ANYAMAN KERTAS
(PAPER WEAVING)
APAKAH KRAF ANYAMAN???
Kraf anyaman kertas adalah sangat menyeronokkan
dan boleh dibuat menjadi pelbagai bentuk. Cara
untuk membuatnya juga amat senang dan hanya
memerlukan beberapa bahan asas.
Kraf anyaman kertas selalunya menggunakan paling
kurang dua kertas yang berlainan warna yang
dianyam dan membuat corak kotak-kotak atau
‘checkered‘. Corak asas itu boleh membentuk corak
kompleks jika anak rajin membuat praktis.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Strip kertas berwarna-warni (warna pelangi)
2. Gam
3. Kertas manila putih atau hitam
4. Gunting
LANGKAH PENGHASILAN
1. Potong bentuk ikan dengan kertas manila dan lipat tengah.
2. Gunting atau potong barisan rapat di bahagian bawah dan
mulut ikan.
3. Anyam kepingan kertas berwarna-warni dan potong bahagian
atas dan bawah agar kelihatan seperti sirip ikan.
4. Selitkan baki kertas warna di seluruh badan dan tambahkan
juga pada ekor ikan.
SELAMAT MENCUBA……..
SEKIAN, TERIMA KASIH…..