SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD
JALAN USJ 6/3, 47610 SUBANG JAYA
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BILANGAN 1 TAHUN 2021
Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)
Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari
Tempat
: Kediaman masing-masing
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
Guru Besar
1. Tn Hj Ismail Bin Supandi PK Kurikulum
PK HEM
2. Hjh Saudah Bt Osman PK Kokurikulum
Penyelaras Bestari
3. En Mohd Baghwi B Mohamed Zin Guru Data
KP Sejarah
4. Pn Rahimah Bt Shahran KP Sains
KP Muzik
5. En Mohd Riduan B Abd Aziz KP PJK
KP Pend. Agama Islam
6. Pn Aidawati Bt Adzmal KP Bahasa Inggeris
KP Pen. Moral / Penyelaras Thn 5
7. Pn Noor Azlinah Bt Abu KP PSV
KP RBT/ Setiausaha PBD
8. Pn Norazizah Bt Mohd Rais Setiausaha Peperiksaan
Setiausaha Peperiksaan
9. Pn Tamilselvi A/P Saladorai Penyelaras Tahun 1
Penyelaras Tahun 2
10. Pn Nur Asheena Bt Amir Hamzah Penyelaras Tahun 3
Penyelaras NILAM (tahap 1)
11. Pn Wan Rahana Bt Wan Hamat Penyelaras NILAM ( tahap 2)
Guru Intervensi
12. Pn Ranjit Kaur A/P Sarjan Singh Penyelaras Thn 6 / KP B. Melayu
Guru Bimbingan & Kaunseling
13. Pn Suryati Bt Suman Penyelaras Tahun 4 / KP Matematik
KP Bahasa Cina
14. Pn Zamzura Bt Wagiron Guru Pra Sekolah
KP Bahasa Arab
15. En Muhd Shahrulnizam Bin Ramli
16. Pn Nurul Waheedah Binti Yaacob
17. Tn. Mohd Hazmeer B Tn Mohd Isa
18. Pn Siti Zaliha Bt Abu Bakar
19. Hjh Norizan Bt Muhamad
20. Pn Malathi A/P Ramachandaram
21. Cik Nur Amira Bt Shaukat Ali
22. Pn Hanisah Bt Misbahkhul Munir
23. Hjh Nor Khafizah Bt Soib
24. Pn Muniroh Bt Md Said
25. Pn Aishah Bt Sulong
26. Pn Arizah Bt Zawawi
27. Pn Siti Nur Hani Bt Suhaimy
28. Pn W. Rosmuhaizan W. Ab Rahman
29. Pn Syazwani Bt Omar
1
Turut Hadir Guru Pra Sekolah
-
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Pn Maizan Bt Ahmad
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn Siti Aidah Bt Alias Setiausaha Kurikulum
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mengalukan
kehadiran ke Mesyuarat Kurikulum kali pertama Tahun 2021.
1.2 Tahniah dan bersyukur kerana dapat kembali bersua dan dalam keadaan sihat
ceria dan sentiasa dalam rahmat Allah.
1.3 Selamat bertukar Pn.Hjh. Adilah binti Abu Yazid ke SK Bukit Jelutong (SBT)
dan selamat datang Pn.Hjh. Saudah binti Osman ke SK Seafield ( SKK) mulai
4 Januari 2021.
1.4 Tahniah juga pada mood yang baik untuk memulakan tugas menjelang 2021
setelah bercuti agak lama dengan situasi persekolahan norma baru 2020 yang
lalu.
1.5 Terima kasih GPK, Jawatankuasa Buku Pengurusan 2021. Sila semak pelbagai
aspek khasnya ejaan dan kefungsian jawatan. Sebarang kesilapan kecil mohon
maaf dan diperbetulkan Tahun 2021 tiada majlis rasmi seperti dijadualkan.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Disahkan oleh En Mohd Riduan Bin Abd Aziz
Disokong oleh Pn Ranjit Kaur
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk lampiran yang telah disediakan
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
2
4.1 KEDUDUKAN KELAS YANG BEROPERASI TAHUN 2021
4.1.1 Mesyuarat memaklumkan berkaitan kelas yang beroperasi untuk tahun
2021. Pada tahun 2021 keseluruhan kelas sebanyak 18 kelas dan 2 kelas
untuk prasekolah.
Sesi Persekolahan 2021
Prasekolah - 02 Kelas
Tahap Satu - 09 Kelas ( Tahun 1,2,3 )
Tahap Dua - 09 Kelas ( Tahun 4,5,6)
Makluman
4.1.2 Tahniah kepada semua guru kelas yang telah terpilih untuk tahun 2021.
Penambahan 2 orang guru kelas, Pn Nurul Waheedah dan Tn Mohd
Hazmeer. Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah
diberikan dengan sebaik mungkin.
Makluman
4.2 ANALISIS KEHADIRAN GURU DAN MURID 2020
4.2.1 Analisis kehadiran tidak dapat dijana memandangkan pendamik Covid-
19 yang telah berlaku sepanjang tahun lepas. Kehadiran guru dan murid
hanya beberapa bulan sahaja. Guru dan Murid menjalankan PDPR di
rumah masing-masing secara online.
3
Makluman
Makluman
4.3 SESI PERSEKOLAHAN MURID MENGIKUT KOHOT
4.3.1 Kohort Umur Persekolahan. Berkaitan Pematuhan Pelaksanaan
4.3.2 Pendidikan Wajib
Tujuan dan Implikasi.
4.3.3 Punca Kuasa/Pekililing rujukan yang berkaitan.
-SPI Bil. 14/2002
-SPI Bil. 03/2001 dan lain-lain terkini, berkuatkuasa serta
berkaitan.
Mengesan Murid Tidak Mengikut Kohort Umur
Guru kelas – Semakan Jadual Kedatangan & Dokumen Kelahiran
murid.
-Maklumat APDM/SMM/ dan Pangkalan Data Murid KPM.
-Pengecualian Murid Pendidikan Khas dan Anak Orang
Asli/Penan/Orang Asal.
Tindakan : Guru Kelas
4
4.3.
Makluman
4.4 SESI DAN JADUAL PERSEKOLAHAN 2021
4.4.1 Sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari untuk
semua tahap termasuk prasekolah. Persekolahan bermula dalam tempoh
PKP namun PdPR secara online berjalan seperti biasa.
Makluman
4.4.2
Makluman
4.4.3 Persekolahan secara PdPC akan berjalan seperti biasa mengikut norma-
norma baru seletah tempoh PKP ditamatkan. Semoga semua anak-anak
dapat menjalankan PdPR dirumah menggunakan pelbagai elemen
teknologi bersesuaian dengan kaedah pendidikan diseluruh negara buat
masa sekarang.
Makluman
4.4.4 Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi memastikan anak-anak
mendapat pemdidikan yang terbaik walaupun secara PdPR secara online
di rumah. Sama-sama bantu anak-anak supaya tidak tercicir walaupun
dalam tempoh pendemik Covid-19.
Makluman
5
4.4.5
Makluman
4.5 PERJAWATAN DAN TUGAS –TUGAS UTAMA
4.5.1 Perlantikan mengambilkira kekananan ,pengalaman dan kepakaran.
Tiada isu pilih kasih dan dibincangkan teliti di peringkat pengurusan.
Makluman
4.5.2 Ketua-ketua unit bertanggungjawab membantu merangka dan
memastikan program sekolah dilaksanakanm mengikut jadual
KPM,JPS,PPD dan sekolah. Membantu membimbing rakan-rakan dan
sentiasa memastikan maklumat dan dokumen berkaitan disediakan
mengikut SOP.
Tindakan : Ketua Panitia
4.5.3 Boleh menurunkan kuasa sekiranya berlaku pertembungan tugas dan
perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan/luar jangka. Peka pada
perkara baru dan memberi maklumat kepada pihak pentadbiran sekiranya
menerima sebarang maklumat lebih awal daripada mana-mana pihak
lain.
Makluman
4.5.4 Memaklumkan kepada pengurusan sekiranya ingin mengadakan atau
meneruskan program sekiranya ada halangan di pihak pentadbiran.
Makluman
4.6 HRMIS
4.6.1 Semua guru perlu mengemaskini maklumat yang terpkini dalam
HRMIS. Pastikan maklumat yang diberikan tepat dan betul.
Rekod Peribadi
- Pastikan modul Rekod Peribadi lengkap dengan maklumat keluarga
( pasangan & anak).
- Hubungan dengan pasangan betul, no kad pengenalan pasangan dan ahli
keluarga dimasukkan dengan betul.
6
Profil Perkhidmatan
- Pastikan semak di modul Profil Perkhidmatan mata gaji, gred gaji,
tarikh pengesahan jawatan, tarikh lantikan dan tarikh umur bersara
Modul Cuti
- Mohon cuti menggunakan HRMIS. Bagi pegawai yang ingin bersara
pastikan rekod cuti telah dikemaskini.
Makluman
4.7 LADAP
4.7.1 Semua guru telah diedarkan surat penurunan kuasa menjalankan PLC,
arahan meaksanakan LADAP dan melaksanakan bimbingan dan
pementoran. menggunakan no rujukan surat semasa mengisi dalam SPL
KPM.
Makluman
4.7.2 Mencapai 5 hari berkursus setahun. Semua guru perlu menyempurnakan
Lima hari berkursus sebelum Bulan JUN. Cadangan:2 Hari Perancangan
Strategik. 2 Hari pemantapan ICT dan satu hari lain-lain.
Makluman
4.7.3 Penetapan KPI sekolah 55 mata CPD pada tahun 2021 – (Borang
Keberhasilan).Tahniah guru-guru melepasi 50 mata CPD tahun 2020
yang lalu. Semua laporan pembelajaran kendiri hendaklah disahkan oleh
Guru Besar, sebelum diberikan kepada SU LADAP.
Makluman
4.8 KAJIAN TINDAKAN, KURSUS DAN GOOGLE CLASSROOM
4.8.1 Semua guru diwajibkan untuk menyediakan Kajian Tindakan masing-
masing dan dikira sebagai KPI untuk keberhasilan tahun 2021
4.8.2 Makluman
.
Guru yang berkursus/ taklimat/ bengkel / mesyuarat hendaklah
menyediakan minit curai dan menyerahkan kepada pentadbir unit
masing-masing dan sesalinan dalam fail unit masing-masing.
Makluman
4.8.3 Semua guru diwajibkan menyediakan bahan untuk Pdpc menggunakan
pelbagai keadah dan teknologi. Kursus /bengkel kemahiran IC akan
diteruskan.
Makluman
7
4.8.4 PLC perlu diselesaikan awal . Setiap pegawai/guru mesti ada rekod
penglibatam PLC.
Makluman
4.9 PENYELARAS DAN SETIAUSAHA 2021
4.9.1 Mesyuarat turut memaklumkan berkaitan Pelantikan Penyelaras dan
Setiausaha 2021.
Makluman
4.10 JADUAL WAKTU
4.10.1 Agihan sama rata.Tiada isu siapa lebih dan kurang. Purata 30 termasuk
perhimpunan. Ada guru mendapat relif tetap membantu Pdpc bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan : PK Pentadbiran
4.10.2 Mengutamakan keperluan murid dan sekolah dari kepentingan peribadi.
Mengajar dalam opsyen utama . Boleh mengajar pada semua tahap dan
tahun. Minggu pertama sebagai jadual percubaan dan bakal berlaku
perubahan bergantung jumlah guru yang ada.
Makluman
4.10.3 Pamerkan dan mudah dilihat khasnya Jadual Waktu Kelas.
Jadual perlu ditanda tangani dan disahkan.
Makluman
4.11 BUKU PENYEDIAAN MENGAJAR (RPT DAN RPH)
4.11.1 Sebagai buku rasmi hak kerajaan Malaysia.
Catat semua butiran berkaitan atau fotostat perkara penting (failkan)
8
Baca,fahami semua kandungan dan pekeliling dan menanda tangani
(initial)
Makluman
4.11.2 Hantar pada setiap hari Jumaat pada atau sebelum jam 12.00 tgh atau
selewatnya awal pagi Isnin . Hantar Buku persediaan pada minggu
kedua pada 29 Januari 2021 ( Jumaat) untuk minggu pertama.
Makluman
4.11.3 Ditanda tangani oleh GB dan penurunan kuasa menanda tangani oleh
semua GPK. Pengajaran hari pertama pada 20.1.2021 mesti ditulis
mengikut format.
Tindakan : Semua PK
4.11.4 Penyediaan RPH tidak menghilangkan identiti asal. Di akhir pengajaran
mesti tulis refleksi dan TIDAK dibenarkan menulis terdahulu ( contoh-
dua hari lebih awal) Buku dan fail akan dinilai berdasarkan semua aspek
seperti di atas sepanjang tahun.
Makluman
4.12 BUKU KERJA/LEMBARAN
4.12.1 Penggunaan buku kerja mesti praktikal.Buku kerja adalah pilihan bukan
wajib. Tiada isu buku yang diguna tidak ditanda atau tanda lewat.
Jangan simpan buku kerja terlalu lama.Tahap satu tiada pembelian buku
menggunakan buku BLA bekalan KPM.
Makluman
4.12.2 Gunakan lambang/kredit peneguhan kepada hasil kerja murid.
Penggunaan lembaran kerja (bercetak) MESTI dengan kebenaran
pentadbir.
Makluman
4.12.3 Elak sebarang aduan buku kerja tidak digunakan. Guru membimbing dan
sebaik semak sebagai kerja latihan tambahan. Buku kerja yang terdapat
dapat senarai seperti dicadangkan oleh Panitia masing-masing.
Makluman
4.12.4 Gunakan pen merah sahaja untuk semakan. Elak menanda ( ? ) atau ( x)
bersaiz besar.
Makluman
4.13 SKPMg2
4.13.1 Standard 1 – Kepimpinan
Standard 2 – Pengurusan Organisasi
Standard 3 – 3.1 Pengurusan Kurikulum
3.2 Pengurusan Kokurikulum
3.3 Pengurusan HEM
Standard 4 – Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Standard 5 – 5.1 Kemenjadian Akdemik
5.2 Kemenjadian Kokurikulum
5.3 Kemenjadian Sahsiah
Makluman
9
4.13.2 Semua guru hendaklah menjadikan borang edaran PPS sebagai garis
panduan menjalankan aktiviti di sekolah. Perlu diisi 2 kali setahun iaitu
bulan Mac dan bulan akhir bulan oktober 2020.
Makluman
4.14 PENCERAPAN PdP
4.14.1 Pencerapan PdP untuk semua guru dijalankan 2 kali setahun menggunakan
instrumen SKPMg2 Standard 4. Guru Besar dan semua GPK terlibat
melakukan pencerapan. Ketua Panitia boleh membantu dan penurunan
kuasa akan diberikan.
Tindakan : Semua PK
4.14.2 Pencerapan a pada April – Julai dan Ogos hingga November.
Tarikh akhir penghantaran pencerapan kendiri standard 4 PdPc pada
Bulan Mac 2021 dan semua guru hendaklah mengikut garis panduan
standard 4 PdPc semasa menjalankan pengajaran dalam kelas.
Makluman
4.14.3
Makluman
10
4.15 SEJARAH DAN 7 PERUBAHAN DALAM KSSR
4.15.1
Makluman
4.16 PELAKSANAAN WAKTU PdPc 2021
4.16.1 Sekolah dikehendaki menggnakan DSKP bagi semua mata pelajaran
KSSR (Semakan 2017 -2021 ) termasuk Pendidikan Khas yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Makluman
4.16.2 Waktu PdP bagi semua mata pelajaran arus perdana adalah mengikut jam
setahun berbanding minit sebelum ini.
Jumlah Minggu 42 minggu setahun-rujuk Takwim 2021)
Jumlah PdPc 42 minggu setahun (Tahap Satu)
Jumlah PdPc 40 minggu setahun ( Tahap Dua)
Baki 02 minggu (peperiksaan pertengahan Tahun
dan Akhir Tahun( Tahap Dua)
RPT mengambilkira 40 dan 42 minggu untuk tamatkan silibus
( Akademik)
Makluman
11
4.17 SEKOLAH DLP 2017-2021
4.17.1 Pemilihan murid Tahun 1 ( DLP) adalah murid yang boleh menguasai
( bertutur dan menulis) dalam Bahasa Melayu.
Makluman
4.17.2 Tujuan asal untuk meningkatkan penguasaan dan prestasi mereka dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Makluman
4.17.3 Kebenaran ibu bapa /penjaga melalui surat edaran pada hari Orientasi.
Pemilihan murid DLP akan dimaklumkan secara bersurat pada minggu
ke tiga.
Makluman
4.17.4 Senarai nama guru yang mengajar dan analisa DLP.
Makluman
12
4.18 PENGAJARAN BAHASA ARAB,BAHASA CINA
4.18.1 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) dan Bahasa Tamil(BTSK)
dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama
Bahasa Arab, Bahasa Iban, Bahasa kadazan dusun dengan peruntukan 1.5
jam- (90 minit) seminggu.
Makluman
4.18.2 Edarkan surat kebenaran kepada semua ibu bapa khasnya Tahun Satu.
Tahun 2021 sekolah meneruskan kedua-dua kelas. Tahun 2020 Tawaran
kelas Bahasa Tamil (POL ) dengan jumlah murid mencukupi 15 dan tidak
dapat dilaksanakan atas faktor Covid 19 / Pdpr
Makluman
4.18.3 Umumnya murid beragama Islam mengikuti kelas Bahasa Arab dan murid
berbangsa bukan Islam mengikuti kelas Bahasa Cina. Pelaksanaan
berdasarkan kesediaan sekolah untuk melaksanakan mata pelajaran ini di
peringkat sekolah. Syarat pelaksanaan seperti telah digariskan oleh JPS
dengan jumlah murid lebih 15 orang dan ada tenaga pengajar.
Makluman
4.19 SEKOLAH DLP 2017-2021
4.19.1 Pentaksiran dan penilaian dilakukan sepanjang tempoh PdPc.
Tercapai atau tidak tahap penguasaan boleh dikenalpasti melalui objektif
PdPc berdasarkan standard yang dipilih. Murid yang tidak capai objektif
akan diulang ajar oleh guru.
Makluman
4.19.2 Guru merekodkan TP murid sebagai catatan sebelum mengisi dalam
template Pelaporan PBD. Pengisian dalam template pelaporan yang telah
disediakan oleh KPM sebanyak 2 kali setahun, iaitu sebelum Mei dan
November.
Makluman
4.19.3 TP ditentukan oleh pertimbangan pprofesional guru berasaskan setiap
standard. Menyediakan / catatan sebagai eviden TP murid untuk
dimaklumkan kepada ibu bapa. Guru MP mengisi ulasan dalam tapak
pelaporan PBD untuk makluman ibu bapa dan guru yang akan mengambil
alih kelas tersebut pada tahun yang berikutnya.
Makluman
13
4.19.4 Berikut merupakan Analisa PBD 2020:
Makluman
4.20 PENDIDIKAN SIVIK
4.20.1 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 7 Tahun 2019
Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai teras ada 4 iaitu
kasih sayang, hormat menghormati, tanggungjawab dan kegembiraan.
Mata pelajaran BM, BI, Sejarah, Pend Islam dan Pend Moral yang terlibat
dengan pelajaran Sivik dalam bilik darjah bagi subjek tersebut.
Makluman
4.20.2 Wajib dijalankan selama 1 jam mulai minggu ke 4 bulan Januari.
Jika minggu persekolahan cuti pada minggu ke 4 maka WAJIB buat pada
minggu ke 3.Jika tertinggal atas sebab-sebab tertentu boleh dilaksanakan
minggu pertam berikutnya. Menggunakan Manual kesedaran sivik dan
amalan nilai murni dalam perhimpunan rasmi akan dijalankan pada setiap
minggu bermula pada minggu pertama Januari 2020.
Makluman
4.20.3 Tema Penerapan Nilai murni :
Jan - Kasih sayang Julai - Bertanggungjawab
Feb - Hormat menghormati Ogos - Kegembiraan
Mac - Bertanggungjawab Sept - Kasih sayang
April - Kegembiraan Okt - Hormat menghormati
Mei - Kasih sayang Nov - Bertanggungjawab
Jun - Hormat menghormati
Makluman
14
4.21 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 2021
4.21.1 Mesyuarat memaklumkan berkaitan tarikh-tarikh berkaitan penilaian dan
peperiksaan untuk tahun 2021. Sekiranya ada perubahan atau ditunda akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Makluman
4.21.2 Berikut merupakan tarikh yang telah dikeluarkan:
Makluman
4.22 HARI ORIENTASI DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
4.22.1 Persiapan untuk sesi persekolahan. Pastikan semua maklumat/dokumen
yang telah diedarkan kepada ibu bapa penjaga dikembalikan untuk
tindakan selanjutnya. Borang Sistem Maklumat Murid (SSM)telah
diedarkan awal berserta surat makluman orientasi dan perlu dikembalikan
pada 18-19 Jan.2021
Tindakan : Penyelaras Tahun 1
4.22.2 Tiada isu –sekiranya ada segera ambil tindakan khasnya murid Bukan
Warganegara atau perpindahan baru. Tiada program Orientasi bersemuka
dan semua maklumat akan dikongsi melalui Group Whatsapp ( Tahun Satu
SKS 2021 ) dan Prasekolah.
Tindakan : PK HEM
4.22.3 Adakan Program penutupan Minggu Orientasi yang bersesuaian .
Tertakluk pada perkembangan isu semasa. Penyelaras sediakan kertas
kerja AJK pelaksana Program Orientasi & Transisi Tahun Satu /2021.
Makluman
15
4.23 PROGRAM MOTIVASI DAN PERMUAFAKATAN TAHUN 6
4.23.1 Mesyuarat memaklumkan berkaitan Program Motivasi dan Majlis
Permuafakatan Tahun 6. Rancang program latihan dan motivasi awal.
Melibatkan pengawas, pengawas PSS, Ketua dan Penolong Kelas
Latihan bentuk ceramah, LDK, perkhemahan boleh dibuat di dalam atau
luar sekolah.Tahun 2021 bergantung pada perkembangan semasa situasi
Coivid 19. Kerjasama ibu bapa penjaga
Makluman
4.23.2 Permuafakatan tahun 6 melibatkan murid dan ibu bapa Tahun Enam –
Sabtu (23 Januari 2021) Minggu kedua. Bentuk AJK dan kerjasama
PIBG.Unit Bimbingan Kaunseling dan JK Tahun Enam. Semua guru
terlibat.
Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Keperluan guru mengikut ABM dan Waran perjawatan yang dikeluarkan oleh
KPM. Sekolah mematuhi bilangan kelas yang diluluskan. Sebarang penambahan
dan pengurangan kelas dengan kelulusan JPN Selangor.
Makluman
5.2 Berdasarkan egtukar tiada penempatan guru baru /2021 data berdasarkan
e-Operasi. Egtukar dibuka sekali .
Makluman
5.3 “ Ready For Performance’ bagi guru berkhidmat di sesebuah sekolah melebihi
10 tahun/kurang akan dilaksanakan secara berperingkat (Keperluan
perkhidmatan) dan sebagai pejawat awam perlu akur arahan KPM
Makluman
6. UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Mesyuarat Kurikulum 2 untuk
Tahun 2021 akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:
Setiausaha Kurikulum
SK Seafield
Tarikh : 16 Januari 2021
16