SAYA DAN KELUARGA
Keluarga mempunyai peranan penting
dalam menentukan masa depan
diri, masyarakat dan negara. Unit ini
membincangkan biodata diri, keluarga
asas, keluarga kembangan, peranan
anggota keluarga dan perkembangan
diri mengikut garis masa
KELUARGA DI MALAYSIA
BIODATA DIRI SAYA
Biodata diri saya merujuk
maklumat diri
seperti nama, jantina, nama
ibu bapa, tarikh dan
tempat kelahiran. Maklumat
ini terdapat dalam sijil
kelahiran, MyKid dan kad
pengenalan diri sekolah.
BIODATA DIRI SAYA
Sebahagian maklumat
diri juga terdapat
dalam MyKid.
BIODATA DIRI SAYA
Kad pengenalan
sekolah (kad automasi pss) juga
boleh digunakan
sebagai dokumen
pengenalan diri.
Nama saya Ahmad Hafey bin Ahmad
Hishanuddin. Saya dilahirkan pada
24 September 2010 di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Nama
bapa saya ialah Ahmad Hishanuddin bin Ramli.
Nama ibu saya ialah Noraini binti
Awang@Shari.
Sijil kelahiran dan MyKid boleh
digunakan sebagai dokumen
pengenalan diri untuk urusan rasmi.
Sebagai contoh, sijil kelahiran boleh
digunakan untuk urusan pendaftaran
sekolah dan membuka akaun bank.
IBU AYAH
ABANG
ADIK
SAYA
AYAH
IBU DATUK NENEK
ABANG SAYA
ADIK
KELUARGA SAYA
Keluarga saya terdiri daripada keluarga asas dan keluarga kembangan.
Kami saling menyayangi antara satu sama lain.
Keluarga asas ialah keluarga yang
terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Keluarga
asas saya terdiri daripada bapa, ibu, abang, kakak,
saya dan adik. Kami sentiasa bertolak ansur dan
membantu antara satu sama lain.
KELUARGA SAYA
Keluarga kembangan ialah sebuah keluarga
yang terdiri daripada keluarga asas,
datuk dan nenek.
Keluarga kembangan saya lebih besar
daripada keluarga asas. Kami sentiasa
mengamalkan adab yang baik seperti
bersalam ketika bertemu dan menggunakan
nama panggilan yang sopan.
PENGHASILAN SALASILAH KELUARGA