuat jika
difikirkan perlu.

5.2.3. Semak Kedudukan Tanah sama ada berada dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan, Persempadanan Hutan Simpan atau berada di dalam kawasan
pihak-pihak lain.

5.2.4. Status Tanah Bersebelahan dan Keadaan Persekitaran Tapak Cadangan.

Semakan status tanah bersebelahan dan keadaan persekitaran dibuat
bagi memberi gambaran yang lebih jelas keadaan tapak di lapangan
supaya pembangunan yang dilaksanakan kelak agar lebih lestari.

15

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

5.2.5. Simpanan Jalan dan Jalan Keluar Masuk.

Memastikan terdapat jalan keluar masuk yang sesuai dan tidak melibatkan
tanah kerajaan atau tanah rizab untuk kegunaan kerajaan.

5.2.6. Dalam Simpanan Melayu atau Luar Simpanan Melayu.

Pegawai yang membuat laporan hendaklah memastikan tapak cadangan
pembangunan tersebut di dalam Kawasan Rizab Melayu atau sebaliknya
kerana penentuan kuota lot untuk orang Melayu adalah berdasarkan
status tersebut.

Penolong Pegawai Tanah yang menyediakan laporan tanah dan pegawai
yang mengesahkannya hendaklah juga meneliti sama ada tanah yang
terlibat dengan pembangunan itu perlu atau tidak melalui proses
penggantian Tanah Rizab Melayu (“swapping”).

*Rujukan berkaitan adalah DASAR PERUNTUKAN KUOTA MELAYU –
MMK Kertas No. 6(F) 397/2008 bertarikh 03 Disember 2008.

5.2.7. Cadangan Pembangunan ini melibatkan Pembinaan Rumah Kos Rendah,
Perumahan Awam atau sebaliknya.

Pegawai yang membuat laporan hendaklah menyemak dokumen
permohonan cadangan pembangunan yang dikemukakan adakah
melibatkan syarat penyediaan pembinaan Rumah Kos Rendah, Rumah
Kos Sederhana Rendah atau Rumah Kos Sederhana.

Sekiranya pembangunan yang dicadangkan itu melibatkan penyediaan
rumah kos rendah dan perumahan awam, adalah sangat perlu pegawai
yang menyediakan laporan merujuk dasar-dasar, peraturan dan arahan
berkaitan perumahan kos rendah sama ada di peringkat persekutuan
atau negeri yang telah dikuatkuasakan supaya peruntukan atau kuota
perumahan kos rendah dapat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.

16

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

PPT boleh merujuk kepada Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah berkaitan perkara tersebut.

*Rujukan berkaitan adalah DASAR PERUMAHAN NEGERI KEDAH
(DPrNK) – MMK Kertas No. 6 (F) 444/2014 bertarikh 12 November
2014 (Berkuatkuasa mulai 01 Januari 2015)

5.3. Borang Senarai Semak Penyediaan Laporan untuk Ulasan Teknikal bagi Tujuan
Permohonan Kebenaran Merancang

i. Pegawai boleh menggunakan Borang Senarai Semak dan Jadual Ringkasan
seperti di LAMPIRAN A dokumen ini sebagai panduan untuk memudahkan
penyediaan laporan.

6. CADANGAN/PANDANGAN BAGI ULASAN TEKNIKAL.

Kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan ke dalam Laporan Tanah di bahagian ulasan
teknikal hendaklah seperti berikut :-

6.1. Pandangan Pentadbiran Tanah ke atas cadangan pembangunan tersebut.

Menyatakan pendirian Pentadbiran Tanah ke atas cadangan pembangunan yang
hendak dijalankan, seperti TIADA KETEGAHAN DENGAN SYARAT, TIADA
KETEGAHAN, TIDAK MENYOKONG dan seumpamanya.

Sebagai contoh :-

“Secara dasarnya, Pentadbiran ini tiada ketegahan di atas permohonan
cadangan pembangunan ini.”

17

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

6.2. Kategori Tanah dan Kegunaan Tanah yang terlibat dengan pembangunan.

Menyatakan kategori tanah yang terlibat sama ada pertanian, bangunan atau
perindustrian. Nyatakan juga maksud bagi kegunaan tanah pembangunan
tersebut. Sebagai contoh; tanaman getah, kelapa sawit, padi, nipah, lain-lain
jenis taman dan sebagainya..

Sebagai contoh :-

“ Tanah yang dicadangkan untuk pembangunan ini merupakan tanah
berkategori pertanian dan kegunaan bagi maksud tanaman getah”

6.3. Pandangan bagi Tindakan yang Perlu Diambil Bersesuaian dengan Kategori
Tanah dan Kegunaan Tanah.

Menyatakan secara asasnya tindakan yang perlu diambil oleh pihak pemohon
setelah kelulusan Kebenaran Merancang diberikan.

Sebagai contoh :-

“Selepas kelulusan Kebenaran Merancang ini, Pihak Pemohon hendaklah
membuat permohonan serah dan beri balik milik tanah di bawah seksyen
204D Kanun Tanah Negara (Akta 828) kepada Pentadbiran Tanah Daerah
yang terlibat”

6.4. N yatakan Tanah yang Terlibat di dalam Tanah Simpanan Melayu atau
Sebaliknya.

Menyatakan tanah yang dipohon untuk cadangan pembangunan sama ada tanah
Simpanan Melayu atau di luar Simpanan Melayu.

Sebagai contoh :-

“ Tanah yang dipohon untuk cadangan pembangunan ini merupakan tanah
luar Simpanan Melayu.”

18

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

6.5. Nyatakan Peruntukan Lot-Lot Kuota Melayu dan Ciri-Ciri Kedudukannya.

Menyatakan peruntukan-peruntukan kuota lot orang-orang Melayu dan kriteria
kedudukan lot untuk orang Melayu dengan jelas dengan merujuk kepada dasar-
dasar negeri yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Sebagai contoh :-

“ Pihak pemohon perlu memperuntukkan kuota lot untuk orang- orang
Melayu sebanyak 30 peratus dan kedudukan lot untuk orang Melayu tersebut
hendaklah terletak berhampiran kawasan lapang, di bahagian lapisan
hadapan, jauh dari loji kumbahan seperti dasar yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.”

Nota :
Tanah Simpanan Melayu pemilik Melayu kuota Melayu 100 peratus; Tanah

Simpanan Melayu pemilik bukan Melayu kuota Melayu 30 peratus dan 70 peratus
bukan Melayu;
Tanah Luar Simpanan Melayu pemilik bukan Melayu kuota Melayu 30 peratus – 70
peratus bukan Melayu.
Tanah Luar Simpanan Melayu pemilik bukan Melayu kuota Melayu 50 peratus – 50
peratus bukan Melayu melibatkan Daerah Langkawi Sahaja.
Tanah Yang Terlibat Swapping (Semua Zon Pembangunan)
-Peruntukan Kuota Jualan sekurang-kurangnya 50 peratus kepada Orang Melayu

6.6. N yatakan Cadangan Pembangunan ini Melibatkan Pembinaan Rumah Kos
Rendah atau Sebaliknya.

Memastikan pembangunan yang bakal dirancang ini melibatkan pembinaan
rumah kos rendah atau tidak. Sekiranya melibatkan pembinaan rumah kos rendah,
Dasar Perumahan Negeri Kedah berkaitan pembinaan rumah kos rendah perlu
dirujuk.

19

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

ZON A UNIT BINAAN DAN PERATUSAN UNIT YANG PERLU
TANAH SIMPANAN DIPERUNTUKKAN KUOTA

MELAYU >100 UNIT

TANAH LUAR 1-99 UNIT - 20% - RUMAH KASIH RAKYAT
SIMPANAN DIKECUALIKAN
MELAYU 20% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

ZON B - RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)
TANAH SIMPANAN
50-99 UNIT
MELAYU
20% - RUMAH KASIH RAKYAT
TANAH LUAR
SIMPANAN 20% - RUMAH AMAN KEDAH(60%)
MELAYU
1-49 UNIT – - RUMAH MAKMUR KEDAH (40%)
ZON C
TANAH SIMPANAN DIKECUALIKAN >100 UNIT

MELAYU 20% - RUMAH KASIH RAKYAT

TANAH LUAR 20% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)
SIMPANAN
MELAYU - RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

20 UNIT BINAAN DAN PERATUSAN UNIT YANG PERLU
DIPERUNTUKKAN KUOTA

>100 UNIT

1-99 UNIT - 20% - RUMAH KASIH RAKYAT

DIKECUALIKAN 10% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

- RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

50-99 UNIT

20% - RUMAH KASIH RAKYAT

10% - RUMAH AMAN KEDAH(60%)

1-49 UNIT – - RUMAH MAKMUR KEDAH (40%)

DIKECUALIKAN >100 UNIT

20% - RUMAH KASIH RAKYAT

10% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

- RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

UNIT BINAAN DAN PERATUSAN UNIT YANG PERLU
DIPERUNTUKKAN KUOTA

>100 UNIT

1-99 UNIT - 20% - RUMAH KASIH RAKYAT

DIKECUALIKAN 10% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

- RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

50-99 UNIT

20% - RUMAH KASIH RAKYAT

10% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

1-49 UNIT – - RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

DIKECUALIKAN >100 UNIT

10% - RUMAH KASIH RAKYAT

20% - RUMAH AMAN KEDAH(40%)

- RUMAH MAKMUR KEDAH (60%)

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

6.7. Jalan atau Laluan Keluar Masuk ke Tapak.

Memberi pandangan samada pembangunan tersebut mempunyai jalan keluar

masuk yang sesuai dan dibuat di atas tanah yang jelas dari segi pemilikan dan
bertepatan dengan undang-undang.

Walau bagaimanapun standard keluasan atau kelebaran jalan dan lain- lain syarat-
syarat teknikal berkaitan penyediaan jalan perlu merujuk kepada jabatan teknikal
lain yang lebih mahir dan spesifik. Sebagai contoh dari Jabatan Kerja Raya dan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Malaysia) .

Sebagai contoh:-

“Tanah yang terlibat dengan cadangan pembangunan ini mempunyai jalan
keluar masuk yang sesuai dan rujukan jabatan teknikal lain hendaklah dibuat
bagi menentukan syarat-syarat teknikal di dalam pembinaannya kelak.”

6.8. Perkara melibatkan Pembangunan Strata.

Pembangunan yang melibatkan pembangunan berstrata perlu merujuk Pekeliling
Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bil 3/2014.

Ulasan teknikal perlu menyatakan perkara-perkara berikut :-

a) Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) dan Jadual Petak

i. “Semua pemajuan yang akan dipecah bahagi untuk pengeluaran hakmilik
strata bagi tujuan jualan, wajib memohon SiFUS kepada PTG Negeri
dan memfailkan Jadual Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan sebelum
penjualan mana-mana petak ”; atau

21

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

ii. “Semua pemajuan yang akan dipecah bahagi untuk pengeluaran hakmilik
strata tanpa tujuan jualan, wajib memohon SiFUS kepada PTG Negeri
dan memfailkan Jadual Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan sebelum
permohonan ‘Certificate of Proposed Strata Plan’ (CPSP) kepada Pengarah
Ukur ”; atau

iii. “Semua pemajuan yang tidak dipecah bahagi untuk pengeluaran hakmilik
strata tidak wajib memohon SiFUS kepada PTG Negeri dan memfailkan
Jadual Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan ….”;

b) Perakuan Peringkat Struktur Utama

“…pemaju hendaklah mengemukakan sesalinan perakuan daripada Principal
Submitting Person (PSP) bahawa bangunan telah hampir siap (super structure
stage) ke PTG Negeri dalam tempoh dua (2) minggu selepas mencapai
peringkat tersebut”.

6.9. B orang Senarai Semak Kriteria-Kriteria bagi Cadangan / Pandangan untuk
Ulasan Teknikal bagi Tujuan Permohonan Kebenaran Merancang

i. P egawai boleh menggunakan Borang Senarai Semak dan Jadual Ringkasan
seperti di LAMPIRAN B dokumen ini sebagai panduan untuk memudahkan
penyediaan laporan.

7. KUATKUASA

Garis Panduan dan Senarai Semak untuk Penyediaan Ulasan Teknikal Di Dalam Laporan
Tanah Bagi Tujuan Kebenaran Merancang Kepada Pihak Berkuasa Tempatan ini boleh
digunakan dan berkuatkuasa serta merta. Sekiranya terdapat sebarang pindaan atau
penambaikan ianya akan dilakukan berdasarkan kepada keperluan dari semasa ke
semasa.

22

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

8. PENUTUP
Garis Panduan dan Senarai Semak ini disediakan sebagai sumber rujukan asas untuk

Penolong Pegawai Tanah dan Pegawai-pegawai lain yang berkaitan dalam menyediakan
Ulasan Teknikal di dalam Laporan Tanah untuk permohonan cadangan pembangunan
bagi kelulusan Kebenaran Merancang kepada mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan.
Di samping itu, dengan adanya Garis Panduan ini sebagai rujukan, diharap Laporan
Tanah serta pandangan yang berkaitan isu tanah akan menjadi lebih seragam dan
menyeluruh serta merangkumi aspek-aspek yang penting di dalam pentadbiran
tanah. Apabila aspek-aspek penting ini diberi perhatian, maka pembangunan yang
bakal dilaksanakan akan menjadi lebih baik dan kelestarian alam persekitaran akan
terpelihara.

23

LAMPIRAN A

BORANG SENARAI SEMAK PENYEDIAAN LAPORAN UNTUK ULASAN TEKNIKAL
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG.
GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBTULASAN

24BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
1. Semak Pelan Tapak Cadangan BERKAITAN

2. Semakan Butiran Dalam Hakmilik Tanah Terlibat.

3. Semak Kedudukan Tanah sama ada berada dalam kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan, Hutan Simpan atau berada di dalam
kawasan pihak-pihak lain.

4. Status Tanah Bersebelahan dan keadaan persekitaran tapak
cadangan.

5. Simpanan Jalan dan jalan keluar masuk

6. Dalam Simpanan Melayu atau Luar Simpanan Melayu. Terlibat
swapping atau tidak.

7. Cadangan Pembangunan ini melibatkan Pembinaan Rumah
Kos Rendah, Perumahan Awam atau sebaliknya

JADUAL A GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

25
RINGKASAN GARIS PANDUAN PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYEDIAAN
LAPORAN UNTUK ULASAN TEKNIKAL PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

BIL. PERKARA RINGKASAN RUJUKAN

1. Semak PelanTapak Semakan tapak-tapak cadangan kedudukan kawasan lapang, tapak Rujukan berkaitan adalah
Cadangan rumah ibadat (Masjid, Surau), tapak awam (dewan) dan lain- lain DASAR PERUMAHAN
cadangan tapak untuk serahan kepada kerajaan. NEGERI KEDAH (DPrNK)
– MMK Kertas No.6(F)
Simpanan Kawasan lapang perlu strategik dan tidak boleh 444/2014 bertarikh
berselerak – Tapak Kawasan Lapang, Tapak Surau, Tapak Dewan 12 November 2014
dan seumpamanya dicadang dipisahkan dengan plot tapak rumah. (Berkuatkuasa mulai 01
(mungkin perlu gili-gili) Januari 2015)

Sekiranya pembangunan itu melibatkan penyediaan rumah kos
rendah adalah perlu merujuk dasar-dasar, peraturan dan arahan
berkaitan perumahan kos rendah.

2. Semakan Butiran Dalam Semakan hendaklah dibuat ke atas hakmilik yang terlibat seperti :-
Hakmilik Tanah Terlibat Ø Butiran Hakmilik.

Ø Luas tanah, kategori kegunaan tanah, syarat nyata, tanah Rezab

Melayu atau tidak.

Ø Semak perihal tanah seperti terdapat endorsan pengambilan balik

tanah atau sebaliknya, endorsan gadaian, kaveat dan endorsan

lain.

Ø S ekiranya tanah berhakmlik tersebut merupakan Hakmilik

Sementara sambungan daripada Hakmilik Tetap sama ada melalui

proses pecah bahagian, pecah sempadan atau seumpamanya,

rujukan pengesahan daripada JUPEM berkaitan keluasan yang

tepat hendaklah dibuat.

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

26
RINGKASAN GARIS PANDUAN PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENYEDIAAN
LAPORAN UNTUK ULASAN TEKNIKAL PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

BIL. PERKARA RINGKASAN RUJUKAN

3. Semak Kedudukan Tanah Membuat semakan bagi memastikan kedudukan tanah tersebut. Pihak Berkuasa Tempatan
sama ada berada dalam Warta Simpanan Hutan

kawasan Pihak Berkuasa

Tempatan atau sebaliknya

4. Status tanah bersebelahan Semakan status tanah bersebelahan dan keadaan persekitaran
dan keadaan persekitaran bagi memberi gambaran yang lebih jelas.

5. Simpanan Jalan dan jalan Memastikan terdapat jalan keluar masuk yang sesuai dan tidak
keluar masuk. melibatkan tanah rezab untuk kegunaan kerajaan atau tanah
kerajaan.

6. Dalam Simpanan Melayu Memastikan tapak cadangan pembangunan tersebut di dalam Rujukan berkaitan adalah
atau Luar Simpanan Kawasan Rezab Melayu atau sebaliknya kerana penentuan kuota DASAR PERUNTUKAN
lot untuk orang Melayu adalah berdasarkan status tersebut. KUOTA MELAYU – MMK
Melayu. Kertas No. 6(F) 397/2008
bertarikh 03 Disember 2008.

7. Cadangan Pembangunan Pegawai yang membuat laporan hendaklah menyemak dokumen Rujukan berkaitan adalah
ini melibatkan Pembinaan permohonan cadangan pembangunan yang dikemukakan adakah DASAR PERUMAHAN
melibatkan syarat penyediaan pembinaan Rumah Kos Rendah, NEGERI KEDAH (DPrNK) –
Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah atau Rumah Kos Sederhana. MMK Kertas No. 6 (F)
444/2014 bertarikh
Perumahan Awam atau 12 November 2014
(Berkuatkuasa mulai 01
sebaliknya. Januari 2015)

LAMPIRAN B

BORANG SENARAI SEMAK KRITERIA YANG PERLU DIMASUKKAN DI BAHAGIAN ULASAN TEKNIKAL
GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBTULASAN

27BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
BERKAITAN
1. Pandangan Pentadbiran Tanah ke atas cadangan
Pembangunan tersebut.

Ø Tiada ketegahan dengan syarat

Ø Tiada ada ketegahan

Ø Tidak menyokong.

Ø Lain-lain pandangan.

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHULASAN
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
28 BERKAITAN
2. Kategori tanah dan kegunaan tanah ke atas tapak cadangan
pembangunan.

Ø Pertanian
(Getah, padi dan lain-lain...)

Ø Bangunan
(Kediaman, Perniagaan, tapak letak
kereta dan lain-lain)

Ø Perindustrian.
(Industri, industri perkhidmatan, kuari )

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHULASAN
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
29 BERKAITAN
3. Pandangan tindakan yang perlu diambil bersesuaian dengan
status kategori tanah dan kegunaan tanah.

Ø Seksyen 124A – Permohonan Secara serentak dan
Pecah sempadan

Ø Seksyen 204A – Penyerahan Balik dan
Pemberimilikan semula,

Ø Seksyen 197 – Penyerahan Balik Secara
Keseluruhan,

Ø Seksyen 200 – Penyerahan Balik Sebahagian Tanah

Ø Peruntukan seksyen lain yang berkaitan

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHULASAN
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
30 BERKAITAN

4. Nyatakan tanah yang terlibat di dalam Tanah Simpanan Melayu
atau sebaliknya.

5. Nyatakan Peruntukan lot-lot kuota Melayu

Tanah Simpanan Melayu pemilik melayu kuota melayu 100
peratus.

Tanah Simpanan Melayu pemilik bukan melayu kuota melayu
30 peratus – 70 peratus bukan melayu.

Tanah Luar Simpanan Melayu pemilik bukan melayu kuota
melayu 30 peratus – 70 peratus bukan melayu.

Penglibatan Swapping atau sebaliknya

6. Nyatakan cadangan pembangunan ini melibatkan
pembinaan rumah kos rendah atau sebaliknya

Peruntukan peratusan kuota melayu Rujukan Dasar

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHULASAN
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA BERKAITAN TIDAK RINGKASAN ULASAN
317. Jalan atau laluan keluar masuk ke tapak. BERKAITAN

Ø Sesuai

Ø Tidak sesuai

Ø Tanah kerajaan

Ø Tanah Bermilik

8. Sekiranya melibatkan pembangunan strata.
Rujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian
Persekutuan Bil. 3/2014.

JADUAL B
GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAH
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT

32
RINGKASAN GARIS PANDUAN CADANGAN DAN PANDANGAN / ULASAN TEKNIKAL

CADANGAN DAN PANDANGAN / ULASAN TEKNIKAL.

BIL. PERKARA RINGKASAN RUJUKAN

1. Pandangan Pentadbiran Menyatakan pendirian Pentadbiran Tanah ke atas Sebagai contoh :-

Tanah ke atas cadangan cadangan pembangunan yang hendak dijalankan,

pembangunan tersebut. seperti TIADA KETEGAHAN DENGAN SYARAT,TIADA “Secara dasarnya Pentadbiran ini tiada

KETEGAHAN, TIDAK MENYOKONG dan ketegahan di atas permohonan cadangan

seumpamanya. pembangunan ini.”

2. Kategori kegunaan Menyatakan kategori tanah yang terlibat samada Sebagai contoh :-
tanah dan syarat Pertanian, Bangunan dan Perindustrian. Nyatakan juga
tanah cadangan syarat tanah yang terlibat. “Tanah yang dicadangkan untuk
pembangunan. pembangunan ini merupakan tanah
berkategori pertanian”

3. Pandangan tindakan diambil oleh pihak pemohon setelah kelulusan Sebagai contoh :-
yang perlu diambil kebenaran merancang.
bersesuai dengan “Selepas kelulusan Kebenaran Merancang
kategori kegunaan Nota – Seksyen 124A – Permohonan Secara ini, Pihak Pemohon hendaklah membuat
tanah dan syarat serentak untuk ubah syarat kegunaan tanah dan permohonan serah dan beri balik milik
tanah. Pecah sempadan, Seksyen 204D – Penyerahan tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah
Balik dan Pemberimilikan semula, Seksyen 197 – Negara 1965 kepada Pentadbiran Tanah
Penyerahan Balik Secara Keseluruhan, Seksyen Daerah yang terlibat”
200 – Penyerahan Balik Sebahagian Tanah )

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHCADANGAN DAN PANDANGAN / ULASAN TEKNIKAL.
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA RINGKASAN RUJUKAN
4. Nyatakan tanah yang33
Menyatakan tanah yang dipohon untuk cadangan Sebagai contoh :-
terlibat di dalam Tanah pembangunan samada tanah simpanan melayu atau
Simpanan Melayu atau diluar simpanan melayu. “ Tanah yang dipohon untuk cadangan
sebaliknya. pembangunan ini merupakan tanah luar
simpanan melayu.”
5. Nyatakan Peruntukan
lot-lot kuota Melayu Menyatakan peruntukan-peruntukan kuota dan Sebagai Contoh :
dan kreterianya kreteria kedudukan lot untuk orang melayu dengan
kedudukannya. merujuk kepada dasar-dasar negeri. “Pihak pemohon perlu memperuntukkan
kuota lot untuk orang-orang melayu
6. Nyatakan cadangan (Nota : Tanah Simpanan Melayu pemilik melayu kuota sebanyak 30 peratus dan kedudukan lot
pembangunan melayu 100 peratus, Tanah Simpanan Melayu pemilik untuk orang melayu tersebut hendaklah
ini melibatkan bukan melayu kuota melayu 30 peratus – 70 peratus terletak berhampiran kawasan lapang, di
pembinaan rumah bukan melayu, Tanah Luar Simpanan Melayu pemilik bahagian lapisan hadapan, jauh dari loji
kos rendah atau bukan melayu kuota melayu 30 peratus – 70 peratus kumbahan seperti dasar yang diluluskan
sebalik. bukan melayu.) oleh Pihak Berkuasa Negeri.”

Pastikan pembangunan ini melibatkan pembinaan Sebagai contoh :-
rumah kos rendah atau tidak.
“Pemohon perlu memperuntukan kuota 60
(Nota : Tanah Simpanan melayu , pemilik melayu – peratus dari jumlah unit rumah kos rendah
100 peratus kuota melayu. kepada orang melayu berdasarkan kepada
Tanah Simpanan Melayu, Pemilik Bukan Melayu peruntukan dasar yang telah diluluskan”
– 60 peratus melayu, 40 peratus bukan melayu..
Tanah Luar Simpanan Melayu, Pemilik Melayu atau
bukan melayu – 60 peratus melayu, 40 peratus
bukan melayu)

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHCADANGAN DAN PANDANGAN / ULASAN TEKNIKAL.
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBT
BIL. PERKARA RINGKASAN RUJUKAN
7. Jalan atau laluan keluar34
Memberi pandangan samada pembangunan tersebut Sebagai contoh:-
masuk ke tapak. mempunyai jalan keluar masuk yang sesuai
“Tanah yang terlibat dengan cadangan
8. Sekiranya melibatkan pembangunan ini mempunyai jalan keluar
pembangunan strata. masuk yang sesuai dan rujukan jabatan
teknikal lain hendaklah dibuat bagi
menentukan syarat-syarat teknikal di dalam
pembinaannya kelak.”

Pastikan pembangunan ini melibatkan pembinaan Ulasan taknikal perlu menyatakan perkara-
rumah kos rendah atau tidak. Sekiranya melibatkan perkara berikut :-
pembinaan rumah kos rendah Dasar Perumahan
berkaitan pembinaan rumah kos rendah perlu dirujuk a) Sijil Formula Unit Syer dan Jadual Petak
samada di peringkat negeri atau persekutuan
i. “….Semua pemajuan yang akan dipecah
bahagi untuk pengeluaran hakmilik strata
bagi tujuan jualan, wajib memohon SiFUS
kepada PTG Negeri dan memfailkan Jadual
Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan
sebelum penjualan mana- mana petak ….”;
atau

ii. “….Semua pemajuan yang akan dipecah
bahagi untuk pengeluaran hakmilik strata
tanpa tujuan jualan, wajib memohon SiFUS
kepada PTG Negeri dan memfailkan Jadual
Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan
sebelum permohonan CPSP kepada
Pengarah Ukur ….”; atau

BIL. GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK UNTUK PENYEDIAAN ULASAN TEKNIKAL DI DALAM LAPORAN TANAHPERKARACADANGAN DAN PANDANGAN / ULASAN TEKNIKAL.RUJUKAN
BAGI TUJUAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA PBTRINGKASAN
Samb.
Per. 8.35 iii. “….Semua pemajuan yang tidak dipecah
bahagi untuk pengeluaran hakmilik strata
tidak wajib memohon SiFUS kepada PTG
Negeri dan memfailkan Jadual Petak
kepada Pesuruhjaya Bangunan ….”; dan

b) Perakuan Peringkat Struktur Utama

“…pemaju hendaklah mengemukakan
sesalinan perakuan daripada Principal
Submitting Person (“PSP”) bahawa
bangunan telah mencapai super structure
stage ke PTG Negeri dalam tempoh dua
(2) minggu selepas mencapai peringkat
tersebut




Click to View FlipBook Version