BAHASA MELAYU
2 AMANAH
TAJUK : PERIBAHASA
NAMA GURU : HASRIAH BINTI OSMAN
NAMA MURID : WARDAH BINTI SHAHRUL AZLAN
BUDAYA MEMBACA
• Membaca Jambatan Ilmu
• Maksud : Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan
pengetahuan.
SEMANGAT KEJIRANAN
• Muafakat Membawa Berkat
• Maksud : Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan
mendatangkan kebaikan.
AMALAN MENABUNG
• Sedikit-sedikit Lama-lama Menjadi bukit
• Maksud : Sesuatu yang dikumpul dari jumlah sedikit pasti akan menjadi
banyak juga sekiranya terus dikumpul.
KERJASAMA
• Bagai Aur Dengan Tebing
• Maksud : Tolong menolong dia antara satu sama lain.
KEKELUARGAAN
• Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus
• Maksud : Tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
KEINSAFAN
• Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna
• Maksud : Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan
habis-habis.
PATRIOTISME
• Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung
• Maksud : Mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki.
PERJUANGAN
• Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan
• Maksud : Jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan.
WARISAN BANGSA
• Bersatu Teguh Bercerai Roboh
• Maksud : Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan
kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan.
REMAJA/HARAPAN NEGARA
• Kalau Baik Jadikan Teladan, Kalau Jahat Jadikan Sempadan
• Maksud : Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang
buruk.